Anda di halaman 1dari 8

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS (BIS)

ABSB 3103

FIQH IBADAT

NO. MATRIKULASI : 951128045229002

NO. KAD PENGENALAN : 951128-04-5229

NO. TELEFON : 013-2227762

E-MEL : hanifshahabudin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEREMBAN


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG. MENYUMBANG KEPADA 4


KECACATAN DALAM IBADAH HAJI DAN KESANNYA TERHADAP
IBADAH HAJI YANG DITUNAIKAN.

3.0 PERBEZAAN ANTARA PERKHIDMATAN SWASTA DENGAN 6


LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH) DI MALAYSIA DALAM
MENGURUSKAN JEMAAH YANG PERGI MENUNAIKAN IBADAH
HAJI DARI SEGI PENGURUSAN KEWANGAN, GILIRAN,
PENGANGKUTAN, TEMPAT TINGGAL DAN LAIN-LAIN.

4.0 LAPORAN HASIL TEMUBUAL 7

5.0 REFLEKSI 9

6.0 KESIMPULAN 11

7.0 RUJUKAN 12
PENGENALAN

Setiap muslim pasti mempunyai cita-cita untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci
Makkah. Seperti yang kita ketahui, haji adalah antara salah satu ibadah yang diwajibkan oleh
setiap orang Islam yang berkemampuan dan termasuk dalam Rukun Islam yang ke lima. Solat itu
tidak akan sempurna sekiranya tidak cukup lengkap rukunnya maka begitu juga dengan agama
Islam, tidak akan sempurna sekiranya tiada ibadah haji ini. Oleh yang demikian, amalan ibadah
haji ini amat dititikberatkan jika dapat dilakukan dengan tertib atau sunnah yang betul agar ia
dapat diterima di sisi Allah SWT.

Haji yang mabrur juga merupakan impian setiap jemaah haji. Mabrur berasal dari bahasa
Arab, yaitu "barra-yaburru-barran", yang artinya taat berbakti. Dari segi istilah ialah bererti
ibadah haji yang diterima pahalanya oleh Allah SWT. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan oleh Jemaah haji untuk mendapatkan haji yang mabrur. Antaranya ialah Jemaah haji
perlu memperbetulkan niat menunaikan haji sebagai bentuk ketaatan terhadap perintah agama
dan memenuhi Rukun Islam kelima. Jauhkan mengerjakan haji hanya untuk menunjuk-nunjuk di
media sosial seperti facebook dan Instagram. Selain itu, jemaah perlu memahami rukun-rukun
haji serta doa-doa semasa mengerjakan haji. Hal ini dapat mendatangkan khusyuk kepada tetamu
allah semasa melakukan ibadah haji. Seterusnya, jemaah haji perlu menyediakan semua
keperluan ibadah haji seperti kain ihram,visa haji dan sebagainya.

Di Malaysia, Lembaga Tabung Haji adalah salah satu institusi yang telah
dipertanggungjawabkan menyediakan prasarana untuk jemaah haji sebelum, semasa dan selepas
ke Tanah Suci Makkah. Sebelum berangkat ke Mekah, Lembaga Tabung Haji mengadakan
kursus intensif untuk bakal jemaah haji. Jemaah Haji dapat mempelajari ilmu-ilmu berkaitan
ibadah haji daripada ustaz dan ustazah yang berpengalaman dalam bidang haji. Semasa musim
haji, Lembaga Tabung Haji akan menyediakan hotel dan pengakutan semasa melakukan ibadah
haji seperti tempat bermalam di Mina dan pengakutan bas untuk ke Jamrah untuk melakukan
ibadah melontar. Setelah habis melakukan ibadah haji, institusi ini akan menguruskan perjalanan
balik para jemaah haji dengan kerjasama syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines
dan Saudi Airlines.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KECACATAN DALAM
IBADAH HAJI DAN KESANNYA TERHADAP IBADAH HAJI YANG DITUNAIKAN.

Meskipun dunia pada hari ini mengalami penularan covid 19 tetapi hal tersebut sesekali
tidak akan menghentikan manusia daripada menunaikan ibadah haji. Ibadah haji adalah antara
ibadah yang penting bagi setiap muslim. Setiap individu mesti bersedia dari segi rohaniah
mahupun fizikal untuk mengerjakan ibadah haji. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbangkan kepada kecatatan dalam ibadah haji dan kesannya terhadap ibadah haji yang
ditunaikan.

