Anda di halaman 1dari 2

Simpulan Bahasa

Maksudnya
ada angin ~berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati~mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan

untuk melakukan atau memiliki

sesuatu

air muka~rupa atau wajah seseorang


ajak-ajak ayam ~tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat ~mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut~makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan

yang

mengenyangkan

anak angkat~anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri


anak bapa~anak yang disayangi oleh bapa
anak emas~anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki~meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin~negara-negara di sebelah barat
atas pagar~tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan~orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
banyak mulut~orang yang banyak bercakap
batu api~orang yang suka menghasut
batu loncatan~sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang~tali persaudaraan yang jauh
bawah angin~negara-negara di sebelah timur
berat mulut~pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang~orang yang malas bekerja
berat sebelah~tidak berlaku adil
Berhati batu~degil dan sukar menerima nasihat
bermuka dua~tidak jujur
buah mulut~sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bulat hati~bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatud
buruk siku~mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati~tidak dapat menerima pengajaran
gaji buta~mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata~hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
hidung tinggis~sombong
iri hati~menyimpan perasaan dengki atau cemburu
kacang hantu~orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kera sumbang~orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin~berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan~bernasib baik
lidah bercabang~kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lintah darat~mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan suap~menerima rasuah
pisau cukur~perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin~tidak tahan terkena panas matahari
putih hati~ikhlas; jujur
serkap jarang~membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangkai jering~orang yang kedekut
telinga kuali~tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah~tajam pendengaran

telinga nipis~cepat marah atau meradang

Anda mungkin juga menyukai