Anda di halaman 1dari 11

1.

0 SINOPSIS

Stress ialah satu perkara normal yang selalu berlaku kepada setiap insan.
Seringkali dalam proses setiap pekerjaan dan pelajaran kita tidak terlepas dari keadaan
ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress,
'tension' atau tegang. Sebenarnya ketegangan atau stress ini mengikut definisinya ialah
pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara
mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan
tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana
setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal
seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah,
gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan
mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.
Jika anda mempunyai simptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di
dalam dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sejumlah 85% dari mereka yang
datang berjumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi)
mengadu bahawa mereka mengalami stress atau tekanan. Apabila anda selalu mengalami
stress atau tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers,
insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit
yang disebabkan stress.
Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah
atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Di sini terdapat beberapa cara
yang boleh diaplikasikan oleh pelajar untuk menguruskan stress. Stress perlu diurus
dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak
baik. Antara cara untuk menguruskan stress ialah beriadah, berjenaka bersama kawan-
kawan, membuat senamrobik, menyanyi, menenangkan diri dengan melawat ke tempat-
tempat peranginan dan sebagainya. Selain itu, dengan cara meluahkan perasaan kepada
seseorang juga adalah cara untuk mengatasi stress.

1
2.0 SASARAN

Kumpulan sasaran kami adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar-

pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

3.0 OBJEKTIF UMUM

1. Membantu pelajar mengenal pasti punca-punca berlakunya stress.

2. Membantu pelajar memahami punca stress melalui perluahan perasaan di atas

sekeping kertas dan melalui perkongsian sesama ahli.

3. Membantu pelajar mewujudkan ketenangan dalam diri apabila mengalami tekanan

atau stress.

4.0 KAEDAH

1. Kaedah pertama

Membuat sedikit latihan senamrobik untuk menaikkan mood para peserta. Para

peserta mengikut cara atau rentak fasilitator dalam melakukan senamrobik ini.

Peserta juga bebas melakukan gaya yang mereka gemari. Fasilitator akan

menggunakan lagu yang rancak untuk mengiringi senamrobik ini dan menaikkan

mood peserta.

2. Kaedah kedua

Menggunakan teknik perluahan perasaan atau masalah melalui teknik lukisan.

Peserta diminta melukiskan apa sahaja yang menyebabkan mereka mengalami

2
tekanan atau stress. Selepas itu, fasilitator akan bertanya beberapa soalan kepada

peserta. Merupakan satu cara yang memberi kesan kepada peserta.

3. Kaedah ketiga

Aktiviti ketiga ialah aktiviti yang diberi nama ‘ Hatiku Gembira’. Aktiviti ini

menggunakan alunan muzik dan lirik lagu. Peserta diminta menyanyi bersama-sama

dengan fasilitator dan cuba untuk menghilangkan stress. Tujuan lagu ini dipilih

adalah untuk memberi kegembiraan dan ketenangan kepada peserta.

5.0 ALAT /BAHAN

 Laptop dan speaker

 Kertas A4

 Pen dan pensel

6.0 MASA

1. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Bagi aktiviti pertama, kami telah

mengambil masa selama 15 minit untuk melaksanakan aktiviti ‘ Ceriakan Dirimu ’

2. Dalam aktiviti kedua pula, kami memperuntukkan masa selama 30 minit untuk

menjalankan aktiviti yang dipanggil ‘ Luahkan saja ke atas saya ’

3. Aktiviti ketiga iaitu ‘ Hatiku Gembira’ mengambil masa selama 15 minit.

3
7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

7.1 AKTIVITI 1

Tajuk : Ceriakan dirimu....

Matlamat : 1) Untuk membantu para pelajar menghindari tekanan

yang dialami oleh mereka.

2) Untuk menegangkan otot mereka sebelum memulakan sesuatu

aktiviti serta mewujudkan ketenangan.

Objektif khusus : 1) Mengurangkan ketegangan pelajar akibat tekanan.


2) Supaya pelajar dapat mengurangkan tekanan yang ada.

Bahan : Alunan muzik

Masa : 15 minit

Langkah-langkah :
1) Fasilitator akan meminta para pelajar menjadikan 2 kumpulan kecil kepada
kumpulan besar dan dikehendaki berdiri dalam bulatan.
2) Kemudian, fasilitator akan mainkan lagu ‘Asalehe’ dari kumpulan Las Ketchup.
3) Seterusnya, fasilitator akan membuat gerakan dan para pelajar akan mengikuti
pergerakan yang dibuat oleh fasilitator.

4
4) Selepas itu, 2 orang daripada para pelajar diminta secara sukarela ke depan untuk
melakukan pergerakan yang mereka hendak lakukan dan diikuti oleh rakan-rakan
yang lain dan fasilitator. Para pelajar bebas untuk melakukan pergerakan
berdasarkan muzik yang dialunkan.
5) Fasilitator akan meminta para pelajar untuk berhenti dan sekaligus memberi
respon terhadap aktiviti tersebut.
6) Akhir sekali, fasilitator merumuskan aktiviti tersebut.

Perbincangan :
1) Mendapatkan maklum balas para peserta dengan meminta cadangan pelajar
tentang cara mengatasi masalah stress selain daripada cara yang telah
ditunjukkan oleh fasilitator.
2) Fasilitator meminta peserta memberi pandangan terhadap aktiviti yang telah
dijalankan.
3) Fasilitator meminta peserta menyatakan faedah yang mereka peroleh daripada
aktiviti ini.
4) Fasilitator bertanyakan kepada peserta sama ada mereka mendapat ketenangan
atau tidak selepas melakukan aktiviti tersebut.

Falsafah :

1) Kita hendaklah sentiasa mengawal diri agar perasaan stress dapat dihindari.

2) Setiap orang mestilah sentiasa menceriakan hidupnya walau apa jua yang

berlaku.

5
7.2 AKTIVITI 2

Tajuk : Luahkan saja ke atas saya....

Matlamat : Supaya pelajar akan mendapat ketenangan setelah meluahkan segala

yang terpendam di hati.

Objektif khusus : 1) Supaya pelajar dapat meluahkan tekanan yang mereka alami.
2) Supaya pelajar dapat mengenalpasti punca stress.
3) Supaya pelajar dapat berkongsi pengalaman tekanan yang dialami.

Bahan : 1) 2 helai kertas A4


2) Pen atau pensel

Masa : 30 minit

Langkah-langkah :
1) Fasilitator membahagikan para pelajar kepada 2 kumpulan dan mereka
dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan yang terdiri daripada 6 orang pelajar
bagi setiap kumpulan.
2) Seterusnya fasilitator akan mengedarkan 2 helai kertas A4 kepada setiap
seorang pelajar dan menjelaskan bagaimana aktiviti ini berlangsung.
3) Seterusnya, para pelajar dikehendaki untuk meluahkan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya stress melalui gambaran lukisan di atas kertas A4
yang telah diedarkan.

6
5) Setelah selesai, seorang fasilitator akan duduk dalam kumpulan pelajar untuk
sama-sama mendengar perkongsian pendapat serta perbincangan bagi setiap
pelajar mengenai punca utama berlakunya stress. Setiap pelajar dalam
kumpulan tersebut dikehendaki mengemukakan pendapat mereka untuk
dikongsi bersama. Fasilitator mengerakkan perbincangan dengan bertanyakan
beberapa soalan kepada para pelajar.
6) Seterusnya, 2 kumpulan tersebut akan digabungkan untuk membincangkan
punca yang paling utama yang menyebabkan berlakunya stress dikalangan para
pelajar.
7) Fasilitator akan meminta respon para pelajar apa yang telah perolehi daripada
aktiviti tersebut.
8) Akhir sekali, fasilitator akan membuat rumusan bagi aktiviti tersebut.

Perbincangan :

1) Fasilitator bertanyakan kepada peserta mengapa mereka melakarkan lukisan

seperti itu.

2) Fasilitator juga meminta peserta menerangkan apa yang dimaksudkan dengan

setiap objek yang telah dilukiskan itu.

3) Fasilitator juga bertanya kepada peserta kesan yang dialami akibat dari peristiwa

tersebut.

Falsafah :

1) Perluahan perasaan melalui lukisan juga penting agar kita dapat mengetahui punca

stress yang dialami.

2) Kita juga boleh berkongsi pendapat dengan orang terdekat untuk menangani

masalah stress yang melanda di jiwa ini.

7
7.3 AKTIVITI 3

Tajuk : Hatiku gembira....

Matlamat : Memberi ketenangan kepada pelajar melalui alunan muzik dan lirik

lagu.

Objektif : 1) Menggalakkan pelajar menghayati lagu.


2) Menggalakkan pelajar menghayati lirik lagu.
3) Menggalakkan pelajar memahami mesej dalam lagu tersebut.

Bahan : 1) Lirik lagu “ Sha Na Na ”.


2) Alunan muzik

Masa : 15 minit

Langkah-langkah :
1) Para pelajar diminta mengeluarkan lirik lagu “ Sha Na Na ” yang dinyanyikan
oleh Amy Mastura dan pelajar diminta menghayati lirik lagu sambil menyanyikan
lagu tersebut.
2) Selain itu, para pelajar diminta untuk memahami mesej yang terkandung dalam
lagu tersebut.
3) Para pelajar diberi masa 5 minit untuk membincangkan mesej yang disampaikan
dalam lagu tersebut.

8
4) Fasilitator akan membimbing perbincangan dengan bertanyakan reaksi pelajar
terhadap mesej lagu tersebut. Adakah lagu tersebut dapat mengurangkan tekanan
yang ada? Adakah lagu tersebut berjaya menyampaikan mesej kepada pelajar?
5) Fasilitator membuat rumusan.

Perbincangan :

1) Fasilitator bertanya adakah pelajar gembira dengan lagu yang diputarkan.

2) Adakah lagu tersebut dapat menghilangkan stress mereka dan memberi

ketenangan.

3) Fasilitator meminta komen daripada para peserta tentang lagu dan aktiviti

tersebut.

4) Fasilitator juga bertanya bagaimana cara yang akan diambil oleh peserta jika

menghadapi stress. Adakah dengan cara mendengar muzik atau sebagainya.

Falsafah :

1) Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menghindari sterss.

2) Pentingnya kita mengetahui cara-cara menguruskan stress yang betul agar tidak

memudaratkan kesihatan kita.

3) Senyum-senyumlah selalu agar jiwa kita sentiasa tenang dan damai.

9
8.0 PENGAJARAN

Ketiga-tiga aktiviti yang telah kami jalankan telah membantu kami untuk
mencapai motif sebenar kami bagi tajuk modul yang telah diberi iaitu “Pengurusan
Stress”. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami telah berjaya mengenal pasti punca-punca yang
menyebabkan seseorang itu menghadapi stress.
Pengajaran yang peserta peroleh daripada aktiviti pertama ialah pelajar dapat
mewujudkan ketenangan melalui alunan muzik yang dimainkan. Peserta juga dapat
mengurangkan tekanan yang dialami melalui aktiviti-aktiviti yang ringan seperti
pergerakan tubuh badan, senaman dan lain-lain. Hal ini kerana stress merupakan salah
satu tekanan yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak stabil dari segi emosi dan
boleh menggangu perjalanan kehidupan seharian.
Melalui aktiviti yang kedua pula peserta dapat mengenalpasti punca-punca stress
melalui perluahan perasaan di atas kertas A4. Malah, peserta juga mempunyai peluang
untuk berkongsi tekanan yang dialami dalam kumpulan masing-masing.
Daripada aktiviti yang ketiga pula, peserta dapat memahami bahawa muzik bukan
setakat hiburan semata-mata tetapi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan
tekanan atau stress yang dialami. Ia juga dapat memberi ketenangan kepada seseorang
individu itu. Muzik juga kadangkala membolehkan seseorang itu berfikir secara rasional.
Secara keseluruhannya tekanan atau stress dapat dikenalpasti melalui perluahan
perasaan dan perkongsian antara seseorang individu dengan individu lain. Namun,
masalah ini mampu dibendung dengan pelbagai cara dan aktiviti yang berfaedah.

10
9.0 KESIMPULAN

Stress atau tekanan adalah naluri dan lumrah semulajadi yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T kepada makhluknya terutamanya manusia. Stress ini adalah perkara biasa
yang dialami oleh semua orang. Namun cara yang digunakan untuk mengatasi tekanan
atau stress itu yang berbeza. Sekiranya cara yang digunakan adalah salah atau negatif, ia
akan memudaratkan diri kita. Oleh itu, kita harus mengawal diri dan emosi kita dengan
baik semasa stress. Terdapat banyak cara yang digunakan oleh individu untuk menangani
situasi stress ini.
Secara kesimpulannya, modul ini sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar
tingkatan lima yang akan menduduki SPM tidak lama lagi. Mereka semestinya
mengalami stress yang teruk akibat bebanan kerja rumah dan pelbagai kerja lagi. Oleh
itu, dengan adanya pendedahan tentang pengurusan stress ini, ia sedikit sebanyak dapat
membantu para peserta menangani masalah ini dan mempraktikkan teknik-teknik
pengurusan stress yang betul.
Namun, kami juga sedar bahawa modul yang kami hasilkan ini mempunyai
banyak kelemahan. Tetapi kami amat berharap agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini
dapat memberi input dan celik akal kepada para peserta dalam mengambil sebarang
tindakan untuk menyelesaikan permasalahan stress ini dan dapat mengembalikan suasana
yang ceria dalam hidup mereka. Awasilah emosi kita agar ia tidak menjadi anasir yang
boleh merosakkan dan menghalang perjalanan hidup kita. Justeru itu, hindarilah stress
daripada minda dan jiwa kita.

11

Anda mungkin juga menyukai