Anda di halaman 1dari 3

BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SKTM

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS
PERPUSTAKAAN SKTM
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala
umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.
Yang Berusaha, Tn Haji Ayob Bin Saman, Tuan Guru Besar Sk. Telaga
Mas,Yang Dihormati Puan Inspektor Hasmaliza Binti Abdullah, Konstabel
Mohd Fazali Bin Ridzun .
Encik Mohamad Asmadi Bi Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru-guru dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian.
.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pentauliahan
Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK.
Telaga Mas.
Tanpa melengahkan masa majlis menjemput Tuan Guru Besar Sk. Telaga
Mas untuk menyampaikan ucapan aluan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.
Maka, bagi meneruskan acara, majlis dengan sembah takzimnya menjemput
Yang Berusaha Tuan Haji Ayob Bin Saman untuk mengiringi Puan Inspektor
Hasmaliza Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan.
Ribuan terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SKTM

Bagi meneruskan majlis sekali lagi dipersilakan Yang Dihormati Inspektor Puan
Hasmaliza Binti Abdullah dengan diiringi oleh Tuan Haji Ayob Bin Saman
untuk menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan kepada pengawaspengawas yang dipilih oleh panel pemilihan peringkat sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Penyampaian watikah dimulakan dengan, barisan pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber yang terdiri daripada :

Terima kasih diucapkan kepada Inspektor Puan Hasmaliza Binti Abdullah di


atas kesudian menyempurnakan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan
Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat sumberSK Telaga Mas.

Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis


Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber SKTM 2015. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat
memotivasikan para pengawas pusat sumber dalam melaksana dan menjalankan
tugas yang diamanahkan.

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengetua, guru-guru


Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasamadan
sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi
Gunung Pantai tinggi mengawan,
Nampak dari Padang Temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SKTM

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullah hitaalawabarakatuh, .

Anda mungkin juga menyukai