Anda di halaman 1dari 1

Mohd Hafizzi Bin Mohd Rashed

No 2, Lorong PGJ 4,
Perumahan Paya Gunung Jaya
27000 Jerantut Pahang

Guru Kelas 1 Bijak


Sekolah Kebangsaan Pedah,
27150 Jerantut Feri
Jerantut Pahang 30 Januari 2020

Tuan/Puan,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya merupakan bapa kepada Nur Husna Zinnirah Binti Mohd Hafizzi ingin
menjelaskan sebab anak saya tidak dapat menghadirkan diri pada 29 Januari 2020 hingga 30 Januari
2020.

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan kesulitan saya untuk menghantar
anak saya ke sekolah pada tarikh tersebut kerana saya berada di luar Daerah Jerantut atas urusan rasmi
kerja.

3. Kesihatan isteri saya iaitu ibu kepada anak saya juga tidak begitu baik menyukarkan lagi untuk
menghantar anak saya ke sekolah pada tarikh di atas.

Saya ingin meminta maaf di atas kesulitan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan
kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

_________________________
(Mohd Hafizzi Bin Mohd Rashed)

Anda mungkin juga menyukai