Anda di halaman 1dari 5

MODUL 12 LANGKAH

KEPULIHAN
(KLIEN
PENYALAHGUNAAN
DADAH)
PRINSIP 12 LANGKAH PEMULIHAN DADAH

Pemulihan Penagihan Semula Dadah Melalui program Kumpulan Rakan Sebaya Pemulihan
Penagihan Dadah

MODUL 1: LANGKAH PERTAMA

PRINSIP: Kami mengaku kami hilang kuasa ke atas dadah sehingga hidup kami menjadi
sengsara.
a. Saya ada masalah dengan dadah
b. Dadah secara beransur menyebabkan hidup saya sengsara dan menyebabkan masalah
kepada saya.
c. Saya telah kehilangan daya untuk mengawal penggunaan dadah dan cara yang logik adalah
terus berhenti daripada dadah.

PENAFIAN (DENIAL)
Penafian adalah satu makna yang digunakan apabila seseorang klien tidak dapat menerima
batas-batas yang ada pada nya. Masalah utama adalah susah untuk menerima kenyataan
bahawa beliau mempunyai batas tertentu yang merupakan satu yang pahit untuk diterima.
Akibatnya seseorang itu akan merasa marah, risau, malu, sedih atau bersalah. Perasaan ini
adalah menyakitkan dan individu itu akan cuba untuk mengelak perasaan ini timbul dan
mengelak dari menerima kenyataan batas yang ada pada nya

Beberapa bentuk “penafian”:


a. Tidak mahu menerima kenyataan(Refusing): Menidak masalah dadah yang dihadapi, tidak
mengaku kuantiti dadah yang diambil harian, tidak menerima masalah yang ditimbulnya
kepada keluarga dan masyarakat dan tidak kerjasama didalam rawatan nya didalam
pemulihan.
b. Mengurangkan fakta(minimizing the facts): Mengurangkan kenyataan mengenai masalah-
masalah dadah yang dihadapi.
c. Mengelak(Avoiding): tidur dengan banyak, mengurung diri, menjadi penagih kepada
rokok, arak dan pil.
d. Memberi gambaran banyaknya orang lain mengguna dadah supaya pengunaan beliau boleh
diterima sebagai normal.
e. Menyalahkan orang lain(blaming) untuk masalah dadah nya.
f. Menawar (bargaining): cuba untuk mengguna dadah dengan kuantiti kecil.
g. Rationalizing(Menegak benang basah): membuat beberapa penerangan yang menasabah
untuk meneruskan penggunaan dadah.

MODUL 2: LANGKAH KEDUA

Telah mempercayai adanya kuasa yang lebih dari kita yang dapat memberi kita balik kepada
kesedaran.

reaksi dari peserta mengenai langkah diatas:


Bagaimana dadah telah menyebabkan beliau hilang ingatan? Hilang ingatan ini bermakna
membuat sesuatu berulang kali walaupun perkara tersebut membahaya dan menyusahkan
dirinya dan juga orang lain.

Bagaimana penggunaan dadah telah menyebabkan beliau membuat keputusan tidak


menasabah dan meneruskan kegiatan yang merugikan dan membahayakan .

Degil dan sombong adalah antara sifat-sifat penagih dadah. Ia boleh berlaku sebelum atau
sesudah penagihan.
Dengan cara apakah beliau degil dan sombong?
Bagaiamana ini dapat mencerminkan penafian“denial”?

MODUL 3: LANGKAH KETIGA

Mengambil keputusan untuk menukar keinginan dan hidup kita kepada mentaati tuhan dan
mengikut segala yang disuruhnya

Langkah ke Tiga adalah “untuk membuka pintu yang berkunci”- pemergian dari “denial” dan
menuju kearah penerimaan mereka mempunyai ketagihan dadah.

Apakah ada “turning over” pada klien? Bagaimanakah mereka akan mampu untuk
mempercayai orang lain sebulat hati untuk mengikuti nasihat mereka?

Apakah perasaan klien mengenai mempercayai orang lain secara am? Apakah perasaan klien
mengenai mempercayai kaunselor?

Bincang “cult of self-reliance”; bermakna konsep seseorang itu adalah bertanggung jawap
atas segala perbuatannya berbanding dengan konsep terpaksa bergantung kepada orang lain
untuk mencapai kehendaknya. Konsep NA adalah berasaskan “interdependence” iaitu konsep
perlu bergantung kepada orang lain dari segi mengelak relapse.

Apakah masalah utama untuk mengikuti nasihat orang lain dan menyerah diri kepada tuhan?

MODUL EMPAT: LANGKAH KEEMPAT

“Mencari sendiri masalah moral saya sendiri (moral Inventories)”

MODUL LIMA: LANGKAH KELIMA

“Mengaku kepada tuhan, diri sendiri dan juga kepada ehsan lain; kesemua kesalahan yang
kita lakukan”.

