Anda di halaman 1dari 4

Modul 3 : SI BUTA SAYANG

Alatan : Kain tutup mata

Langkah-langkah

1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).

2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).

3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu destinasi
yang tertentu.

4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada


kebijaksanaan ketua.

5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik
untuk memimpin ahli-ahli balik.

6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat laporan
apabila diminta.

Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.

Pengajaran :

1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.

2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.

3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengambil
kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.

4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang


dipimpinnya.

5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum


membuat keputusan untuk bergerak.
Modul 1 : KERUSI SEJUK PANAS

Langkah-langkah :

1. Setiap peserta diminta untuk duduk di tengah bulat mengikut giliran masing-masing.

2. Ahli-ahli lain diminta untuk memberi pandangan atau komen (dalam aspek sebagai
pelajar /pemimpin/ individu) tentang rakan yang duduk di tengah bulatan sebelum
kursus dan masa kini. Setiap komen perlu ada penjelasan.

3. Pelajar yang di tengah boleh memberi maklum balas terhadap komen-komen yang
diberi.

Perbincangan :

Apakah rasa apabila orang lain memberi komen positif/ negatif tentang diri kita?
Apakah tujuan komen-komen orang lain?

Pengajaran:

Setiap input/ maklum balas orang lain memberi gambaran/ maklumat tentang diri kita dan
orang lain.

Semakin kerap dan ramai orang lain memberi maklum balas yang sama semakin kukuh
dan sahih ciri-ciri diri yang dikaitkan. Maklum balas positif akan memberi pengukuhan dan
yang negatif perlu dijadikan panduan untuk menganalisa diri dan berubah.

AKTIVITI 3 : RANTAI NAMA

Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas.

Langkah-langkah :

1. Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan.

2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas.

3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta


pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali.

4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali,
menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali.

5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir.


Perbincangan :

1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama anda?
2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama?
3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang berlawanan.

Pengajaran :

1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan


persahabatan.
2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati.
3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.

Modul 2 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI & ASERTIF


Alatan : Bola

Langkah-langkah :

1. Peserta diminta berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta mengajak/
memujuk/ mendesak/ meminta rakan untuk membuat sesuatu dengan memenuhi peraturan-
peraturan berikut :

peserta yang memegang bola sahaja yang dibenarkan bercakap.


peserta boleh memberi bola itu kepada peserta lain sama ada diisyaratkan ataupun tidak.
peserta boleh mendapatkan bola tersebut secara memberi isyarat tanpa lisan.
apabila memegang bola ahli harus menjawab / berkata sesuatu walaupun sekadar bersetuju
ataupun tidak dengan pendapat peserta yang memberi bola kepadanya.
Bola tidak harus jatuh ke lantai, sekiranya hal ini berlaku, peserta dikeluarkan.

Proses dan Pengajaran


Kemahiran berkomunikasi ~ kemahiran menerima mesej ~ mendengar secara aktif, memberi
perhatian
~ kemahiran memberi respon ~ bercakap jelas, lantang,
nada suara
sederhana, perlahan, ada kontak mata, tidak menghukum/
menilai, ayat
ringkas dan padat dsb.

Komunikasi yang berkesan ~ membina dan merapatkan hubungan dengan orang lain
~ mengelak salah faham dan pergaduhan
~ menghormati hak diri dan orang lain
~ membolehkan kita belajar secara membina
~ membolehkan kita memenuhi keperluan kita
~ menambah ilmu dan pengetahuan kita
Bezakan antara ~ Submisif ~ pasif
~ terima dan tidak berani cakap
~ menghormati hak orang lain dan mengabai hak sendiri
Agresif ~ kasar dan mendesak
~ menghormati hak sendiri dan mengabai hak orang lain
Asertif ~ tegas dan bersederhana
~ menghormati hak sendiri dan hak orang lain
Bincangkan penggunaan asertif mengikut situasi, lokasi, masa dan perhubungan.

Anda mungkin juga menyukai