Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru didalam dunia kaunseling. Terapi ini
telah diasaskan oleh William Glasser yang merupakan seorang psikologis di California dalam
tahun 1965. Menurut Glasser realiti ini adalah selari.Di samping itu, terapi realiti adalah
merujuk kepada kehidupan klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan
melihat dan mula bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kawalan
penilaian dalaman internal locus of evaluation.Pada tahun 1985 Glasser telah menekankan
bahawa manusia dapat melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya
melihat dunia itu seperti ianya yang sebenar.Seperti mana terapi yang lain yang ada di atas
terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam membuat
pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal kehidupan
ini jika mereka bersedia dan sentiasa berusaha untuk menentukan matlamat yang telah
ditanam ke dalam hati mereka. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh
yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien
bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang
mereka fikirkan, rasakan, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi
ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.
Tugas kaunselor dalam hal ini ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif.
Kaunselor juga akan membuat perjanjian bersama klien yang dalam usaha untuk mengubah
tingkah lakunya menjadi suatu bentuk terapi.Oleh itu,kaunselor berperanan sebagai guru, dan
juga sebagai teladan dalam membimbing klien Walau bagaimanapun,itu telah menjadi
tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu.
Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga
menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.
Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh
membantu klien bagi membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah
laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial,
pendidikan, terapi kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan
institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.

Latar Belakang tokoh:


William Glasser adalah seorang psikologis di California pada tahun 1965.Beliau Dilahirkan
pada tahun 1925 di California.Glasser merupakan Anak ketiga dan yang anak paling bongsu
dalam keluarga. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang
mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat bermain muzik dan juga
menceburi bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika Glasser berumur 19 tahun, Glasser telah
mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of
Technology.Selepas itu, empat tahun kemudian beliau telah mendapat ijazah Master dalam
Clinical Psychology dari Case Western Reserve University.Pada tahun 1953 ketika umur
Glasser telah mencecah 28 tahun beliau telah mendapat ijazah perubatan dari universiti yang
sama. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls,
iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis
yang mempunyai masalah moral dan selalu melanggar peraturan atau undang-undang yang
telah ditetapkan. Pada tahun 1961, Glasser telah menghasilkan bukunya yang pertama iaitu
Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi
realitinya dengan mengendalikan beberapa program yang telah berjaya di sekolah berkenaan.
Istilah realiti terapi ini telah digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam
manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy”: A Realistic Approach To The Young
Offender” pada tahun 1964 dan Pada tahun 1965 pula, bukunya yang terkenal bertajuk
Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan. Manakala, pandangan
terhadap manusia menurut William Glasser ialah manusia berfungsi pada tahap atau
kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.Di samping itu, dalam diri setiap manusia
terdapat dorongan yang sihat dan dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bentuk
fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, ianya merupakan satu keperluan asas kepada manusia seperti makan
minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup.
Manakala dalam bentuk psikologikal pula,ianya telah terbahagi kepada empat bahagian iaitu
Rasa kepunyaan, rasa ini menunjukkan bahawa seseorang itu memerlukan kasih
sayang.Bahagian yang kedua pula kuasa. Kuasa ini suatu perasaan yang ingin dihargai dan
selalu ingin bersaing. Yang ketiga adalah kebebasan. Kebebasan ialah suatu keinginan dalam
membuat pilihan dan keputusan dengan sendirinya. Akhir sekali, ialah keseronokkan.
Keseronokkan merupakan suatu perasaan yang menggembirakan seperti bermain, ketawa dan
lain-lain. Keempat-empat perkara ini akan membawa kepada identiti diri sebenar seseorang
individu tersebut. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau
masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ini ialah apabila seseorang itu
akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.

Anda mungkin juga menyukai