Anda di halaman 1dari 7

02.

PROGRAM TAARUF A) TAARUF UMUM UNTUK SEMUA PESERTA

Aktiviti 1 : ICE BREAKING(PECAH BENDUNGAN) Peserta diletakkan terus dalam kumpulan Duduk ikut barisan lintang kerusi Peserta lelaki / perempuan dipecahkan kerana tempat sempit. Fasilitator perkenal diri masing-masing dengan ringkas.(Kem koman serah pada mereka. Fasilitator adalah terdiri daripada kaunselor. Arahan-Pelajar susun kerusi di tepi dinding tanpa bunyi . Susun/duduk di dalam kumpulan masing-masing. Main-untuk hilang stress. Ikut cakap saya 1. Kalau saya cakap perhatian,jawab dan angkat tangan dan kata waja/wajar. 2. Are you okay dan jawab yes.Tetapi tangan ditarik ke bawah. 3. Are you ready dan jawab yes. 4. Bentuk yel dan sesuai dengan kumpulan besar. 2 kali tepuk di atas 2 kali tepuk di depan 2 kali tepuk di atas peha Kata yes sambil tangan tembak dengan pistol ke hadapan. Agihkan belon untuk setiap peserta.Pastikan belon tidak berlubang. Peserta pegang belon dengan tangan kanan dan tangan kiri dibelakang.Tiup hingga pecah dengan mengikut masa. Fasilitator ambil nama dan ikut kumpulan. Memeriksa kumpulan yang belonnya tidak pecah. Terima kasih yang pecah dan terima kasih kepada yang tidak pecah. i) Susun nama ikut abjad dengan masa yang ditetapkan. A- 1 baris B- 1 baris Hingga Z ii) Bulan kelahiran Januari hingga Disember. Meminta mereka berkenalan dalam kumpulan yang sama. iii) Susun kumpulan ikut warna. Menggunakan 5 warna iaitu warna merah,kuning ,jingga dan hitam. Meminta mereka berkenalan mengikut kumpulan warna yang sama. iv) Susun ikut makanan kegemaran contohnya roti canai,nasi goreng dan lain-lain lagi.

v) Mencari rakan yang suka makan buah-buahan yang sama. Fasilitator edar borang untuk menguji sejauh mana pelajar memahami rakan mereka. Meminta pelajar mengambil tandatangan rakan dengan nama,sekolah (lihat contoh) dengan memberi masa 15 minit Memeriksa pelajar yang telah siap awal. Aktiviti 2 : KITA SERUPA Kaedah : Setiap peserta dikehendaki mencari 2 orang kawan yang sama dari segi : hobi cita-cita makanan kegemaran warna kegemaran bulan kelahiran saiz kasut Aktiviti 4: SENTUHAN KASIH SAYANG Secara berpasangan : Memegang tangan rakan dan sambil itu memandang mata rakan anda. Meletakkan kedua-dua belah tangan ke pipi rakan sambil berkata Saya sayangkan awak kerana Allah. Edarkan makanan dan menyuap makanan ke mulut rakan .(secara berbalas). B) Aktiviti 1 : TAARUF TANPA SUARA Kaedah : Mencari ahli kumpulan mengikut jenis sakit Fasilitator menyediakan keratan kertas yang ditulis 10 jenis sakit sebagai lambang bilangan kumpulan yang akan dibentuk Jenis-jenis sakit : Putera : Sakit perut, sakit lutut, sakit pinggang, kaki, kuku Puteri : Sakit kepala, gigi, mata, tangan, bahu Jumlah keratan kertas adalah sama dengan jumlah peserta Peserta diminta mengambil sehelai kertas di dalam bekas tersebut TAARUF KUMPULAN

Setelah semua peserta mengambil kertas, fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk bergerak mencari kumpulan masing-masing berdasarkan isyarat sakit yang diundi Aktiviti 2 : SUSUN BATU- BATA Kaedah : Setiap peserta berada dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing Mereka diminta menyusun barisan seperti berikut ; Ketinggian Rendah kepada tinggi Nama mengikut abjad Mengikut sekolah berdasarkan abjad Tarikh lahir : muda ke tua Markah akan dinilai berdasarkan masa menyiapkan barisan dan ketepatan susunan 09. INDOOR GAME PERMAINAN 1 BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH OBJEKTIF : Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan. Mematuhi arahan ketua dan keputusan rasmi. Mewujudkan interaksi yang membina. KAEADAH : Permainan ini diwakili oleh 3 watak utama. HAKIM Dilambangkan dengan kedua-dua tangan disilangkan di dada. PEMBURU Dilambangkan dengan kedua-dua tangan memegang senapang dan menembak ke hadapan. HARIMAU Dilambangkan dengan kedua-dua tangan seolahmahu menerkam mangsa. Cara kiraan mata. Hakim lawan pemburu = Hakim menang Pemburu lawan harimau = Pemburu menang Harimau lawan Hakim = Harimau menang. Kaedah permainan.

Permainan ini dijalankan antara 2 kumpulan. Permainan ini dijalankan secara kalah mati. Sebelum perlawanan, kumpulan yang bertanding diminta untuk berbincang bagi memilih watak pilihan meraka. Kumpulan yang bertanding diminta berbaris dengan keadaan membelakangkan kumpulan lawannya dan bergerak 5 langkah ke depan, Bila pengadil meniup wisel secara sepontan kumpulan akan menghadap pihak lawan dengan menggayakan watak yang dipilih. Pengadil akan memilih pemenang. Pemenang juga boleh diadili berdasarkan keseragaman walaupun pada asalnya di pihak kalah. Kumpulan yang menang layak ke pusingan seterusnya. PERMAINAN 2 AKU SAYANG KAMU OBJEKTIF : Memupuk kerjasama antara ahli kumpulan. Memupuk kasih saying dan ukhuwwah di kalangan ahli kumpulan . Mewujudkan sifat sabar, teliti dan kreativiti dalam melaksanakan tugas. BAHAN : Sehelai kertas A4 untuk setiap kumpulan. KAEDAH : Setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas. Dengan menggunakan daya kreativiti , masukkan semua ahli kumpulan dalam gelung kertas tersebut tanpa terputus. Kumpulan pertama dan paling cepat memasukkan kumpulannya dikira menang. Masa diperuntukkan ialah 15 minit dan wisel akan ditiup menandakan tamat.

PERMAINAN 3 DENGAR BAIK-BAIK, TULIS BETUL-BETUL OBJEKTIF : Mewujudkan semangat kerjasama diantara ahli kumpulan

Mewujudkan sifat teliti dalam menerima apa-apa arahan Menanam sifat amanah dalam menyampaikan sesuatu berita Menghargai masa dan memanfaatkan peluang Menjadi pendengar terbaik

KAEDAH : Setiap kumpulan dikehendaki berbaris mengikut kumpulan masing-masing dengan jarak 1 meter di antara ahli dalam kumpulan Fasilitator akan memanggil peserta pertama dari setiap kumpulan dan menunjukkan kertas yang mengandungi mesej/pesanan untuk dihafal dalam masa 30 saat. Sebaik sahaja tamat 30 saat, wisel akan dibunyikan dan peserta pertama akan menyampaikan mesej tersebut kepada peserta kedua secara berbisik tanpa didengari oleh peserta-peserta lain. Proses ini akan diteruskan sehinggalah ke peserta terakhir. Peserta terakhir akan mencatat apa yang telah disampaikan oleh rakannya dikertas yang disediakan. Pemenang akan dikira berdasarkan : Ketepatan mesej yang ditulis dengan mesej yang asal Masa yang diambil Kerjasama dan disiplin ahli kumpulan Mesej Rahsia Saya pergi ke NPKI, untuk jadi pemimpin. Cikgu kata bawa piring, jangan pakai anting-anting. Daftar pukul empat di kantin. Tapi solat Asar jangan masing-masing. Bersifat rendah diri, Tidak samseng. Duduk diam jangan bising. Jaga imej dan disiplin. Itulah lagak seorang pemimpin. PERMAINAN 4: MEMBINA IMPIAN BERSAMA OBJEKTIF: Mengembangkan daya kreativiti ahli-ahli kumpulan . Memupuk semangat kerjasama dan tolak ansur sesama ahli kumpulan. Menyuburkan sikap menghormati dan tidak mementingkan diri sendiri. Menggunakan peluang yang ada untuk kebaikan bersama. BAHAN: Kertas A4 untuk setiap kumpulan Marker pen Kertas mahjong KAEDAH:

Sehelai kertas A4/mahjong diedarkan kepada setiap kumpulan.Setiap ahli diminta untuk mencoretkan sesuatu di atas kertas tersebut tanpa menyebut tujuan sebenar. Ahli-ahli kumpulan dilarang sama sekali berbincang semasa permainan dijalankan. Permainan ini dilaksanakan sebanyak 2 pusingan dan diakhirnya fasilitator akan membuat penilaian dan rumusan. Pemenang akan dinilai berdasarkan kreativiti dan kesepaduan matlamat mereka. D) KEROHANIAN MODUL 6 KEPENTINGAN SOLAT FARDHU OBJEKTIF :

Peserta menyedari pentingnya solat dalam kehidupan Peserta boleh mengeluarkan dalil naqli tentang solat Peserta dapat menganalisa balasan akibat meninggalkan solat Peserta boleh menjana idea cara meningkatkan kualiti ibadah :

BAHAN

17 batang mancis / pencungkil gigi untuk setiap kumpulan

KAEDAH

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 17 batang mancis, simbolik kepada jumlah rakaat solat fardhu sehari semalam. Setiap kumpulan diminta membuat bentuk orang menggunakan batang mancis tersebut mengikut urutan solat Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib Peserta diminta menjana idea tentang pentingnya solat. Ia umpama anggota manusia. Bila kurang, maka cacatlah anggota badan dan begitulah juga dengan solat. Fasilitator mengawasi suasana perbincangan E) MEMBINA KEYAKINAN DIRI MODUL 8 TANJAK SAYA OBJEKTIF :

Menguji ketahanan diri peserta. Memberi peluang berucap di hadapan peserta. Membina keyakinan diri dengan sikap positif yang boleh menerima kritikan. BAHAN :

Kad manila ( bentuk tanjak ) KAEDAH :

Fasilitator menyediakan lima tanjak daripada kad manila bertulis seperti berikut : JANGAN PEDULI CAKAP SAYA SAMPUK CAKAP SAYA DENGAR CAKAP SAYA KETAWAKAN SAYA KUTUK SAYA Fasilitator memanggil lima orang peserta dan mengasingkan mereka seterusnya meminta mereka bersedia supaya bercerita ataupun berucap. Cerita atau topik akan disediakan. Fasilitator mengingatkan semua peserta supaya memberi respon mengikut catatan pada tanjak yang dipakai oleh rakan yang akan berucap. Fasilitator memanggil ahli ( pemidato/pencerita) bergilir-gilir supaya bercerita ataupun berucap selama tiga minit. Peserta-peserta lain digalakkan memberi respon mengikut catatan ataupun kenyataan pada tanjak yang dipakai oleh pencerita/pemidato. Selepas selesai sesi bercerita/berucap, fasilitator memberi peluang pencerita/pemidato menyatakan perasaan mereka apabila mendapat reaksi daripada peserta lain. Perbincangan memberi fokus: Kepada perasaan ataupun reaksi peserta apabila dipedulikan ataupun dihargai. Kepada perasaan ataupun reaksi peserta apabila diberikan perhatian. Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai ataupun dipedulikan ( sebagai seorang guru, perlu ada daya tahan diri ).

Anda mungkin juga menyukai