Anda di halaman 1dari 20

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIKAL DAN

KREATIF
BAB 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF
• PEMIKIRAN KRITIKAL
• Apabila perkataan ‘kritikal’ digunakan, ia selalunya mempunyai
konotasi negatif. ‘Kritikal’ sering dimaksudkan dengan
“kecenderungan untuk mencari dan membawa perhatian terhadap
kesilapan dan kecacatan”
• Walau bagaimanapun, kritikal juga bermaksud “melibatkan atau
menggunakan Kemahiran penilaian atau pemerhatian kemahiran”
APA ITU PERMIKIRAN?

• keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.


• keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir
seseorang.
• proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain
supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
BAGAIMANA MENDEFINISIKAN
PEMIKIRAN?

• bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anda ketika


anda berfikir.....
• senaraikan : apa yang berlaku,di mana berlaku,apa yang
terlibat dan untuk apa.
MANFAAT BERFIKIR

• membuat keputusan yang positif.


• meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
• mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat
sesuatu kejadian.
• menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu
personal.
LAPAN CIRI PEMIKIRAN KRITIKAL
• 1. Kejelasan
• Langkah pertama yang terlibat sebelum menilai sesuatu hujah atau
dakwaan seseorang adalah untuk memahami dengan jelas apa
yang di katakan.
• 2. Ketelitian
• Beberapa contoh terbaik pemikiran kritikal boleh dilihat dalam
cerita-cerita detektif seperti Sherlock Holmes, iaitu penciptaan
abadi oleh penulis British Sir Arthur Conan Doyle.
• 3. Ketepatan
• Seorang individu boleh dikatakan sangat bijak tetapi jika beliau
membuat keputusan berdasarkan maklumat palsu, kemungkinan
keputusan tersebut merupakan keputusan yang tidak baik.
• 4. Relevan
• Pada masa kita mendapati diri dalam sesuatu situasi di mana
persekitaran dan manusia adalah membosankan, kita mula
menghargai kepentingan menumpukan perhatian terhadap idea
dan maklumat yang relevan.
• 5. Ketekalan
• Logik memberitahu kita bahawa jika seseorang memegang kepercayaan yang
tidak tekal, maka sekurang-kurangnya satu daripada kepercayaan tersebut
mestilah tidak benar. Pemikir-pemikir kritikal menghargai kebenaran
• 6. Kebenaran Logik
• Untuk berfikir secara logik adalah untuk menakul secara tepat; dengan kata
lain, ia bermaksud untuk membuat rumusan berasas daripada kepercayaan-
kepercayaan yang kita pegang. Untuk berfikir secara kritikal, kita bukan sahaja
memerlukan kepercayaan-kepercayaan tepat dan berasas tetapi kita juga perlu
tahu menggunakannya untuk mencapai kesimpulan logik.
• 7. Kelengkapan
• Kita sering terlibat dalam perbincangan dangkal: mengutuk
penyiasatan jenayah yang kurang teliti. Pemikiran adalah lebih
baik apabila ia adalah mendalam daripada cetek.
• 8. Keadilan
• Ciri terakhir pemikiran kritikal adalah keadilan yang merangkumi
fikiran terbuka, tidak berat sebelah dan bebas daripada bias dan
tanggapan awal.
HALANGAN KEPADA PEMIKIRAN KRITIKAL
• Walaupun pemikiran kritikal adalah penting, ramai individu yang berpendidikan tinggi dan
bijak mendapatinya sesuatu yang mencabar untuk diamalkan.
• Berikut adalah beberapa halangan biasa kepada pemikiran kritikal:
• • Kurang maklumat latar belakang yang relevan • Kemahiran membaca yang lemah • Bias •
Prejudis • Kepercayaan karut
• • Pemikiran berpusat kendiri • Pemikiran berpusat
• • Tekanan rakan sebaya • Keakuran • Pegangan kedaerahan
• • Pemikiran sempit • Pemikiran tertutup • Ketidakpercayaan terhadap penakulan
• • Pemikiran kerelatifan • Stereotaip
• • Andaian tak berasas • Menyalahkan orang lain
PEMIKIRAN KREATIF IALAH..

Pemikiran kreatif boleh didefinisikan


sebagai „berada dalam keadaan minda
yang optimum yang boleh menjana
idea-idea baru
PEMIKIRAN KREATIF IALAH..

pemikiran kreatif adalah pemikiran


yang bertujuan
meningkatkan peluang pemikiran-
pemikiran baru terhasil
PEMIKIRAN KREATIF

• Pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai “berada dalam keadaan minda


yang optimum yang boleh menjana idea-idea baru”.
• Dalam kata lain, pemikiran kreatif adalah pemikiran yang bertujuan
meningkatkan peluang pemikiran-pemikiran baru terhasil.
• Beberapa penulis percaya bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir di luar
kotak yang mana seseorang menghasilkan idea-idea asli, berlainan dan rumit.
5 CIRI PEMIKIRAN KREATIF

• 1. Dinamisme
• Pada asasnya, dinamisme bermaksud idea perubahan ă perubahan sebagai
respons kepada, dan mungkin terkehadapan dari keadaan atau maklumat.
• Ia bermaksud interaksi aktif, berbanding dengan penerimaan pasif.
• 2. Keberanian
• Berfikir adalah satu pengembaraan bagi orang-orang kreatif. Ini kerana mereka
bebas daripada idea dan tanggapan awal dan pandangan prejudis.
• 3. Panjang Akal (Banyak Sumber)
• Panjang akal boleh didefinisi sebagai kebolehan untuk bertindak secara berkesan dan
mengkonseptualkan pendekatan yang menyelesaikan masalah.
• 4. Ketekunan
• Semua masalah dibentangkan kepada minda sebagai ancaman kegagalan.
• Hanya individu-individu yang tidak takut dengan kemungkinan kegagalan dan
mempunyai keinginan tidak berbelah bahagi untuk berjaya tidak kira apa usaha yang
diperlukan, mempunyai peluang untuk berjaya.
• 5. Berdikari
• Setiap kali kita memikirkan idea baru, kita mengasingkan diri daripada orang lain.
Pengluahan idea sudah cukup untuk meningkatkan pengasingan ini sebanyak sepuluh kali
ganda.
MENGAPLIKASI KREATIVITI KEPADA MASALAH DAN ISU

• Metode paling penting untuk mengaplikasi kreativiti kepada masalah dan isu
adalah:
• • Mengambil pendekatan inovatif dan baru;
• • Mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem;
• • Menghasilkan produk atau servis baru;
• • Mencari kegunaan-kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada;
• • Menambahbaik perkara-perkara sedia ada; dan
• • Menemui atau mendefinisi semula konsep
PEMIKIRAN LATERAL - EDWARD DE BONO

• Suatu penerokaan pelbagai kebarangkalian dan pendekatan dan bukannya


mengejar satu pendekatan.
• Selain daripada mengajar anda berfikir dalam cara kreatif, pemikiran lateral
mempunyai kebolehan mengubah masalah-masalah kepada peluang
• Mencari penyelesaian alternatif dan meningkatkan secara signifikan bilangan
idea asli dan praktikal dengan menggunakan teknik-teknik pemikiran luar
biasa
Jom berfikir…
Tingkatkan kemahiran berfikir….

Selamat Berkreatif
SEKIAN…..

Anda mungkin juga menyukai