Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

INOVASI KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


DAPUR DEWAN MAKAN ASRAMA
SMK DATO’ MUSTAFFA

KONSEP : BERSIH,CERIA DAN


BERINFORMASI

SMK DATO’ MUSTAFFA


Jalan Sekolah, Pasir Panjang,
45400 Sekinchan.Selangor Darul Ehsan.
1.0. TAJUK

Kertas Kerja Inovasi Kebersihan Dan Keceriaan Dapur Dewan Makan Asrama
SMK Dato’ Mustaffa 2016

2.0 PENGENALAN

SMK Dato’ Mustaffa merupakan satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para murid,
guru, ibu bapa mahupun tetamu sekolah. Oleh yang demikian adalah menjadi hasrat dan
aspirasi Tuan Pengetua dan warga sekolah supaya SMK Dato’ Mustaffa memiliki sebuah
Dewan Makan yang bukan sahaja menghidangkan makanan yang sedap dan menepati
citarasa seluruh penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan
keceriaannya dan boleh menjadi Dewan Makan contoh kepada sekolah-sekolah
berdekatan. Justeru itu, melalui program yang dirancang ini, kesedaran tentang
kepentingan kebersihan dan keceriaan Dewan Makan dapat disemai dan dipertingkatkan
dalam kalangan murid dan warga SMK Dato’ Mustaffa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengetengahkan konsep bersih , ceria dan berinformasi di dalam dapur dewan
makan.
3.2 Membudayakan rasa cinta kepada kebersihan dan keceriaan dalam kalangan staff /
pekerja swasta dewan makan asrama .
3.3 Melatih para pekerja mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap
kebersihan dan keceriaan dapur dewan makan asrama.
3.4 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan dewan makan secara kolektif dan
Konsisten sentiasa.

4.0 MATLAMAT

4.1 Staf / pekerja swasta (dewan makan asrama) dapat bersama-sama


mengembleng tenaga untuk menjayakan dan memastikan setiap sudut di dalam
dapur dewan makan akan sentiasa bersih dan ceria.
5.0 SASARAN
- Pekerja Dewan Makan Asrama
- Murid Asrama

6.0 TEMPOH PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh: 3 Januari 2016 Sehingga 18 November 2016

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Anggaran Perbelanjaan


Bil Butir Kuantiti Harga Seunit Jumlah
(RM) (RM)
1.- Kos Cat 2 Tong 125.00 250.00
2.- Aksesori Bunga 15 pcs 3.50 52.50
3.- Bunga 3 50.00 150.00
4.- Lain-Lain 100.00
JUMLAH RM 552.50

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Sumbangan PIBG.


8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tuan Haji Hishammuddin Bin Sirat (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Puan Fauziah Bt Ahmad Milatu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Encik Sharan Bin Sidek (PK HEM)
Setiausaha : Cik Siti Nurhafizah Bt Abu Bakar (Warden)
Bendahari : Puan Suharti Bt Mohd Sunip (Penyelia Asrama)
AJK : Puan Rohana Bt Lee
: Cik Suzana Bt Yaakub
: Puan Hanifah Bt Ahmad
: Puan Yasmin Bt Yahya
: Puan Sazilah Bt Sabirin
: Puan Rugayah Bt Abd Hamid

Penggayaan Konsep
Dewan Makan : Puan Suharti Bt Mohd Sunip
9.0 PENUTUP

Diharap Inovasi kebersihan dan keceriaan dapur dewan makan ini


dapat menjadi kebanggaan kerana semua murid asrama dan warga SMK Dato’
Mustaffa khasnya .
Melalui konsep “Dapur Dewan Makan Bersih, Ceria Dan Berinfomasi ” boleh
menjadikan Dapur dewan makan SMK Dato’ Mustaffa ini Dewan Makan contoh kepada
sekolah-sekolah berdekatan .

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………………….. …………………………………
Suharti Bt. Mohd Sunip Encik Sharan B. Sidek
Penyelia Asrama N17 Penolong Kanan HEM
SMK Dato’ Mustaffa SMK Dato’ Mustaffa

Diluluskan Oleh

………………….……………………………….…

Tuan Haji Hishammuddin Bin Sirat

Pengetua

SMK Dato’ Mustaffa

Anda mungkin juga menyukai