Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran meneroka

Kemahiran meneroka merupakan salah satu langkah yang penting dalam memastikan
sama ada sesi kaunseling itu berjaya ataupun tidak. Penerokaan masalah adalah satu proses
dimana kaunselor memahami dengan lebih terperinci mengenai klien dan sebab mereka
datang untuk mendapatkan kaunseling. Kemahiran meneroka adalah penting dalam
memahami pemikiran dan perasaan klien berhubung dengan masalah yang dihadapi sehingga
mendesak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Selain itu, kemahiran ini juga dapat membantu kaunselor untuk mengetahui masalah
sebenar yang dihadapi oleh klien. Masalah yang timbul berpunca sama ada diri sendiri,
masalah mental, keluarga dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Contoh soalan:

Kaunselor: Boleh Ahmad mengongsikan tentang ayah kamu?

Klien: Ayah saya seorang yang suka bertengkar dengan ibu saya.

Kemahiran meneroka adalah berdasarkan apa maklumat yang diterokai oleh kaunselor dan
kaunselor akan mendapat jawapannya.

Anda mungkin juga menyukai