Anda di halaman 1dari 9

JURNAL REFLEKSI MINGGU 5 (MATLAMAT, OBJEKTIF PENGAJARAN &

HASIL PEMBELAJARAN)

Usai kelas tambahan bagi pelajar tingkatan lima berakhir, lantas aku membuka

aplikasi WhatsApp. Kehidupan hari khamis yang padat dengan kelas dan disusuli dengan

kelas tambahan mingguan menyebabkan aku lambat membaca mesej rakan taulan. Nampakya

notifikasi di kumpulan sembang DPPPI K8 SMK KATIBAS berada di atas sekali. Lantas aku

membaca mesej-mesej dalam kumpulan sembang tersebut. Sepenggal senyuman terukir di

bibirku. Dr. Hayati memaklumkan bahawa kelas Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

(PKBD) pada minggu ke-5 berjalan secara asynchronous. Asynchronous atau Pembelajaran

Tidak Segerak ialah medium di mana guru dan pelajar mengambil bahagian pada masa yang

tidak sama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka atau atas

talian. Dapatlah aku memaklumkan khabar gembira ini kepada ibuku. Tidaklah ratu hatiku

seperti cacing kepanasan memikirkan anaknya yang akan pulang dengan kereta kawan pada

waktu malam di atas jalan raya.

Pembelajaran kali ini berdasarkan tontonan rakaman pengajaran di YouTube oleh Dr.

Hayati dan Dr. Mastura. Aku telah mempelajari Matlamat, objektif pengajaran dan hasil

pembelajaran. Elemen-elemen ini akan direncana dalam Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) secara teori sebelum disampaikan kepada murid secara praktikal. RPH adalah panduan

untuk meningkatkan prestasi murid secara menyeluruh. Salah satu aspirasi negara ialah

menjadikan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga atas dalam pentaksiran TIMSS dan

PISA dalam tempoh 15 tahun akan datang. Dalam merealisasikan matlamat ini, guru perlu

bijak menerjemahkan kurikulum standard dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Pengurusan kurikulum melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin,

membimbing, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum persekolahan dengan


menggunakan segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang ditetapkan. Namun, sejak

dahulu lagi, tugas guru bukan mengajar semata-mata, tetapi lebih lagi daripada itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry

Tan sendiri berkata "Pada pandangan masyarakat, mereka fikir tugas guru adalah menjadi

penjaga anak-anak mereka. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan dan guru khususnya

mengalah kepada desakan ibu bapa supaya prasekolah dibuka lebih awal berbanding murid

tahun enam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beban inilah antara beban-beban

yang menganggu fokus guru untuk mengajar.”

Satu aspek yang menarik perhatian aku ialah apabila Dr. Hayati menyentuh tentang

soal bebanan kerja guru. Teras kepada pendidikan adalah kurikulum sekolah. Kurikulum

sekolah termasuk juga aktiviti–aktiviti kokurikulum seperti aktiviti–aktiviti persatuan, kelab,

permainan dan unit beruniform. Tidak dinafikan, kerja-kerja selain mengajar inilah yang

membebankan guru. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia, Dr

Maszlee Malik memberitahu dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 November 2021 bahawa

beliau menerima puluhan ribu aduan dan maklum balas daripada guru mengalami kelesuan

upaya akibat daripada bebanan tugasan. Namun, kata Dr. Hayati yang terngiang-ngiang di

pendengaranku “Kalau kamu berkira, baik kamu tak payah jadi cikgu”. Penyataan tersebut

menimbulkan persoalan kepada aku kerana bagiku hal tersebut adalah berdasarkan banyak

faktor sama ada faktor dalaman atau luaran. Namun aku amat setuju apabila Dr.

menyambung bahawa pekerjaan guru sahamnya banyak di akhirat.

Teringat zaman aku sekolah rendah tika dulu. Ada seorang guru Matematik yang

berjaya memupuk cintaku terhadap subjek matematik iaitu al-marhumah Muallimah

Rohilawati. Beliau yang kulihat, terkenal sebagai seorang guru yang sangat komited dan

berdedikasi. Beliau garang pada murid-murid, namun anehnya kasih-sayangnya sentiasa


dirasai oleh setiap anak muridnya. Bermula awal sesi persekolahan, pasti beliau akan adakan

kelas tambahan matematik setiap hujung minggu pada murid tahun 6 walaupun Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lambat lagi. Hanya yuran makanan sahaja yang

dikenakan. Hebatnya semangat guru ini apabila aku yang sentiasa mendapat gred C dan D

terus melonjak naik mendapat A dalam subjek matematik. Bahkan, beliau juga merupakan

guru disiplin dan guru aktif dalam persatuan badan beruniform Kadet Remaja Sekolah.

Bebanan tugasan beliau selain mengajar tidak mematahkan semangat beliau untuk

memberikan yang terbaik semasa perkhidmatannya. Tidak lagi disebut tentang pertandingan

keceriaan kelas, pasti kelasnya sentiasa mendapat tempat pertama tanpa perlu diteka.

Kematiannya akibat kencing manis pada tahun lepas memberi tamparan hebat kepada warga

sekolah. Komen di Facebook sekolah penuh dengan doa dan ucapan-ucapan kebaikan beliau

oleh alumni dan waris sekolah.

Dalam surah At-Taubah ayat 105 Allah berfirman:

ٰ ٰ َ ْ ُّ َ ُ َ َ َۗ ْ ُ ‫َ ُ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ ّٰ ُ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ ُ ٗ َ مْل ُْؤ‬
‫وق ِل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله وا ِمنون وستردون ِالى ع ِل ِم‬
ۚ ُ َ ُ ُ َ َّ ‫ْال َغ ْيب َو‬
‫الش َه َاد ِة ف ُي َن ِّبُئ ك ْم ِب َما ك ْن ُت ْم ت ْع َمل ْو َن‬ ِ
Maksudnya: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan

melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui
akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu

kerjakan."

Terdapat banyak seruan dalam ayat ini dan salah satunya adalah melakukan amalan

soleh sebanyak-banyaknya. Segala amal perbuatan di dunia akan dikembalikan ke akhirat.

Amal tersebut akan menjadi ganjaran atas apa yang sudah diperbuat selama hidup.

Akhir kalam, aku harap aku sentiasa istiqamah dalam memberikan yang terbaik dalam

apa sahaja perkara yang aku lakukan terutamanya pekerjaan guru yang memerlukan banyak

komitmen. Akan aku susun masaku dengan sebaiknya, dahulukan tugas yang utama dan

sentiasa berbincang jikalau ada masalah untuk memastikan tugas aku sebagai guru tidak

terbeban.
JURNAL REFLEKSI MINGGU 6 (STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH,
TEKNIK)

Minggu ini merupakan minggu terakhir umat islam berpuasa di bulan Ramadan. Pasti

ramai orang sudah sibuk menganyam ketupat, merebus nasi impit dan membuat kuih raya.

Tetapi tidak bagiku dan rakan-rakan seperjuanganku yang menghadiri kelas secara atas talian

pada minggu ini. Aku kekal setia di hadapan komputer riba untuk menadah secebis ilmu

walaupun hatiku meronta-ronta untuk turut serta dalam persiapan raya yang sedang giat

dilakukan oleh ahli keluargaku. Sempatlah aku mendengar kekecohan dan gelak ketawa di

dapur. Habis cabai bertebaran si sekitar ruang dapur kerana sepupuku tidak menutup rapat

penutup pengisar. Eh sudah menyimpang pula penceritaan jurnalku.

Dalam kelas pada minggu ini, aku dan rakan-rakanku telah mempelajari tajuk

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Menurut Soon Sang (2006), beliau mentakrifkan

strategi sebagai suatu seni perancangan yang dirancang untuk mencapai kejayaan di dalam

sesuatu aktiviti. Pendekatan pula menurut beliau ialah metodologi yang digunakan oleh guru

bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kaedah menurut mengikut

Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu, hukum atau prinsip. Manakala,

teknik menurut Ismail Said sebagai aktiviti-aktiviti yang diatur di bawah kaedah dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kesemua empat aspek ini berkaitan antara satu

sama lain dan mesti dihimpunkan untuk menjadikan pembelajaran bermakna bagi murid dan

pelajar.

Satu aspek yang menarik minat aku adalah apabila Dr. Hayati menceritakan bahawa

semasa beliau mencerap salah seorang pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar,
beliau terkejut kerana tiada persiapan pengajaran yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar

tersebut. Pelajar itu hanya menggunakan kaedah syarahan semata-mata dan buku teks sebagai

bahan bantu mengajar. Dr. Mastura juga menambah dan memberi peringatan kepada aku san

rakan-rakanku apabila menggunakan kaedah syarahan, gunakanlah teknik pengajaran yang

sesuai. Jangan sekadar melepaskan batok di tangga. Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya

Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa “guru sebagai fasilitator berperanan sebagai

perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik.

Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli

dengan prinsip tindakan yang tepat”. Menurut Mok Soon Sang (2002), persediaan mengajar

mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian, dan penutup

Dalam hal ini, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu dirancang,

disediakan dan diuruskan dengan sistematik sama ada sebelum,semasa dan selepas.

Aku teringat kembali akan kisah yang lalu, aku telah menggunakan kaedah syarahan

semasa mengulang kaji topik-topik yang telah dipelajari dan murid kurang memberi respon

apabila disoal. Aku cenderung untuk menggunakan kaedah ini kerana bagiku input muridku

masih lagi terbatas. Aku lupa bahawa apabila murid terlibat aktif dalam pembelajaran, maka

mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka.. Melihat kepada prestasi

anak muridku yang statik, lantas aku mengubah strategi pengajaranku pada kelas seterusnya.

Aku telah menggunakan pendekatan berpusatkan murid iaitu membentuk kumpulan yang

mempunyai mentor. Di dalam kumpulan, aku meminta mereka melukis peta minda di atas

kertas mahjong. Teknik Pembelajaran Abad ke-21 iaitu Gallery Walk dilakukan selepas itu.

Aku khabarkan lagi bahawa ganjaran akan diberi untuk menyuntik semangat mereka

menyiapkan tugasan. Dapatku lihat mereka berlumba-lumba untuk menulis komen pada

sticker dan melekatkannya pada kertas mahjong kumpulan lain. Hasilnya, aku dapat melihat

peningkatan prestasi setiap anak-didikku. Aku belajar bahawa strategi perlu dirancang
sebelum kelas sebagai persediaan dan persiapan mengajar untuk menghasilkan pelajaran yang

bermakna.

Dalam surah Yusuf ayat 67 Allah berfirman:

ْ ُ َۗ
‫اب ُّم َت َف ّ ِرق ٍة َو َمٓا اغ ِن ْي‬ َ ‫ال ٰي َبن َّي اَل َت ْد ُخ ُل ْوا م ْۢن َباب َّواح ٍد َّو ْاد ُخ ُل ْوا م ْن َا ْب‬
‫و‬ َ ‫َو َق‬
ٍ ِ ِ ٍ ِ ِ
َ‫الله م ْن َش ْي ۗء ان ْال ُح ْك ُم ااَّل ل ّٰله َۗع َل ْيه َت َو َّك ْل ُت َو َع َل ْيه َف ْل َي َت َو َّكل امْل ُ َت َو ّك ُل ْون‬
ّٰ َ ْ ُ ْ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِِ ٍ ِ ِ ‫عنكم ِّمن‬
Maksudnya: "Dan ia berkata lagi "Wahai anak-anak Ku! Janganlah kamu masuk (ke bandar

Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan.

Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang

telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya

tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah

orang-orang yang mahu berserah diri."

Ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Ya’qub telah membuat perancangan untuk

mengurangkan risiko dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya. Baginda khuatir

apabila anak-anaknya masuk dalam pintu yang sama, makanan anak-anak mereka akan

dirampas kerana mereka datang dalam jumlah yang ramai. Namun hal ini tidak akan berlaku

apabila mereka masuk dalam pintu yang berbeza. Seolah-olah mereka itu datang

bersendirian. Ayat ini dapat dijadikan panduan supaya kita sentiasa bersedia dengan sesuatu

perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Akhir kalam, aku haruslah sentiasa bersedia menadah ilmu dan membuat perancangan

pengajaran sebelum memasuki kelas. Pandemik Covid 19 menjadi saksi kemungkinan yang

tidak terjangka akan sentiasa berlaku dalam pendidikan. Strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran perlu diubah hampir 100% disebabkan wabak ini. Penggunaan teknologi

yang dipandang sepi mula diangkat dan dijulang tinggi penggunaanya. Aku perlu mengambil

peluang semasa PdPC untuk memaksimumkan silibus pengajaran kerana bila-bila masa saja

tanpa disedari kemungkinan PdPR akan datang semula.

 No. Matrik : 2212553

 Asal : Sungai Petani, Kedah

 Ijazah : Bahasa dan Linguistik Arab, Universiti Malaya

 Kata-kata harapan : Proses tidak menidakkan hasil, maka berusahalah.

 Jurnal minggu 15 :

Kelas Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah yang akan dirindui dengan Dr. Hayati yang

sentiasa membuatkan adrenalin aku memuncak laju setiap kali sebelum kelas bermula.

Anehnya semasa sesi pembelajaran berlansung, wajahku berseri-seri pula dengan celoteh

Dr. Hayati. Konsep pengajaran Dr, yang sentiasa menggunakan kaedah soal jawab dari tahap

senang hingga ke tahap yang susah akan aku aplikasikan kepada anak-anak muridku. Tidak

dilupakan juga kepada Dr. Mastura yang kecil-kecil cili padi dan comel. Namun jangan

tertipu, suaranya yang lantang mampu kedengaran hingga ke bilik sebelah. Pengalaman dan

cerita-cerita Dr. dari meja pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin akan

sentiasa terpahat di hatiku untuk mendepani liku-liku pendidikan di masa akan datang.

Sesungguhnya saya bersyukur menjadi salah seorang pelajar Dr. Hayati dan Dr. Mastura.

Bukan hanya ilmu sahaja yang Dr. berikan, tetapi nasihat dan didikan Dr. jugalah yang

membentuk karakter saya kini. Tidak ada yang boleh saya berikan sebagai penghargaan
selain ucapan jutaan terima kasih setinggi langit dan janji untuk menjadi pendidik yang

komited dengan tugasan yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai