Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Nama Pelajar : Rujuk Senarai
Kod : MPU3122 Semester / Tahun : III / TIGA
Nama Kursus : Hubungan Etnik Ambilan : Jun 2019
Kumpulan : PISMP
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1 : Penulisan Ilmiah 07 Mac 2022 15 April 2022

Tugasan 2 : Pembentangan 20 April 2022 28 April 2022

Tugasan 3 : Kuiz 13 Mei 2022 20 Mei 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas hubungan etnik. (C2, A1, LO1)
2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama. (C2, A2, LO1, LO3,
CTPS1)
3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan
penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber. (C4, A2,
LO1, LO3, LO6, CTPS1, LL1)
4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara
bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1, LO3, LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS3)
5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik secara lisan dan bertulis. (C5, A4,
LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi,politik dan kepelbagaian agama,menganalisis
masyarakat pluralistik di Alam Melayu,Sarawak dan Sabah,Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan
British serta selepas pembentukan Malaysia dan menjelaskan konsep perlembagaan sebagai asas
pembinaan jati diri dan negara bangsa dan menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam
hubungan etnik melalui penulisan ilmiah.

2. Membincangkan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa serta
menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik dalam pembentangan.

3. Menjawab 20 soalan kuiz aneka pilihan berkaitan dengan asas pembinaan negara bangsa berasaskan
konsep-konsep asas hubungan etnik, menjelaskan tentang masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak
dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia,
mengemukakan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa dan menilai
usaha ke arah intgrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik.
RANGSANGAN TUGASAN

Sistem pemerintahan British yang menekankan ‘dasar pecah dan perintah’ telah mewujudkan sikap prejudis antara
etnik khususnya di Tanah Melayu. Hubungan etnik masyarakat pluralistik di Tanah Melayu hanya menunjukkan
perkembangan yang positif selepas kemerdekaan kerana wujudnya kesepakatan dalam menjunjung unsur-unsur
tradisi dalam perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Walau bagaimana pun, hubungan etnik yang harmonis
masa kini mungkin akan terjejas sekiranya rakyat negara ini tidak berusaha menangkis segala bentuk cabaran
globalisasi yang melanda negara

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH (60%)

Secara individu,sila pilih satu daripada tiga soalan diberi dan anda dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah
(dengan merujuk kepada pelbagai sumber) yang meliputi perkara berikut:

a) Jelaskan perbandingan hubungan etnik masyarakat pluralistik di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British dan selepas merdeka dalam konteks sama ada ekonomi, politik atau sosial.

b) Bincangkan sejauh manakah, sesebuah masyarakat dapat hidup secara harmonis dalam konteks pelbagai
agama? Jelaskan dengan merujuk pada Malaysia.

c) Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai sumber, jelaskan usaha kerajaan telah berjaya
mengatasi cabaran globalisasi yang boleh mengganggu gugat hubungan etnik di Malaysia pada masa kini.

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN -KUMPULAN (20%)

Sistem pendidkan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia.Sistem pendidikan pelbagai tidak membantu rakyat
memahami gagasan tersebut.Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil.Apabila membesar agak sukar untuk mereka
memberikan kerjasama antara satu sama lain. Sekolah vernakular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan
atnik Cina dan India belajar tentang asal-usul negara mereka,tetapi hari ini mereka telah menjadi rakyat Malaysia
dan sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu wujud lagi (Khoo 2008)

Secara berkumpulan (2-3 orang),anda dikehendaki berbincang dan bentangkan hasil perbincangan dalam bentuk
paparan slaid yang kreatif bagi menjawap soalan di bawah:

Bincangkan peranan pendidik sebagai agen perpaduan di sekolah yang mampu menekankan unsur-unsur tradisi
dalam perlembagaan yang dapat menyumbang kepada pembinaan jati diri dan pengukuhan semangat integrasi
nasional dikalangan pelajar.

