Anda di halaman 1dari 6

Saturday, January 8, 2011

Kemahiran Set Induksi


SET INDUKSI Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu.

TUJUAN Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui apa yang kita cuba tunjulkan. Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada mereka. Contohnya pernah melihatnya dirumah, televisyen dan sebagainya. Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui / mempelajari pelajaran tersebut. Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

BILA SET INDUKSI DIGUNAKAN? Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baru. Mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid. Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran kanak-kanak. Memulakan sesi soal jawab. Menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi. Mengubah cara penyampaian jika murid kurang/tidak faham. Memulakan kerja amali.

BAGAIMANAKAH CARANYA? Guru bercerita. Aktiviti yang menarik seperti nyanyian,lakonan dan simulasi. Menggunakan alat bantu mengajar. Bersoal jawab pengalaman harian murid atau murid bercerita. Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu atau mengeluarkan bunyi ganjil. Menggunakan isu-isu yang mencabar murid seperti purdah perlu ditegah disekolah Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.

Guru digalakkan untuk mengamalkan strategi berikut: Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka dah bersedia. Ini perlu agar fokus murid tidak akan beralih kepada aktiviti lain. Contohnya mereka akan bersedia untuk pembelajaran setelah berhenti dari aktiviti bermain secara bebas.

Bertanya apa dalam kotak atau poket doraemon.


Bahasa- tertib dan sesuai dengan keadaan setempat. Mudah difahami. Memberikan bimbingan kepada murid secara beransur-ansur hingga mereka boleh berdikari. Guru sebagai pembimbing terutamanya dalam aktiviti berkumpulan agar mereka dapat mengembangkan lagi perkembangan kognitif mereka. Pusatkan perhatian secara lisan atau bukan lisan. Pelbagai interaksi : guru-murid, guru-kumpulan. Supaya tidak terjadi interaksi satu hala sahaja. Interaksi yang sihat adalah dua hala dimana kaedah ini akan menggalakkan kanak-kanak berinteraksi. Ada kan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. Tidak membebankan pelajar agar mereka lebih berminat dan tidak tertekan.

Pelbagaikan pengalaman deria seperti mendengar,melihat & merasa secara praktikal dimana kanak-kanak akan dapat menerima pengalaman tersebut secara berpanjangan. Contohnya merasa garam untuk mengetahui rasa masin yang sebenarnya.

STRATEGI PENGAJARAN Strategi pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu berdasarkan kompenen-kompenen kemahiran set induksi, khususnya kompenen-kompenen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk belajar. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan tujuan untuk menambahkan kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR Sekiranya bahan bantu mengajar digunakan dengan baik ia akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Penggunaan ABM boleh mempercepatkan lagi proses p&p. Pertimbangkan alat-alat yang sesuai dengan jumlah murid. Contohnya komputer,LCD, Mahjong paper. Model dan lain-lain lagi. Pilih alat yang sesuai dengan umur murid. Sekiranya menggunakan gambar,guru digalakkan untuk menggunakan gambar 3D supaya mereka mudah untuk faham. Gambar tayang bergerak juga sesuai digunakan. Sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran. Untuk memberi gambaran yang sebenar tentang pelajaran yang hendak diajar. Guru boleh menggunakan model sebenar. Contohnya buah-buahan yang sebenar seperti pisang dan sebagainya. Sesuai dengan objektif. Contohnya diakhir pembelajaran kanakkanak dapat mengenal buah-buahan tempatan. Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya. Untuk ini guru boleh menggunakan komputer, LCD dan juga projektor. Penggunaan tidak begitu rumit sehingga menggangu kelancaran penyampaian pelajaran. Guru perlu bersedia untuk back up plan sekiranya berlaku masalah seperti teknikal dan sebagainya. Paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid. Kanak mendapat terus pengalaman sebenarnya. Contoh dengan

menyediakan bahan sebenar kanak-kanak boleh merasai sendiri pengalaman tersebut. Contohnya warna buah, rasa, bau dan sebagainya. Menarik,jelas gambarannya dan mudah difahami.warna tidak terlalu garang atau gelap. Sekiranya menggunakan slaid pastikan huruf yang digunakan jelas dan besar, sesuai dengan jarak kedudukkan kanakkanak dengan slaid. Warna huruf dan latar belakang pula mestilah kontras. contohnya putih-hitam, biru-putih dan latarbelakang slaid pula tidak mengganggu tulisan. Tidak memerlukan kos yang tinggi seeloknya mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang mudah diperolehi. Contohnya gambar dari internet. Yang terdapat disekeliling dan murah pula harganya.
http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/kemahiran-set-induksi.html
Friday, December 24, 2010

Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya


Definisi Set Induksi Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Prinsip-prinsip Panduan Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

i) Bermakna Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. ii) Perkaitan Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran. iii) Perkaitan Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Objektif-objektif Set Induksi Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Mendapatkan perhatian murid. ii) Memotivasikan murid-murid. iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid. Komponen-komponen Set Induksi. Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur. i) Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. ii) Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997). iii) Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. iv) Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau caracara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti. Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.

Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

Anda mungkin juga menyukai