Anda di halaman 1dari 2

1.

PENILAIAN DIRI

- Tujuan saya menyambung pengajian sarjana kaunseling adalah disebabkan 2 perkara


iaitu :
a. Meningkatkan pengetahuan dan menambahbaik proses, kemahiran dan teori
kaunseling.
b. Menceburi bidang baru yang ditawarkan iaitu kesihatan mental.

- Pengalaman sebagai seorang pelajar sarjana muda selama 4 tahun, dan seorang
kaunselor di organisasi selama 3 tahun 6 bulan ini, saya melihat diri saya mempunyai
kelemahan dalam mengenali teori mana yang saya gunakan ketika mengendalikan
sesi kaunseling. Saya akui kekuatan diri saya hanya menggunakan kemahiran
kaunseling sepenuhnya untuk mengendalikan sesi kaunseling, akan tetapi
penguasaan teori ketika sesi kaunseling membuat saya keliru. Setiap teori yang
dipelajari , saya dapat fahaminya dengan baik bagaimana teori tersebut melihat
manusia, akan tetapi hanya REBT dan PERSON CENTRED yang sentiasa digunakan
ketika menjalankan sesi kaunseling.

2. CABARAN KAUNSELOR DAN KLIEN


- Sebagai seorang kaunselor cabaran dipihak saya adalah berhadapan dengan pelajar
yang sudah mempunyai matlamat untuk berhenti atau tangguh pengajian. Pendapat
saya sesi tersebut akan bertukar kepada bimbingan kaunseling kerana proses
tersebut akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Zaman teknologi serba canggih
ini, saya melihat pelajar lebih selesa mengadakan sesi kaunseling secara dalam talian
berbanding bersemuka. Saluran yang digunakan secara mesej, telefon dan panggilan
video. Konflik yang berlaku pada saya adalah berhadapan dengan pelajar yang
mempunyai latar belakang kesihatan mental yang memerlukan pemantauan yang
agak terperinci. Pentingnya pada diri saya adalah untuk meningkatkan pengetahuan
mengenai bidang kesihatan mental yang di tawarkan oleh pihak UUM.
- Pengalaman saya sebagai klien, kaunselor (Adila) sudah memahami proses
kaunseling itu berlaku walaupun baru menceburi dalam bidang kaunseling.

1
Kaunselor (Adila) juga sedang menguasai kemahiran kaunseling supaya sesi
kaunseling itu akan lebih baik.

3. REFLEKSI PERASAAN
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas amat berkesan kerana
pendekatan secara praktikal banyak di gunakan menyebabkan pelajar lebih
memahaminya dengan baik. Pendekatan Prof. meletakkan pelajar yang mempunyai
latar belakang kaunseling setiap kumpulan menyebabkan pelajar lain dapat
memahaminya dengan baik. Modul-modul yang disediakan amat bersesuaian
dengan pelajar untuk memahami, proses, kemahiran dan seterusnya teori
kaunseling. Pemahaman mengenai “Simptom” yang di sampaikan oleh Prof adalah
ilmu baru bagi saya untuk kemahiran penerokaan ketika menjalankan sesi
kaunseling. Setelah mengenali “Simptom” ini proses sesi kaunseling saya dapat
berjalan dengan baik apabila penerokaan dan pencarian isu utama dapat disusun,
sekaligus memberi pemahaman kepada klien. Pemahaman dan perasaan saya
semakin celik akal mengenai proses, kemahiran dan teori kaunseling yang di ajari
oleh Prof apabila kaedah secara praktikal amat membantu saya secara langsung.
Terima kasih Prof. Dr. Noor Azniza bt. Ishak.

Anda mungkin juga menyukai