TUGASAN 3: KUIZ (20%)

i. Menjawab Kuiz yang berbentuk 20 item aneka pilihan.


ii. Masa menjawab kuiz ialah sebanyak 30 minit.
iii. Dilaksanakan pada Minggu ke-14.
iv. Pelaksanaan kuiz akan dilaksanakan melalui platform Google
Classroom (GC).
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN:

1. Tugasan 1 (Penulisan Ilmiah) dan Tugasan 3 (Kuiz) dilaksanakan secara individu, manakala Tugasan 2
(Pembentangan) dilaksanakan secara berkumpulan (2-3 orang).Tugasan ini membawa wajaran markah 60%
penulisan ilmiah, 20% pembentangan dan 20% kuiz.
2. Panjang penulisan ilmiah tidak melebihi 1500 pp (tidak termasuk lampiran dan rujukan).
3. Tempoh pembentangan tidak melebihi 30 minit bagi satu kumpulan. Jumlah slaid lebih kurang 15.
4. Tempoh masa menjawab soalan Kuiz ialah 30 minit.
5. Sumber rujukan hendaklah sekurang-kurangnya 5 (buku/jurnal/prosiding/majalah dll).
6. Gunakan pelbagai sumber yang terkini untuk menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi.
7. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
8. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association (APA) yang terkini.
9. Format kerja kursus hendaklah merujuk pada format kerja kursus dalam portal IPGKTAR.
10. Semua tugasan hendaklah dihantar dengan memuat naik ke Google Classroom.
11. Tugasan ini hendaklah diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.
12. Tugasan yang lambat dihantar selepas tarikh akhir penghantaran tugasan, akan dipotong markah.
13. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
14. Jidar bagi penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:

a. Jidar kiri. 1.5 setiap muka surat


b. Jidar Kanan 1 setiap muka surat
c. Jidar Atas 1" Isetiap muka surat
d. Jidar bawah 1 setiap muka surat

15. Jenis dan Saiz Tulisan bagi setiap kerja kursus adalah seperti berikut:

i. Tajuk 1: Arial 13 (Bold), langkau 1.5 baris


ii. Tajuk 2: Arial 11 (Bold), langkau 1.5 baris
iii. Sub-tajuk : Arial 11 (Bold), langkau 1.5 baris
iv. Sub-sub-tajuk : Arial 11 (Bold, langkau 1.5 baris
v. Penulisan bagi isi/huraian/perbincangan : Arial 11, langkau 1.5 baris

16. Teks penulisan kerja kursus hendaklah "Justify Alignment".

17. Nombor halaman muka surat hendaklah diletakkan di bahagian bawah tengah dengan tulisan Arial 11.

18. Warna muka hadapan bagi kerja kursus adalah mengikut program yang ditawarkan sebagaimana berikut:

i. PISMP - Kuning Pinang

19. Tugasan kerja kursus anda hendaklah dijilid dan mengandungi butiran yang berikut:

i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Kriteria Pentaksiran

Semua Tugasan 1, 2, 3 dan 4 ini akan dinilai berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh:
Disemak oleh:

___________________________

( HABIBAH NOR BT LAILI )

Penyelaras Kursus
Jabatan Sains Sosial dan Teknologi, IPGKTAR.

Disahkan oleh:

_________________________

( MORIS HENRY MANJAT )

Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial dan Teknologi, IPGKTAR.
______________________________

( En.Azrian Bin Ali )

Pakar Bidang (SME)


Jabatan Sains Sosial dan Teknologi, IPGKTAR
RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH (60%)


TAHAP SKOR Deskriptor
Amat (54.0 – 60.0 Kandungan
Cemerlang )  Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan
(A+) terkini.
 Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

Perbincangan Kritikal & Reflektif


 Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan.
 Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta
menunjukkan keupayaan membincangkan penyelidikan terkini yang
berkaitan.
 Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai
keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang
menyeluruh. (CTPS2)
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
yang sangat bernas. (CTPS3)
 Dapat mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber dengan berkesan.(LL1)

Organisasi
 Organisasi maklumat yang cemerlang.
 Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian
dengan bahagian yang lain secara logik.
 Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang. (A4)

Bahasa
 Sangat lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas
dan bersesuaian.
 Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati
isi yang hendak disampaikan.
 Ejaan betul.

Kemahiran Merujuk
 Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas
daripada pelbagai sumber.(A2)
 Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the
American Psychological Association (APA ) serta konvensyen
penulisan akademik.
 Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.
Cemerlang (45.0 – 53.9 Kandungan
(A,A-) )  Menunjukkan pengetahuan yang menyeluruh dan terkini.
 Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluan tugasan.
Perbincangan Kritikal & Reflektif
 Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan.
 Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukkan adanya
keupayaan membincangkan penyelidikan.
 Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan
menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang
menyeluruh.(CTPS2)
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
yang bernas. (CTPS3)
 Dapat mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber dengan baik.(LL1)

Organisasi
 Organisasi maklumat yang baik.
 Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun
terdapat kekurangan pada beberapa bahagian.
 Mengurus dan mengkonsepsi pandangan, pendirian dan
kepercayaan peribadi dengan baik. (A4)
Bahasa
 Lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan
bersesuaian.
 Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan.
 Sedikit kesilapan ejaan.

Kemahiran Merujuk
 Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada
pelbagai sumber.(A2)
 Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the
American Psychological Association (APA) serta konvensyen
penulisan akademik.
 Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai.
Kepujian (36.0 – 44.9 Kandungan
(B+,B,B-) )  Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan.
 Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak
jelas.

Perbincangan Kritikal & Reflektif


 Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan.
 Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan
tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian.
 Wujudkan elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian, ada
menunjukkan keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta
kesimpulan yang menyeluruh.(CTPS2)
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
yang baik. (CTPS3)
 Dapat mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber dengan memuaskan.(LL1)
Organisasi
 Organisasi maklumat yang memuaskan.
 Struktur ada tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu
bahagian
yang dikaitkan dengan bahagian lain.
 Terdapat unsur pengulangan idea.
 Mengurus dan mengkonsepsi pandangan, pendirian dan
kepercayaan peribadi dengan memuaskan. (A4)
Bahasa
 Agak lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian.
 Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak
disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian.
 Kesalahan ejaan ketara.

Kemahiran Merujuk
 Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan.(A2)
 Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the
American Psychological Association (APA ) serta konvensyen
penulisan akademmik.
 Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan.
Lulus (30.0 – 35.9) Kandungan
(C+,C)  Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad.
 Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif


 Perbincangan menunjukkan pemahaman konseptual yang terhad.
 Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan
penyelidikan.
 Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis
dan mensintesis.(CTPS2)
 Kurang berkebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif yang sangat berkesan.(CTPS3)
 Kurang dapat mencari dan mengurus maklumat yang relevan
daripada pelbagai sumber.(LL1)

Organisasi
 Organisasi maklumat yang kurang memuaskan.
 Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.
 Mengurus dan mengkonsepsi pandangan, pendirian dan
kepercayaan peribadi kurang memuaskan. (A4)
Bahasa
 Keseluruhan kurang lancar. Penggunaan perbendaharaan kata yang
terhad.
 Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan.
 Kesalahan ejaan yang sangat ketara.

Kemahiran Merujuk
 Hanya beberapa rujukan yang relevan dan bacaan yang agak
terhad.(A2)
 Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication
Manual of the American Psychological Association (APA) konvensyen
penulisan akademik (A2)
 Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad.

Lemah (0 – 29.9) Kandungan


(C-,D+,D,  Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad.
E,F)  Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif


 Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep.
 Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan
penyelidikan.
 Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan
menganalisis dan mensintesis. (CTPS2)
 Tidak berkebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif yang sangat berkesan.(CTPS3)
 Lemah mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber.(LL1)

Organisasi
 Organisasi maklumat yang lemah.
 Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas.
 Gagal mengurus dan mengkonsepsi pandangan, pendirian dan
kepercayaan peribadi. (A4)
Bahasa
 Keseluruhannya tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata
amat terhad.
 Sering kali penyampaian tidak difahami.
 Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan.
 Kesalahan ejaan yang sangat ketara.

Kemahiran Merujuk
 Kurang atau hampir tiada rujukan dan bacaan yang mengcukupi.(A2)
 Tiada menepati Publication Manual of the American Psychological
Association (APA ) serta konvensyen penulisan akademik (A2).
 Kurang atau hampir tiada bahan sokongan.

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK

PEMBENTANGAN (KUMPULAN)-(20%)

TAHAP SKOR Deskriptor


Amat (18.0 – 20.0) PEMBENTANGAN
Cemerlang  Berkemampuan sangat tinggi menjelaskan, menganalisis secara
(A+) kritikal dan pertimbangan terhadap sesuatu isu-isu ekonomi
semasa terhadap ekonomi Malaysia.
 Dapat menyatakan pendirian, alasan, dan kepercayaan peribadi
dengan sangat baik.(A4)

PENGOLAHAN PEMBENTANGAN

 Sangat lancar.
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif yang sangat bernas.(CTPS3).
 Berkebolehan yang sangat tinggi menggunakan kemahiran lisan
dan bukan lisan dengan sangat berkesan.(CS3)
 Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan
dan kepercayaan orang lain dan memberi pengiktirafan terhadap
sumbangan orang lain.(TS3)
 Pengurusan masa sangat baik.

BAHAN PEMBENTANGAN
 Bahan persembahan adalah amat tersusun dan amat menarik.

KOMITMEN
 Menunjukkan komitmen yang sangat tinggi
 Mengambil bahagian yang sangat aktif dalam perbincangan
kumpulan, penyoalan dan perangsangan idea (A2)
Cemerlang (15.0 – 17.9) PEMBENTANGAN
(A.A-)  Berkemampuan tinggi menjelaskan, menganalisis secara kritikal
dan pertimbangan terhadap sesuatu isu-isu ekonomi semasa
terhadap ekonomi Malaysia.
 Dapat menyatakan pendirian, alasan, dan kepercayaan peribadi
dengan baik.(A4)

PENGOLAHAN PEMBENTANGAN
 Berjalan lancar.
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif yang bernas (CTPS3).
 Berkebolehan yang tinggi menggunakan kemahiran lisan dan
bukan lisan dengan berkesan. (CS3)
 Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan
dan kepercayaan orang lain.(TS3)
 Pengurusan masa adalah baik.

BAHAN PEMBENTANGAN
 Bahan persembahan dan rujukan adalah tersusun.

KOMITMEN
 Menunjukkan komitmen yang baik.
Kepujian (12.0 – 14.9) PEMBENTANGAN
(B+,B,B-)  Agak berkemampuan bagi menjelaskan, menganalisis secara
kritikal dan pertimbangan terhadap sesuatu isu-isu ekonomi
semasa terhadap ekonomi Malaysia.
 Dapat menyatakan pendirian, alasan, dan kepercayaan peribadi
dengan agak baik.(A4)

PENGOLAHAN PEMBENTANGAN
 Agak lancar.
 Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif yang baik. (CTPS3).
 Berkebolehan yang agak baik menggunakan kemahiran lisan dan
bukan lisan dengan berkesan.(CS3)
 Kebolehan untuk mengenal kelakuan dan menghormati sikap
orang lain.(TS3)
 Pengurusan masa agak baik.

BAHAN PEMBENTANGAN
 Bahan persembahan dan rujukan adalah agak tersusun.

KOMITMEN
 Menunjukkan komitmen yang agak baik.
 Mengambil bahagian yang agak aktif dalam perbincangan
kumpulan, penyoalan dan perangsangan idea.(A2)
Lulus (10.0 – 11.9) PEMBENTANGAN
(C+,C)  Kurang berkemampuan bagi menjelaskan, menganalisis secara
kritikal dan pertimbangan terhadap sesuatu isu-isu ekonomi
semasa terhadap ekonomi Malaysia.
 Kurang berupaya menyatakan pendirian, alasan, dan
kepercayaan peribadi.(A4)

PENGOLAHAN PEMBENTANGAN
 kurang lancar.
 Kurang berkebolehan untuk mencari idea dan mencari
penyelesaian alternatif yang sangat berkesan.(CTPS3).
 Berkebolehan yang kurang baik menggunakan kemahiran lisan
dan bukan lisan dengan berkesan.(CS3)
 Kebolehan untuk mengenal kelakuan orang lain namun tidak
menghormati sikap orang lain (TS3)
 Pengurusan masa kurang baik.

BAHAN PEMBENTANGAN
 Bahan persembahan dan rujukan adalah kurang tersusun.

KOMITMEN
 Menunjukkan komitmen yang kurang baik.
 Mengambil bahagian yang kurang aktif dalam perbincangan
kumpulan, penyoalan dan perangsangan idea.(A2)
Lemah (< 10) PEMBENTANGAN
(C-,D+,D, E,F)  Tidak berkemampuan bagi menjelaskan, menganalisis secara
kritikal dan pertimbangan terhadap sesuatu isu-isu ekonomi
semasa terhadap ekonomi Malaysia.
 Tidak berupaya menyatakan pendirian, alasan, dan kepercayaan
peribadi.(A4)

PENGOLAHAN PEMBENTANGAN
 Tidak lancar.
 Tidak berkebolehan untuk mencari idea dan mencari
penyelesaian alternatif yang sangat berkesan.(CTPS3).
 Tidak berkebolehan menggunakan kemahiran lisan dan bukan
lisan dengan berkesan. (CS3)
 Tidak mengenal kelakuan orang lain.(TS3)
 Pengurusan masa tidak baik.

BAHAN PEMBENTANGAN
 Bahan persembahan dan rujukan adalah tidak tersusun.

KOMITMEN
 Tidak menunjukkan komitmen yang baik.
 Tidak aktif mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan,
penyoalan dan perangsangan idea.(A2)

Anda mungkin juga menyukai