Anda di halaman 1dari 2

CIRI CIRI GURU INOVATIF

Inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan.


Inovatif adalah kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif khususnya dalam industri
yang memerlukan konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang baru. Selain itu,
Inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai,
kemampuan transformasi untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan
sebagainya. satu cara untuk memperkenalkan idea baru untuk membuat sesuatu atau
mencipta sesuatu yang baru. Inovatif adalah satu proses mengeluarkan idea dan
mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru.
Walaupun idea dihasilkan melalui proses tertentu seperti reka cipta, pembangunan,
pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-
benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.
Sebagai seorang guru hendaklah mempunyai daya pemikiran inovatif untuk
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang inovatif hendaklah
mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan cekap supaya menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran p p dengan baik. Sebagai contoh, semasa !!
sedang dijalankan guru perlu menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk yang
diajar. Ini akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid serta murid " murid
menumpukan perhatian sepenuh.
#rend dalam pengajaran pembelajaran pada hari ini menunjukkan
pembelajaran berasaskan penemuan, inkuiri dan rises, projek dan pembelajaran aktif.
Seorang guru inovatif perlu memberikan penekanan kepada mencari, meneroka,
menilai dan menggunakan maklumat semasa mengajar. $ecenderungan pembelajaran
telah menghasilkan pemikiran baharu dalam pengajaran, seperti pengajaran kolaboratif
dalam kumpulan yang pelbagai yang setanding dengan era globalisasi di dunia. %elalui
pembelajaran terkini, guru yang inovatif boleh melahirkan pelajar minda kelas pertama.
Seterusnya, guru inovatif juga sentiasa bersedia menerima perubahan yang
berlaku dalam dunia pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ketinggalan. Guru
kreatif boleh menggunakan kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar
dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang
dibina berdasarkan persoalan autentik &asli' yang kompleks, dan direka bentuk untuk
menghasilkan produk atau tugasan. Selain itu, guru inovatif harus memberi penekanan
kepada strategi pengajaran yang membolehkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran
kepada permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis dan meningkatkan
tanggungja(ab pelajar terhadap pembelajaran. !elajar menerima tugasan berbentuk
permasalahan yang autentik dan pelbagai alat untuk menyelesaikan masalah. %asalah
dapat ditangani melalui pelaksanaan projek.
Inovatif memba(a pengertian kemampuan membuat transformasi atau mencipta
sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan
perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih
dinamik. !ada halnya, sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi
pembimbing kepada pelajar supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir,
menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. )leh itu, seorang guru
harus berinovatif dalam menghasilkan pelajar yang berilmu dan berpengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai