Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN KES TENTANG PONTENG KELAS

1.0 Subjek

Nama : Ah Yaw ( Bukan Nama Sebenar)

Jantina: Lelaki

Asal: Bayan Lepas, Pulau Pinang

Umur: 11 tahun

Bangsa: Cina

Bilangan Adik Beradik: 3 orang

Pekerjaan bapa: Peniaga

Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga

Pencapaian akademik: Bawah sederhana

2.0 Masalah Ponteng kelas

Sejak kebelakangan ini, masalah ponteng kelas semakin meningkat di sekolah. Ponteng kelas
bermaksud tidak hadir ke kelas tanpa alasan. Masalah ini amat dibimbangkan kerana akan
membawa pelbagai impak yang kronik. Contohnya, belajar untuk menipu, mewujudkan sikap
tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Tingkah laku ini akan menghalang negara untuk
menuju ke arah TN 50 dan kemajuan secara tidak langsung.

3.0 Kajian kes

Ah Yaw ( bukan nama sebenar) merupakan anak bongsu di keluarga yang bawah sederhana.
Ibunya hanya membersihkan rumah dan memasak kepada keluarganya manakala bapanya
berniaga di pasar malam untuk menyara 6 ahli keluarga termasuklah Ah Yaw, Abang Ah Yaw,
Kakak Ah Yaw, Ibu Ah Yaw dan nenek Ah Yaw. Namun, Ah Yaw diberi makanan dan keperluan
asas yang mengcukupi. Ah Yaw berjalan kaki ke sekolah setiap hari bersama kakaknya.
Menurut pemerhatian guru-guru, Ah Yaw akan ponteng kelas setiap waktu Matematik dan
Bahasa Inggeris selepas ujian semester pertama. Sebelum ini, Ah Yaw tidak mempunyai
sebarang masalah disiplin. Dalam hati ibu bapa Ah Yaw, dia seorang yang diam dan tidak perlu
banyak diperhati kerana tidak akan melakukan gejala buruk. Ibu bapa Ah Yaw hanya mengesan
masalah ponteng kelas anak mereka selepas diberi oleh guru.

Alasan yang diberi oleh Ah Yaw ialah dia bodoh dan tidak sesuai untuk belajar kedua-dua
mata pelajaran ini. Dia sentiasa mendapat markah yang hampir gagal. Menurut Ah Yaw , ibu
bapanya sering membuat perbandingan dengannya dan adik beradiknya. Dia berasa berputus
asa untuk memperbaikikan kelemahannya.

4.0 Teori Getstalt

A.
Sekarang

(The now) B. Perkara-


perkara
D. yang
Kesedaran Konsep belum
(awareness Asas atau tidak
) selesai
(unfinished
C.
business)
Perspektif
fenomenol
ogi

5.0 Rajah 1

A. Sekarang (the now)

Menurut Choong Lean Keow (2007), konsep utamanya ialah ‘sekarang’ (the now). Konsep
ini sebenarnya mengajar kita menghargai dan mengalami sepenuhnya masa kini. Apabila
seseorang individu tersesat dari masa kini dan menjadi buntu buat masa depannya, dia akan
menjadi ragu-ragu. Menurut Amir Awang (1987), masa lampau atau masa akan datang tidak ada
gunanya, kerana ia adalah perkara-perkara yang telah berlaku dan tidak boleh diubah lagi. Klien
cenderung untuk berbicara mengenai masa lampau sebagai alasan atau rasionalisasi. Jika
kecenderungan seperti ini tidak dipatahkan, maka klien akan menggunakan cara ini sebagai
suatu permainan yang akan menyekat dirinya daripada merasai dan mengalami apa yang dirasai
dan dialaminya masa kini.

Selain itu, seandainya terdapat pengalaman–pengalaman masa lampau yang signifikan dan
yang berkaitan dengan apa yan dirasai dan dialami masa kini dalam proses terapi, klien akan
disuruh membawa pengalaman lampau itu ke masa kini, dan melalui fantasi cuba melahirkan apa
jua perasaan yang dirasa pada masa itu kepada masa kini. Ia tidak dibenarkan berbicara tentang
pengalaman masa lampau, kerana tindakan sebegini dianggap sebagai tindakan memberi alasan
bagi mengelakkan dirinya daripada berhadapan dengan tanggungajawab. Sebaliknya, jika klien
sentiasa bercakap mengenai masa yang akan datang, dia akan melahirkan perasaan
kebimbangan.

Menurut Mohammed Sharif Mustaffa (2007), ahli terapi Gestalt menggunakan soalan ‘apa’
dan ‘bagaimana’, bukannya ‘kenapa’ dan ‘mengapa’ untuk membantu klien berhubung dengan
masa kini. Hal ini adalah disebabkan soalan ‘kenapa’ dan ‘mengapa’ akan menggalakkan
intelektualisasi dan huraian kognitif.

Menurut Amir Awang (1987), kaunselor mendorong klien untuk menumpukan perhatiannya
pada masa kini, terapis juga tidak akan membenarkan kaunselinya “bercakap mengenai”
pengalaman-pangalamannya. Ia merupakan proses intelektualisasi yang gagal untuk mendorong
individu untuk menyatakan apa sebenarnya yang dirasai dan dialaminya masa kini. Terapi Gestalt
yakin bahawa melalui curahan perasaan sebegini sahajalah akan dapat mendorong seseorang
itu merasai atau mengalami ketidaklengkapan perasaan dan pengalamannya.

B. Perkara-perkara yang belum atau tidak selesai (unfinished business)

Menurut Amir Awang (1987), Gestalt berbicara tentang “hukum tutupan” (closure) sebagai
suatu keadaan yang akan memberi makna kepada bahagian-bahagian yang dipersepsi. Tanpa
tutupan dan pemyempurnaan, kadang kala sesuatu persepsi itu tidak mempunyai makna dan
akan tinggal tergantung. Demikian juga dengan perasaan manusia yang tidak dilepaskan lantaran
sesuatu sebab. Terdapat misalnya, perasaan marah, radang, risau, benci, bersalah, pilu dan
sebagainya yang tidak kita lepaskan. Menurut Gerald Corey (2005), “feelings that are not fully
experienced in awareness linger in the background and are carried into present life in ways that
interfere with effective contact with oneself and others.” Menurut Richard K. James & Burl E.
Gilliland (2003), “unfinished business has to do with unfulfilled needs, unexpressed feelings and
uncompleted situations that may be submerged from conscious awareness but are continuously
recycled and demand attention.”

Perasaan-perasaan ini menggangu kita di dalam kehidupan sehari-hari tanpa kita sedari.
Misalnya: perasaan marah kita kepada jiran kita yang tidak kita lepaskan pada suatu masa dahulu
kadang-kadang menyebabkan kita bertindak dengan cara yang tidak rasional dan sewajarnya,
walaupun kini kita menpunyai jiran baru. Pelbagai perasaan yang terpendam dan tersekat ini
kembali mempengaruhi tindakan-tindakan kita masa kini. Oleh itu, terapi Gestalt menggalakkan
kliennya melepaskan semua rasa terpendam tadi agar ia tidak mengganggu cara kita berfungsi
pada masa kini.

C Perspektif fenomenologi

Menurut See Ching Mey, fenomenologi (berasal daripada eksistensialisme) memberi


fokus pada mengkaji sesuatu yang tulen (pure) secara terus tanpa kontaminasi dan bias.
Misalnya dalam kes mengkaji kesedaran, ianya meneliti sebarang interpretasi.

Perspektif atas konsep ini ialah ia menolong individu belajar membina pemikiran untuk
membezakan apakah yang sebenarnya ditaggapi dan dirasai di dituasi semasa, dengan apa yang
hanya tinggalan masa lalu. Penerokaan secara Gestalt yang menggunakan perspektif ini
menolong individu menghayati dan menghormati pengalaman tanpa interpretasi, dan bukan
hanya melihatnya sebagai satu kemunculan sahaja dalam usaha untuk mengetahui makna
“sebenar”.

Penerokaan fenomenologi secara sistematis ini bertujuan untuk memberi celik akal
fenomenologi bila berlakunya pemahaman personal dan pemahaman proses kesedaran.

D. Kesedaran (awareness)

Menurut See Ching Mey(2009), kesedaran adalah pengalaman diri sendiri secara sedar.
Dengan kata lain, ia merujuk kepada kontak atau hubungan dengan dirinya dan juga kontak
individu dengan orang lain atau pun objek.
Dalam terapi Gestalt, kesedaram bukan hanya merujuk kepada fikiran, refleksi, atau
pemantauan-diri, tetapi ia adalah kesedaran yang mencukupi seluruh kesedaran diri, persepsi,
fahaman aliran fikiran, perasaan, dan ketegangan anggota badan dalam konteks di sini dan kini
(here and now). Salah satu cara memahami kesedaran ialah dengan melihat keadaan tidur dan
jaga sebagai satu persambungan. Semasa tidur kita kehilangan konteks dengan kekinian dan
pada saat jaga pula kita mempunyai hubungan yang penuh dengan diri dan keadaan di sekliling.

6.0 Matlamat Teori Getstalt

Menurut See Ching Mey (2009), matlamat asas terapi Gestalt adalah untuk menolong individu
menjadi lebih jitu, matang, dan berkembang menerusi kesedaran kendiri. Sebagai contoh,
kaunselor akan berupaya membimbing Ah Yaw untuk mengenali aspek-aspek dirinya yang
melingkungi kesedaran tentang perasaannya dan linkungan hidupnya dari segi pembelajarannya.
Kesedaran kendiri akan menghasilkan integrasi yang membawa individu ke arah kematangan
dan “self-actualization”. Dengan mengenali aspek kendiri, kesedaran dapat diberi kepada
seseorang individu bahawa mereka boleh membuat berbagai-bagai perkara yang lebih jauh
daripada apa yang disangkakan supaya mereka dapat berdikari dan tidak lagi bergantung kepada
orang lain.

Berdasarkan Choong Lean Keow (2007), kaunselor yang mempraktikkan terapi Gestalt
akan dapat membantu Ah Yaw untuk benar-benar merasai dan menyedari segala perassan dan
pengalamannya. Dalam proses melengkapkan perasaan-perasaan ini, Ah Yaw akan berdepan
dengan perasaan yang tidak lengkap, perasaan-perasaan yang tertekan dan sebagainya. Hanya
dengan merasai dan menyedari perasaan dan pengalaman sahajalah Ah Yaw boleh berusaha
ke arah mengubah personaliti kendiri.

Richard K. James dan Burl E. Gilliland (2003) berpendapat bahawa terapi Gestalt tidak
menumpu kepada analisis tetapi pada integrasi dimensi yang becanggah dalam individu. Proses
langkah demi langkah ini melibatkan “reowning” bahagian diri yang telah terlepas dan kemudian
menyatukan bahagian-bahagian yang berbeza supaya menjadi keseluruhan yang bersepadu. Ah
Yaw akan dapat menjalankan perubahan dan pertumbuhan, membuat pilihan berdasarkan
maklumat serta mempunyai kewujudan hidup yang bermakna.
Gerald Corey (2012) menyatakan bahawa kesedaran (increased awareness), dengan
sendirinya dilihat sebagai satu pertumbuhan atau operasi penghasilan kuratif. Kesedaran
memerlukan pengetahuan kendiri, tanggungjawab dalam membuat pilihan, hubungan dengan
alam sekitar, penerimaan kendiri dan kemampuan untuk membuat hubungan. Dengan memiliki
kesedaran, Ah Yaw mempunyai keupayaan untuk mencari dalam diri mereka sumber yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah mereka dan juga menentukan keadaan yang akan
mendatangkan perubahan. Tanpa kesedaran, seseorang tidak memiliki alat untuk perubahan
personaliti.

Selain itu, Amir Awang (1987) telah menyatakan bahawa matlamat terapi Gestalt adalah
untuk membantu Ah Yaw mencari pusat dalaman sendiri, iaitu mengenal diri dengan sepenuhnya
tanpa perlu berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran. Hal ini adalah kerana sesebuah
masyarakat itu sendiri mungkin tidak siuman. Oleh itu, Ah Yaw tidak perlu mengikut atau
menyesuaikan diri sendiri dengan masyarakat tersebut.

7.0 Proses

Matlamat asas Teori Gestalt adalah untuk melahirkan seorang individu yang berdikari daripada
sentiasa bergantung kepada orang lain. Berikut merupakan proses terapi Gestalt:

1. meningkatkan
kesedaran

6. keserasian antara 2. mengubah


perlakuan lisan dan persoalan kepada
bukan lisan kenyataan

5. membawa masa
3. menerima
lalu dan masa
tanggungjawab
sekarang

4. bertanya
bagaimana dan apa

Rajah 2
Menurut Ahmad Jazimin Jusoh, Hapsah Md. Yusof dan Sapora Sipon (2002), proses terapi
Gestalt dapat dibahgikan kepada enam kompenen.

1. Meningkatkan kesedaran
Dalam proses pertama ini,, Ah Yaw akan dibantu untuk merasai apa yang dirasai
sekarang. Dalam teori Gestalt, masa lampau dan masa hadapan tidak dipentingkan.

2. Mengubah persoalan kepada kenyataan


Seterusnya, Ah Yaw digalakkan untuk menukarkan persoalan mereka kepada pernyataan
untuk mereka menyatakan sesuatu tanpa ragu-ragu dan sebenarnya merekalah yang
bertanggungjawab ke atas apa yang telah cakapkan dan lakukan.

3. Menerima tanggungjawab
Selepas mengalami proses meningkatkan kesedaran, Ah Yaw akan digalakkan untuk
menukarkan perkataan tidak akan kepada tidak dapat. Tujuan proses ini adalah untuk
membolehkan individu merasai bahawa mereka yang mampu mengawal diri merekada
daripada ketakutan.

4. Bertanya bagaiman dan apa


Dengan pertanyaan bagaimana akan mengalakkan Ah Yaw mengurangkan sifat
defensive dan akan bersifat lebih intelektualisasi serta dapat menghuraikan persoalan
secara kognitif.

5. Membawa masa lalu dan masa sekarang


Kebanyakkan Ah Yaw yang dikendalikan dalam terapi ini ialah mereka yang masih
terbelenggu dalam pengalaman-pengalaman yang silam. Untuk mengelakkan keadaan
ini terus berlaku, klien akan dibawa dari masa lalu kepada masa sekarang (here and now).

6. Keserasaian antara perlakuan lisan dan bukan lisan


Kaunselor akan memerhatikan pergerakan badan Ah Yaw dan memfokuskan perhatian
kepada perlakuan sehingga timbul kesedaran dalam diri klien.

8.0 Peranan kaunselor

Menurut Perls, Hiefferline dan Goodman (1951), tugas kaunselor adalah untuk
menggalakkan klien menjadi rakan kongsi yang aktif. Menurut Yontef (1993) fungsi kaunselor
adalah untuk membimbing serta menjadi pendorong dalam sesuatu uji kaji dan berkongsi
pemerhatian.

Menurut Amir Awang (1987), peranan kaunselor yang pertama ialah kaunselor hendaklah
lebih menggunakan alam afektifnya, agar semua derianya menjadi sensitif atau peka kepada
perasaan-perasaan, gerak-geri kliennya, sekatan-sekatan yang menghalang kliennya daripada
merasai dan pengalaman-pengalaman tertentu. Selain itu, semasa berinteraksi dengan klien,
kaunselor hendaklah jujur, ikhlas dan tulen sifatnya. Melalui maklum balas yang ikhlas dari
kaunselor, klien dapat merasai dan mengalami dengan lebih nyata dan sedar akan perasaan-
perasaan dan pengalaman-pengalaman tertentu. Kaunselor haruslah memberi maklum balas ini
secara jujur dan spontan. Ia hendaklah tidak teragak-agak untuk mebuat kaunselinya berasa
kecewa, kerana rasa kecewa ini boleh mencabar klien untuk menggunakan potensinya dengan
sepenuhnya.

Tambahan pula, kaunselor hendaklah berusaha menentukan rintangan-rintangan yang


menyekat kliennya daripada merasai dan mengalami sesuatu perasaan dan pengalaman dengan
sepenuhnya. Kaunselor adalah bertanggungjawab untuk mendorong kliennya agar
menghapuskan rintangan-rintangan ini, agar berani mengalami kegagalan dan kekecewaan,
kerana kekecewaan ini sendiri mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Dengan mengalami dan
merasai perasaan-perasaan yang selama ini tersekat dan terpendam, klien dapat menyedari
bahawa kebimbangan dan kerisauan ini hanyalah fantasi, khalayan dan bukan realiti. Dengan
menggunakn kaunselor sebagai cermin untuk memprojekkan perasaannya, klien akan dapat
melihat kekurangannya, menggunakan potensinya dengan sepenuh, agar hidupan menjadi lebih
sempurna dan lengkap.

Akhir sekali, kaunselor perlu menggunakan bahasa mencabar klien melalui cara lemah
lembut, bersopan santun dan membantu mereka menjadi sedar. Bahasa yang digunakan boleh
dijelaskan atau disembunyikan. Melalui fokus bahasa ini, klien boleh meningkatkan kesedaran
tentang apakah pengalaman mereka pada masa sekarang dan bagaimana mereka
menggalakkan kesedaran seteruanya berdasarkan hubungan pengalaman di sini dan sekarang.

Menurut Mohammed Sharif Mustaffa (2007), terdapat dua bentuk pola bahasa yang
digunakan oleh klien iaitu “It talk” dan “You talk”. Dalam keadaan semasa klien menggunakan “It
talk”, klien berkata It dan bukan sebaliknya I mereka sebenarnya menggunakan bahasa bukan
menunjukkan dirinya. Kaunselor perlu mendorong klien menggunakan I dengan tujuan klien
bertanggungjawab pada dirinya sendiri. Contohnya, klien berkata “It is difficult to make friends.”
Sepatutnya disebut “I have trouble making friends.” Semasa klien menggunakan “You talk”.
Kaunselor perlu menarik perhatian klien kepada kesimpulan umum agar penggunaan You
digantikan dengan I untuk tujuan yang sama. Miasalnya, klien berkata “You feel sort of hurt when
people don’t accept you.” Sepatutnya “I feel hurt when I am not accepted.”

Kesimpulannya, hubungan antara kaunselor dan klien amat penting. Dalam hal ini,
kaunselor perlu mewujudkan satu suasana yang kondusif agar matlamat kaunseling tercapai.

9.0 Penutup

Tuntasnya, teori-teori kaunseling telah memainkan peranan yang amat mustahak dalam
kehidupan kita terutamanya kaunselor. Dengan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari,
kita dapat membantu klien kita yang sedang menghadapi masalah dan menbimbing mereka
mencari penyelesaian masalah. Selain itu, teori-teori kaunseling dapat membantu kita untuk
meneroka masalah “intrapersonal” seseorang dan seterusnya membimbing individu itu untuk
mencari identiti sendiri. Teori-toeri kaunseling adalah amat penting untuk meningkatkan
kesedaran kita dan membantu kita untuk memikul tanggungjawab kita. Oleh itu, teori-teori
kaunseling merupakan sesuatu ilmu pengetahuan yang tidak dapat diabaikan dan mesti dipelajari
oleh semua kaunselor untuk membantu seseorang kaunselor tidak berada dalam keadaan kelam
kabut semasa membantu klien mereka.

Anda mungkin juga menyukai