Cari apakah maknanya langkah ke4 dan ke 5 daripada klien.? Terangkan makna sebenarnya
adalah membukakan masalah kelakuan peribadi(character defect) yang ada pada klien.
“Character defect” ini akan menjadi lebih ketara apabila mereka menagih dadah dan
menyebabkan mereka membuat perkara-perkara yang menyalahi moral dan ugama.

Antara sifat/peribadi negatif “character defect” ini adalah

 Cemburu Tamak kedekut


 Jealous Greed selfishness
 Tindakan memburu Bangga diri sendiri Sombong
 Impulsiveness Grandiosity Arrogance
 Kesian diri sendiri
 zalim
 perasaan dendam

“Character defect” diatas mungkin bermula sebelum mula menagih atau semasa menagih.
Sifat-sifat kelakuan ini akan menjadi kekal jika berada didalam mereka untuk jangka masa
yang lama. Oleh itu adalah penting untuk klien sedar mengenai “character defect ini supaya
beliau dapat mengubah nya.

Cuba klien cari contoh character defect yang beliau alami dan bagaimana orang lain telah
disakiti oleh perbuatan mereka.

Setelah meninjau character defect klien, adalah penting untuk meninjau sifat-sifat positif
klien.(After discussion patient’s defect; focus on his positive character)

Antara sifat-sifat positif klien adalah;


 Murah hati hero Sedekah
 Generosity
 Heroism
 Charity
 Menolong
 Baik hati
 Rendah diri
 Altruism
 Kindness
 Humility
 Cinta Berkongsi
 Bertimbang-rasa
 Love
 Sharing
 Compassion
Sebelum berakhir sesi ini, cuba klien memberi contoh sifat positif ini yang klien alami.

“Easy does it”: Perlu mengelak daripada cuba menyelesai terlalu banyak masalah serentak.
Klien perlu menyuarakan masalah dan keluhan yang mereka hadapi. Adalah perlu
menyelesaikan masalah yang senang dan kemudian maslah yang lebih susah apabila telah
berjaya pada peringkat yang senang.

“First thing first”: Perkara yang paling utama adalah bersih dari dadah. Tidak ada apa yang
lebih penting didalam kehidupan mereka dari perkara ini. Ini adalah kerana kebanyakan
penagih yang memasuki rawatan dadah mempunyai masalah yang bertimbun-timbun. Jika
mereka tidak focus kepada bersih dari dadah, perkara lain akan makin bertimbun. Oleh itu
jika keinginan untuk bersih dari dadah, klien perlu sanggup membuat apa saja untuk
mencapai matlamat ini.

Ini memerlukan kerja yang banyak kerana kita semua memasuki ke program ini dengan
pemikiran lama dan cara kelakuan lama, yang mana kita perlu unutk sentiasa berkerja setiap
langkah untuk menukar diri kita. Kita perlu mengelak daripada “perbalahan yang menyebab
kemarahan dan cepat mengkritik”. Mengelak perbalahan ini akan memecahkan pernagai lama
kita dan kita akan mula memahami bahawa kita ada pilihan didalam banyak situasi.

MODUL KEENAM: LANGKAH KEENAM

Adalah bersedia untuk TUHAN mengeluarkan semua “character defect” kami.


Prinsip langkah ini adalah “sanggup menerima”

MODUL KETUJUH: LANGKAH KETUJUH

Dengan rendah diri meminta TUHAN mengeluarkan kelemahan kami.


Prinsip langkah ini adalah “rendah diri”(HUMILITY)

MODUL KELAPAN: LANGKAH KE LAPAN

Mengadakan senarai semua orang yang kita sudah menganggu, dan bersedia untuk
memperbetulkan perhubungan kita dengan mereka. Prinsip langkah ini adalah “DISIPLIN”

MODUL SEMBILAN: LANGKAH KESEMBILAN

Meminta kemaafan dan menebus balik kesalahan kita dengan secara langsung dengan orang
yang kita telah buat salah, melainkan dengan cara ini kita boleh lebih melukakan mereka.
Prinsip langkah ini adalah “Meminta Maaf”

MODUL KESEPULUH: LANGKAH KESEPULUH

Meneruskan melihat kesalahan diri sendiri dan apabila kita bersalah perlu untuk mengaku
kesalahan kita.
Prinsip langkah ini adalah “Penerimaan”

MODUL KESEBELAS: LANGKAH KESEBELAS

Merapat diri kepada TUHAN dengan berdoa dan sembahyang; dengan tujuan untuk tunduk
kepada NYA dan kuasa untuk melakukan ibadah ini.
Prinsip langkah ini adalah “KESEDARAN”

MODUL KEDUABELAS: LANGKAH KE DUA BELAS

Mendapat kesedaran daripada langkah-langkah ini dan kami cuba untuk membawa pesanan
ini kepada penagih-penagih lain dan mempratikkan prnsip-prinsip ini didalam semua aspek
hidup kami. Prinsip langkah ini adalah “MEMBERI PERKHIDMATAN”

Anda mungkin juga menyukai