Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING DALAM KAUNSELING

YANG BERKESAN

Terdapat 5 kemahiran yang penting dalam kaunseling yang berkesan.Antaranya ialah ;

1.Kemahiran komunikasi
Menurut Harnack dan Fest (1964),dalam Williamson (1985) yang menganggap
komunikasi sebagai proses aksi antara seseorang individu untuk tujuan integrasi
intrapersonal dan interpersonal.
Ini bertujuan agar individu mempunyai keyakinan diri,pandai mengambil hati,mesra dan
menggunakan ayat dan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
Proses komunikasi haruslah berkesan supaya maklumat yang disampaikan dapat
ditafsirkan dengan betul.Oleh itu kedua-dua pihak haruslah memberi perhatian penuh
pada proses komunikasi kerana proses ini adalah proses dua hala.
Komunikasi melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan
Ivey(1993) kepentingan menguasai unit-unit kemahiran berkomunikasi adalah bagi
berinteraksi dengan klien secara berkesan dan bebas.

2.kemahiran melayan

-Berlaku pada awal sesi iaitu ketika klien memasuki ke bilik kaunseling.
-Menjemput klien masuk ke dalam bilik dengan cara yang mesra seperti memegang
tangan klien bagi menjemputnya masuk.(mengikut jantina bagi mengelakkan perasaan
curiga klien)
Ivey(1999)- Kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau
permasalahan mereka dan dapat membantu individu yang kurang aktif dlm komunikasi.
Komponen yang diberikan perhatian adalah seperti berikut :
1.Gestur badan
2.Kontak mata
3.Ekspresi muka
4.Mengikuti dan cuba memahami klien
5.Galakan dalam perbincangsan
6.Elakkan melabel dan menilai.

3.Kemahiran mendengar

Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1993),kaunselor yang baik akan meluangkan
lebih banyak masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata.Beliau
menumpukan sepenuh perhatiannya kepada klien.
Menurut Mohd Salleh(1993) dan Yee(1997),mendengar terbahagi kepada tiga ;
1.Mendengar dengan perasaan
2.Mendengar dengan psikologi
-Menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi
yang disampaikan oleh klien.
3.Mendengar dengan fizikal
-Menumpukan pendengaran dan penglihatannya kepada klien.
-Dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta menjalin kemesraan
antara kaunselor dan klien.
Menurut Sapora dan Wan Anor (2002)
Kemahiran mendengar adalah kemahiran asas dalam proses membantu.Kaunselor
memerlukan daya pendengaran dan perhatian yang kuat bagi mendengar maklumat
yang disampaikan oleh klien.Cara-cara menunjukkan ketersediaan kaunselor bersama
klien adalah ;
1.Menyatakan semula
2.Menggambarkan semula
3.Memberikan respons
4.Kemahiran-kemahiran bukan lisan

Menurut Maznah dan Zainal(2003),menjelaskan komunikasi bukan lisan adalah mesej
yang disampaikan bukan melalui tutur kata tetapi melalui ekspressi muka,kontak mata
dan gerak geri.komunikasi bukan lisan harus selaras dengan verbalnya.
Antara kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam komunikasi bukan lisan;
1.senyuman
-dapat meredakan emosi klien
2.kontak mata
-Sapora(2002) ; membolehkan kaunselor memberi tumpuan,menunjukkan minat,tanda
hormat,menimbulkan rasa penerimaan,percaya-mempercayai dan sebagainya.
3.posisi badan
-Menurut Mehrabian(1967),posisi yang sesuai adalah dengan kaki di lantai,badan agak
ke hadapan sedikit,dan tangan yang terbuka menunjukkan kesediaan kaunselor.
4.kedudukan dan jarak
-Ibrahim (2002) menyediakan jarak ruang untuk berkomunikasi yang sesuai dan selesa
iaitu bergantung kepada agama,jantina,umur,budaya,dan latar belakang kaum serta
tajuk perbincangan.
Contoh skrip :
Kaunselor : adakah Lisa selesa dengan kedudukan kita sekarang ?
Klien : ya,saya agak selesa.
5.ekspresi muka
-Ibrahim (2002) kaunselor perlu memperlihatkan ekspresi wajah yang ceria dan
meyakinkan klien.Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan
rasa kurang senang klien.
6.tahap tenaga
- merujuk kepada mood dan keadaan kaunselor mengendalikan sesi kaunseling.tahap
tenaga adalah pancaran rasa kesedian kaunselor dalam melayan atau menerima klien.
7.sentuhan
-untuk menunjukkan kasih sayang seseorang kepada orang lain.namun dalam situasi
kaunseling,sentuhan hanya bagi menunjukkan kemesraan kepada klien bagi
mempersilakan masuk ke bilik kaunseling.sentuhan merangkumi
tindakan minima seperti berjabat tangan,menepuk,mengurut,memegang dan
memeluk.(tidak boleh menyentuh tangan atau memegang bahu klien yang berlainan
jantina)
8.nada suara
-Ibrahim (2002),intonasi suara iaitu kepekaan kaunselor dalam memahami intonasi
suara klien yang melambangkan emosinya tentang suatu masalah yang
dibincangkan.intonasi suara merangkumi aspek ketinggian atau kelembutan suara dan
kelajuan sesuatu sebutan perkataan.
9.pergerakan kaki tangan
- kaunselor perlu memerhatikan pergerakan klien kerana apabila klien
cemas,kadangkala mereka akan menggoyang kaki atau tangannya dengan tidak henti-
henti.jadi,kaunselor boleh memberi fokus kepada rasa cemas klien.
10.warna dan cara pakaian
-apabila kaunselor berpenampilan menarik,ia memberi gambaran dan imej yang baik
kepada dirinya.cara berpakaian adalah mengikut norma-norma tempatan supaya tidak
keterlaluan.
Penampilan seperti minyak wangi yang terlalu kuat,berpakaian yang menjolok
mata,atau berbau badan akan mengganggu tumpuan klien dalam sesi .
5.kemahiran lisan
Maznah dan Zainal ( 2003) komunikasi bukan lisan adalah interaksi tutur kata secara
timbal balas di antara pembimbing dan klien dalam memahami dunia klien dengan lebih
jelas.
Antara komunikasi lisan dalam kaunseling adalah seperti berikut.
1.dorongan minima
-contoh ; jadi.. atau emm..
2.parafrasa
-ialah respons kaunselor selepas mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien.
3.refleksi
-bayangan semula tentang perasaan terhadap isi percakapan klien.perasaan yang
tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien.kaunselor akan menyebut semula apa
yang sudah diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian yang pendek dan padat.
4.merumus
-kaunselor menyatakan semula bahagian isi dan perasaan penting yang diperkatakan
klien.
5.kemahiran menyoal
-soalan terbuka : jenis soalan yang menggalakkan perbincangan yang panjang
lebar.tidak memerlukan jawapan yang khusus.
Soalan tertutup : soalan yang menghadkan jawapan kepada satu ataupun beberapa
perkataan sahaja.
6.konfrantasi
-satu teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam
ruang dalaman klien.
-supaya klien tidak berdiam diri.
7.kemahiran mengatasi kesenyapan klien
-kesenyapan membawa makna seperti kecewa,marah atau enggan berkongsi
sesuatu.kaunselor perlu memberi masa kepada klien untuk melihat ke dalam dirinya.
8.memberi fokus
-supaya persoalan klien dapat diberi perhatian dan menghalang klien bercerita keluar
daripada tajuknya.
9.bimbingan langsung.
-memberi tunjuk ajar dan panduan kepada klien bagi membantu klien membuat sesuatu
keputusan.

Kesimpulannya,semua kemahiran-kemahiran ini sangat penting dalam melahirkan
kaunselor yang professional dan proses kaunseling yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai