Anda di halaman 1dari 10

BAB 8

PEMBUATAN KEPUTUSAN
APA ITU PEMBUATAN KEPUTUSAN

• (a) Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan


dengan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai
pilihan-pilihan yang berbeza.
• (b) Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya
ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk
membolehkan pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif
tersebut.
JENIS-JENIS KEPUTUSAN
• Keputusan-keputusan yang kita lakukan dibahagikan kepada tiga jenis:
• (a) Keputusan-keputusan “sama ada” adalah asas: keputusan ya/tidak, sama ada/atau,
dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan pilihan di
antara dua alternatif.
• (b) Keputusan-keputusan “yang mana satu” adalah keputusan yang melibatkan pilihan
satu atau lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan.
• (c) Keputusan-keputusan “kontingen” adalah keputusan yang mana hasilnya
bergantung kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa
keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa adalah merupakan keputusan
kontingen.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

• Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias yang biasa
• (a) Pencarian bukti berpilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan fakta-fakta yang
menyokong kesimpulan tertentu.
• (b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima alternatif pertama.
• (c) Kebekuan ( Inertia ): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran.
• (d) Bias menyokong-pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita.
• (e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu.
• (f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering dengar.
• (g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang dipegang oleh orang
lain.
• (h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang kita kenali.
EMPAT KUADRAN INI DICIRIKAN SEBAGAI:
A: ANALITIKAL/LOGIK (ATAS KIRI)
B: ORGANISASI (BAWAH KIRI)
C: EMOSIONAL/INTERPERSONAL (BAWAH KANAN)
D: KONSEPTUAL/IMAGINATIF (ATAS KANAN)
KECENDERUNGAN UNTUK MENYUMBANG MEMBUAT KEPUTUSAN-KEPUTUSAN
- ALAT ATAU TEKNIK MUDAH

• (a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif;


• (b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling;
• (c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain;
• (d) Bergantung kepada tokoh berwibawa; dan
• (e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama.

• Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak
membenarkan kita membuat keputusan optimum.
PUSINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN
• (a) Langkah permulaan - tahap pertama proses:
• (i) Pencetus: Pencetus adalah apa yang membawa kepada perhatian anda
• (ii) Meneroka: Ini adalah penerokaan pendekatan paling baik untuk pusingan seterusnya.
• (iii) Menyoal: Ini adalah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan apa keputusan perlu
dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai.

• (b) Memperoleh maklumat - tahap pertengahan proses:


• (i) Mengumpul: Ini adalah proses mendapatkan semua data dan bukti .
• (ii) Menganalisis: Ini adalah proses menganalisis data untuk mencari trend
• (iii) Menginterpretasi: Apa yang data anda beritahu? Apa kesimpulan yang boleh anda capai?
Apa tindakan boleh anda cadang berdasarkan data yang telah anda kumpul?

• (c) Mengubah dan menilai - tahap akhir proses:


• (i) Intervensi atau Implementasi: Tahap ini melibatkan implementasi keputusan anda
• (ii) Menilai: Tahap ini anda menilai bagaimana bagus keputusan yang anda telah lakukan
• (iii) Refleksi: Ini adalah tahap akhir proses and melibatkan penilaian kesilapan
KUALITI KEPUTUSAN

• Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah baik atau buruk.
• Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan yang baik boleh menghasilkan hasil buruk
dan kualiti keputusan tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah yang
diambil untuk mencapai keputusan.
• Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor berikut:
• (a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif yang dinyatakan
berbanding alternatif lain?
• (b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan atau pertimbangan etika?
• (c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima kesannya?

• Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan yang
mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk diimplementasi, adalah penting bahawa
orang yang mengimplementasinya adalah mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada
tahap emosional dan intelektual.
RISIKO
• Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil keputusan melibatkan
ketidaktentuan. Jangan mengelak risiko sebaliknya, cubalah untuk meminimumkan risiko
sebanyak mungkin sambil terus membuat keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan
logik.
• (a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini
• (b) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir.
• (c) Mempunyai matlamat.
• (d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.
• (e) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.
• (f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai kemungkinan.
• (g) Gunakan perancangan.
• (h) Bertindak dengan tegas.
• (i) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai