Anda di halaman 1dari 3

UJIAN PRA DAN POS

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TARIKH :
NO KAD PENGENALAN : ________________ MASA : 1 JAM
KUMPULAN OPSYEN : _________________

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas ini mengandungi 1 bahagian sahaja iaitu 25 soalan objektif.


2. Jawab semua soalan menggunakan Kertas Saranan Jawapan yang dilampirkan.
3. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat.

Jawab semua soalan.

1. Menerusi Penyata Rahman Talib (1960), semua sekolah rendah yang menggunakan
bahasa ibunda digantikan dengan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Antara berikut yang manakah merupakan tujuan penghapusan tersebut?
A. Mencapai perpaduan nasional
B. Menghapuskan identiti negara asal masyarakat Cina dan India
C. Memperkembangkan kebudayaan, ekonomi, dan politik negara ini
D. Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan system pendidikan yang
diamalkan

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dirangka oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memantapkan sektor pendidikan negara.
Apakah teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang keenam?
A. Membangunkan modal insan
B. Merapatkan jurang pendidikan
C. Memartabatkan profesion keguruan
D. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
3. Antara berikut, yang manakah menjelaskan tentang falsafah pendidikan menurut
pendapat tokoh-tokoh Islam?.
A. Pendidikan proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna
B. Pendidikan untuk mencapai kehidupan yang luhur, suci, dan mulia
C. Pendidikan satu proses penyatuan ilmu pengetahuan berteraskan al-Quran
D. Pendidikan satu proses menyeluruh untuk memperkembangkan potensi jiwa

4. Siapakah tokoh pendidik Islam yang menekankan prinsip hidup bersederhana, bersifat
pemurah, dan merendah diri terutama kepada orang miskin?
A. Al-Ghazali
B. Al-Khindi
C. Ibn Rushd
D. bn Sina

5. Antara berikut yang manakah bukan peranan guru menurut Falsafah Pendidikan
Confucius?
A. Guru mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.
B. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam pembelajaran.
C. Guru adalah pencipta dan pengasas kepada ilmu pengetahuan.
D. Guru adalah penyampai ilmu yang mahir dan komited dalam menjalankan tugas.

6. Kaedah mengajar aliran esensialisme menggunakan pendekatan didaktik, di mana


murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi.
Antara berikut manakah peranan guru mengikut aliran esensialisme ?
(A) Guru sebagai pengawal disiplin murid.
(B) Guru sebagai agen perubahan dan pembaharuan.
(C) Guru sebagai seorang yang pakar dalam pengajaran dan pembelajaran
(D) Guru sebagai pembimbing dan membantu pelajar menangani pelbagai masalah .

2
7. “ Iimu hanya bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja.
Ianya tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya”
Pandangan falsafah pendidikan di atas sesuai merujuk kepada mazhab
(A) Esensialisme
(B) Perenialisme
(C) Progresivisme
(D) Recontructivisme

8. Yang manakah antara berikut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru ?


I. Berpandangan luas
II. Menjamin perkembangan individu
III. Menyanjung warisan budaya negara
IV. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi JERIS
(A) I , II dan III sahaja
(B) II, II dan IV sahaja
(C) I , III, dan IV sahaja
(D) 1I, III, dan IV sahaja

9. Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru bertujuan untuk menjadi panduan bagi


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kenyataan yang manakah menjelaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
(A) FPG menggambarkan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk negara
(B) FPG menjadi rujukan dalam mengaplikasikan pedagogi berkesan
(C) FPG adalah panduan yang digubal untuk merealisasikan wawasan 2020
(D) FPG adalah dokumen rasmi yang menggariskan wawasan Kementerian
Pelajaran Malaysia.

10. Konsep guru mengikut perspektif agama Islam ialah seorang yang
(A) terkenal dan diminati oleh murid-murid
(B) menjadi rol model kepada murid-murid
(C) bersopan-santun dan berpakaian cantik
(D) berpengetahuan untuk kegunaan diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai