Anda di halaman 1dari 1

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : 8/12

Minggu Praktikum :8

Tarikh Peristiwa : 21 Ogos sehingga 25 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Ujian Pertengahan Pengggal 2

Sepanjang minggu ini, SK Agama Ibn Khaldun telah melangsungkan Ujian


Pertengahan Penggal 2. Ujian ini adalah melibatkan seluruh murid Tahun 1 hingga Tahun 5.
Tahun 6 pula mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dan ada juga
bengkel dan beberapa program bagi murid Tahun 6 sepanjang ujian ini dijalankan.

Pada ujian ini, saya bersama rakan-rakan guru praktikum yang lain telah diberi
kesempatan dan peluang untuk menjadi pengawas peperiksaan untuk mengawal murid
ketika ujian dijalankan. Hal ini, merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya.

Kesimpulan saya sepanjang menjadi pengawas ujian ini ialah murid di SK Agama Ibn
Khaldun ini ialah mereka memang telah ditapis sebelum masuk ke sekolah ini dan hanya
pelajar yang terpilih sahaja yang dapat masuk ke sekolah ini. Murid dapat menyiapkan ujian
tersebut dengan cepat dan membuatkan mereka bosan menunggu masa ujian habis. Hal ini
juga berpunca dari soalan yang terlalu mudah bagi tahap mereka.

Saya juga diberi peluang untuk menanda kertas jawapan murid. Hal ini memberi
pengalaman kepada saya untuk menanda kertas jawapan dengan cara yang betul. Skema
yang diberikan oleh guru pembimbing menjadi panduan kepada saya untuk menanda kertas
jawapan murid.

Kesimpulannya, Ujian Pertengahan Penggal 2 ini telah memberikan pengalaman


yang baru kepada saya ketika menjadi guru pelatih di sekolah ini. Tugas menjadi pengawas
ujian dan menanda kertas jawapan murid perlulah dilakukan dengan teliti dan serius agar
kita dapat mengetahui dapat diketahui murid yang telah menguasai dan masih lemah dalam
sesuatu mata pelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :……………………………… Tandatangan :………………………………


Nama : ……………………………... Nama :……………………………..
Tarikh : ……………………………… Tarikh :……………………………..

Anda mungkin juga menyukai