Anda di halaman 1dari 3

Two Minutes Too Late (Keyakinan Diri) Objektif:Membina keyakinan diri peserta Tahap : Rendah / Menengah Masa : 10-15

Minit (Sesuai untuk permulaan aktiviti) Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. FC meminta peserta berdiri dan membuat kiraan sebanyak 2 minit sambil pejam mata. 2. Peserta yang sudah yakin masa telah tamat boleh duduk semula dan membuka mata mereka. Perbincangan: 1. FC tanya peserta yang duduk dahulu apakah perasaannya apabila dimaklumkan sebagai orang pertama yang duduk dahulu. 2. Kemudian, FC tanya peserta yang duduk kemudian apa perasannya apabila dimaklumkan sebagai orang terakhir duduk. Kesimpulan: 1. Setiap orang kena ada sifat yakin dan percaya pada diri sendiri. 2. Sebagai seorang pelaiar, sifat ini penting untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang yang diceburi. 3. Keyakinan diri membezakan antara tahap kemampuan seseorang dalam sesuatu perkara.

Mak Suruh Pi Market (Motivasi)

Tahap : Rendah / Menengah Alatan : Lampiran 2 (senarai barang runcit), kertas A4, pen. Masa : 30 minit Pelaksanaan: 1. FC membahagikan peserta kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk melihat senarai barang runcit. 3. Masa yang diberi untuk melihat senarai hanyalah sebanyak 5 minit sahaja bersamaan dengan 4 kali peluang melihat. 4. Wakil kumpulan hanya diberi masa 30 saat bagi peluang pertama, untuk melihat senarai barang runcit tersebut. 5. Kemudian wakil tadi kembali kepada kumpulan dan cuba menyenaraikan barang-barang runcit tadi dengan seberapa banyak yang boleh diingati, (ketika ini pastikan setiap ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti) 6. Setiap wakil akan diberi peluang ke-2, ke-3 dan ke-4 utk kembali kepada FC untuk melihat semula, senarai barangan di mana setiap peluang akan ditambah 30 saat dari waktu peluang sebelumnya. Sebagai contoh: a. b. c. d. Peluang 1: 30 saat Peluang 2: 1 minit Peluang 3: 1 minit 30 saat Peluang 4: 2 minit

5 minit

*(Nota: Wakil kumpulan boleh ditukar ganti jika kumpulan tersebut mahu) 7. Permainan ditamatkan selepas keempat-empat peluang telah digunakan 8. Semak jawapan yang diperolehi. Libatkan peserta ketika aktiviti penyemakan. Perbincangan: 1. Apakah perasaan peserta dalam permainan? 2. Apakah perasaan wakil yang ditukar? (sekiranya ada) 3. Apakah pendapat peserta terhadap permainan ini? Kesimpulan: 1. Perasaan ingin berjaya dan daya saing mendorong kita melakukan usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten (istiqomah) 2. Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersemangat, enjoy, tidak putus asa dan berulang-ulang, InsyaAllah kita akan berjaya. 3. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan berulang-ulang, akan membuatkan kita semakin mahir dalam bidang tersebut. (Kaitkan dengan pembelajaran seharian) 4. Ilmu hendaklah diamalkan, bukan sekadar untuk dipelajari sahaja, Practice Makes Perfect.

5. Maksud hadis: "Celakalah ke atas seseorang apabila harinya pada hari ini adalah sama dengan hari semalam 6. Setiap orang dibeii peluang yang sama, maka gunakanlah peluang tersebut sebaiknya. 7. Yakinlah dengan rahmat Allah bahawa kita boleh menjadi insan cemerlang, berkat keazaman dan kesungguhan kita.

Anda mungkin juga menyukai