Anda di halaman 1dari 48

Buat Jemaah dari Doha yang mengerjakan Haji Tamattu’

1429 Hijrah/2008 M
Hamlah yang menggunakan bas

Versi 1: 28 October 2008


zentex@hotmail.com
Masjidil
Haram Sheesha

Jamrat

Mina

Aziziya
Mina

Masjidil
Haram

Arafah

Muzdalifah
2 km

GPS Coordinates:
Arafah N21 20.843 , E39 59.746
Muzdalifah (MABIT) N21 23.063 , E39 53.991
Mina N21 24.531 , E39 53.431
Akhir November (27/28
November)
Step 1 & 2 (Umrah)
Akhir November (27/28
November)
 Sampai sahaja di Miqat (Qarnul Manazil) berihram dan
Niat Umrah

‫مَرة‬
ْ ‫ع‬
ُ ‫م‬ ُ َ ‫ك الل‬
َّ ‫ه‬ َ ْ ‫لَبَّي‬
 Mengerjakan umrah di Masjidil Haram mengerjakan
umrah sebelum/setelah pergi ke asrama/kediaman
 Tawaf 7 pusingan
 Saie bermula dari Safa (4x) dan Marwah (3x)
 Bertahalul (memendekkan rambut bagi lelaki atau bergunting
sedikit bagi perempuan), boleh di sekitar masjidil haram (jika
ada bagi lelaki) atau sekitar kediaman nanti
 Maka dengan itu tamatlah ihram
 Selesai umrah, bas akan membawa jemaah ke kediaman di
Aziziyah/Sheesha
 Bolehlah membuka ihram di kediaman, tukar kepada baju
biasa
Saie di tingkat atas atau kawasan saie yang baru
Sementara menunggu 8
Dzulhijjah
 Jemaah akan sampai ke Mekah awal Dzulhijjah, maka ada
beberapa hari sebelum ibadat haji bermula
 Bas akan disediakan ke masjidil haram oleh pihak hamlah untuk
solat waktu, biasanya 3 kali sehari
 Boleh juga menggunakan teksi untuk pergi/balik ke Masjidil Haram
 Jarak kediaman ke Masjidil haram 3-6 km
 Pihak hamlah atau mutawif yang bersama mungkin akan
mengadakan sesi ceramah haji pada waktu tertentu
 Tidak mengapa solat di masjid sekitar kediaman, tetapi lebih baik
jika dapat pergi ke Masjidil Haram kerana ganjaran yang sangat
besar di samping dapat membuat tawaf sunat.
 2 atau 3 hari sebelum 8 Dzulhijjah, jalan ditutup untuk bas, perlu
naik teksi untuk ke Masjidil Haram dan ada waktu tertentu jalan
ditutup juga untuk teksi, mungkin perlu menunggu sedikit untuk
dapat teksi sekitar Masjidil Haram selepas isya’
 Gunakan tempoh sebelum haji ini untuk beribadat sepenuhnya
dan mengulangkaji manasik haji jika perlu
Mina Setelah solat
subuh/sarapan
Step 3 : Mabit di Mina
Mina

Kelihatan bendera Qatar menunjukkan kawasan


kehmah Qatar dan pemandangan belakang ialah kerja2
pembinaan jamrat bertingkat
Mina Setelah solat
subuh/sarapan
 8 Dzulhijjah : dikenali sebagai hari tarwiyah. Dinamakan demikian
karena mereka minum air sepuas-puasnya, sesudah itu, minum
dan memberi minum
 Berniat dan berihram dari tempat kediaman di
Aziziyah/Sheesha
ً‫جا‬ َ َّ َ ْ ‫لَبَّي‬
ّ ‫ح‬
َ ‫م‬ ّ ‫ه‬
ُ ‫ك الل‬
 Berangkat ke Mina untuk mabit (tidur dan bermalam)
 Sudah boleh membawa alat keperluan untuk Mina, Arafah dan
Muzdalifah

