Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

eori realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam bidang
kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser, seorang ahli psikologi di
California pada tahun 1965. Terapi realiti merujuk kepada dunia fenomena klien
dan menekankan cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas

dengan dunia persekitaran mereka melalui kawalan penilaian dalaman (Internal Locus of
Evaluation). Glasser telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan
asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
Seperti mana terapi-terapi lain dalam kaunseling, terapi realiti juga telah menegaskan
bahawa

manusia

mempunyai

kebebasan

dalam

membuat

suatu

pemilihan

serta

bertanggungjawab atas pemilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan
ini sekiranya mereka berusaha mencapai suatu matlamat.
Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen
doing, thinking, feeling & physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih
bukan sahaja tentang apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai dan
alaminya secara fizikal. Dalam erti kata lain, terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan
pemikiran.
Kottler & Brown menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan
mengajar dengan menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan
keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya
lagi, terapi realiti adalah berasaskan kepada tanggapan atau andaian bahawa setiap individu perlu
untuk membina identiti sama ada berjaya mahupun gagal.
John J. Pietrofesa (1984) pula berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada
andaian terhadap suatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi
keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan
menyayangi orang lain serta keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain.
1

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah
sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dikatakan akan membina identiti gagal
dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka tugas kaunselor adalah untuk membina
identiti klien ke arah kejayaan. Manakala menurut Glading (1993) pula berpendapat bahawa
terapi realiti menegaskan tentang perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran.
Beliau mengutarakan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam
menentukan tingkah laku yang dipilih individu tersebut.
Tugas kaunselor menurut teori realiti ialah bertindak secara aktif, mengarah, didaktik dan
kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah
tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai
guru dan juga tauladan. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab kaunselor untuk
mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara
langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau serta menolak konsep sakit jiwa yang
dipelopori teori psikoanalisis.
Oleh itu secara keseluruhannya, teori realiti lebih menekankan keperluan untuk
memenuhi kehendak psikologi (fulfilments of psychology needs). Secara umumnya matlamat
terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina
kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa.
Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan,
terapi kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan
perkembangan serta kemajuan masyarakat.

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

William Glasser merupakan pengasas teori serta terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland
Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak ketiga dan bongsu dalam keluarganya.
Bagi Glasser, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menggembirakan. Semasa di zaman
persekolahan, beliau sangat berminat bermain muzik dan aktif dalam bidang sukan. Pada tahun
1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology.
Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam bidang
Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis beliau
untuk mendapatkan Ph.D telah ditolak. Semasa berumur genap 28 tahun
(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang sama. Pada
tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatris di Ventura School for Girls,
iaitu

sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadisgadis yang mempunyai masalah moraliti serta melanggar peraturan &

undang-undang.
Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental
Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas
tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan
program-program yang berjaya di sekolah berkenaan.
Istilah terapi realiti digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang
bertajuk Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender dalam tahun 1964. Pada
tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry
telah diterbitkan. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea terapi realitinya
dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya
yang ketiga iaitu Schools Without Failure (1969).

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Pada tahun 1968 pula, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute for Reality Therapy di Los
Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fizik,
pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun
kemudian, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La Verne di
California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk
mendapatkan ijazah.
Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control
Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh
dari luar adalah maklumat. Bukunya yang bertajuk Stations of the Mind (1984) telah
menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi
persepsi dalaman.
Karya lain yang dihasilkan Glasser adalah seperti berikut:
The Identity Society (1972)
Positive Addiction (1972)
Control Theory in the Classroom (1986)
The Quality School: Managing Students without Coercion (1990)
The Quality School Teacher (1993)
Glasser juga sering menyampaikan kuliah atau ceramah serta bengkel di peringkat antarabangsa
mengenai aplikasi teori kawalan dan terapi realiti.

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

PANDANGAN TEORI REALITI TERHADAP KEJADIAN MANUSIA


Menurut Glasser (1967), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi
realiti iaitu:
i)

Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa

ii)

tidak sedar.
Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi
2 tahap iaitu:
- Bentuk fizikal
- Bentuk psikologikal
Dalam bentuk fizikal, keperluan asas bagi manusia adalah seperti makan, minum & tidur.

Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk terus hidup (survival). Manakala dalam bentuk
psikologikal pula terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1) Rasa kepunyaan (belonging). Contoh: keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih
sayang.
2) Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri, dihargai serta bersaing.
3) Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pemilihan dan keputusan.
4) Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan
lain-lain.
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya
akan tercapai sekiranya individu tersebut diterima oleh orang lain atau masyarakat. Perkara yang
paling penting dalam keperluan psikologikal adalah ketika mana seseorang mengalami rasa cinta
dan rasa dihargai.

Pietrofesa, J.J (1984) telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa
kemahiran seperti konfrontasi, humor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat,
5

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada 3 bentuk
prosedur iaitu:
1) Proses kaunseling memerlukan kaunselor untuk melibatkan diri dengan klien secara
intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami & menerima klien seadanya. Hal ini
adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling
kemudiannya.
2) Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang tidak disukai
kaunselor atau penerimaannya sebagai individu. Hal ini menjelaskan kepada klien
bahawa sikapnya yang tidak disukai bukannya sebagai seorang individu.
3) Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi
memenuhi keperluannya. Ia dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak
bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat
kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.

1. TEKNIK & TATACARA TERAPI REALITI


Matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai
kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang melepaskan dirinya daripada
sokongan persekitaran dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri


serta membina tanggungjawab dan perancangan yang realistik bagi memenuhi matlamat mereka.
Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka serta menerangkan
cara-cara untuk mencapainya, maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik yang tertentu
yang berbentuk tingkah laku. Di antaranya ialah:
i.

Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini, kaunselor mestilah menjadi contoh
teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik,
kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien
tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi
memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien
menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.

ii.

Kelucuan: kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Kaunselor akan
melihat suatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan
tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.

iii.

Konfrontasi: Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan


klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan
cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien dalam usaha
mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon
kepada klien untuk memikirkan tentang dirinya secara realistik.

iv.

Main Peranan (Role play): Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main
peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut, kaunselor akan cuba memberikan
penekanan pada perkataan di sini dan pada ketika ini. Kaunselor tidak seharusnya
memberi penumpuan pada peristiwa-peristiwa lampau dan perasaan yang tidak baik.

v.

Tindak Balas: Kaunselor akan meminta klien untuk melihat tingkah lakunya sebagai
satu cara untuk menerima suatu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada
7

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

klien sama ada tindakan tersebut sesuai kepada klien dan adakah berfaedah
kepadanya. Dalam hal ini, klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah
tingkah lakunya atau sebaliknya.
vi.

Penglibatan: Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan


perkataan seperti saya mementingkan anda, jadi saya bertanggungjawab pada anda.
Tingkah laku yang ditonjolkan kaunselor haruslah sejajar dengan kata-kata yang
dilafazkan itu. kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari
arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien
yang lebih berjaya dan bermakna.

vii.

Kontrak (Perjanjian): Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya


perlu, perjanjian itu dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien.
Lazimnya di dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu, maka dalam
membuat peraturan tersebut, klien perlu melibatkan diri bersama kaunselor.
Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan memberikan pujian mengikut
situasi yang perlu. Sekiranya perancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan,
maka perlu dibuat perancangan yang baru. Bagi pihak klien, kegagalan rancangan
tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

viii.

Formulate (Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik): Dalam hal ini,
kaunselor perlu membuat keputusan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien
berhak ditanya sama ada terdapat cara yang lebih baik baginya untuk mengubah
tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien dalam membuat perancangan dan
memberikan kebebasan memilih alternatif yang disukainya. Rancangan tersebut
haruslah ditentukan cara serta waktu klien akan melakukannya secara positif.

2. SISTEM WDEP
8

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Glasser, Wubbolding & Brickell menggunakan sistem akronim WDEP untuk kaunselor
menolong klien dalam prosedur menuju perubahan:
1. WANTS (KEMAHUAN MENEROKA KEMAHUAN, KEPERLUAN, PERSEPSI)
- Terapis akan bertanya apa yang yang anda mahu
- Klien digalakkan mengenali bagaimana beliau ingin memenuhi keperluan.
- Klien diberi peluang meneroka setiap fasa hidupnya. Termasuklah apa yang
dikehendaki dari keluarga, kawan dan kerjayanya.
2. DOING DIRECTION (ARAH & LAKUKAN)
- Terapi realiti menekankan tingkah laku masa kini dan juga mengambil kira
peristiwa lalu hanya dari segi kaitannya bagaimana peristiwa ini mempengaruhi
-

klien bertingkah laku sekarang. Contoh: Apa yang kamu buat?


