Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat umum. Secara realitinya, tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi impak yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi. Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau sekolah. Secara konsepnya, ia

bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan dan perlakuan yang pada kebiasaannya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu dan seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik kuliah. Kajian terhadap masalah pelajar ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku pelajar bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, tingkah laku mengganggu, dan juga tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Sama ada seseorang pelajar itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. 2.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU-TINGKAH LAKU

BERMASALAH PELAJAR Terdapat pelbagai faktor utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku-tingkah laku bermasalah pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. Antara faktor-faktor tersebut dapatlah dibahagikan kepada 5 aspek utama iaitu faktor pelajar, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor guru dan sekolah serta faktor pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Faktor Pelajar Faktor pelajar dilihat sebagai faktor paling utama dan dominan penyebab tingkah laku bermasalah. Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Dalam hal ini, pelajar-pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will. 2.2 Faktor Keluarga Faktor keluarga juga boleh mempengaruhi tingkah laku bermasalah pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Dalam hal ini, peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk suasana keluarga yang harmonis sekaligus dapat membentuk tingkah laku anak yang positif. Omardin Ashaari (1999) menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibubapa memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran anak mereka. Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga sudah pasti sedikit sebanyak menimbulkan ketidaktenteraman

dalam fikiran pelajar sekaligus boleh menjejaskan ketenangan jiwa lantas menjadi penyebab masalah disiplin di dalam bilik kuliah. 2.3 Faktor Persekitaran Faktor persekitaran juga dapat dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku bermasalah pelajar dalam bilik kuliah. Dalam konteks ini, faktor persekitaran boleh dihuraikan dalam tiga aspek iaitu pengaruh rakan sebaya, pengaruh masyarakat serta pengaruh media massa. Bagi pengaruh rakan sebaya dapat dilihat, pelajar mudah terikutikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku pelajar. Manakala pengaruh masyarakat pula berlaku apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil (subculture) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Hal ini akan menyebabkan berlakunya tindakan salah laku yang tidak dihiraukan. Bagi pengaruh media massa pula menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku pelajar yang mana secara tidak langsung, mereka mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca. 2.4 Faktor Guru dan Sekolah Seseorang pensyarah harus merancang sebelum beliau masuk ke dalam bilik kuliah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan beliau perlu mengambil kira setiap pelajar dalam kelasnya, iaitu prestasi, keupayaan dan pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, semasa merancang juga pensyarah perlu meramalkan kejadian-kejadian yang tidak dijangka akan mungkin berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran beliau.

Apabila pensyarah tidak punyai perancangan yang rapi, mungkin ada dalam kalangan pelajar yang mungkin sedikit tercicir kerana tidak dapat mengikuti sesi pengajarannya. Selain itu, apabila pensyarah tidak bersedia untuk mengajar, mungkin akan menghadapi situasi misalnya masa murid terbiar berlalu tanpa sebarang aktiviti sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal dan menimbulkan masalah disiplin. 2.5 Faktor Pengajaran dan Pembelajaran Faktor pengajaran dan pembelajaran juga membawa pengaruh besar

kepada berlakunya tingkah laku bermasalah pelajar dalam bilik kuliah. Hal ini dapat dilihat apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sangat membosankan pelajar seperti alat bantu mengajar yang kurang menarik, cara penyampaian pensyarah yang monotone dan sukar difahami oleh pelajar. Lantaran pelajar mampu melakukan perkara diluar kawalan seperti membuat bising dalam bilik kuliah, tidur berkhayal ataupun ponteng kelas. 3.0 STRATEGI-STRATEGI RELEVAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG

Strategi pengajaran merupakan suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Terdapat empat strategi utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang relevan. Antara strategi tersebut adalah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar, strategi berasaskan sumber atau bahan dan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti. 3.1 Pemusatan guru Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru lebih berfokus kepada guru itu sendiri. Dalam hal ini, seseorang guru harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti mengenai sesuatu topik sebelum beliau memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain

itu, guru perlu melaksanakan kaedah atau teknik mengajar yang baharu dan efektif yang mampu merangsang minat pelajar. Di samping itu, teknik komunikasi guru yang seperti suara yang jelas, nyata dan bersemangat mampu membuatkan pelajar celik untuk mendengar apa yang cuba diperjelaskan oleh gurunya. Lantaran itu, guru perlu menjadi rol model yang terbaik kerana pelajar sentiasa memperhati dan meniru pewatakan gurunya. 3.2 Pemusatan pelajar Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. eksperiential Ada dan sedikit kecenderungan penemuan terhadap untuk pembelajaran Proses

membuat

mereka.

pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar

bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Maka, tidak akan wujud masalah disiplin disebabkan pelajar masing-masing bertindak secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. 3.3 Strategi berasaskan sumber/bahan Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya supaya pelajar tidak berasa bosan dan tertekan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila

masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir. 3.4 Strategi berasakan tugasan/aktiviti Aktiviti kumpulan di bilik darjah menggalakkan interaksi pelbagai hala, iaitu interaksi di antara guru dengan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Aktiviti kumpulan yang diuruskan dengan baik dapat memupuk semangat kerjasama, sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar. Di samping itu, perhubungan mesra juga dapat diwujudkan di antara guru dengan pelajarnya. Dengan adanya perhubungan mesra ini, guru akan merasa mudah membimbing dan menggalakkan pelajar menjaga disiplin bilik darjah serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. 4.0 REFLEKSI PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN KENDIRI Sebagai salah seorang daripada pelajar di institut pendidikan guru ini, saya telah menjalankan tugasan dengan membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Terdapat dua aspek yang diperhatikan iaitu faktor-faktor yang boleh mempengaruhi berlakunya tingkah laku bermasalah dan strategistrategi pengajaran dan pembelajaran berserta contoh-contoh yang sesuai untuk dilaksanakan pensyarah bagi menghindarkan atau mengurangkan tingkah lakutingkah laku yang tidak diingini tersebut. Saiz bilik kuliah yang agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad dapat menjelaskan keadaan bilik kuliah sangat padat untuk dihuni. Sistem pencahayaan yang sangat terang dan pengudaraan yang kurang baik menjadikan suasana bilik yang panas. Selain itu, bilik kuliah yang juga menjadi dwifungsi kepada bilik bengkel memasak pendidikan khas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.

Saya mendapati terdapat beberapa faktor utama yang mendominasi berlakunya tingkah laku bermasalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Antara faktor-faktor tersebut adalah diri pelajar, pensyarah, persekitaran, serta pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, bagi diri pelajar, saya mendapati ada dalam kalangan pelajar yang tidur semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang giat dijalankan. Walaupun ianya bukanlah suatu masalah tingkah laku yang berat, tetapi lama-kelamaan jika dibiarkan ia menjadi tabiat dan ikutan dalam kalangan pelajar. Hal ini terjadi disebabkan pelajar mungkin merasa bosan dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Bagi faktor pensyarah pula, melalui pemerhatian saya, ada sesetengah pensyarah yang tidak membuat perancangan yang rapi dalam melaksanakan sesi P&P. Hal ini dapat dilihat apabila terlalu banyak lagi waktu yang diperuntukkan kepada pensyarah tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran. Akan tetapi, pensyarah tersebut menyerahkan tugasan kepada pelajar untuk membuat tugasan sendiri sehinggalah waktu yang diperuntukkan tersebut tamat. Akibat daripada itu, masalah tingkah laku yang mungkin berlaku adalah pelajar mungkin mengambil kesempatan untuk ponteng kelas, membuat bising dan sebagainya. Bagi faktor persekitaran pula lebih cenderung kepada keadaan bilik kuliah yang kurang kondusif. Bilik kuliah yang kurang kondusif yang mana keadaan yang sesak, padat, serabut serta panas menyebabkan pelajar kurang berasa selesa untuk menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Lantaran itu, boleh jadi pelajar akan melakukan tingkah laku diluar tindakan seperti berkhayal, tidur dan bersembang bersama rakan. Seterusnya, faktor pengajaran dan pembelajaran. Menerusi pemerhatian, rata-rata bahan pengajaran dan pembelajaran lebih kepada penggunaan teknologi semata-mata iaitu penggunaan laptop dan LCD. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, di zaman arus kemodenan ini kita perlu menggunakan alatalat yang canggih dalam sistem pengajaran. Akan tetapi keadaan tersebut boleh membuatkan pelajar merasa bosan disebabkan penarikan bagi unsur-unsur

menarik kurang dipraktikkan penggunaannya. Lantaran itu, pelajar sering mengambil jalan mudah dengan tidur semasa slaid ditayangkan. Setelah selesai membuat pemerhatian, dapatlah dirungkaikan bahawa strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang relevan penting untuk mengatasi masalah tingkah laku pelajar tersebut. Oleh yang demikian, peranan pensyarah merupakan dominan yang penting bagi melaksanakan strategistrategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya mampu

menangani masalah tingkah laku pelajar. Hal ini kerana, pensyarah merupakan rol model untuk diikuti dan diteladani oleh pelajar. Melalui strategi pemusatan guru, pensyarah seharusnya pandai mengurus serta membuat perancangan yang rapi dan teliti dari persediaan pengetahuan, komunikasi serta penampilan yang hebat sudah pasti pelajar akan berasa bersemangat untuk mengikuti sesi P&P bersama. Bagi pemusatan pelajar pula, strategi yang perlu diterapkan adalah pensyarah juga bertindak untuk mengarah serta menggalakkan kepada pelajar untuk mencari, mengakses,menerokai serta menilai sesuatu ilmu berdasarkan kepada hasil kajian sendiri. Secara tidak langsung, pelajar terlibat sendiri secara aktif disebabkan minat yang mendalam. Strategi seterusnya adalah strategi berasaskan bahan atau aktiviti. Dalam hal ini, pensyarah boleh mempelbagaikan penggunaan bahan mahupun aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar tidak cepat bosan. Selain itu, mungkin pelajar boleh keluar bilik kuliah untuk melakukan aktiviti pembelajaran agar percambahan ilmu pelajar tidak terperuk di dalam bilik kuliah sahaja. Manakala strategi yang terakhir adalah strategi berasaskan tugasan. Dalam hal ini, pensyarah bertindak untuk menggalakkan pelajar untuk membuat tugasan dan bekerja dalam satu pasukan atau kumpulan. Pensyarah juga sentiasa memerhati dan memastikan bahawa setiap pelajar melakukan tugasan dengan sebaik mungkin tanpa ada rasa sebarang perselisihan yang timbul mahupun mengharap orang lain untuk melakukannya. Lantaran itu, pensyarah

juga boleh menerapkan unsur-unsur nilai yang dapat menjalinkan kemesraan dan kasih sayang dalam diri masing-masing. Maka, sudah tentu masalah disiplin atau tingkah laku tidak akan timbul sesama mereka. Oleh itu, dapatlah dirungkaikan bahawa peranan pensyarah sangat penting dalam membentuk pengurusan bilik kuliah yang sistematik dan terkawal. Pensyarah merupakan tunjang kepada dominan segala legasi strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut supaya ia dapat dilunaskan sebagaimana tugas seorang pensyarah perlu cekap, pantas dan bertindak segera dalam menangani sebarang propaganda tingkah laku bermasalah pelajar yang berlaku agar tidak berlarutan dan keterlaluan. 5.0 PENUTUP Sesebuah bilik darjah terdiri daripada kanak-kanak. Kanak-kanak ini mempunyai harapan dan impian masing-masing. Guru yang masuk mengajar perlu bersedia. Persediaan ini bukan sahaja berkaitan dengan isi mata pelajaran yang hendak disampaikan, malah persediaan guru perlu mengambil kira kanak-kanak sebagai individu yang berfikir, yang mempunyai perasaan dan keperluan berbeza. Yakni guru perlu sedar bahawa kelas yang akan diajar mempunyai tingkah laku yang berbeza dan sesetengah tingkah laku ini mungkin sukar diterima dan boleh menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Pengetahuan tentang murid, sekolah dan latar belakang murid dapat membantu guru memahami dan seterusnya menangani masalah disiplin dan tingkah laku yang mungkin dihadapinya. Pada masa yang sama, guru juga perlu sentiasa membuat refleksi diri dan bertanya jika beliau turut menyumbang kepada masalah disiplin dan tingkah laku yang berlaku di bilik darjah. Oleh yang demikian, pensyarah haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik kuliah yang kondusif dan mempertingkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. (2125 patah perkataan)

10

Anda mungkin juga menyukai