Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING (MELAYAN/MENOLONG)

1. KEMAHIRAN MENDENGAR 12. KEMAHIRAN MERUMUS 13. KEMAHIRAN KONFRANTASI 14. KEMAHIRAN KESENYAPAN 15. KEMAHIRAN MENGINTEPRETASI 16. KEMAHIRAN MEMBINCANGKAN ALTERNATIF 17. KEMAHIRAN MENAMATKAN SESI

2. KEMAHIRAN MELAYAN
3. KEMAHIRAN MENSTRUKTUR SESI 4. KEMAHIRAN DORONGAN MINIMA 5. KEMAHIRAN MEMIMPIN

6. KEMAHIRAN MEMBERI FOKUS


7. KEMAHIRAN MEMPARAFRASA 8. KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN 9. KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI 10. KEMAHIRAN MENYOAL 11. KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

Frasa/ayat menstruktur sesi CONTOH; Selepas social talk Terima kasih saya ucapan kepada Mimi kerana sudi datang hari ini. Saya sedia bersama dengan Mimi untuk sama-sama mendengar dan memahami apa-apa perkara yang Mini hendak kongsikan dengan saya dan saya harap Mimi dapat memberikan kerjasama dalam sesi ini. Selama 40 minit ini, Mimi bolehlah ceritakan apa saja yang ingin Mimi kongsikan dengan saya.

Apa-apa perkara yang Mini kongsikan bersama saya hari ini akan saya rahsiakan.
++ Apa yang ingin Mimi kongsikan dengan saya hari ini ++Apa yang boleh saya bantu Mimi /

4. KEMAHIRAN DORONGAN MINIMA

Kemahiran Tujuannya:memimpin = menggalakkan klien bergerakbalas kepada komunikasi terbuka, contohnya galakkan klien meneroka 1. Memberangsangkan klien perasaan untuk terus bercerita berikan kebebasan kepada klien meneroka isu-isu 2. Menunjukkan kaunselor mendengar galakkan klien menjadi aktif. 3. Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diperkatakan oleh klien
Contohnya, menganggukkan kepala, Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm! Klien: Kaunselor: Klen: Kaunselor: Klien: Kaunselor: Saya nak bincangkan tentang pelajaran saya. Ya! Pelajaran awak (sambil mengangguk) Sejak kebelakangan ni pencapaian saya merosot. Hmm! Hmm! Semua markah saya menurun. Markah menurun (nada rendah dan mengangguk)

5. KEMAHIRAN MEMIMPIN

Kemahiran memimpin = menggalakkan klien bergerakbalas TIGA KEMAHIRAN RUMPUN MEMIMPIN YANG PERLU DIKUASAI kepada komunikasi terbuka, contohnya OLEH KAUNSELOR: - galakkan klien meneroka perasaan - berikan kebebasan kepada klien meneroka isu-isu i. Kemahiran memimpin secara tidak langsung. - galakkan klien menjadi aktif. - kaunselor tahu arah pemikiran klien, - kaunselor beri bimbingan minima - klien bebas menghuraikan isu. ii. Kemahiran memimpin secara langsung. - kaunselor memberi fokus kepada isu/topik. - percakapan klien dikawal supaya tidak jauh keluar daripada isu/topik yang difikirkan penting oleh kaunselor iii. Kemahiran memberi fokus. - Kaunselor menolong klien menumpukan isi perbincangan kepada perkara yang kaunselor fikir penting untuk diteroka. - Cara ini dapat mengurangkan kekusutan/kekaburan kepada klien atau kaunselor.

Contoh Memimpin secara tidak langsung i. Tentu ada sesuatu yang Nabila nak kongsikan bersama. ii. Azira boleh ceritakan apa sahaja yang hendak dikongsikan hari ini. Contoh Memimpin secara langsung

i. Azri kata pada masa ini Azri stress setiap kali berada di pejabat. ii. Boleh jelaskan maksud murung yang Amiza katakan

Contoh Memberi Fokus i. Jadi Udin rasa perasaan Udin dalam keadaan serba salah sekarang ii. Apa yang saya faham Anuar sangat benci kepada penyelia Anuar sekarang.

6. KEMAHIRAN MEMPARAFRASA Memparafrasa = Kaunselor memberi maklumbalas apa yang dikemukakan oleh klien. Kaunselor menggunakan ayat sendiri dan menyatakan semula apa yang klien nyatakan dengan isi yang ringkas padat dan tepat. Jika parafrasa yang tepat tentang perasaan klien, klien akan menjawab, ya, memang betul dan klien itu akan meneruskan perkongsian perasaanya. Parafrasa membantu kedua-dua pihak mendapat kefahaman dan penjelasan. Apabila kaunselor berjaya membuat parafrasa yang tepat, ini dapat mengelakkan klien daripada mengulang-ulang ceritanya. Klien dapat berasa kaunselor bersama dirinya/mengikuti dirinya.

sambungan KEMAHIRAN MEMPARAFRASA

Panduan membuat parafrasa 1. Parafrasa harus lebih ringkas/pendek daripada kenyataan klien yang asal. 2. Parafrasa harus tepat seperti apa yang difahami oleh kaunselor.

3. Parafrasa adalah sebagai satu kaedah kaunselor memberi respon kepada klien dan memudahkannya meneroka perkara yang ingin dibincangkan.
4. Yang penting bukan hanya perkataan yang digunakan tetapi bagaimana kaunselor menunjukkan yang dia memahami isi serta dapat memasuki ruang rujuk klien.

Contoh Memparafrasa: Klien : saya bosan duduk di rumah seorang diri tetapi saya rasa kekok berjalan-jalan bersendrian. Kaunselor: Duduk di rumah Wahida rasa menjemukan tapi nak keluar berjalan-jalan seorang tidak selesa pula. Klien : Emak selalu memarahi saya, buat itu tak kena, buat ini tak kena Kaunselor: Biha rasa keliru dengan sikap emak yang selalu memarahi anda. Contoh2: Klien: Saya tak mahu bincang apa-apa, tapi pensyarah tu, En. Alimutu suruh saya datang jumpa encik. Kaunselor: En. Alimutu suruh Nani datang. Klien: Ya, masa dia lectura tadi dia terus suruh saya datang jumpa encik, saya tak tahu sebab apa. Kaunselor : Nani tak tau sebabnya. Klien: Dia kata saya suka cari fasal dalam kelas, saya tak beri perhatian, saya kacau orang. Entah macam-macam lagi. Kaunselor : Nani rasa En. Alimutu menuduh Nani berbuat kacau di kelas. Klien : Ya, saya rasa begitu, dan saya rasa ini tidak benar, kerana kawan yang lain pun buat kacau juga, tapi En. Alimutu tak marah pun. Kaunselor : Sekarang mungkin Nani rasa En. Alimutu tidak adil

7. KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN Dalam sesi kaunseling, kaunselor perlu menyoal untuk meminta penjelasan terutama jika terdapat kekeliruan atau perubahan dalam tingkah laku atau perkataan atau mood klien. Minta penjelasan adalah perlu untuk memastikan kaunselor benar-benar menyelami perasaan yang sedang dirasai oleh klien.

TUJUAN: 1. Untuk mendapatkan pengertian atau kefahaman yang selari. 2. Memastikan adanya maklumat yang lengkap. 3. Mengurangkan kekeliruan. 4. Minta terangkan lebih lanjut isu/fakta klien. 5. Untuk menyemak persepsi 6. Untuk mendapat kejelasan perkara-perkara yang kabur. 7. Menunjukkan minat kaunselor kepada apa yang diberikan oleh klien. 8. Memberi lebih berfokus berbanding parafrasa.

contoh minta penjelasan Kaunselor ----a. Cuba Adam terangkan apa maksud........ b. Tolong Siah terangkan lebih lanjut....... c. Allen kata emak benci Allen, cuba berikan contoh perkara yang dibencinya....

SILA BUAT AYAT MINTA PENJELASAN


1. Adakalanya saya tidak dapat berfungsi dengan berkesan di pejabat sebab keadaan kesihatan saya.

2. Saya suka memaksa dan memerintah orang-orang lain supaya mengikut kehendak saya 3. Kadangkala saya rasa kurang selesa bersamanya.

8. KEMAHIRAN MENYOAL MENYOAL = Usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien

TUJUAN: Mendapatkan maklumat dengan tepat daripada klien. Mendapatkan maklumat lanjut tentang isu yang dibawa oleh klien. Untuk mendapatkan kepastian daripada klien.
Terdapat 2 bentuk soalan - Soalan Terbuka dan Soalan Tertutup SOALAN TERBUKA Digunakan apabila kaunselor mahukan jawapan atau penerangan yang lebih jelas daripada klien. Solan jenis ini juga menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar daripada klien. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.

Sambungan KEMAHIRAN MENYOAL TUJUAN: 1. Menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan. 2. Memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor. 3. Membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif/ mengawal diri/ berselindung. 4. Membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri. 5. Memberi peluang /ruang kepada klien untuk memberi maklumat tentang perkara yang dirasakan sangat penting pada pandangan dirinya.

Panduan membuat soalan terbuka: Mulakan perbincangan setelah menstruktur sesi. Soalan terbuka ini menimbulkan rasa selesa dan diterima pada diri klien. Mulakan dengan perkataan apa, bagaimana, kenapa, terangkan, huraikan.

CONTOH SOALAN TERBUKA Kaunselor: 1. Bagaimana Mazani boleh terperangkap dengan dalam keadaan ini ? 2. Kenapa Raju tidak boleh bersua muka dengan Zaitun? 3. Boleh Azrina terangkan apa emak Azrina selalu ungkitkan ? 4. Boleh Izah terangkan maksud kerja tidak berpasukan di pejabat Izah? 5. Apa yang Siti akan lakukan selepas ini? 6. Bagaimana kejadian itu boleh terjadi ? 7. Sejauh manakah kejadian itu boleh mengganggu hidup Fatin ? 8. Mungkinkah ada sebab lain yang menyebabkan Malik tidak mahu datang bersama awak ?

sambungan KEMAHIRAN MENYOAL

SOALAN TERTUTUP 1. digunakan apabila kaunselor inginkan jawapan yang jelas, ringkas dan tepat daripada klien. 2. Soalan-soalan yang menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja 3. Jawapan ini memberikan maklumat yang khusus. 4. Biasanya memulakan dengan perkataan bila dan siapa.
TUJUAN: 1. Untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. 2. Untuk mendapatkan maklumat yang khusus. 3. Memberitahu apakah yang ingin kaunselor tahu secara khusus daripada klien. 4. Memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap. 5. Memberi arah tertentu di dalam perbincangan dengan klien.

CONTOH SOALAN TERTUTUP Kaunselor: Klien : Kaunselor: Klien : Bila kali terakhir Rebecca menghubungi Zul ? Pada malam hari Khamis yang lepas. Siapa yang mula tomahan ini Razwani atau Railamani ? Railamani yang memulakannya.

Kaunselor: Klien:
Kaunselor: Klien : Kaunselor: Klien:

Adakah Amin datang ke kelas semalam ? Ya, saya datang.


Siapa lagi yang pergi ke Cameron Highlands ? boy friend saya Berapa umur Fizah ketika peristiwa itu berlaku ? baru 21 tahun

Kaunselor : Di mana anak yang baru lahir itu ditinggalkannya? Klien : Di pangkal pokok pisang, belakang tandas.

sambungan KEMAHIRAN MENYOAL Panduan membuat soalan tertutup: 1. Nada suara yang betul agar tidak mengancam klien. 2. Harus digunakan sekali-sekala sahaja. 3. Jangan gunakan bertubi-tubi : penyiasat rasa ketegangan. - menimbulkan mood pergantungan klien - Hilang tujuan meneroka permasalahan klien. - timbul rasa defensif, - menyukarkan komunikasi interpersonal - mengubah fokus isi iaitu klien menjawab soalan-soalan kaunselor sahaja dan bukan perkara yang ingin dikongsikan oleh klien. - Sesi perbincangan akan tersekat apabila kaunselor kehabisan soalan untuk ditanya. - Fikiran klien akan terkongkong

Anda mungkin juga menyukai