Fokus pada masa akan datang.
Fokus pada mendapat kesedaran & ubah tingkah laku semasa.

3. EVALUATION (PENILAIAN)
- Bertanya klien untuk menilai setiap komponen semua tingkah laku mereka.
- Contoh: Adakah apa yang kamu lakukan membantu atau menyakiti kamu?
4. PLANNING (PERANCANGAN)
- Fokus kepada perancangan jangka pendek.
- Bertindak berdasarkan perancangan.
3. APLIKASI TERAPI REALITI DALAM KAUNSELING
Terapi realiti amat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan
kaunseling, contohnya kaunseling individu mahupun kelompok, kaunseling kanak-kanak,
remaja, belia, dewasa, ibubapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan,
pencegahan, kerjaya dan sebagainya.

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Menurut Glasser, terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah juvana dalam bentuk
proses pemulihan. Oleh itu, ianya sesuai untuk dipraktikkan dalam perkhidmatan kaunseling
pemulihan.
Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar. Klien harus dipaksa atau terpaksa
menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru, klien harus menilai tingkah
laku, membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat atau sebaliknya.
Sekiranya belum mencapai matlamat, maka klien harus berusaha mencari jalan untuk
mendapatkannya.
Dalam kaunseling kerjaya, terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan ianya
berfokus kepada minat, bakat atau potensi dan kelayakan klien sendiri. Tambahan pula, terapi
dilakukan dalam masa yang pendek kerana fokus hanya kepada permasalahan kesedaran tingkah
laku dan tidak memberi peluang untuk menghuraikan peristiwa masa lalu.

Matlamat terapi realiti dapat dijelaskan melalui beberapa pandangan dari tokoh-tokoh psikologi
seperti berikut:
Pietrofesa J.J (1984) Terapi realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari
keseronokan sahaja dan mengabaikan dunia realiti.
Kottler & Brown (1996) Terapi ini menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab
terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang
berjaya.
Samuel T.G (1993) Matlamat terapi realiti antara lain adalah untuk:

Membantu klien dalam memperjelaskan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup.

10

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Membantu klien mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di

sekelilingnya dan juga bentuk halangan yang wujud.


Membantu klien agar mantap dari sudut psikologinya serta lebih rasional dalam
pemikiran dan membuat suatu tindakan.

Corey G (1982) Secara holistiknya, matlamat terapi realiti adalah untuk membantu individu
mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan,
kebebasan, berkuasa dan berseronok. Terapi ini juga memfokuskan kepada perkara yang disedari
klien serta membantu meningkatkan kesedaran tersebut.
Corsini R.J (1983) Tidak kira sejauh mana kejam atau ganas serta luar biasa suatu kejadian itu
yang membawa kepada suatu bentuk tingkah laku seseorang, kaunselor harus menjelaskan
kepada klien bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku yang
tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepada klien di masa lalu, beliau harus mengambil
tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dilaksanakannya sekarang.

erapi realiti dikatakan suatu terapi yang paling mudah dipraktikkan kerana ianya
bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam pelbagai bentuk
perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat utama terapi ini adalah untuk
mengatasi pelbagai masalah tingkah laku yang negatif dalam kalangan remaja

dan belia.

Sebagaimana teori behaviorisma yang diutarakan beberapa ahli psikologi seperti J.B
Watson, terapi realiti juga menitikberatkan tentang tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat.
Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien sendiri.
Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Amir Awang (1987) telah menyatakan bahawa William Glasser begitu berkeyakinan serta
optimistik dengan pendekatannya. Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kejayaan terapi ini
11

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

dalam usaha untuk mengubah tingkah laku individu yang yang mengalami penyelewengan
tingkah laku.

12

Anda mungkin juga menyukai