 Khemah (di Mina) yang sama akan digunakan pada hari2 tasyrik
kelak
 Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam solat (Zohor, Asar),(
Maghrib, Isya’ ) dan Subuh di Mina. Solat Zohor, Asar dan Isya’
diqasar tetapi tidak dijamak , dengan berjemaah
 Boleh gunakan kesempatan ini untuk “survey” jamrat, kira-kira 30
minit berjalan kaki dari khemah.
Arafah sebelum/setelah
solat Subuh
Step 4 : Wuquf di Arafah
Video – Memasuki kawasan
Arafah
Entering Arafat Area – youtube link
Hajj 2007 - Entering Arafat area.flv
Arafah sebelum/setelah
solat Subuh
 Bawa apa yang perlu sahaja untuk wuquf di Arafah dan
Muzdalifah (contohnya buku doa, spare ihram, hp charger,
sleeping bag). Anda akan kembali semula ke Mina selepas
ini.
 Setelah sampai di Arafah, berehat dan kumpulkan tenaga
untuk beribadat selepas zohor sehingga maghrib

 “Aku wuquf di sini (Arafah) dan seluruh Arafah


adalah tempat wuquf”. (H/R Abu Daud, Nasaii, Ibnu Majah,
Ahmad, Ad-Darimi dan Ibnu Jarud)

 Mendengar khutbah di Arafah


 solat Zohor dan solat Asar dengan cara qasar serta jamak
taqdim di Arafah`
 Talbiyah, zikir dan memperbanyakkan doa sambil
menghadap Kiblat dan mengangkat tangan. Kerana Nabi
saw bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berzikir pada
hari Arafah sehingga matahari terbenam, iaitu setelah solat
Zohor dan Asar.
Mendengar terjemahan khutbah Arafah dari Dr. Bilal Philips
Lokasi : Khemah umum hamlah Haramain
PERINGATAN
Kalendar Islam bermula setelah Maghrib
Jika Maghrib ialah pada jam 5 ptg, contohnya
3.00 ptg (9 Dzulhijjah)
4.59 ptg ( masih 9 Dzulhijah)
5.00 ptg (sudah masuk 10 Dzulhijjah kerana
sudah masuk waktu maghrib)
(Azan Maghrib), bertolak ke
Muzdalifah
Step 5 : Mabit di Muzdalifah
Muzdalifa
h
Video - Muzdalifah
Muzdalifah - 3 am - youtube link
Hajj 2007 - Muzalifa at 3am. Night under the SATR
(Azan Maghrib), bertolak ke
Muzdalifah
Dari Arafah, bertolak ke Muzdalifah untuk
mabit

“Dan saya wuquf (berhenti/bermalam) di


sini (Muzdalifah), dan semua kawasan
Muzdalifah adalah tempat wuquf
(bermalam/berhenti). (H/R Abu Daud, An-Nasaii,
Ad-Darimi dan selain mereka)

Di Muzdalifah, solat Maghrib dijamak dengan


solat Isya’ dengan cara qasar serta jamak
takhir
Tidur dan kemudian solat subuh
(masih 10 Dzulhijjah)
Step 6 :
10 Dzulhijjah : Jamrat aqabah, sembelih dam, tawaf ifadah,
bercukur
11 & 12 Dzulhijjah : Melontar 3 jamrat dan mabit di Mina di hari
Tasyrik
Video - melontar
Hajj pilgrims stone the 'devil' - 19 Dec 07.flv
jamrat - aljazeera report - youtube link
solat Subuh (masih 10
Dzulhijjah)
 Setelah sampai di Mina,
 melontar Jamratul Aqabah sahaja (skip Jamratul Ula & Jamratul Wusta)

 Bertolak ke Mekah (biasanya berjalan kaki)


 Untuk tawaf ifadah dan saie
 dan biasanya selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina seperti disebutkan di atas
 step ini tiada dalam gambarajah kerana jemaah akan pulang semula ke Mina dengan segera
untuk bermalam

 Bertahallul (bercukur botak/bergunting) samada di Mina atau Mekah

 Boleh dibuat mana2 dahulu di antara 3 di atas. Bercukur selepas melontar tidak menyalahi
mana2 empat mazhab.

 Setelah selesai 2 dari 3 di atas bolehlah keluar dari ihram


 Ini dikira tahallul awal, bebas dari semua larangan kecuali tiga. Boleh berpakaian biasa bagi
lelaki.
 Jika telah selesai ketiga2nya, dikira tahallul thani dan bebas dari semua larangan ihram

 Sembelihan dam & korban dilakukan pagi ini (10 Dzulhijjah) oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan
 Jika berada di Mekah, kembali semula ke Mina untuk bermalam. Malamnya
sudah dikira 11 Dzulhijjah
 Solat di Mina dilakukan seperti sebelumnya, iaitu dengan gasar tanpa jamak
Jemaah berjalan menuju ke jamrat tingkat atas dan bawah
Mina
Mina

Khemah bagi yang mengikuti pakej. Kemah biasa adalah


lebih kecil dan padat dari ini.
Mina
Mina

Berjalan kaki dari Mekah ke Mina untuk bermalam 11


Dzulhijjah. Tidak dapat menggunakan bas kerana
kesesakan
Dalam perjalanan ke Jamrat
di Mina
Kawasan Jamrat
Jamratul Aqabah di Mina
Pergi ke Mekah selepas melontar
jamratul aqabah untuk melakukan
tawaf ifadah
11 & 12 Dzulhijjah
Melontar ketiga-tiga jamrat di Mina pada 11 Dzulhijjah
(afdal lepas Zohor)
Bermalam di Mina untuk 12 Dzulhijjah (selepas
maghrib ini sudah dikira 12 Dzulhijjah). Sila rujuk
Fiqh Sunnah mengenai tempoh bermalam
Melontar ketiga-tiga jamrat pada 12 Dzulhijjah
 Lontaran mungkin dibuat selepas Asar bagi mengelakkan
kesesakan
 Ramai yang akan membuat lontaran selepas Zohor dan
keluar dari Mina sebelum maghrib kerana membuat
Nafar Awal
 Sila rujuk dengan pihak hamlah jam berapa akan
meninggalkan Mina
Kemudian keluar dari Mina untuk melakukan tawaf
wida’ di Masjidil Haram
Tawaf Wida’
Step 7
Tawaf Wida’ –
Pemandangan dari belakang
Maqam Ibrahim
Tawaf Wida’
Tawaf
Kemudian Solat sunat 2 rakaat di belakang
Maqam Ibrahim
Tiada saie atau bercukur lagi!!
Tidak wajib tawaf wida’ bagi wanita yang
sedang haid
SELESAILAH IBADAH HAJI
Kemungkinan tawaf wida’ ini dilakukan pada
13 Dzulhijjah kerana sampai di Masjidil Haram
selepas Maghrib
Ziarah ke Madinah
Bertolak ke Madinah dari Masjidil Haram
setelah melakukan tawaf wida’
Di Madinah selama 2 malam (13 Dzulhijjah
and 14 Dzulhijjah), rujuk contract
15 Dzulhijjah berangkat semula ke Doha
NOTA : Nafar Awal & Nafar
Thani
 Dibolehkan bermalam dua malam sahaja di Mina, kemudian
pulang ke Mekah sebelum terbenam matahari pada malam
13 Zulhijjah setelah melontar jamrah. Amalan ini dinamakan
Nafar Awal dan telah menyempurnakan hajinya. Perbuatan
ini diizinkan kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

ِ ْ ‫علَي‬
‫ه‬ َ ْ ‫فل َ إِث‬
َ ‫م‬ َ ‫ن‬
ِ ْ ‫مي‬
َ ‫و‬
ْ َ ‫فى ي‬
ِ ‫ل‬ َّ ‫ع‬
َ ‫ج‬ َ َ‫ن ت‬
ْ ‫م‬ َ
َ ‫ف‬

“Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina)


sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya”. (Al-Baqarah,
203)

 Bagi Jamaah yang bermalam sehingga tiga malam dan


melontar pada tiga hari (hari ke13 Dzulhijjah) pula
dinamakan Nafar Thani.
 Jemaah dari Qatar biasanya melakukan Nafar Awal (rujuk
NOTA : Waktu afdal
melontar di hari Tasyrik
 bahawa dihari Tasyriq, melontar dilakukan setelah matahari tergelincir
(setelah waktu Zohor) sehinggalah kewaktu malam. Iaitu berdasarkan hadis
dari Jabir radiallahu ‘anhu:
َ َ
َ‫عد‬ َ ِ ‫عدَ ذَل‬
ْ َ‫ك ب‬ ْ َ ‫مى ب‬
َ ‫وَر‬
َ ، ‫حى‬
ً ‫ض‬
ُ ‫ر‬ ْ َّ ‫م الن‬
ِ ‫ح‬ َ ‫و‬
ْ َ‫م ي‬ َ ّ ‫سل‬
َ ‫و‬ ِ ْ ‫علَي‬
َ ‫ه‬ ُ ‫صل ّى الل‬
َ ‫ه‬ َ ‫ه‬ ُ ‫و‬
ِ ‫ل الل‬ ْ ‫س‬
ُ ‫مى َر‬
َ ‫َر‬
‫ل‬
ِ ‫وا‬ َ
َ ‫ال ّز‬
“Rasulullah s.a.w. melontar pada hari Nahar pada waktu Duha, baginda
melontar selepas itu (hari-hari tasyriq) ketika matahari telah tergelincir
(setelah Zohor)”. (H/R Muslim)

‫ميْنَا‬ َّ ‫ت ال‬
ِ َ ‫فإِذَا َزال‬ َ َ ‫كُنَّا نَت‬
ُ َّ ‫حي‬
َ ‫ن‬
َ ‫س َر‬
ُ ‫م‬
ْ ‫ش‬

“Adalah kami menunggu-nunggu waktu melontar, maka apabila matahari


tergelincir (Zohor) kami melontar”. (H/R Bukhari)

 Dibolehkan melontar walupun setelah matahari terbenam, sila click di sini


untuk rujukan ataupun di sini
 Untuk penjelasan lanjut waktu melontar jamrat, sila rujuk di sini. Dalam
masa yang sama, ramai ulamak mutakhir membenarkan melontar pada
bila-bila masa.
NOTA : Waktu melontar
Jamratul Aqabah pada 10
Dzulhijjah
Melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh ketul batu-batu
kerikil yang kecil setelah matahari terbit. Baginda
telah bersabda:
َّ ‫ع ال‬
َ َ ‫حتَّى تَطْل‬ َ ْ ‫وا ال‬
‫س‬
ُ ‫م‬
ْ ‫ش‬ َ َ‫مَرة‬
ْ ‫ج‬ ُ ‫ل َ تَْر‬
ْ ‫م‬
“Janganlah kamu melontar sehinggalah matahari
terbit”. (H/R Ahmad dan selain darinya)
Rasulullah s.a.w. melontar selepas waktu Dhuha
Walaubagaimanapun, ada pendapat terdapat
keringanan dalam hal ini, terutamanya bagi wanita,
sila click link ini untuk melontar sebelum subuh. Boleh
juga lihat komentari Imam Al-Tirmizi dalam Jami’ Al-
Tirmizi, hadis 893, bab Haji, di mana dinyatakan ada
pendapat yang membenarkan melontar sebelum
matahari terbit.
NOTA : ISTILAH
a. Hari Tasyriq : 11, 12, 13 Dzulhijjah.
b. Hari Nahar : Idul Adha (10 Dzulhijjah).
c. Hari Arafah : 9 Dzulhijjah.
d. Miqat : batasan tempat dimulainya ihram.
RUJUKAN
fiqh-sunnah.blogspot.com/
fiqh sunnah
Fiqih Lima Mazhab : Muhammad Jawad
Mughniyah
Bulugh Al-Maram : Ibn Hajar Al-Asqalani
Haji dan Umrah seperti Rasulullah
Pengalaman mengerjakan haji 1428H
JADUAL HAJ TAMATTU’

Anda mungkin juga menyukai