Anda di halaman 1dari 4

CHECK POINT 1

HIGHWAY IMPIAN
Cara Bermain:

 Setiap kumpulan akan dibekalkan 10 helai kertas A4,sallotape


 Peserta harus membina landasan untuk laluan bola ping pong
 Setiap kumpulan harus memastikan bola ping pong melalui atas kertas A4 tersebut
 Setiap kumpulan haruslah menepati masa yang ditetapkan,masa untuk laluan bola ping pong dari
titik mula hinggalah ke penamat ialah 25 saat
 Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk menyiapkan landasan tersebut
 Sekiranya peserta gagal menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan,fasi akan kenakan
penalti ke atas kumpulan tersebut
Objektif:

 Menguji tahap iq para peserta untuk mengatur strategy


 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta
Peralatan:

 A4 paper,Sallotape,kerusi plastic
CHECK POINT 2
PUZZLE
Cara Bermain

 Setiap kumpulan akan dibekalkan satu sampul surat yang mengandungi gambar yang telah
digunting dan satu sampul surat yang mengandungi gambar asal yang tidak digunting
 Sampul surat yang mengandungi gambar asal objek diletakkan di suatu tempat berasingan
daripada tempat check point tersebut
 Kumpulan tersebut hendaklah mencantumkan kepingan gambar tersebut dan hanya seorang wakil
sahaja dibenarkan untuk melihat gambar asal pada satu masa
Objettif:

 Kemahiran mendengar arahan


 Semangat kerjasama dalam ahli kumpulan
Peralatan:

 Kepingan gambar,sampul surat(2 sampul surat untuk setiap kumpulan)


CHECK POINT 3
TIRU GAYA ARTIS
Cara Bermain:

 Seorang daripada ahli kumpulan akan dipilih


 Ahli kumpulan yang lain akan meneka gaya yang ditunjukkan
Objektif:

 Kemahiran menyampaikan maklumat dengan tepat


Peralatan:

 Kertas A4
CHECK POINT 4
KERTAS AJAIB
Cara Bermain :

 Peserta hanya perlu memikirkan cara untuk memasukkan sekurang-kurangnya 10 ahli kumpulan
dalam satu kertas A4.
Objektif : Creative Thinking
Peratalan : 1 Kertas A4 setiap kumpulan.
CHECK POINT 5
CHOPSTIK GAME
Cara bermain :

 Pindahkan kacang hijau dari satu pinggan ke pinggan.


Objektif : Ketelitian dan ketekunan dalam melakukan sesuatu perkara
Peralatan : Chopstik, kacang, pinggan polistrene.
CHECK POINT 6
MENIUP TISU
Cara bermain :

 Peserta perlu meniup tisu dari permulaan hingga ke garisan penamat


 Tisu tidak boleh menyentuh permukaan tanah, jika tidak dikira gagal dan peserta harus
mengulangi semula dari permulaan.
 Sekurang-kurangnya 5 helai tisu berada di penamat.
Objektif : Kerjasama antara kumpulan dan melatih kapasiti respiratori peserta
Peralatan : Tisu
CHECK POINT 7
ISI AIR DALAM BOTOL
Cara bermain :

 Isi air di dalam botol besar menggunakan tangan sehingga penuh.


 Masa diberikan hanya 5 minit.
 Gagal melakukannya, muka peserta akan dilumurkan tepung.
Objektif : Kemahiran berfikir dan melatih ketangkasan serta agility peserta
Peralatan : Botol air
CHECK POINT 8
TIANGKU SAYANG

Cara bermain :

 Kad manila kad dipotong 8 dan tuliskan huruf A-H dengan menggunakan Pen Marker.
 Pokok-pokok dilekatkan dengan huruf-huruf berikut secara rawak.
 Para peserta diminta bersedia di garisan permulaan yang ditandakan.
 Fasilitator memberi arahan, "Saya akan menyebut huruf pokok yang anda semua perlu peluk.
Apabila saya meniup wisel segera memeluk pokok berkenaan dalam kiraan 5. Jika ada ahli
kumpulan yang gagal memeluk setelah kiraan ahli kumpulan akan tersingkir."
Peralatan: Kawasan tiang, Manila Kad, Pen Marker dan wisel
Objektif : Ketangkasan peserta dan ketelitian
CHECK POINT 9
MALAYSIA TANAH AIRKU
Cara bermain :

 Peserta perlu menjawab kuiz pengetahuan am tentang Malaysia.


 Kumpulan yang menjawab dengan pantas dan betul boleh meneruskan ke titik terakhir.
 Kumpulan yang salah akan didenda untuk menyanyikan lagu berkaitan dengan Malaysia
bersama-sama.
Objektif : Memupuk semangat cintakan negara dan menguji minda peserta
Peralatan : Kertas Kuiz, Pen
CHECK POINT 10
DEMIMU GURU
Cara bermain :

 Setiap kumpulan perlu mencari guru yang memerlukan dan membantu guru tersebut.
 Dapatkan tandatangan guru tersebut berserta nama dan kembali ke check point penamat.
Objektif : Memupuk sifat tolong-menolong dalam diri peserta dan memupuk sikap ringan tulang.

Anda mungkin juga menyukai