Anda di halaman 1dari 4

PENYATAAN PRAKTIKUM DAN STATUS PENCAPAIAN

HEINNY ANAK SELAN


PISMP BI2 JANUARI 2012

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Cecil B. De Mille
Praktikum Fasa 3 yang telah bermula pada 2 Februari 2015 hinga 30 April
2015 di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Padawan merupakan pendedahan
ketiga pengalaman pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebenar bagi guru
pelatih seperti saya untuk menghadapi keadaan sebenar alam persekolahan.
Sebelum ini saya telah menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Batu Lintang (IPGMKBL) selama lebih kurang 4 tahun 10
bulan lamanya. Semua ini adalah berkaitan pembelajaran secara teoritikal dengan
amali mikro dengan ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan kanak-kanak. Hal ini
juga termasuklah ilmu tentang strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik
darjah, pengurusan, kurikulum pendidikan dan sebagainya. Praktikum yang dijalani
sebenarnya telah menterjemahkan segala input tersebut secara sebenar dan konkrit
mengikut situasi semasa di sekolah. Di sekolah, guru pelatih menggunakan teori
yang dipelajari di IPGM dengan mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu,
praktikum yang dijalani adalah satu instrumen praktik yang amat penting di dalam
menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembentukan guru yang mahir
dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di sekolah kelak.
Oleh yang demikian, sepanjang tiga bulan tempoh praktikal ini, perkara yang
paling utama sekali yang saya harapkan, adalah supaya dapat mempraktikkan
segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya
disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik darjah. Sehubungan dengan ini,
praktikum ini telah dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada
saya sebagai guru pelatih bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran,
bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana
pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu

yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan dan
tauladan. Ilmu yang diperolehi itu sangat bermakna kepada saya dalam menjana
perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang.
Selain itu, pelaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah
begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi
satu dan diterjemahkan kepada pembentukan insan yang sempurna. Semuanya
dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan
yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
serta sosial (JERIS). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang melibatkan
sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil
sahaja pihak bukan guru.
Justeru itu, praktikum yang dijalani telah membantu saya mengetahui
pengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya ke arah
menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada
guru pelatih kerana guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan
sekolah apabila bertugas kelak. Pengurusan ini adalah perkara yang begitu rumit
untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan banyak hal. Kalau dilihat
dari peringkat rendah sekali melibatkan tukang kebun, pengkeranian dan operasi,
pentadbiran, aktiviti kokurikulum sehinggalah ke peringkat lebih tinggi melibatkan
perancangan jangka pendek/panjang sekolah adalah dilaksanakan sendiri oleh
pihak sekolah. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan
pihak kementerian kepada pengurusan sekolah. Semua itu memerlukan guru yang
berpengetahuan dalam hal-hal pengurusan. Dengan itu, setelah di sekolah selama
tiga bulan, saya dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan
aktiviti-aktiviti di sekolah selain daripada pelaksanaan proses P&P harian.
Lantaran itu, dalam apa jua pekerjaan sekalipun, adalah sangat penting untuk
kita menetapkan matlamat. Pekerjaan tanpa matlamat ibarat memburu tanpa
sasaran. Natijahnya, masa dihabiskan, namun sifar hasilnya. Praktikum Fasa 3 ini
merupakan suatu lanjutan pengalaman belajar mengajar yang penting dalam hidup,
maka saya telah menetapkan tiga matlamat utama dalam usaha memastikan ianya
mendatangkan impak yang besar kepada permulaan karier saya sebagai pendidik.

