Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan


tekanan besar dalam menghadapi persaingan abad ke-21. Tambahan pula
kedudukan pencapaian dalam PISA
2012 berada pada tahap lemah.
Menjelang tahun 2020, Malaysia Berhasrat menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan yang seimbang dari segi
ekonomi, sosial, kerohanian dan kebudayaan malah yang yang paling penting
dalam pendidikan. Strategi-strategi dan perubahan inovasi dalam sistem
pendidikan perlu dibangunkan dan dikembangsan dalam memenuhi hasrat
tersebut.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauhmana anda sebagai guru
Sistem pendidikanng negara Malaysia merupakan pendidikan yang
dinamik bagi memenuhi keperluan semasa. Aspek pendidikan negara
memainkansatu peranan besar bagi mencapai impian negara untuk
membentuk sebuah negara maju. Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara.

Itulah

yang

ditekankan

dalam

misi

kementerian

dalam

membantu negaramemcapai status negara maju. Olehyang demikian


setiap

pihak

memainkan

peranan

yang

penting

daripada

pihak

kementerian, sekolah, pihak pelaksana, ibubapa, masyarakat dan murid.


Peranan terbesar tergalas di atas golongan pelaksana iaitu barisan guru
sekolah. Namun begitu,sejauh manakah kesediaan guru bagi mennggalas
misi tersebut.
Guru
berkualiti

merupakan
kerana

anak

melalui

kunci

kepada

guru

atau

penghasilan
pendidik

di

pendidikan
peringkat

sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi dan


misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala cabaran
yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita
perlu memerlukan guru yang unggul bagi membolehkan menangani
cabaran-cabaran masa depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan
berketerampilan seseorang guru perlu bersedia dan peka terhadap
perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan


berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri
yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan
modal insan yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari
segi mental,emosi,fizikal,sosial serta memiliki peribadi yang baik. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427), keterampilan membawa maksud
kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala terampil adalah cekap
dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Bagi melahirkan guru berketerampilan, berilmu dan berkemahira
tinggi,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan ilmu sangat penting supaya
apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi persediaan
mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek pengetahuan
untuk melahirkan guru yang berketerampilan adalah pedagogi iaitu
pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran
dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek
pembaharuan kurikulum.perkara-perkara ini diterapkan sewaktu peringkat
pembentukan bakal-bakal guru siswazah, kursus-kursus dalaman dan
latihan dalam perkhidmatan yang diadakan daripada semasa ke semasa
Dewasa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi satu
aset dan medium penting bagi guru mencapai matlamat pengajaran.
Sehubungan itu, guru-guru pada hari ini perlu melengkapi diri mereka
dengan keilmuan mutakhir dan minda yang progresif bertepatan dengan
keperluan era informasi (Wan Liz 2000: 169). Tuntutan profesionalisma
perguruan hari ini memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik
(Warschauer, 1999), di mana mereka berkemahiran menggunakan ICT
untuk meneroka, mencari serta mengakses maklumat dan seterusnya
memanfaatkan maklumat tersebut untuk tujuan pengajaran dalam bilik
darjah. Guru-guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran
menggunakan teknologi berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya
seperti CD ROM, Internet, WWW (World Wide Web) serta perisian-perisian

pendidikan. Selain itu, guru-guru perlu mempelajari bagaimana untuk


mengajar dengan menggunakan peralatan dan kemudahan teknologi
serta mempelajari kemahiran-kemahiran dan pendekatan-pendekatan
baru (Tapscott, 2003; Pachler, 2001). Secanggih mana pun sesuatu
teknologi, teknologi tersebut akan menjadi tidak berguna seandainya
guru-guru tiada ilmu serta tidak berkeyakinan untuk menggunakannya
dalam bilik darjah. Maksudnya, bagi tujuan membawa impak yang positif
kepada pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengguna dan mengintegrasikan peralatan
dan kemudahan ICT (Davis, 2001) serta berasa selesa dan yakin
menggunakan teknologi tersebut (Ropp, 1999; Norhayati, 1995).
Perkara ini dapat disimpulkan bahawa pada masa ini guru-guru
mempunyai tugas dan tanggung jawab yang berat dan amat mencabar
kredibiliti

mereka

sebagai

pendidik.

Mereka

turut

dituntut

untuk

meorientasikan semula kaedah serta amalan-amalan pengajaran mereka


serta berkeupayaan memegang pelbagai peranan terutamanya sebagai
fasilitator, perancang dan pengurus pengajaran dalam bilik darjah bestari.
Maka, sebagai al-mualim (menyampaikan ilmu yang benar), al-murrabbi
(menjayakan proses pendidikan) dan al-mudarris (mengajar pelajaran dan
kemahiran), amat perlu guru-guru melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran ICT serta bersikap positif terhadap
ICT (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Hanya dengan cara ini guruguru dapat mendidik para pelajar mereka sebagai persiapan menghadapi
cabaran-cabaran

yang

mendatang

pada

zaman

maklumat

serta

menangani kepesatan kemajuan dalam ICT.


Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara
bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan
komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Kejayaan sistem
pendidikan

sebagai

perkhidmatan

kepada

masyarakat

akan

dinilai

berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran iaitu


para pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat
pada masa hadapan. Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan

kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan. Keupayaan mengenal


pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan
kejayaan PIPP. Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat
bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi atau
bersama.
Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi
agen

perubahan

masyarakat

seharusnya

mengikut

perubahan

masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah


juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama
dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim :
2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan
yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan
masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan
dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat dalam
bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama
dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.
(788 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI
Bernama. (2015, April 6). Kejayaan sekolah bergantung kepada
kewibawaan pengetuanya - Muhyiddin. Retrieved Julai 15, 2015, from
Astro
Awani:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kejayaansekolah-bergantung-kepada-kewibawaan-pengetuanya-muhyiddin-57251
N.S.Rajendran. (2008). Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi. Kesediaan Guru
Mengendali Proses Pengajaran dan Pembelajaran , 13.
Zanariah Abd Mutalib. (2013). Strategi Lahir Pelajar Berkualiti. Putrajaya:
Berita Harian Online.
Lilia Hanim (Prof. Madya Dr.), Dr Mohammed Sani Ibrahim Izani Ibrahim,
Budaya

Sekolah

Kewibawaan

Berpencapaian

Pengetua,

Tinggi

Seminar

dan

Hubungannya

Nasional

Pengurusan

Dengan
Dan

Kepimpimpinan Pendidikan ke 13.


Abdul Rafie Bin Mahat, Kertas Kerjanya Pengukuhan Dan Peningkatan
Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai