Anda di halaman 1dari 17

DISEDIAKAN OLEH :

Siti Norhidayah Bt Rosly


Norsyakirah Bt Md.Noor
Nur Izwani Salfinas Binti Azizan
4PISMP Pendidikan Khas 1


PENDEKATAN DEDUKTIF


Menurut Kamarudin Hj Husin (2004; 178)
Pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu
atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem
atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh- contoh yang khusus.
Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari
daripada kaedah deduktik boleh digunakan
untuk mendapatkan rumus- rumus, prinsip-
prinsip, teorem- teorem atau hukum- hukum
yang baru.
BERMAKSUD ;
KAEDAH DEDUKTIF
Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk
mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru
daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
yang telah diketahui.

Bermaksud :
Murid- murid dapat memahami sesuatu yang baru. Ini
bermakna mereka mungkin mendapat idea yang baru bagi
menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Daripada idea atau pemahaman yang baru itu boleh juga
dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
yang baru asalkan tidak lari daripada konsep asal
matematik.

JENIS PENDEKATAN
DEDUKTIF
Untuk penyelesaian masalah
Untuk membuat generalisasi baru
Untuk membukti hipotesis
JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF.
Untuk penyelesaian masalah
Guru hendaklah berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat
menggunakan teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu
bagi menyelesaikan masalah lain yang timbul . Sebagai contoh,
setelah murid mempelajari operasi darab, mereka dapat membuat
operasi darab dan menyelesaikan masalah operasi darab.

JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF.
Untuk membuat generalisasi baru
Guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu
teori, hukum, prinsip, teorem atau peraturan tertentu
sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut dan
kemudian dapat membuat kesimpulan umum yang baru
atau teori yang baru bersesuaian dengan kefahaman
masing- masing dan tidak lari dari konsep asal.
CONTOH..
Setelah para pelajar mempelajari rumus luas segiempat
tepat, mereka dapat menggunakan rumus itu untuk
mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.



JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF.
Untuk membukti hipotesis
selepas murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh
melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui
prinsip dan hukum yang telah dipelajari.
CONTOH.
Setelah murid mempelajari teorem sudut- sudut
bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta
menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil
tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180.

PRINSIP- PENGGUNAAN STRATEGI PENDEKATAN
DEDUKTIF
Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis
harus didedahkan terlebih dahulu.
Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali
rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori
agar membolehkan mereka menyelesaikan
masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah atau membukti
hipotesis haruslah diketahui serta telah
difahamkan secara mendalam.
PRINSIP- PENGGUNAAN STRATEGI PENDEKATAN DEDUKTIF


Penggunaan pendekatan deduktif haruslah
dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.
Proses menyelesaikan masalah atau untuk
membuktikan hipotesis tidak terhad kepada
menggunakan satu generalisasi, prinsip,
rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.
Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara
menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara
membukti hipotesis, tetapi membimbing murid
melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah
sendiri.
KEBAIKAN
DEDUKTIF
JIMAT MASA &
TENAGA
DPT MEMBERI
FOKUS
SEPENUHNYA
DPT MPELBAGAIKAN
PROSES PENYELESAIAN
MASALAH
MEMUDAHKAN
PEMAHAMAN
MURID
SESUAI UNTUK PELAJAR PANDAI
SAHAJA
PELAJAR KURANG AKTIF DALAM KELAS
MEMBOSANKAN & MENGONGKONG
KREATIVITI MURID
KELEMAHAN DEDUKTIF
Pendekatan ini sesuai diaplikasikan
pada peringkat sekolah menengah iaitu
pada peringkat KBSM

Jean Piaget- pelajar yang berada pada
tahap perkembangan mental operasi
formal ini adalah pada peringkat usia 12
tahun dan ke atas.

Anda mungkin juga menyukai