Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN AKTIVITI LDK UNTUK KEM KECEMERLANGAN UPSR

LET’S GO BEYOND
Senarai Aktiviti/ Energizer

1. Tarian Xi Shua-shua
2. Para-para Dance
3. Potong Bebe Angsa
4. Tepuk Semangat/ Sayang

LDK 1 Slot Ice Breaking


Tajuk: Show Me Your Emotion
PERALATAN: Kertas mengandungi gambar pelbagai emosi seperti ( emosi marah, emosi
gembira, emosi sedih dll)
Masa :20 Minit
OBJEKTIF:
-Membahagikan pelajar di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
-Menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui bahasa bukan lisan.
-Menggalakkan ahli bergaul dan berkenalan di antara satu sama lain.
Kaedah Perlaksanaan

1. Fasilitator menggerakkan pelajar supaya berada dalam satu bulatan yang besar.
Setiap pelajar dikehendaki mengambil satu kertas yang mengandungi gambar
emoticons.
2. Fasilitator memberikan arahan dengan menyatakan bahawa pelajar tidak dibenarkan
mengeluarkan suara sebaliknya perlu mencari rakan-rakan lain yang sama
emoticons dengannya dengan cara menggayakan emoticons tersebut. Pelajar yang
ingkar mengikut arahan akan dikenakan denda.
3. Apabila selesai aktiviti mencari ahli kumpulan yang lain, pelajar diminta untuk berada
dalam kumpulan kecil tersebut.
4. Satu perlawanan aksi akan diadakan antara kumpulan dan kumpulan yang berjaya
akan diberikan markah.

Perbincangan:

Fasilitator memulakan perbincangan dengan bertanya perasaan mereka melakukan aktiviti


ini. Apa perasaan mereka apabila disuruh mencari ahli kumpulan yang lain tanpa
menggunakan suara.
LDK 2 Slot Ice Breaking
Tajuk: The Power of Words
Masa: 20 Minit
Peralatan: Sticky Note, Kertas Mahjung
Objektif :
- Memberi semangat dan perangsang kepada pelajar.
- Melatih pelajar untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik dan bermanfaat..
Kaedah Perlaksanaan :
1. Peserta diberi ‘sticky note’ yang berlainan warna.
2. Setiap peserta diminta untuk menulis kata-kata semangat yang mereka tahu.
3. Kemudian setiap peserta diminta untuk melekatkan sticky note tersebut pada kertas
mahjung.
4. Di akhir program setiap peserta perlu mengambil sticky note yang bukan hasil tulisan
mereka setiap seorang.
Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti?
2. Adakah dengan kaa-kata yang baik mampu menaikkan semangat mereka?
Pengajaran:
Setiap kata-kata yang baik sudah tentu mendatangkan manfaat baik kepada diri kita sendiri
ataupun orang lain.
LDK 3 Slot Motivasi
Tajuk: Fantasi Kejayaan
Peralatan: TIADA
Lagu : Instrumental Song/ Lagu yg tenang/ Bunyi Alam
Jangka Masa : 30 minit
Objektif:
- Supaya peserta dapat mengetahui potensi pada diri.
- Peserta dapat menikmati erti nikmat sesebuah kejayaan.
Langkah:
1. Fasilitator meminta peserta untuk menenangkan diri, tarik nafas dan hembuskan kembali (
ulang beberapa kali).
2.Fasilitator meminta peserta unutk membayangkan satu hari yang amat menggembirakan
sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan kepada kejayaan yang menggembirakan tersebut.
3.Ingat kembali kejayaan tersebut dan siapakah yang banyak memberi sokongan kepada
anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Adakah anda merancang untuk mendapatkan
kejayaan tersebut ataupun apakah usaha yang anda lakukan untuk mencapainya.
4. Sekarang sedarkan diri anda dan kongsikan kejayaan tersebut kepada rakan-rakan anda.

Pengajaran :
1. Setiap orang pernah mempunyai kenangan manis dan kejayaan.

2. Individu mempunyai potensi diri dan peluang untuk mencapai kejayaan.


LDK 4 (Tambahan)
Tajuk : Dengar Baik-baik Naa..
Peralatan :Petikan Pendek
Objektif:
1. Mendengar maklumat dengan baik.
2. Menyelidik maklumat terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada orang lain
Langkah :
1. Peserta pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba
mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
2. Setelah 30 saat peserta pertama akan menuju kepada peserta kedua. Peserta pertama
tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada
peserta kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.
3.Begitulah seterusnya, peserta ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada
pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.
4) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut
kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita
banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat
asal dari petikan tadi.

Pengajaran:
1. Mendengar dengan baik merupakan salah satu asas penting ketika dalam proses
belajar.
2. Kegagalan untuk mendengar dengan baik menyebabkan kita gagal untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Kemungkinan besar kita juga akan
menyampaikan perkara yang tidak tepat kepada orang lain.
3. Selain itu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat, perlulah diselidiki
kebenarannya terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai