Anda di halaman 1dari 35

MUDAHNYA UMRAH

SERUAN TERAGUNG,

PEMUDAH CARA,

MENEGAKKAN SYIAR ISLAM.

AKADEMI MUTAWWIF TRAINING AND CONSULTANCY (AMTC)


(No. Pendaftaran: 976567-P)

1
INDEKS
BIL. BAB ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KENAPA PERLU MENGERJAKAN UMRAH DAN HAJI


1. Kelebihan Haji 4-5
BAB 1 2. Kelebihan Umrah 6
3. Anda tangguh? Atau Allah tutup peluang terhidang 7-8
4. Kalau tak pergi, tak apa ka? 9-10
PENYELESAIAN BAGI PERSOALAN
BAB 2 1. Apa penyebab kita tidak tunai haji dan umrah? 12-13
2. Kategori 2M? 14-15
APAKAH HALANGAN KITA TIDAK TUNAI UMRAH DAN HAJI
BAB 3
1. Masalah KEWANGAN 17-20
S.O.L.U.S.I MENUJU BAITULLAH (SMB)
1. Saving 22-23
2. Opportunity 23-24
BAB 4 3. Leader 25-27
4. Ujrah 28-29
5. Sponsor 29
6. Installment 30
7. Lampiran 32-34

2
3
Kelebihan HAJI
Ibadah Haji adalah rukun Islam yang ke-lima. Ianya merupakan ibadah tahunan yang
dilaksanakan di Mekkah yang merangkumi semua umat Islam di seluruh dunia.

Ibadah haji hanya diwajibkan kepada orang yang mampu. Namun, setiap orang sepatutnya
berkeinginan untuk melaksanakan ibadah fardhu ini. Agar Allah memudahkan kita mengerjakan haji
di tanah suci.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dalam keadaan dia tidak menuturkan perkataan yang
tidak senonoh dan tidak melakukan perkara keji maka dia akan kembali (dalam keadaan suci daripada
dosa) sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

4
Jelas di situ, Haji yang dilakukan dengan ikhlas dan menjaga pertuturan serta anggota badan
merupakan pra syarat haji yang mabrur. Inilah yang dinamakan kemuncak ibadah dalam Islam yang
tidak dinafikan lagi syurga adalah balasan yang setimpal untuk tetamu Allah ini.

Selaras dengan sabda Baginda S.A.W. hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
mafhumya, “Tidak ada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga”.

5
Kelebihan Umrah

Umrah adalah haji kecil, yang mana segala natijah dan fadhilatnya hampir menyamai fadhilat
Haji. Yang pasti, penghapusan dosa merupakan janji Allah yang berlaku di antara dua umrah yang
tiada tolok bandingnya. Dalam sebuah hadith, Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,

“Orang-orang yang sedang menunaikan haji dan umrah ialah rombongan perwakilan Allah. Bilamana
mereka berdoa kepada Allah pasti akan diterima. Bila mereka meminta keampunan, pasti mereka akan
diampunkan” (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Melalui hadith ini, kita dapat mengetahui satu lagi kelebihan orang yang menunaikan umrah dan
haji, iaitu segala hajatnya akan dikabulkan tanpa ada sebarang hijab antara hamba-Nya dengan Allah,
InsyaAllah.

6
“Anda tangguh umrah haji? atau Allah tutup peluang yang terhidang!”

Sebaik terdetik di hati kita untuk menunaikan haji dan umrah, kita perlu terus berusaha tanpa
melengahkan masa untuk mengerjakannya, carilah apa jua cara sekali pun untuk kita capai niat kita
yang murni. Hakikatnya, tanpa kita sedari itulah yang dimaksudkan Seruan Ilahi.

Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Barangsiapa yang ingin menunaikan haji, maka hendaklah dia bersegera mengerjakannya”. Hadith
Riwayat Imam Abu Daud.

Sayyidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang
mempunyai belanja dan kenderaan untuknya sampai ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan
haji, kemudian jika dia mati, maka kematiannya itu tidak sedikit pun berbeza dengan kematian sebagai
seorang Yahudi dan Nasrani” Riwayat Imam Tirmizi.

7
Jangan kita tangguhkan lagi niat kita. Ingat! Dalam hadith sebelum ini ada mengatakan sekiranya
kita menangguhkan haji walaupun kita sudah berkemampuan kerana sibuk dengan dunia, nanti Allah
akan sibukkan dan habiskan harta kita ke jalan yang tiada pahala disisiNya, betapa ruginya orang-
orang seperti ini.

8
“Kalau tak pergi Umrah dan Haji, tak apa ke?”

Kematian itu pasti dan kita tidak tahu bila ianya akan berlaku. Jadi, adakah anda sudah bersedia
untuk bertemu Allah dalam keadaan Rukun Islam kita belum sempurna? Sudah bersediakah kita untuk
bertemu malaikat di dalam kubur, dan memberi alasan kita tidak sempat melakukan umrah atau haji
kerana beranggapan masih ada banyak masa?

Haji menjadi salah satu daripada rukun Islam. Tidak sempurna haji maka tidak sempurnalah
rukun Islam! Mampu atau tidak itu persoalan kedua, yang penting kita mahu atau tidak.

Bak kata orang, “Jika kita tidak mahu, mungkin Allah pun tidak mahukan kita” dan “Jika kita
mahu, bila-bila masa sahaja Allah akan mampukan kita”.

9
Umrah dan Haji adalah perkara wajib dilakukan sekali dalam seumur hidup. Sebab itu Baginda
s.a.w. membaca firman Allah yang berikut untuk menguatkan lagi sabda Baginda s.a.w,

Maksudnya: “Dan untuk mendapat keredhaan Allah, wajib ke atas manusia menunaikan haji ke
Baitullah, bagi mereka yang mampu melakukan perjalanannya. Dan barangsiapa yang mengingkari,
maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada seluruh alam ini”. Surah Ali Imran, ayat 97.

10
11
Konsep persoalan di sini merujuk kepada segala tanda tanya kita mengenai Haji dan Umrah.

Contohnya:

“bila kita perlu buat umrah dan haji?”

“bagaimana kita tunaikan umrah dan haji?”

“siapa yang wajib tunaikan umrah dan haji” dan sebagainya.

 apa penyebab kita tidak tunaikan umrah dan haji?

Di Malaysia setiap tahun tidak sampai 2 persen pun umat Islam yang pergi menunaikan Haji dan

Umrah. Secara tidak langsung, hal ini memberi kesan kepada kita yang berkeinginan menunaikan haji

dan umrah di usia muda. “Hanya 2 persen? Banyak ke tu? Kenapa 2 persen?” inilah persoalan yang

sentiasa didengari dari peserta program yang kami anjurkan di seluruh Malaysia.

12
Dianggarkan umat Islam di Malaysia sekitar 15 juta dan sebanyak 250 ke 300 ribu orang sahaja

yang pergi tunaikan umrah dan haji setiap tahun. Itulah 2 persen, akan tetapi kenapa hanya 2 persen?

Kita sedia maklum Kerajaan Arab Saudi mengambil inisiatif terbaru untuk mengatasi kesesakan

melampau di waktu kemuncak yang mana hanya 1 ke 2 persen sahaja yang diperuntukkan kepada

penduduk sesebuah negara setiap tahun dan perkara ini memang tidak dapat dielakkan.

Tetapi mengapa Jemaah umrah terlalu sedikit? Sedangkan kos umrah lebih murah jika

dibandingkan Haji dan boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang tahun? dikhabarkan hampir 600 buah

syarikat pengendali umrah berdaftar di Malaysia yang masih bergiat aktif. Agak mustahil untuk rakyat

Malaysia sekiranya mereka tidak bertemu walau satu syarikat. Ke manakah 98 peratus lagi?

13
 Kategori 2M

Kita percaya bahawa 2 peratus umat Islam yang pergi menunaikan umrah dan haji itu adalah dalam
kategori 2M iaitu MAHU dan MAMPU.

Manakala 98 peratus pula terbahagi kepada banyak kategori:

1. MAHU tapi TIDAK MAMPU.


Golongan ini mereka MAHU sangat pergi tunai umrah dan haji, namun mereka tidak MAMPU.
Macam-macam sebab, macam-macam alasan yang mereka akan bagi jika ditanya.

2. MAMPU tapi TIDAK MAHU.

Golongan ini Allah berikan kelebihan harta, sihat tubuh badan dan berkeMAMPUan untuk ke

Mekah menunaikan haji dan umrah tapi sayang sekali, mereka tidak MAHU.

14
3. TIDAK MAHU dan TIDAK MAMPU.

Golongan ini adalah golongan yang paling sedih sekali. Sudahlah mereka TIDAK MAMPU

malah TIDAK MAHU.

Mereka tidak mahu berusaha untuk memperolehi MAMPU dan mereka tidak MAMPU menuju

jalan Allah tertulis dalam sebuah hadis, mereka ini dikategorikan sebagai orang fakir miskin yang

sombong.

15
16
Antara halangan kita untuk mengerjakan haji dan umrah adalah:

 Masalah Kewangan

 Tiada Ilmu

 Tiada dorongan dan motivasi

 Tiada kesempatan masa

 Tiada perancangan tabungan

 Masalah kesihatan

 Tidak memberi keutamaan kepada haji umrah

Berdasarkan kajian selama 7 tahun dalam bidang pendidikan calon-calon Jemaah umrah haji, dapat

disimpulkan bahawa MASALAH KEWANGAN adalah masalah paling kritikal kebanyakan rakyat

Malaysia.
17
10 ke 15 tahun dulu, kos menunaikan umrah tidaklah semahal sekarang yang mana anggaran kasar

kos dahulu kira-kira RM2000 lebih sahaja. Hakikatnya wang itu ada, cumanya penggunaan sahaja

yang tidak kena pada tempatnya sehingga kita terlupa untuk meletakkan ibadah umrah dan haji pada

kedudukan utama dalam pengurusan kewangan kita.

Sebelum usia kita dikategorikan (veteran) adalah lebih wajar kita tunaikan umrah dan haji seawal

yang mungkin. Hal ini kerana, berkemungkinan pada usia yang lanjut terdapat pelbagai penyakit

seperti tenaga sudah mula berkurangan serta sistem daya tahan yang semakin lemah dan sebagainya,

boleh menjadi halangan untuk kita mengerjakan haji dan umrah.

18
Oleh kerana kurangnya pengetahuan kita menjadi punca timbulnya tanggapan orang ramai

mengenai ibadah umrah ini adalah sunat sahaja. Yang mereka tahu, hanya haji sahaja yang wajib

ditunaikan. Hal yang demikian, apa yang tergambar difikiran mereka adalah, “tak buat tak apa, tak

dosa. Ada masa lapang nanti, buatlah”. Pemikiran seperti inilah yang semakin berleluasa dikalangan

umat Islam sekarang khususnya di Malaysia. Mereka tidak tahu pun bahawa umrah itu adalah wajib.

Buku karangan Ustaz Jamaluddin Hashim, bertajuk Fiqh Umrah Kontemporari beliau

mengatakan, para ulama semua mazhab bersepakat bahawa umrah itu adalah kewajipan sekali

seumur hidup, sama macam haji.

19
Berdasarkan kajian kami, dapat disimpulkan bahawa orang yang telah mengerjakan umrah, lebih

mudah untuk mendapat peluang mengerjakan haji pula, walaupun giliran menunggu ibadah haji terlalu

panjang.

Kenapa boleh macam itu? ….. Allah punya kerja……

Siapa yang jemput? …… Allah s.w.t …

20
21
Inilah S.O.L.U.S.I yang merujuk kepada:

 SAVING,
 OPPORTUNITY,
 LEADER,
 UJRAH,
 SPONSOR,
 INSTALLMENT.

Setiap masalah pasti ada solusinya itulah yang kami terapkan dalam membantu orang ramai

merealisasikan impian mereka untuk pergi menunaikan umrah dan haji seawal yang mungkin malah

boleh pergi secara percuma setiap tahun. MasyaAllah, tiada yang mustahil.

22
1. Solusi SAVING (simpanan)

Melalui SOLUSI simpanan, tuan puan boleh mula menyimpan kewangan untuk mempercepatkan

kita pergi umrah dan haji. Kena ingat! semakin lambat kita menabung, semakin lambat ruang dan

peluang kita untuk menunaikan kewajipan seawal mungkin, oleh itu tindakan segera diperlukan.

Cara menyimpan bergantung kepada penyimpan sama ada mahu menyimpan melalui tabung

sendiri atau mana-mana institusi perbankan, contohnya Tabung Haji, SKKM-I dan sebagainya.

2. Solusi OPPORTUNITY (peluang)

Ramai yang tidak sedar bahawa ada banyak peluang pekerjaan di luar sana yang memungkinkan

untuk ke tanah suci sekerap yang mungkin meskipun kita bukan hadir sebagai Jemaah.

23
Bila sebut mengenai peluang tidak semua peluang itu datang bergolek, ianya bergantung kepada

usaha, tekad dan azam kita serta sekerap mana kita meminta kepada Allah agar diberikan peluang.

Kebiasaannya peluang yang hadir itu bergantung kepada kepakaran dan ilmu yang kita ada, dan

ada juga peluang yang Allah berikan walaupun kita tidak ada kepakaran langsung, semuanya kehendak

Allah, jika jadi maka jadilah.

Staf syarikat agensi kembara, pensyarah profesional, pekerja kontrak kebersihan, pekerja kontrak

pembangunan, jururawat dan doctor professional, pekerja kontrak kepakaran khusus dan sebagainya.

Peluang yang ada ini kita manfaatkan untuk kita menuju Baitullah.

Kalau kita tidak mampu merebut peluang itu, wujudkan peluang itu dengan meminta bersungguh-

sungguh kepada Allah. Dapat tak dapat, itu kerja Allah. Usaha, Tawakkal, Redha.
24
3. Solusi LEADER (mutawwif & mutawwifah)

SOLUSI Leader ini, umumnya ditawarkan kepada mereka mengikut kepada kelayakan yang

mereka miliki yang melayakkan kita pergi ke Mekah sama ada menunaikan Haji atau Umrah.

1. Mutawwif - jawatan setaraf Pegawai Agama Islam yang bertanggungjawab membimbing

Jemaah mengenai pegurusan, hal ibadat dan perjalanan. Tangunggjawab yang besar meminpin

Jemaah untuk beribadat kepada Allah.

2. Mutawwifah - mempunyai peranan yang sama seperti Mutawwif, namun biasanya lebih fokus

kepada Jemaah wanita.

25
3. Pembantu Mutawwif atau Mutawwifah – jawatan yang kebiasaannya dibuat oleh syarikat

yang menyediakan leader di Tanah Suci sahaja, dan sesetengah syarikat menamakannya tour

leader.

4. Pegawai Haramain – kebanyakan petugas diarahkan untuk menetap di Tanah Suci selama mana

yang dia mampu dan saranan pegawai yang dilantik perlulah mempunyai pengalaman luas dalam

bidang pengurusan haji dan umrah terutama ground management syarikat seperti hotel, check in

dan check out, perubatan, hal ehwal makanan, pengangkutan, perhubungan luar.

26
Cara menjadi leader?

1. Boleh memohon terus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan kekosongan.

2. Boleh mengikuti Program Pensijilan Mutawwif di syarikat agensi umrah.

Boleh juga mengikuti Program Pensijilan Mutawwif anjuran Akademi Mutawwif Training and

Consultancy (AMTC) dengan penawaran modul-modul yang lebih mendalam dan merangkumi semua

sehingga sehingga layak untuk menjadi usahawan mutawwif profesional. Boleh mengikuti Program

Diploma Mutawwif anjuran mana-mana institusi pengajian.

27
4. Solusi UJRAH (usahawan)

Usahawan dropship, menjadi ejen rasmi, menjadi stokis, dan sebagainya antara yang hangat di

pasaran buat masa ini. SOLUSI Ujrah adalah solusi yang memerlukan kita mengumpul wang yang

mencukupi untuk mengerjakan Umrah atau Haji berbeza dengan SOLUSI Saving.

Mereka yang tidak mempunyai pendapatan mencukupi dan perbelanjaan yang cukup makan sahaja

setiap bulan bagaimana? Sudah tentu mereka tidak mempunyai pendapatan lebih untuk menabung

sepertimana yang diperlukan dalam SOLUSI Saving.

Kesimpulannya, SOLUSI Ujrah adalah pilihan terbaik untuk mereka. Ujrah ataupun upah yang

diberikan ada yang berupa komisen setelah menjual pakej umrah, ada yang dapat kerusi percuma untuk

28
menunaikan umrah, ada yang dapat income (bayaran) melalui jemputan sebagai penceramah kursus

umrah jemputan dan sebagainya.

Hakikatnya, banyak ruang dan peluang di luar sana yang perlu kita cari. Kita sendirilah yang

memanfaatkan apa yang kita ada sebaik mungkin untuk menghasilkan peluang itu.

5. SOLUSI Sponsor (tajaan)

Solusi Sponsor ini antara yang mudah yang dapat kita gunakan untuk ke Tanah Suci. Hal ini kerana,

segala kos keseluruhan yang berkaitan dengan umrah akan ditanggung sepenuhnya oleh penaja

tersebut yang boleh melibatkan badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan orang

persendirian. Ia betul-betul bergantung kepada rezeki kita juga, usaha kita memohon sumbangan atau

melakukan sedikit usaha.


29
6. SOLUSI Installment (instrumen)

Instrumen ini berbeza sedikit berbanding pinjaman kerana instalment adalah bayaran secara

ansuran yang dikenakan ke atas Jemaah. Manakala pinjaman pula, Jemaah meminjam jumlah

keseluruhan yang diperlukan dan membayarnya semula dalam tempoh yang tertentu.

Kebanyakan syarikat umrah tidak menerima kaedah pembelian pakej umrah seperti ini kerana

tempoh pembayaran yang agak lama. Malah, ada juga syarikat yang membenarkan Jemaah

menunaikan umrah terlebih dahulu kemudian pembayaran ansuran boleh dilakukan selepas ibadah

haji atau umrah itu dilaukan bergantung atas budi bicara kedua belah pihak.

Rezeki ada dimana-mana, yang penting kita selaku umat Islam bersangka baiklah dengan Allah dan

jangan pernah putus harapan untuk memohon pertolongan daripada Allah yang maha Esa.

30
- Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam, boleh dalami melalui:

1. Buku :
Solusi Menuju Baitullah (SMB), Haji Abdullah Bin Abdul Rahman Shah.
2. Kursus :
 Al Haram (Kursus Sijil Usahawan Mutawwif Profesional – SUMP Mastery)
 S.K.M (Sijil Khas Mutawwif)
3. Seminar :
Solusi Menuju Baitullah, Seminar\Ceramah Motivasi Umrah, CEO AMTC Ust. Haji Abdullah
 Jika berminat sila hubungi: +6011 - 1062 1369 (En. Hazwan)\+6010 - 407 1700 ( Puan Ain)

- Ingin mengerjakan umrah atau menjadi agen kami, boleh hubungi:

Tel: 03-8741 5604


web : www.Mudahumrah.my
FB Pages: www.facebook.com/MudahUmrah.My/

31
LAMPIRAN

1. Seminar Solusi Menuju Baitullah & Buku S.M.B

32
2. Sijil Khas Mutawwif & Pakej Al Haram

33
3. Mudahumrah.My

34
- Tamat -

35

Anda mungkin juga menyukai