Anda di halaman 1dari 25

Disediakan Oleh:

Salwani Binti Ibrahim


Pegawai Psikologi
UiTM Pahang

AKTIVITI ICE-BREAKING 1 : MY FEELING EXPRESSION


:
Peralatan : Belon & Marker Pen
Masa: 30 40 minit
Objektif :
1. Peserta dapat menzahirkan perasaan masing-masing.
2. Menimbulkan suasana yang ceria serta harmoni.
3. Mengalakkan peserta mengambil bahagian dalam aktiviti yang diarahkan.
Langkah:
1. Fasilitator mengedarkan belon kepada semua peserta.
2. Semua peserta kumpulan diarahkan untuk meniup belon masing-masing mengikut saiz yang mereka
rasa selesa.
3. Setelah belon ditiup mereka perlu mengikat belon masing-masing dan pastikan belon tidak terbang.
4. Mereka perlu melukiskan ekpresi emosi (apa yang mereka rasa ketika aktivti dijalankan pada waktu
itu). Contoh jika mereka rasa gembira lukiskan senyuman pada belon berkenaan jika rasa geram atau
marah lukiskan bentuk ekpresi marah atau geram pada belon berkenaan serta tulis nama timbangan
pada belon berkenaan di bahagian atas belon.
5. Setelah selesai, peserta diminta untuk menunjukkan belon masing-masing kepada fasilitator
kumpulan.
6. Seterusnya fasilitator memulakan proses perbincangan kumpulan mengenai apa yang ahli kumpulan
rasa pada ketika dan saat itu.
Rumusan & perbincangan
- Setiap manusia mempunyai pelbagai emosi dalam kehidupan.
- Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup diwarnai oleh berbagai seperti emosi gembira,
sedih, marah, takut, dan sebagainya. Ianya perlulah diluahkan serta dikongsikan dengan
cara yang betul dan sihat dengan orang lain.
- Emosi marah atau sedih perlu diluahkan secara positif ia tidak boleh dipendamkan kerana
takut ia akan memakan diri sendiri.
- Bersyukur kerana mempunyai pelbagai emosi dengan mengenal emosi diri sendiri kita
belajar mengenal emosi orang lain... kita rasa apa yang mereka rasa....dengan ini kita akan lebih
memahami orang lain dengan lebih baik.

AKTIVITI ICE-BREAKING 2: MY TREE STORY

(Dulu)

(Sekarang) (Akan Datang)

Bahan : Kertas lukisan, pensel warna, crayon, water color


Masa : 30 - 40 minit
Aktiviti ini bertujuan untuk menyingkap kisah / cerita yang terpendam dalam diri ahli kelompok - merangkumi
situasi dalam kehidupan ahli, pengalaman-pengalaman kehidupan, peristiwa yang dilalui dan juga isu-isu yang
belum selesai.
Langkah:
1. Fasilitator mengarahkan peserta untuk melipat kertas menjadi 2 bahagian.
2. Kemudian meminta ahli untuk melukis gambar tiga batang pokok yang mengambarkan keadaan diri ahli pada
masa dahulu dan pada masa sekarang dan pada pada masa akan datang. Masa melukis diberikan selama 5-10
minit.
3. Fasilitator meminta secara sukarela kepada peserta yang ingin berkongsi tentang My Tree Story masingmasing. Fasilitator perlu membuat refleksi apa yang peserta lukis/lukisan tersebut dengan diri peserta contoh
lihat perbezaan gambar pokok dahulu, pokok sekarang dan akan datang serta minta peserta ceritakan serta
huraikan tentang lukisan berkenaan.
4. Fasilitator juga perlu minta penjelasan dari peserta berkenaan tentang perasaan mereka, pandangan mereka
terhadap apa yang dilukiskan serta kaitkan dengan kehidupan mereka pada masa kini.
5. Setelah semua orang selesai berkongsi tentang lukisan mereka, fasilitator perlu proses berkenaan aktiviti dan
lukisan berkenaan.
Rumusan dan Falsafah
- Terdapat perbezaan gambar pokok yang pertama dan gambar pokok yang kedua dan yang ketiga
- Apa yang berlaku pada pokok berkenaan?. Pokok tersebut adalah melambangkan diri peserta
sebenarnya.
- Perubahan dalam kehidupan sama ada suka dan duka, perkembangan dari tiada apa-apa
kepada ada sesuatu sama ada melalui ilmu pengetahuan, potensi diri, bakat, kemahiran
tertentu yang dipelajari. Perubahan dari segi saiz dulu kecil sekarang telah besar, dulu bayi
sekarang kanak-kanak dan sedang meningkat remaja menuju alam dewasa.
- Apa yang telah berlalu pada masa lalu tidak boleh diulang semula.....Hargai apa yang ada
Sekarang (peluang, masa muda, masa sihat, masa lapang,masa hidup sebelum datangnya
keadaan tua tiada upaya, sakit, sibuk, dan kematian).
- Pelajari dari pengalaman lalu untuk menghadapi kehidupan pada masa sekarang.
- Pelajari tentang kemaafan, menerima realiti kehidupan, melupakan kesedihan lampau, kembali
kepada kehidupan yang lebih bermakna pada masakini dan untuk masa depan.

AKTIVITI LDK 1 : MENGENAL KECENDERUNGAN DIRI


Objektif
1. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kecenderungan peserta (Visual, Audio & Kinestatik)
2. Membantu peserta untuk mengenali kelebihan dan kekuatan diri masing-masing
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang persamaan dan perbezaan setiap individu.
Metodologi
Ujian ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK
Peralatan
Kertas Ujian Kecenderungan Diri dan Pensel / Pen
Tempoh
30 minit
Langkah
1. Sebelum fasilitator mengendalikan ujian ini mereka perlu terlebih dahulu memahami dan
mengetahui cara untuk mengendalikan ujian ini.
2. Fasilitator mengedarkan kertas ujian kepada semua peserta.
3. Fasilitator perlu menerangkan tujuan ujian ini dijalankan serta memberi panduan kepada
peserta tatacara untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam ujian tersebut.
4. Setelah semua peserta menjawab soalan ujian serta mendapat keputusan masing-masing
fasilitator bolehlah mendapatkan maklumat dari peserta berkenaan keputusan yang diperolehi.
5. Fasilitator membuka ruang kepada peserta untuk memberi pandangan terhadap keputusan
ujian masing-masing. Sebelum sesi tamat fasilitator bolehlah menerangkan ciri-ciri
kecenderungan diri peserta berpandukan lampiran (3.4) Aktiviti 3
Rumusan
1.
2. Melalui ujian ini individu dapat mengenal kecenderungan diri individu samaada mereka dalam
kategori visual, audio atau kinestatik.
3. Setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza serta unik.
4. Terdapat juga persamaan bagi sesetengah kecenderungan antara peserta.
5. Sebagai manusia kita perlu bersyukur dan menggunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan
dan bukan digunakan untuk tujuan kejahatan.

LAMPIRAN AKTIVITI 1 : KETAHUI KENCENDERUNGAN ANDA


Tandakan satu (/) pada pernyataan yang mana bersesuaian dengan diri anda dan sering anda lakukan.
Soalan 1
A.____ Saya suka mendengar radio dan muzik
B.____ Saya suka pergi ke pameran lukisan atau ke pusat membeli belah.
C.____ Saya sentiasa rasa ingin menari bila mendengar sesebuah lagu.
Soalan 2
A. ____ Saya lebih suka pada peperiksaan lisan daripada bertulis.
B. ____ Saya sangat baik dalam ejaan semasa di sekolah.
C. ____ Dalam peperiksaan saya selalu menjawab mengikut rasa hati.
Soalan 3
A.____ Orang pernah memberitahu saya, suara saya lunak.
B.____ Keyakinan saya meningkat bila saya nampak segak/cantik
C.____ Saya selesa bila disentuh.
Soalan 4
A.____Saya boleh menyelesaikan masalah saya dengan cepat bila bercakap dengan kuat.
B.____ Saya lebih gemar sesuatu yang digambarkan kepada saya daripada penerangan biasa.
C.____ Saya selalu memegang sesuatu benda atau menyentuh sesuatu apabila ia diterangkan kepada saya.
Soalan 5
A.____Saya dapat rasakan keikhlasan seseorang hanya mendengar suara mereka.
B.____Saya menilai seseorang melalui pakaian dan penampilan mereka.
C.____Cara seseorang berjabat tangan dengan saya membawa maksud yang banyak.
Soalan 6
A.____ Saya lebih suka mendengan CD/Kaset daripada membaca buku.
B.____ Saya suka menonton TV dan wayang.
C.____ Saya suka mengembara dan melakukan aktiviti luar.
Soalan 7
A.____ Saya boleh mendengar apa-apa bunyi dari kenderaan saya.
B.____ Bagi saya penting untuk menjaga kebersihan kereta saya luar dan dalam.
C.____ Saya sukakan kereta yang membuat saya rasa seronok bila memandunya.
Soalan 8
A.____ Ramai orang memberi tahu saya yang saya mudah didekati.
B.____ Saya suka memerhatikan orang lain.
C.____ Saya suka menyentuh orang lain ketika bercakap.
Soalan 9
A.____ Saya tahu suara yang bercakap di telefon dan juga bila bercakap dengan sesorang muka ke muka.
B.____ Saya mudah mengingati wajah seseorang, tetapi bukan namanya.
C.____ Sukar untuk saya mengingati wajah orang lain.
Soalan 10
A.____ Saya selalu humming atau menyanyi bila mendengar radio /lagu.
B.____ Saya suka mengambil gambar/foto.
C.____ Saya sukakan D.I.Y (Do it yourself)
Soalan 11

A.____ Saya lebih suka sesuatu idea itu diterangkan kepada saya daripada membacanya.
B.____ Saya lebih sukakan penceramah daripada bahan mengajarnya (Visual aids).
C_____ Saya suka mengambil bahagian daripada hanya mendengar/melihat.
Soalan 12
A.____ Saya seorang pendengar yang baik
B.____ Penting bagi saya untuk melihat apa yang terbaik mengenai diri saya.
C.____ Saya ada perasaan positif dan negatif terhadap seseorang walaupun saya tidak tahu kenapa.
Soalan 13
A.____ Bila bermasalah, saya lega bila bercakap kuat.
B.____ saya pandai menggunakan map/peta.
C.____Saya melakukan senaman untuk mendapatkan perasaan yang lega selepas melakukannya.
Soalan 14
A.____ Saya sukakan suasana rumah yang aman tenteram.
B.____ Penting bagi saya untuk memastikan keadaan rumah bersih dan teratur.
C.____ Saya sukakan rumah yang selesa.

Soalan 15
A.____ Saya suka meniru cara orang lain bercakap.
B.____ Saya sentiasa menulis senarai kerja yang perlu dilakukan setiap hari.
C.____ Saya pernah diberitahu yang saya seorang yang bersistematik.

Total A_____

Interpretasi
Total A : Auditori
Total B : Visual
Total C : Kinestatik

Total B______

Total C_______

INDIVIDU VISUAL
Mengambarkan sesuatu yang positif atau matlamat yang hendak dicapai.
Individu visual mudah untuk membuat visualisasi atau gambaran yang dicipta di minda selalunya jelas,berwarna terang,
cantik serta terperinci.
INDIVIDU AUDIO
Mendengar suara alam semula jadi yang mengambarkan ketenangan atau suara kejayaan/kecemerlangan. Individu
Auditori mudah untuk mencipta bunyi-bunyi yang mengambarkan ketenangan atau situasi yang positif
INDIVIDU KINESTATIK
Melakukan pergerakan tubuh badan di dalam minda dengan mudah atau merasakan situasi seolah-olah benar-benar
berlaku dengan mudah. Sejuk, nyaman, damai, angin mencium pipi, semua dapat di rasa. Individu kinestatik mudah
untuk mencipta suasana yang dapat dirasai oleh tubuh fizikal.

INDIVIDU AUDITARI DIGITAL


Memikirkan sesuatu yang selalu berkaitan dengan ketiga-tiga perwatakan visual, auditori dan kinesthetik.Individu
auditori digital memikir secara dalaman mengenai sesuatu situasi.

AKTIVITI LDK 2 : PENGURUSAN MASA


Aktiviti LDK 1: PEMBURU MASA
Masa

: 30 - 40 minit

Peralatan

: Pen Kertas Kosong/ Kertas Lampiran Aktiviti

Cara Perlaksanaan:
1. Fasilitator perlu membaca arahan yang tertulis di kertas lampiran serta menerangkan cara
untuk menilai masa yang digunakan atau yang telah dibazirkan oleh pelajar dalam tempoh
setahun atau untuk mendapatkan jumlah yang paling banyak sepanjang tempoh kehidupan
sehingga sekarang.
2. Setelah ahli kumpulan mendapatkan jawapan terhadap nilaian masa masing-masing. Fasilitator
dikehendaki mendapatkan jawapan setiap ahli kumpulan sama ada secara sukarela atau
melalui pemilihan. (Mengikut keadaan dan kesesuaian).
3. Setelah itu dapatkan feedback dari ahli kumpulan mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan.
Dari segi perasaan mereka serta pemikiran mereka mengenai jumlah masa yang telah mereka
sia-siakan selama setahun atau sepanjang kehidupan mereka.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya memanfaatkan masa dengan aktiviti
yang berguna dan berfaedah.
2. Pelajar mendapat kesedaran terdapat nilai masa yang digunakan sama ada dengan baik atau
yang dibazirkan dalam bentuk nilai wang. Supaya timbul keinsafan agar tidak membazirkan
masa.
Ulasan Fasilitator:
1. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.
2. Setiap masa yang disia-siakan mempunyai nilaian yang tertentu.
3. Setiap orang diberi jumlah masa yang sama 24 jam sehari tidak lebih tidak kurang.
4. Untuk menjadi insan yang berjaya dan cemerlang dalam kehidupan kita perlu memanfaatkan masa
sebaik-baiknya kerana setiap amalan, perbuatan sama ada baik atau buruk akan dihisab di akhirat
kelak walaupun sebiji zarah.

Lampiran Aktiviti 1 (Nilaian Masa- Aktiviti Pembaziran Masa)

Anggaran Dalam Sehari aktiviti Pembaziran masa setelah ditolak masa ulangkaji, masa belajar di kelas,
aktiviti urus diri seperti makan, sembahyang, tidur, mandi, senaman atau riadah.
Bil

Senarai Aktiviti Pembaziran Masa

Jumlah Jam dalam sehari

Jumlah Jam Keseluruhan

JADUAL JUMLAH MASA YANG DIBAZIRKAN


Jumlah Jam
Sehari

Jumlah Jam /hari


Seminggu

Jumlah Jam/hari/
minggu Sebulan

yang dibazirkan

Yang dibazirkan

Yang dibazirkan

Jumlah Jam/hari/
minggu/bulan
Setahun
Yang dibazirkan

Jumlah Jam
/bulan/
tahunSehingga
kini
Yang dibazirkan

Nota Catatan Masa :


1 Hari

= 24 jam

1 Minggu (7 hari) x 24 jam

= 168 jam

1 bulan ( 4 minggu) x168 jam

= 672 jam

1 tahun (12 bulan) x 672 jam

= 8064 jam

Aktiviti LDK 2 : TENTUKAN PRIORITI

Masa
Bilangan ahli

: 30 40 minit
: 6 15 Orang

Peralatan

: Pen/Pensel & Kertas Lampiran Aktiviti

Cara Perlaksanaan

1. Fasilitator perlu menerangkan kepada pelajar arahan berkaitan dengan aktiviti menentukan prioriti
kepada pelajar.
2. Setiap ahli dikehendaki menyenaraikan beberapa aktiviti atau tugas atau kerja yang perlu dilakukan
oleh mereka sama ada perkara itu penting, kurang penting, sama ada segera atau tidak segera iaitu
mengikut katergori 4 kategori yang telah ditetapkan.
3. Setelah ahli selesai menyenaraikan kategori aktiviti,tugas atau kerja tersebut. Fasilitator perlu memberi
peluang kepada ahli untuk berkongsi pandangan tentang kategori aktiviti-aktiviti mereka.
4. Setelah selesai fasilitator boleh meminta pendapat atau pandangan tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Ulasan:
Fasilitator perlu membuat sedikit ulasan serta kesimpulan dari idea-idea yang diperolehi dari ahli kumpulan.
Ulasan Fasilitator:1. Menentukan priority sesuatu tugas, aktiviti atau kerja sangat penting kerana dapat membantu individu itu
sedar apakah aktiviti yang perlu diberi keutamaan berbanding aktiviti-aktiviti yang lain. Apa yang perlu
didahulukan dan apa yang boleh dikemudiankan.
2. Pengkategorian ini dapat mengurangkan stress berkaitan dengan tugas serta membantu individu
menguruskan kehidupan dengan lebih baik.
3. Membantu individu fokus kepada sesuatu perkara agar apa yang dilakukan mendapat hasil yang terbaik
dan berkualiti. (Contoh Peperiksaan, Kerja Sekolah, assignment dll)

Rujukan Fasilitator

Lampiran Aktiviti 2 (Tentukan Prioriti) CONTOH


PENTING

S
E
G

Tugas segera dan penting

Tugasan Segera tetapi kurang penting

Bagaimana hendak memastikan masa Bagaimana


hendak
mengurangkan
yang diperuntukan cukup dan ia dibuat peruntukan masa untuk kerja ini?
sebaik mungkin?

Contoh: Pergi Tandas ketika sakit perut

Contoh: Menghadiri mesyuarat,

Hantar tugasan esok, pergi hospital jika


sakit, bayar bil elektrik yang tertunggak.

K
U
R
A
N
G

KURANG PENTING

Tugasan kurang segera tetapi penting


Bagaimana
penangguhan
segera?

Makan ketika lapar,

Tugasan Kurang penting dan kurang


segera?

hendak
mengelak
semata-mata ia tidak Bagaimana mengurangkan kerja ini dan
berusaha memanfaatkannya?

S
E
G
E
R
A

Contoh: Pembayaran Yuran Pengajian


Penyediaan kertas kerta aktiviti semester
hadapan, mencuci pakaian kotor

Contoh:__Hobi, Layari Internet- Facebook,


Chatting

Lampiran Aktiviti 2 (Tentukan Prioriti)

PENTING

S
E
G

Tugas segera dan penting

KURANG PENTING

Tugasan Segera tetapi kurang penting

Bagaimana hendak memastikan masa yang Bagaimana hendak mengurangkan peruntukan


diperuntukan cukup dan ia dibuat sebaik masa untuk kerja ini?
mungkin?

E
R
A

K
U
R
A
N
G
S
E
G
E
R
A

Tugasan kurang segera tetapi penting

Tugasan Kurang penting dan kurang segera?

Bagaimana hendak mengelak penangguhan Bagaimana mengurangkan kerja ini dan berusaha
semata-mata ia tidak segera?
memanfaatkannya?

AKTIVITI LDK 3 : MENGENAL CARA BERFIKIR & BELAJAR


Objektif
1. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui kecenderungan peserta berfikir dan belajar
2. Membantu peserta untuk mengenali kelebihan dan kekuatan cara berfikir masing-masing.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang persamaan dan perbezaan setiap individu.
Metodologi
Ujian ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK
Peralatan
Kertas Ujian Cara Berfikir & Belajar dan Pensel /
Pen
Tempoh
40 minit
Langkah
1. Sebelum fasilitator mengendalikan ujian ini mereka perlu terlebih dahulu memahami dan
mengetahui cara untuk mengendalikan ujian ini.
2. Fasilitator mengedarkan kertas ujian kepada semua peserta.
3. Fasilitator perlu menerangkan tujuan ujian ini dijalankan serta memberi panduan kepada
peserta tatacara untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam ujian tersebut.
4. Setelah semua peserta menjawab soalan ujian serta mendapat keputusan masing-masing
fasilitator bolehlah mendapatkan maklumat dari peserta berkenaan keputusan yang diperolehi.
5. Fasilitator membuka ruang kepada peserta untuk memberi pandangan terhadap keputusan
ujian masing-masing. Sebelum sesi tamat fasilitator bolehlah menerangkan ciri-ciri
kecenderungan gaya berfikir dan belajar peserta berpandukan lampiran (3.4) Aktiviti 2
Rumusan
1. Melalui ujian ini individu dapat mengenal cara berfikir dan belajar masing-masing.
2. Setiap orang mempunyai cara berfikir dan belajar yang berbeza serta unik.
3. Dengan mengetahui cara berfikir dan belajar ini dapat membantu peserta untuk meningkatkan
lagi tahap dan keupayaan penggunaan otak masing-masing.
4. Terdapat juga persamaan bagi sesetengah kecenderungan antara peserta.
5. Sebagai manusia kita perlu bersyukur dan menggunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan
dan bukan digunakan untuk tujuan kejahatan.

AKTIVITI 3 : MENGENAL GAYA BERFIKIR DAN BELAJAR


Arahan: Sila jawab setiap soalan berikut dengan jujur bagi mengambarkan kecenderungan anda belajar dan
berfikir dengan memberi nilai skala markah antara 0 bagi penyataan yang terendah sehinga 25 bagi penyataan
yang tertinggi dalam kotak yang disediakan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Saya selalu menganalisa sesuatu masalah sebelum saya menyelesaikannya.


Saya suka membuat catatan secara terperinci (detailed).
Saya mudah memahami sesuatu melalui perasaan atau intuisi.
Saya mudah mempelajari sesuatu dengan melihat gambaran secara keseluruhan dahulu.
Saya selalu menggunakan logik sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan.
Kunci utama untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan membuat perancangan.
Saya suka berbincang dan berkongsi idea dengan rakan sebaya pada masa belajar.
Saya suka melaksanakan beberapa tugasan dalam satu masa.
Saya selalu membahagi-bahagikan masa saya untuk mengulangkaji mata pelajaran
Saya suka membuat sesuatu kerja atau projek mengikut prosedur dan peraturan yang tertentu.
Apabila saya mendengar muzik saya sangat suka menghayati iramanya.
Saya suka mencuba dan meneroka idea-idea baru
Apabila terdapat sesuatu masalah yang agak rumit, saya lebih suka merujukkannya kepada pakar untuk
mendapatkan pandangan yang rasional.
Saya cuba mendapatkan kemahiran dalam sesuatu bidang melalui latihan dan ulangan.
Penglibatan emosi amat penting untuk meningkatkan ingatan saya.
Penglibatan bayangan minda amat penting apabila saya hendak mengingatkan sesuatu.
Saya suka mengumpulkan data dan maklumat untuk mendapatkan idea yang sahih dan betul.
Pengurusan masa yang baik amat penting bagi saya.
Bagi saya aspek kerohanian lebih penting daripada aspek intelek.
Saya ada wawasan sendiri lima tahun dari sekarang.

Setelah selesai, lengkapkan skor setiap satu daripada 20 soalan tersebut mengikut kumpulan yang sesuai dalam
jadual berikut dan jumlahkan bagi setiap bahagian.
Kiri Atas
Soalan 1 ___
5 ___
9 ___
13 ___
17 ___
Jumlah
Kiri Bawah
Soalan 2 ___
6 ___
10 ___
14 ___
18 ___
Jumlah

Jumlah

Jumlah

Kanan Atas
Soalan 4 ___
8 ___
12 ___
16 ___
20 ___

Kanan Bawah
Soalan 3 ___
7 ___
11 ___
15 ___
19 ___

Pindahkan Skor anda dalam profil berikut:


Kiri Atas
1 Analitikal
5 Logik
9 Kuantitatif
13 Rasional
17 Fakta

D
Skor

Kiri Bawah
2 Terperinci
6 Perancangan
10 Prosedur
14 Ulangan
18 Pengelolaan

Skor

Kanan Atas
4 Holistik
8 Serentak
12 Kreatif
16 Imaginatif
20 Visi

Skor

Kanan Bawah
3 Intuitif
7 Perkongsian
11 Muzik (Irama)
15 Emosi
19 Kerohanian

Skor

Plotkan skor anda dalam carta profil berikut mengikut Quadrant A,B,C,D

10

50

100

Lampiran 3.4 : Keterangan Berkaitan Ciri-ciri Keupayaan Otak


Ciri-ciri

Keterangan

Analitik

Kebolehan mencerakin atau memecahkan maklumat atau idea kepada beberapa bahagian dan
memeriksanya untuk melihat bagaimana maklumat dan idea itu boleh digabungjalinkan
bersama

Emosi

Mempunyai perasaan yang mudah ditunjukkan. Mudah menghubungkan sesuatu dengan


perasaan

Fakta

Pentingkan sumber atau maklumat yang diketahui benar dan wujud

Holistik

Kebolehan memahami idea, konsep atau situasi dengan cara keseluruhan

Imaginatif

Kebolehan untuk membentuk bayangan minda yang tidak dapat dicapai oleh deria. Kebolehan
menyelesaikan masalah dengan cara lain.

Kerohanian

Meyakini sesuatu yang berkaitan dengan roh iaitu sesuatu yang terasing daripada jasad atau
kebendaan

Kreatif

Mempunyai idea yang inovatif. Kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginatif

Kuantitatif

Cenderung untuk mengetahui atau mengelolakan sesuatu dengan berdasarkan pengiraan atau
ukuran sebenar

Logik

Kebolehan menakul dan membuat kesimpulan dari apa yang telah atau yang akan berlaku

Muzik (Irama)

Mempunyai bakat atau minat terhadap irama dan seni muzik

Pengelolaan

Kebolehan mengatur atau mengelolakan manusia, konsep, objek dan sebagainya mengikut
perhubungan yang sesuai
Kebolehan menyususn strategi atau cara untuk mencapai sesuatu tujuan atau objektif dilakukan
lebih awal daripada peringkat perlaksanaan

Perancangan
Perkongsian

Kebolehan dengan mudah membina hubungan yang bermakna dan menyeronokan dengan
berbagai golongan manusia

Prosedur

Kebolehan membuat sesuatu aktiviti mengikut urutan, peraturan atau cara yang tertentu

Rasional

Kebolehan membuat pilihan berasaskan penakulan bukannya perasaan

Serentak

Kebolehan memproses lebih daripada satu jenis aktiviti minda dalam suatu masa

Terperinci
(Detailed)

Kebolehan memberikan perhatian yang rapi kepada item-item yang kecil atau bahagianbahagian dari sesuatu idea atau projek

Ulangan
Visi

Kebolehan melakukan aktiviti yang sama beberapa kali


Kebolehan melihat secara imaginatif. Mempunyai daya celikakal yang imaginatif

Aktiviti LDK 4 : PENGURUSAN STRESS


Aktiviti 1 : Audit Stress
Matlamat
Mengetahui kadar stress yang dialami oleh peserta
Objektif
1. Setiap peserta dapat mengetahui tahap stree yang dialami
dalam kehidupan.
2. Setiap ahli mendapat diberi peluang meluahkan stress yang dialami dalam kumpulan.
3. Berkongsi pandangan dan idea dalam menangani stress.
Metodologi
Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam sesi LDK yang kecil dan besar. Ujian ini sesuai dijalankan sebelum
permulaan sesi perbincangan berkaitan stress.
Peralatan
Edaran Lampiran Aktiviti LDK : Audit Stress, Pen atau Pensel.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri dari 10 80 orang peserta (mengikut kesesuaian)
Tempoh Aktiviti
20 minit (mengikut saiz kumpulan)
Langkah-langkah
1. Fasilitator mengedarkan lampiran Audit stress kepada setiap peserta dalam kumpulan.
2. Fasilitator memberi masa selama 10 minit untuk ahli mengisi dan melengkapkan maklumat
seperti yang terdapat dalam lampiran.
3. Setelah tamat waktu yang diberikan fasilitator memberi ruang kepada mana-mana peserta yang
ingin memberi pandangan tentang tekanan atau stress yang dialami oleh mereka serta cara
yang sering mereka lakukan untuk menghilangkan stress.
4. Sekiranya peserta enggan memberikan kerjasama fasilitator boleh memilih sendiri mane-mana
peserta.
5. Setelah peserta pertama membuat memberi pandangan fasilitator bolehlah meminta peserta
tersebut untuk membuat pilihan peserta mana yang membuat perkongsian yang seterusnya
sehinggalah selesai.
6. Seterusnya fasilitator membuka raung kepada peserta untuk memberi maklumbalas berkaitan
aktiviti yang dijalankan.
Rumusan
1. Setiap individu pernah mengalami tekanan dalam kehidupan.
2. Meluahkan masalah adalah salah satu cara untuk mengurangkan stress dalam kehidupan
seharian.
3. Setiap individu juga perlu menyedari bahawa tekanan boleh membawa kesan yang negatif jika
tidak ditangani dengan baik.
4. Berkongi pengalaman dan idea bersama rakan-rakan berkaitan penyelesaian tekanan atau
stress dapat memberi semangat dan idea baru kepada yang mengalami stress.

LAMPIRAN AKTIVITI 1 : AUDIT STRESS


Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah dan tentukan sama ada pernyataan-pernyataan tersebut:
1. Sangat setuju
2. setuju
5. Sangat Tidak Bersetuju
Bil

3. Tidak pasti

4. Tidak Bersetuju

Pernyataan

1.

Saya makan makanan panas yang seimbang sekurang-kurangnya sekali sehari

2.

Saya dapat tidur 7 hingga 8 jam sekurang-kurangnya empat malam seminggu

3.

Saya sentiasa membelai dan dibelai dengan rasa kasih sayang oleh orang yang saya
cintai

4.

Saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang saudara atau teman rapat yang tinggal
berhampiran dengan saya.

5.

Saya menjalankan riadah sehingga berpeluh sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

6.

Saya menghadkan diri saya untuk merokok paket rokok sahaja setiap hari (Tinggalkan
soalan ini jika anda tidak merokok.

7.

Berat badan saya sesuai dengan ketinggian saya

8.

Kewangan saya mencukupi untuk menampung keperluan saya.

9.

Saya mendapat kekuatan daripada agama yang saya anuti

10.

Saya selalu menghadiri aktiviti-aktiviti sosial, kelab atau persatuan.

11.

Saya mempunyai ramai rakan karib dan sahabat handai

12.

Saya mempunyai seorang atau dua orang sahabat rapat yang boleh saya jadikan tempat
mengadu

13.

Kesihatan saya adalah baik (pandangan, pendengaran, gigi dll)

14.

Saya boleh berbincang tentang perasaan marah atau risau yang saya alami

15.

Saya sentiasa berbincang tentang masalah keluarga dengan ahli keluarga atau pasangan
hidup (konflik ibu bapa-anak, kewangan dll)

16.

Saya melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokan sekurang-kurangnya sekali dalam


seminggu

17.

Saya boleh menguruskan masa saya dengan berkesan

18.

Saya menghadkan diri untuk hanya meminum kurang daripada 3 cawan kopi sehari (atau
tea atau minuman cola)

19.

Saya sediakan ruang masa di siang hari untuk bersendirian

20.

Saya mempunyai pandangan tentang hidup yang optimistik

Perhatian :
Jumlahkan semua nombor-nombor yang telah anda tandakan. Bandingkan jumlah skor anda dengan profil stress
di bawah. Jika skor anda dalam lingkungan High Suspectibility atau Serious Suspectability, anda harus
mengambil inisiatif untuk membincangkan stress yang anda alami dengan kaunselor atau terapis professional. Ini
mungkin menunjukkan bahawa anda mudah mengalami stress. Jika skor anda dalam lingkungan Moderate
Suspectability anda harus banyak melakukan relaksasi diri. Skor dalam lingkungan Mild Suspectibility
menunjukkan bahawa anda tidak diancam oleh stress.

Mild
21 24

Moderate

High

Serious

35 45

46 54

55 ke atas

Rujukan
Noriah Ishak, Zuria Mahmud, (2003) Asas-Asas Membina Hubungan. Tidak diterbitkan. UKM Bangi.
Mohd Dawi Ithnin, (2002) Pengumpulan Ice Breaker. Diploma Pengurusan Kaunseling Pendidikan. Tidak
diterbitkan. Institut Aminudin Baki.

Aktiviti 2: Dedaunan Berguguran


Matlamat
Mengurangkan stress dan mencari jalan penyelesaian terhadap stress yang dialami.
Objektif
Objektif aktiviti ini antaranya adalah:1. Para peserta dapat mengenalpasti stress yang dialami.
2. Peserta dapat meluahkan serta berkongsi dengan ahli kumpulan berkaitan tekanan atau stress
yang dialami dalam kehidupan mereka.
3. Peserta dapat berkongsi pandangan dan idea berkenaan cara-cara mengatasi stress.
Metodologi
Dijalankan dalam sesi LDK. Sesuai dijalankan di luar dewan atau kelas.
Peralatan
3 helai daun bersaiz lebar / kertas A4 dibahagi kepada 3 bahagian, Pen atau pensel.
Kumpulan Sasaran
Sesuai untuk aktiviti individu dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil
Tempoh Aktiviti
15 20 minit
Langkah-langkah
1. Fasilitator memberi masa kepada peserta untuk mendapatkan 3 helai daun di kawasan yang
berhampiran.
2. Setelah peserta mendapat 3 helai daun seperti yang diarahkan minta peserta duduk berkumpul
dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing.
3. Fasilitator perlulah meningatkan kepada peserta bahawa kita semua menerima tekanan
sebagai sebahagian dari hidup. Kita terpaksa menerima dan melaluinya, walau bagaimanapun
bila tekanan memberi kesan negatif terhadap kesihatan, pelajaran,tenaga, keupayaan,
pekerjan, keluarga dan kehidupan sosial maka inilah masa untuk kita membuat pemeriksaan
dan lakukan apa yang terdaya untuk mengurangkannya.
4. Minta peserta mengenalpasti 3 tekanan utama dalam hidup mereka yang mana tekanan itu
memberi kesan negatif kepada diri mereka. Pastikan mereka menulis setiap tekanan pada satu
helai daun tersebut. (Contoh: Satu helaian mewakili keluarga, pelajaran, diri sendiri dan lainlain)
5. Tidak kira musim apapun tahun itu, terangkan bahawa kita selalu mempunyai peluang untuk
menukar daun yang baru dan melakukan perubahan terhadap hidup kita yang boleh
mengurangkan tekanan terhadap kita, Contohnya musim luruh memberi peluang kita belajar
sesuatu yang baru, musim sejuk menyediakan permulaan tahun baru, musim bunga memberi

hidup baru dan musim panas adalah masa untuk bertindak dan melakukan sesuatu
pembaharuan.
6. Tanya peserta adakah mereka mampu menukar daun-daun yang sediaada kepada daun yang
baru?. Nyatakan kepada peserta mereka mampu untuk menukar daun yang lama kepada yang
baru dengan menterbalikkan daun-daun yang telah ditulis dengan stress/tekanan yang dialami
kemudian minta peserta menuliskan 3 cara untuk mengatasi setiap tekanan yang dialami.
7. Setelah setiap peserta selesai menulis cara-cara untuk mengatasi stress tersebut mereka diberi
peluang untuk berkongsi dengan ahli kumpulan berkaitan stress yang dialami serta cara
penyelesaian.
8. Minta respon ahli kumpulan yang lain.
9. Apabila selesai, terangkan yang mereka sekarang mempunyai peluang untuk mengurangkan
tekanan /stress dan arahkan mereka memerhatikan daun itu setiap hari mulakan dengan
melihat helaian tekanan yang dialami dan alihkan pula pandangan kepada helaian yang
menerangkan cara-cara untuk mengatasi dan mengurangkan stress.
Rumusan
1. Setiap individu mampu menangani stress yang dialami dalam kehidupan sekiranya mereka
berusaha mengenalpasti stress yang dialami dan mencari jalan untuk mengurangkan stress
tersebut.
2. Perkongsian masalah dan tekanan yang dialami dengan orang lain dapat membuka jalan dan
idea baru dalam menangani stress/tekanan.
3. Stress dan tekanan perlulah dihadapi dan diatasi bukan untuk dijauhi dan dihidari. Pengalaman
dalam menghadapi tekanan/ stress akan menjadikan individu semakin matang dan terbuka
dalam melalui cabaran kehidupan.

AKTIVITI 3: Ayuh Keluarkan

Matlamat
Mengurangkan stress dan meluahkan stress yang dialami.
Peralatan : Belon
Masa : 30 minit
Saiz Kumpulan : 8-12 orang -30 orang

Langkah:
1. Fasilitator meminta peserta untuk memikirkan apakan tekanan yang mereka alami.
2. Kemudian fasilitator mengedarkan belon kepada setiap peserta.
3. Setelah mendapat belon fasilitator mengarahkan setiap peserta meniup belon serta mengandaikan mereka
mengeluarkan masalah atau tekanan yang ada di dalam diri mereka ke dalam belon tersebut. Tiuplah belon itu
mengikut keselesaan mereka.
4. Setelah mereka selesai meniup belon, mereka perlulah memengan belon itu tanpa mengikatnya. Tanyakan
apakah yang mereka rasa setelah masalah/tekanan itu telah dimasukkan ke dalam belon berkenaan?
5. Setelah semua memberi pandangan fasilitator meminta peserta untuk mengeluarkan masalah/tekanan
berkenaan ke tempat yang mereka rasa selesa.
6. Bagi peserta yang masih belum merasa lega mereka perlu meniup belon berulang kali serta mengeluarkan
tekanan dan masalah ke tempat yang mereka rasa selesa sehinggalah tekanan dan masalah mereka alami
berkurangan.
7. Setelah selesai serta kembali ke tempat berkumpul fasilitator memulakan sesi perbincangan.

Rumusan dan perbincangan


1. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan samaada melalui aktiviti riadah bersukan, melalui
amalan spiritual/ibadah, melalui pemakanan elakkan mengambil kafein, makanan perlu seimbang,
2. Tekanan dan masalah perlu diluahkan pada sesorang yang boleh dipercayai seperti rakan dan kaunselor
3. Sikap berdiam diri tidak dapat membantu dalam penyelesaian masalah.
4. Tidak ada masalah yang tidak dapat diatasi sekiranya kita tidak berputus asa dalam mencari jalan
penyelesaian
5. Masalah dan tekanan sebenarnya adalah ujian dalam kehidupan serta ia boleh menjadi pendorong untuk
seseorang dalam mencari jalan penyelesaian.
6. Kembali kepada Tuhan sekiranya semua jalan menjadi buntu.

Aktiviti LDK 5: PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Masa:
40 -60 minit
Saiz ahli kumpulan
8-12 orang
Bahan
Kertas Edaran (Periksa Oh Periksa) /Kertas A4 dan pen
Cara Perlaksanaan
1. Fasilitator meminta setiap ahli kumpulan menceritakan perasaan masing pada ketika ini dan perasaan
mereka dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
2. Setelah itu fasi berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi saat peperiksaan.
3. Fasi juga boleh bertanya kepada ahli kumpulan mengenai persediaan yang sedang dilakukan oleh ahli
kumpulan dalam menghadapi peperiksaan. Apa yang perlu diperbaiki, subjek yang lemah, jumlah jam
ulangkaji, aktiviti yang menghalang/ mengganggu waktu belajar. Kongsikan tips menghadapi
peperiksaan, cara mengatasi gangguan2, belajar untuk fokus dan lain.
4. Fasi juga boleh meminta ahli kumpulan berkongsi cara dan kaeadah belajar yang diamalkan.
5. Sebelum mengakhiri sesi ini minta ahli memberi pandangan mengenai input yang diperolehi melalui
aktiviti yang dijalankan ini.
Falsafah:
1.
2.
3.
4.
5.

Mendapat banyak petua dari orang lain bagaimana cara mereka menghadapi peperiksaan
Perkongsian ilmu dan pengalaman dari fasilitator dan ahli kumpulan.
Dapat membaiki cara dan teknik belajar masing-masing.
Tidak merasa diri bersendirian menghadapi masalah yang sama.
Setiap peserta dapat meluahkan emosi yang mereka alami seperti (bimbang, takut, tertekan dan
berdebar-debar) dalam menghadapi peperiksaan.
6. Peluahan emosi yang sihat dapat memberi sedikit kelegaan dan ketenagan kepada ahli kumpulan.
7. Membentuk cara berfikir dan bertindak yang baru serta lebih baik dari sebelumnya.
8. Merasa lebih baik dengan adanya sokongan ahli kumpulan dan fasilitator.

PERIKSA OH PERIKSA
Perasaanku

Persediaanku

Perkara yang perlu diperbaiki

Halangan

Kaedah ulangkaji yang diamalkan

Aktiviti LDK 6 : RESEPI KEJAYAAN

Masa
Bilangan

: 40 minit
: 8-12 orang

Objektif
1. Membentuk kerja berpasukan di kalangan ahli
kumpulan.
2. Aktiviti ini boleh menggalakan ahli kumpulan berbincang dan menyediakan tugasan yang diberi
dalam masa yang telah ditetapkan
3. Mengalakkan peserta lebih proaktif dalam menyelesaikan tugasan
4. Dapat melihat kreativiti ahli kumpulan dalam menghasilkan tugasan.
Metodologi
Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk LDK
Peralatan
Kertas Majong dan Marker Pen dan Crayon
Kumpulan Sasaran
12-15 orang
Tempoh
30 minit (15 minit awal Penyediaan Tugasan) dan 15 minit yang terakhir adalah Persembahan
kumpulan
Langkah-langkah
1. Setiap peserta perlu membincangkan strategik yang perlu untuk cemerlang dalam pelajaran dan
kehidupan.(Resepi Kejayaan)
2. Setiap kumpulan perlu sama-sama memberi idea dan pandangan.
3. Lakarkan dalam kertas Majong strategik yang telah dibincangkan dengan cara dan pendekatan
masing yang kreatif dan menarik.
4. Setelah selesai berkumpul di dewan dan bersedia untuk sesi pembentangan.
5. Sesi pembentangan akan dinilai berdasarkan kepada gaya penyampaian, idea dan kreativiti, isi
kandungan penyampaian.
6. Fasilitator akan memberi komen dan membuat rumusan terhadap keseluruhan sesi pembentangan.
Rumusan
1. Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk meraih kejayaan.
2. Setiap cara mempunyai kelebihan masing-masing.
3. Perkongisan tip dan cara untuk berjaya dapat menambahkan lagi usaha dan motivasi diri untuk terus
berjaya.
4. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuat. Setiap apa yang diperolehi dalam sesi perbincangan
ini perlulah diamalkan. Sekiranya ia tidak diamalkan ilmu tersebut menjadi sia-sia dan akan hilang
begitu saja.
5. Kongsikan kebaikan apa jua yang diperolehi dengan orang lain dengan perkongsian dapat
meningkatkan lagi ilmu dan martabat seseorang.

Anda mungkin juga menyukai