Anda di halaman 1dari 6

UCAPAN PENGETUA

EN ABDUL RAHIM BIN ABDUL MAJID


PENGETUA SMK TROLAK
MAJLIS AKU JANJI PT3 DAN SPM
20 MAC 2019

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera, salam Negaraku Malaysia.
Yang Berusaha, Pn Ainol Huda Binti Ayub, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru kanan, Ahli jawatankuasa Majlis Aku Janji PT3 dan SPM,
Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian.

Pertamanya, izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam
dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur
oleh pihak pengurusan sekolah. Agenda yang sangat jelas dan tepat iaitu Majlis Aku
Janji bagi pelajar PT3 dan SPM 2019. Ucapan syabas dan tahniah kepada
jawatankuasa pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.

Hadirin sekalian,

Majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna kepada
kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Saban tahun, pihak
pengurusan sekolah akan melaksanakan program seumpama ini khusus bagi setiap
pelajar yang belajar di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Kini, tibalah pula giliran anak-
anak yang berada di dewan ini melalui program yang sama seperti juga yang telah
dilalui oleh pelajar tahun-tahun sebelumnya.
Pelajar yang dikasihi dan disayangi sekalian,

Kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak kepada usaha perancangan sekolah
dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sama-sama sedar,
bahawa para pelajar juga harus memainkan peranan dan menunjukkan
kesungguhan yang bukan alang kepalang dalam banyak perkara. Salah satu aspek
yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar adalah menetapkan matlamat dan sasaran
yang jelas.

Di dalam al-Quran, Allah telah menetapkan matlamat dan sasaran yang harus
dicapai dan dituju oleh setiap orang Islam iaitu melaksanakan ibadah ketaatan dan
penyembahan hanya kepada Allah sahaja agar mencapai ketaqwaan dan keredhaan
Allah. Di samping itu, setiap individu islam hendaklah melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Begitu juga halnya dalam
kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki matlamat, sasaran dan cita-cita.
Cita-cita bersifat umum tetapi matlamat (goal) mempunyai ciri-ciri yang khusus agar
lebih mudah tercapai dan dapat dinilai tahap pencapaiannya. Hal ini seiring dengan
hala tuju sekolah. Hala tuju sekolah adalah hasil perancangan yang didasari oleh
hala tuju yang telah ditetapkan oleh hala tuju menteri yang terbahagi kepada tiga
bidang utama iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Untuk mencapai hala tuju tersebut, pihak sekolah telah mensasarkan kepada
beberapa matlamat dalam bidang kurikulum iaitu Pembelajaran Abad ke-21,
Program Intervensi 2M iaitu membaca dan menulis, memperkenal subjek PVMA di
tingkatan 4, penetapan target murid dan meningkatkan peratus lulus dan pelajar
kualiti melalui perancangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan
jangka masa panjang. Manakala, dalam bidang hal ehwal murid, penekanan
diberikan kepada beberapa perkara seperti keceriaan sekolah, keselamatan,
kesihatan, pembinaan sahsiah dan kerjasama pihak luar. Akhir sekali, bidang
kokurikulum. Dalam bidang ini, tiga perkara utama akan diberikan keutamaan iaitu
pedagogi berasaskan murid, pengurusan kokurikulum dan pembangunan kapasiti
guru.
Oleh itu, selaras dengan hala tuju sekolah, hari ini terlaksananya program penetapan
target murid. Buat makluman tuan-tuan dan puan-puan, setiap tahun sekolah akan
menetapkan target yang perlu dicapai oleh pihak sekolah terutamanya bagi
peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM. Program ini dilaksanakan bagi memberi
dorongan serta motivasi kepada para pelajar untuk mencapai target yang ditetapkan
pada hari ini. Terlebih dahulu, saya akan bentangkan penetapan target sekolah bagi
peperiksaan PT3 dan juga perancangan program PT3 bagi tahun 2019. Bagi tahun
2019, sekolah telah menetapkan 2.92 sebagai GPS pada tahun ini. Bilangan calon
yang bakal menduduki peperiksaan PT3 adalah seramai 78 orang. Daripada jumlah
tersebut, 11 orang telah dicalonkan sebagai pelajar target sekolah. Pelajar tersebut
adalah seperti berikut:

i. Akhtar Izzeti Binti Azizul Jasri


ii. Siti Nurfatimah Binti Ismail
iii. Noor Iffa Hazwana Binti Zakaria
iv. Anis Natasya Binti Shahrol Hizam
v. Nurul Hana Binti Ardinan
vi. Amirarah Binti Bahtiar
vii. Nur Syakirah Binti Mohd Sharif

viii. Nur Fatihah Maysharah Binti Abdul Razak

ix. Adriana Balqis Binti Nor Hamidi

x. Amir Nazrien Bin Shamsul

xi. Nurul Sofea Azra Binti Ali Azhar

Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian,

Bagi mencapai target yang telah ditetapkan oleh sekolah, Jawatankuasa


Kecemerlangan PT3 telah merancang pelbagai program yang dapat membantu
calon-calon PT3 tahun ini. Perancangan tersebut dirancang berdasarkan keperluan
semasa calon. Antara program yang bakal dijalankan adalah Bicara Bersama
Pegetua, Latih Tubi, Teknik Menjawab, Pecut 100, Kem Kecemerlangan, Klinik Pt3,
Kelas Tambahan Pt3, Kem Menggilap Permata dan Latihan Semasa Cuti Sekolah.
Diharapkan dengan perancangan yang telah dirancang itu dapat membantu pelajar
PT3 dalam menghadapi peperiksaan PT3 kelak.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, saya terangkan pula penetapan target bagi peperiksaan SPM tahun
2019. Pada tahun ini, sekolah telah menetapkan target GPS bagi SPM tahun 2019
iaitu sebanyak 4.55. Seramai 84 calon akan menduduki peperiksaan SPM dan
daripada 84 calon tersebut, 10 daripadanya adalah calon target cemerlang sekolah.
Berikut merupakan pelajar target sekolah bagi SPM tahun 2019 iaitu:

i. Muhammad Hafizudin B Kamarudin


ii. Muhammad Hafizuddin B Mohd Rahim
iii. Aliff Haiqal B Abdul Ajis
iv. Nur Annisa Husna Binti Azman
v. Nur Atiqah Binti Ahmad Rizlan
vi. Nur Fatihah Irdina bInti Shahadan
vii. Ain Nuraishah Binti Norhafsyam
viii. Siti Norzulaika Binti Abu Bakar
ix. Nur Aleya Syahidah Binti Mohamad Ali
x. Nurfathihah Izzati Binti Mohamad Haisham

Pemilihan pelajar target ini adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam


peperiksaan akhir tahun 2017.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Baru-baru ini, kita baru sahaja menerima keputusan SPM bagi tahun 2018.
Berdasarkan keputusan tersebut, SMK Trolak telah berjaya mengatasi GPS pada
tahun 2017 iaitu daripada 5.21 kepada 4.71 bagi tahun 2018. Peningkatan prestasi
tersebut adalah hasil daripada perancangan program yang telah dirancang oleh
Jawatankuasa Kecemerlangan SPM. Oleh itu, pada tahun ini, pelbagai program telah
dirancang bagi memastikan setiap pelajar dapat mencapai target yang telah
ditetapkan oleh sekolah. Antara program tersebut ialah Bicara Bersama Pengetua,
Majlis Aku Janji, Mengadakan Taklimat kepada Ibu Bapa, Kelas Gemilang, Latih Tubi,
Pecut 100 SPM, Kem Motivasi, Asahan Minda, Kem Kecemerlangan, Kem Insentif
Kembara Ilmu, Kem Cemerlang Rohani, Kelas Tambahan, Mentor Mentee, Jejak
Gemilang dan Solat Hajat setiap hari selepas peperiksaan percubaan.

Mudah-mudahan setiap program yang dirancang oleh sekolah bagi calon-calon


peperiksaan pada tahun ini akan memberikan impak yang baik kepada sekolah dan
juga para pelajar sekalian. Namun, setiap program yang dirancang oleh Unit
Kecemerlangan PT3 dan SPM memerlukan dana daripada pihak ibu bapa kerana
tiada sumbangan luar bagi menjayakan program-program tersebut melainkan
daripada yuran kecemerlangan yang dibayar oleh ibu bapa. Buat makluman ibu
bapa, bayaran yuran kecemerlangan telah ditetapkan pada mesyuarat PIBG lepas
iaitu PT3 sebanyak RM70 manakala SPM sebanyak RM100. Oleh itu, dimohon
kepada ibu bapa untuk menyegerakan bayaran tersebut supaya perancangan
program dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut ketetapan.

Para pelajar yang dikasihi,

Matlamat tidak akan tercapai dengan sendiri. Perancangan, tindakan, usaha dan
disiplin amat diperlukan dalam proses menzahirkan matlamat ini. Matlamat jangka
panjang di puncak gunung hanya dicapai dengan mendaki satu persatu mata
tangga-tangga batu yang menjadi matlamat-matlamat jangka pendek. Saya yakin
dan percaya, guru-guru sudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para
pelajar dalam mencapai matlamat tersebut. Demikian juga para ibu bapa yang telah
banyak memberi pesanan dan nasihat tanpa jemu saban hari. Oleh itu, para pelajar
seharusnya jangan lalai dan janganlah alpa dari objektif dan matlamat serta sasaran
yang telah ditetapkan. Tumpukanlah fokus di dalam mencapai matlamat anda. Di
samping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah… jangan putus
harap untuk sentiasa meminta dan memohon kekuatan dan keredhaan dari Allah di
atas apa juga yang diusahakan kerana apa juga kita lakukan adalah atas kekuasaan
dan keizinan dari Allah swt.
Mudah-mudahan apa yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran
atau hasil tuaian yang baik sedikit msa lagi insyaAllah.

Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ucapkan tahniah dan terima kasih di atas
keprihatinan ibu bapa yang datang pada hari ini.

Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalaamu’alaikum Warahmatullaahi


Wabarakaatuh.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai