Anda di halaman 1dari 5

EDU3107 : Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak Kuliah 1 2 jam Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi Matlamat

lamat bimbingan dan kaunseling Prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling Kepentingan bimbingan dan kaunseling

Definisi Dari Kamus DBP Bimbingan - perbuatan membimbing, memberi petunjuk, huraian, dll Bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya oleh Suradi Salim, 1996 Shertzer & Stone (1992) pula mengatakan ia suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka Huraian Definisi Bimbingan Proses bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan secara berperingkat ke arah satu matlamat manakala Memahami diri & dunia- menolong individu kenal diri agar dapat menjadi lebih berkesan, produktif dan sejahtera Beberapa Matlamat Bimbingan: bantu individu kenal diri bantu kenal orang lain bantu kenal persekitaran fisikal bantu individu jadi lebih berkesan, produktif dan sejahtera lain-lain? Penyuburan dan pengayaan semua aspek diri pelajar Pencegahan salah laku Pemulihan pelajar bermasalah Memberi kaunseling krisis DEFINISI BIMBINGAN

Beberapa Matlamat Perkhidmatan Bimbingan di Sekolah:

Apakah Pandangan Masyarakat Mengenai Nasihat? Islam Kristian Hindu Buddha Lain-lain

Definisi Kaunseling Dari Kamus DBP kaunseling - proses teratur yg melibatkan perbincangan rapi ttg masalah yang dihadapi oleh seseorang & usaha mengatasi / menyelesaikannya menerusi .. DEFINISI KAUNSELOR : (Akta Kaunselor 1998) Seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan yang lain KONSEP KAUNSELING Ada beberapa konsep penting dalam kaunseling, antaranya ialah: kaunselor seorang yang terlatih seorang klien yang ingin berkembang mengenal pasti keadaan diri sendiri kaunseling ialah suatu proses mencari jalan penyelesaian sendiri bertanggungjawab atas keputusan yang diambil

KONSEP BIMBINGAN Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya: bimbingan ialah suatu proses proses menolong proses pengajaran

Jenis2 Perkhidmatan B & K (sekolah)

Sedia & kendali inventori & rekod pelajar Edar pelbagai maklumat (spt) Jalankan kaunseling individu Jalankan kaunseling kelompok Bantu pilih koko & elektif (& pekerjaan) Aktiviti cegah penyalahgunaan dadah Berbincang kebajikan pelajar dengan Merujuk pelajar kepada pakar lain Selaraskan agensi luar dengan sekolah menilai perkhidmatan B & K (sekolah)

Matlamat Kaunseling TUJUAN KAUNSELING MENGAPA KAUNSELING DIPERLUKAN ?

FALSAFAH - Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. PRINSIP BIMBINGAN 1. Untuk semua pelajar 2. Satu sistem tanggungjawab bersama. 3. Mengutamakan perkembangan individu. 4. Berasaskan proses perlakuan individu-Walaupun buat secara kelompok besar namun kita kene tahu apa kehendak mereka. 5. Proses berterusan.

PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

1. Kaunseling diberi kepada orang normal yang sedang menghadapi kecelaruan dan kerunsingan. 2. Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting. 3. Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan.Kaunselor ibarat lampu picit 4. Kaunselor percaya seseorang itu haruslah mempunyai peluang untuk memilih matlamat hidup dan bebas dlm mencapai matlamat hidup. 5. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. 6. Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori dalam kaunseling. 7. Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik. Peranan Guru Sebagai Kaunselor Semua sekolah perlu ada kaunselor Guru biasa perlu latihan minima untuk berperanan sebagai kaunselor

1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik perkembangan mental dan akhlak. 2) Menolong murid dalam pelajaran mereka Memperkenalkan sistem pendidikan Matlamat pelajaran Cara belajar Situasi persekitaran Peraturan sekolah Kepentingan mata-mata pelajaran

3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan perkembangan masing-masing. 4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. 5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran. 6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional. 7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality yang sempurna. 8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.

9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi) 10) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program. 11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. 12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan profesional. Kepentingan bimbingan dan kaunseling 1. Memberi Maklumat - Masalah kebiasaannya timbul akibat kekurangan maklumat - Mendapat kefahaman yang jelas berhubung dengan sesuatu masalah bagi membantu klien mengatasinya 2. Menggalakkan Celik Akal - Membantu klien memahami diri dan persekitaran - Mengentahui bahawa diri klien adalah punca masalah yang dihadapi 3. Memberi Sokongan - Memberikan sokongan emosi, kemesraan bagi mengurangkan bebanan masalahnya 4. Penyelesaian Konflik - Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua pihak - Membantu menerima perbezaan dan jalan penyelesaian yang menguntungkan - Mempelajari penggunaan perlakuan yang sesuai - Menolong klien menyelesaikan isu yang mengganggu - Menyelidik dan memahami bentuk tekanan jiwa/masalah yang dihadapi klien 5. Membuat Keputusan - Membantu klien membuat keputusan - Mengemukakan cadangan dan berbincang sebelum sesuatu keputusan diambil.

Anda mungkin juga menyukai