Niat merupakan aspek yang paling penting di dalam menunaikan ibadah haji. Hal ini
demikian setiap perbuatan akan dinilai berdasarkan niat seseorang serta dalam islam amat
menitikberatkan tentang niat kerana berkait dengan perlaksanaan ibadah. Antara niat
menunaikan ibadah haji ialah semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allah S.W.T dan
bukannya ingin mencari popular di mata makhluk. Niat juga akan mengakibatkan seseorang
ikhlas atau sebaliknya. Hal ini amat bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan
ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta
memberikan zakat, dan demikian itulah agama yang benar. (Al-Quran 98:5)

Menurut Imam Nawawi (1988) Oleh sebab segala perbuatan berlaku dengan niat, maka niat ialah
tujuan dan maksud perbuatan itu yang menentukan balasan baik atau buruk yang bakal diterima.
Manakala menurut Al-Asyqar (2001) menyatakan niat Dari sudut bahasa, niat ditakrifkan
sebagai tujuan yang didahului atau diiringi oleh kehendak. Dari sudut syarak pula, niat
bermaksud keinginan untuk melakukan sesuatu yang diikuti dengan perbuatan untuk
mendapatkan keredaan Allah SWT. Di dalam menunaikan ibadah haji, niat kita perlulah untuk
mendapatkan haji yang mabrur. Walaupun kita telah habis menunaikan ibadah haji kita perlu
saling ingat mengingati agar niat kita hanya untuk mendapat haji yang sempurna dan mabrur dan
bukannya untuk menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Sebagai contoh, tetamu Allah yang ingin
membanggakan gelaran Haji dan Hajjah selepas pulang ke tanah air. Bila terdapat kecacatan
pada niat dan tujuan ia akan menyebabkan matlamat mengapai haji yang mabrur akan semakin
hilang. Kita akan hilang fokus dan matlamat untuk mendidik jiwa. Akan hilang juga khusyuk
serta hikmah dari ibadah tersebut.

Seterusnya, sikap sambal lewa dan tidak prihatin semasa melaksanakan rukun-rukun dan
wajib-wajib haji juga akan menyebabkan kekurangan malahan kecacatan kepada ibadah haji kita.
Perkara yang paling utama yang perlu dijaga ialah pantang larang semasa ihram. Kita hendaklah
jujur dengan diri sendiri kerana perkara-perkara yang berkaitan pantang larang dalam ihram
hanya kita dengan Allah sahaja yang mengetahuinya. Samalah keadaannya sebagaimana kita
berpuasa. Jika sekiranya melanggari batasan syarak ketika berpuasa maka batal puasa pada hari
itu. Dalam ibadah haji dan umrah pula jika terlanggar pantang larang tersebut hendaklah segera
ditunaikan dam yang wajib ke atas kita. Jika tidak akan rosak dan tidak sempurnalah ibadah kita.
Jangan pula ditangguhkan, dikhuatiri akan terlupa atau terabai melaksanakannya. Bagi
membayar dam, Jemaah bolehlah berbincang dengan petugas Tabung Haji tentang cara bayaran
dam. Bayaran dam dan fidyah adalah urusan sendiri dan Jemaah bolehlah membayarnya kepada
fakir miskin Makkah pada kadar 5 riyal. Bayaran dam ini bergantung kepada jenis-jenis
kesalahan larangan dan ianya tidak sama antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain.

Selain itu, tidak menjaga adab semasa menunaikan ibadah haji adalah salah satu faktor
yang menyumbang kepada kecacatan dalam ibadah haji. kita sentiasa perlu menjaga adab dan
akhlak termasuk semua aspek seperti penampilan seseorang, pertuturan, dan sebagainya.Menurut
Miskawaih (1966) merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs)
yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan
senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan.
Manakala menurut Jalaluddin dan Usman (1994) menegaskan bahawa kewujudan akhlak
yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian (sikap dan tingkahlaku) seseorang hamba
kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik kepada sesama manusia, mahupun
terhadap alam sekitar. Hal ini sekiranya kita tidak dapat menjaga akhlak dengan baik seperti
memakai pakaian yang tidak sopan atau tidak dapat menutup aurat akan mengakibatkan ibadah
tersebut tidak dirahmati oleh Allah S.W.T serta merupakan perkara yang ditegah dalam Islam.
walau apa pun jenis pakejnya, sama ada yang termahal atau yang paling murah, yakinlah kita
punya tanggungjawab yang sangat besar. Seumpama kita mendapat jemputan menghadap raja
atau sultan. Sudah tentu banyak protokol, perkara rasmi dan serba-serbi persiapan yang perlu kita
lakukan dan patuhi. Apatah lagi sebagai tetamu Allah.

Sebagai hamba Allah yang taat pada perintah Allah, kita hendaklah mengelak daripada
melakukan perkara-perkara yang menjejaskan ibadah haji kita seperti niat untuk menunjuk-
nunjuk, mamandang enteng terhadap rukun-rukun dan wajib haji serta tidak menjaga adab dan
akhlak semasa menunaikan ibadah haji.
PERBEZAAN ANTARA PERKHIDMATAN SWASTA DENGAN LEMBAGA TABUNG
HAJI (LTH) DI MALAYSIA DALAM MENGURUSKAN JEMAAH YANG PERGI
MENUNAIKAN IBADAH HAJI DARI SEGI PENGURUSAN KEWANGAN, GILIRAN,
PENGANGKUTAN, TEMPAT TINGGAL DAN LAIN-LAIN.

Anda mungkin juga menyukai