Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI FUN EXPLORACE MURID TAHUN 6

CHECKPOINT 1- PINDAH BELON (TEMPAT PARKING GURU)


Guru terlibat: Cg Nasran

1. Murid meniup 6 biji belon. (3 belon untuk lelaki dan 3 belon untuk perempuan)
2. Murid perlu pindahkan belon tanpa menggunakan tangan.
3. Setiap kumpulan membentuk bulatan, bulatan lelaki dan perempuan.
4. Peserta dikehendaki menghimpit belon dan pastikan tiada belon yang mencecah lantai. Para peserta perlu berjalan dari tempat mula ke garisan
penamat.
5. Bagi setiap belon yang pecah atau terkeluar sepanjang perjalanan murid akan didenda. Bagi 1 belon semua ahli kumpulan akan didenda.

Bahan yang diperlukan: belon, kon

CHECKPOINT 2 – RADIO BURUK (PONDOK DEPAN)


Guru terlibat : Cg Hasni

1. Murid beratur memanjang.


2. Murid pertama akan membaca pemintal lidah dan diberi masa 20 saat untuk menghafalnya.
3. Murid pertama perlu memberitahu murid ke dua, dan murid kedua akan beritahu murid ketiga dan seterusnya sehinggalah maklumat sampai ke
murid yang terakhir.
4. Murid terakhir akan melafazkan semula maklumat yang diterima kepada guru.
5. Murid dikira berjaya jika guru berpuas hati dengan maklumat yang diberitahu.

Bahan yang diperlukan : sampul surat dan pemintal lidah.

CHECKPOINT 3 – CHOPSTICK GAME (HIP CORNER)


Guru Terlibat : Cg Zarina dan Ustazah Nahrusyifa

1. Murid bergilir-gilir untuk memindahkan kacang dengan menggunakan chopstick dari satu pinggan ke pinggan yang lain.
2. Murid dikira berjaya setelah semua murid berjaya memindahkan kacang menggunakan chopstik.

Bahan yang diperlukan : kacang, chopstick, pinggan polistrin


*Sebelum memulakan tugasan di setiap checkpoint, murid perlu mempersembahkan ‘cheers’ kumpulan mereka. Tugasan diberi setelah guru berpuas hati
* guru akan menyerahkan klu kepada setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan di checkpoint.
*guru boleh memberikan denda yang munasabah jika murid gagal melaksanakan tugasan.
AKTIVITI FUN EXPLORACE MURID TAHUN 6

CHECKPOINT 4 – CARI OBJEK MISTERI (PONDOK DEPAN TAHUN 1)


Guru Terlibat: Cg Nurul dan Cg Hidayah

1. Murid dikhendaki mencari objek misteri (guli) di dalam baldi yang mengandungi air yang berisi tanah, rumput, daun, sampah sarap.

Bahan yang diperlukan: baldi, tanah, sampah sarap, guli

CHECKPOINT 5 – SI BUTA PINDAHKAN BOLA (PADANG)


Guru Terlibat: Cg Zul dan Cg Zumairi

1. 4 orang murid dipilih untuk memegang 4 penjuru kain. Murid ini akan ditutup matanya.
2. 1 orang murid untuk meletak dan mengutip bola.
3. Dan selebihnya untuk memberikan arahan.
4. Murid akan memberikan arahan kepada 4 orang kawan yang ditutup mata untuk memindahkan bola dari satu ke tempat ke dalam bakul. Murid akan
lakukan aktiviti sehingga berjaya.
Bahan yang diperlukan: kain batik, kain penutup mata, bakul, bola

CHECKPOINT 6 - APA YANG PENTING? KERJASAMA (LALUAN PRA SEKOLAH)


Guru Terlibat: Cg Siti dan Cik Mahfuzah

1. Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama. Permainan dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada
sebatang kayu penyapu.
2. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut.
3. Guru perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar.

Bahan yang diperlukan: kad manila, batang penyapu, marker, tali.

*Sebelum memulakan tugasan di setiap checkpoint, murid perlu mempersembahkan ‘cheers’ kumpulan mereka. Tugasan diberi setelah guru berpuas hati
* guru akan menyerahkan klu kepada setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan di checkpoint.
*guru boleh memberikan denda yang munasabah jika murid gagal melaksanakan tugasan.
AKTIVITI FUN EXPLORACE MURID TAHUN 6

CHECKPOINT 7 – JAMBATAN GOYANG GOYANG (TAPAK PERHIMPUNAN LAMA)


Guru Terlibat: Cg Diana dan Puan Zulaikha

1. Murid duduk dalam barisan.


2. Murid pertama akan pindahkan air ke rakan belakang tanpa berpaling ke belakang.
3. Aktiviti diteruskan sehingga murid yang terakhir.
4. Murid dikira berjaya jika paras air murid terakhir melepasi paras yang dikhendaki. Jika tidak, aktiviti diulang sehingga berjaya.

Bahan yang diperlukan: besen, air

CHECKPOINT 8 – TAMAN HERBA


Guru Terlibat: Cg Ariza dan Cg Ayu
1. Murid menyenaraikan secara lisan 7 jenis herba yang terdapat dalam taman herba,
2. Sebutkan satu fungsi herba yang disebut.

Bahan yang diperlukan: kertas, sampul

CHECKPOINT 9 – PUZZLING WORLD (PENAMAT)


Guru Terlibat : Cg Faridatul
1. Murid menyusun puzzle dalam kumpulan.
2. Kumpulan yang pertama selesai melaksanakan tugasan di checkpoint ini dikira sebagai pemenang

Bahan yang diperlukan: puzzle, sampul

*Sebelum memulakan tugasan di setiap checkpoint, murid perlu mempersembahkan ‘cheers’ kumpulan mereka. Tugasan diberi setelah guru berpuas hati
* guru akan menyerahkan klu kepada setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan di checkpoint.
*guru boleh memberikan denda yang munasabah jika murid gagal melaksanakan tugasan.
AKTIVITI FUN EXPLORACE MURID TAHUN 6

KUMPULAN SUSUNAN CHECKPOINT


1 1 2 3 4 5 6 7 8 9
2 2 3 4 5 6 7 8 1 9
3 3 4 5 6 7 8 1 2 9
4 4 5 6 7 8 1 2 3 9
5 5 6 7 8 1 2 3 4 9
6 6 7 8 1 2 3 4 5 9
SUSUNAN CHECKPOINT BAGI SETIAP KUMPULAN

SUSUNAN KUMPULAN BAGI SETIAP CHECKPOINT

CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT CHECKPOINT


1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 2 3 4 5 6 6 6
6 1 2 3 4 5 5 5
5 6 1 2 3 4 4 4
4 5 6 1 2 3 3 3
3 4 5 6 1 2 2 2
2 3 4 5 6 1 1 1

*Sebelum memulakan tugasan di setiap checkpoint, murid perlu mempersembahkan ‘cheers’ kumpulan mereka. Tugasan diberi setelah guru berpuas hati
* guru akan menyerahkan klu kepada setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan di checkpoint.
*guru boleh memberikan denda yang munasabah jika murid gagal melaksanakan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai