Anda di halaman 1dari 2

Senarai Semak Pemerhatian

Kod nombor Dari 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas
dijalankan yang membawa maksud dari
1 hingga 9 : Sangat kurang kepada sangat kerap

Panduan Catatan Pemerhatian Komen Penyelidik


Bil Panduan Catatan Pemerhatian Komen Penyelidik
1,2,3,4,5,6,7,8,9
•Bercakap yang tiada kaitan
dengan tugasan yang diberi

•Pemikiran ditempat lain


sambil mencakar-cakar kertas
•Berangan-angan
•Berjalan dari satu tempat ke
tempat lain
•Membuat kerja lain
•Menganggu murid lain secara
fizikal
•Mencuba untuk menarik
perhatian
•Mengasah pensel
•Lain-lain aktiviti (seperti
keluar bilik darjah)
Kesimpulan
• rumusan
• Cadangan
• isu
II. Laporan Pemerhatian
Dari pemerhatian yang dijalankan ke atas responden, dari segi amalan penggunaan TMK
didapati proses pengajaran dan pembelajaran ada diberi penekanan terhadap kelebihan
mengoptimumkan TMK sesuai dengan era maklumat menggunakan Internet. Pensyarah kerap
memberi motivasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran atas
talian (PAT) yang telah disediakan.

Dari pemerhatian yang dijalankan di kelas, pensyarah memberi penekanan kepada kemahiran
menggunakan Internet yang merupakan antara elemen penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran oleh responden. Semasa pemerhatian ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, pensyarah didapati menggalakkan pelajar mencari makna
perkataan yang pelajar tidak tahu menggunakan kamus digital di laman web dengan
menggunakan telefon pintar mereka. Sementara bagi proses pengajaran dan pembelajaran
pensyarah menggunakan perisian Powerpoint ketika menyampaikan kuliah beliau. Pelajar
dalam kelas ini ada menjalankan pembelajaran secara akses kendiri di mana pensyarah
bertindak sebagai fasilitator. Kebanyakkan pelajar telah memiliki komputer riba. Masing-
masing mempunyai telefon pintar yang boleh menghubungkan mereka ke Internet.

Dari segi pembelajaran pelajar, dapatan daripada pemerhatian menunjukkan bahawa pelajar
menjalani pembelajaran kadar kendiri yang baik iaitu setelah selesai syarahan berbantukan
Powerpoint, pelajar diminta oleh pensyarah untuk bertutorial dalam kumpulan kecil iaitu 4
orang ahli sekumpulan. Pelajar diberi tugasan dan perlu membentangnya dalam masa 20
minit. Mereka melaksanakan kerjasama dengan baik dengan membuat brainstorming dan
menghasilkan peta minda menggunakan perisian peta minda melalui komputer. Hasilan peta
minda pelajar adalah menarik. Pelajar dibenarkan ke Internet untuk mencari maklumat
dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Wujud pembelajaran secara kooperatif
dan kolaboratif di samping capaian maklumat adalah secara akses kendiri. Dalam
pemerhatian yang dijalankan, semua pelajar dalam kelas ini menjalani pembelajaran dengan
tekun dan bekerjasama.

Semasa gerak kerja kumpulan, kebolehan pelajar untuk berinteraksi dan bertukar-tukar
fikiran diberikan penekanan. Pelajar juga berbincang dalam kumpulan untuk membuat
pembentangan menggunakan TMK.

Ketika setiap kumpulan membuat persembahan menggunakan TMK, berlaku perbincangan


dan bersoal jawab sesama mereka secara aktif. Pensyarah mencelah apabila perlu untuk
memberi penjelasan yang lebih mantap.
Ada pelajar yang memuji grafik yang dihasilkan dan ingin mendapatkan salinannya. Mereka
terus masukkan ke dalam Facebook. Mereka berkongsi maklumat dengan pantas melalui
Facebook.
Pelajar kelihatan seronok dan ceria. P&P yang diintegrasikan dengan TMK dapat
menimbulkan kesoronokan kepada pelajar untuk belajar. Dengan TMK, mereka mudah
mendapatkan maklumat pada kadar yang pantas.

Anda mungkin juga menyukai