Matlamat tersebut dianalisis sewajarnya dan saya akan turut menyatakan status
pencapaiannya.
Matlamat

yang

pertama

ialah

saya

ingin

meningkatkan

kemahiran

berkomunikasi dengan golongan kanak-kanak (murid sekolah) dan juga golongan


dewasa (para guru dan juga staf sokongan). Komunikasi merupakan satu proses
untuk membina atau berkongsi makna dalam kumpulan atau syarahan. Komunikasi
lisan

memerlukan

kedua-dua

pihak

memelihara

aspek

kesantunan

dalam

berbahasa. (Kajian Verdeber dan Verdeber, 2002). Sebagai seorang indidividu yang
sangat introvert, saya mengakui bahawa saya kurang mahir berkomunikasi dengan
orang lain; tidak kira yang muda mahupun muda. Pengalaman berpraktikum telah
semakin banyak memupuk keyakinan saya untuk terus belajar berkomunikasi
dengan orang walaupun ianya sesuatu yang saya kurang gemari pada awalnya.
Oleh itu, saya telah cuba pelbagai cara untuk mendekati warga sekolah dan
memanfaatkan apa jua medium untuk membina hubungan yang baik dengan warga
sekolah pada masa hadapan.
Matlamat saya yang kedua pula ialah cuba untuk bercakap dari hati. Saya
ingin sentiasa cuba meningkatkan kemahiran pengucapan saya supaya menjadi
lebih baik dari masa ke masa. Hal ini kerana, pengucapan yang baik mampu
menarik hati-hati kepada pengamalan nilai-nilai murni. Itulah hasrat terpenting dalam
dunia pendidikan- membentuk manusia yang cemerlang secara holistik. Hati sebagai
suis utama yang akan menggerakkan anggota badan mesti sentiasa dididik dan
orang yang mendidik itulah yang seharuslah terlebih dahulu, elok hatinya. Saya telah
menjangkakan saya berkemungkinan akan berhadapan dengan cabaran yang besar
dalam usaha merealisasikan matlamat saya yang ini. Meskipun sekarang ini saya
sememangnya berada dalam proses untuk membina matlamat ini dalam kehidupan,
namun saya masih belum yakin sepenuhnya ianya akan tercapai dalam masa
terdekat, bahkan bakal mengambil masa sepanjang kehidupan saya untuk
menjadikannya sebagai kenyataan. Tetapi, saya tidak mahu kalah sebelum
berjuang. Maka, saya telah menetapkan satu matlamat jangka pendek iaitu saya
telah mengamalkan konsep berfikir sebelum bercakap dan memenangkan akal
berbanding emosi sepanjang tempoh saya berpraktikum. Konsep ini turut
dipraktikkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat saya yang terakhir ialah untuk mendalami budaya sekolah yang
baik untuk dijadikan sebagai panduan dan pengalaman yang berharga. Setiap
sekolah mempunyai satu suasana dan budaya yang tiada pada sekolah lain.
Keunikan yang ada pada sesebuah sekolah akan menjadikan ianya istimewa
berbanding sekolah lain. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan saya, saya akan
banyak memerhatikan budaya sebelum membiarkan saya teradaptasi dengan
budaya tempat saya belajar mahupun ditempatkan. Saya akan diam meneliti dan
mula membina set minda saya sendiri. Hal ini penting, seperti kata pepatah Melayu,
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya mesti cepat belajar untuk
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.
Kesemua matlamat yang saya sasarkan tidak lain dan tidak bukan adalah
untuk saya menghayati jiwa seorang pendidik. Kesemua elemen sebagaimana yang
telah saya nyatakan telah saya perolehi dengan benar-benar memanfaatkan tiga
bulan ini dengan sehabis baik. Pokoknya, saya terus berusaha membina
pengalaman baru tentang pengendalian kelas dan pengurusan pelajar yang
merupakan elemen kemahiran terbaik yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Saya
juga turut mempelajari dan cuba memahami warna-warni dunia pendidikan secara
lebih mendalam.
Akhir kata, melalui matlamat yang telah digariskan, ianya dapat membentuk
diri saya yang memenuhi Falsafah Pendidikan Guru dan lebih daripada itu menjadi
seorang guru yang berkaliber dan berjiwa pendidik. Sesungguhnya, ianya bakal
merupakan suatu perjalanan yang panjang dan berterusan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai