Anda di halaman 1dari 14

SULIT

SMK TROLAK
35600 SUNGKAI PERAK

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019

TINGKATAN 1

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
1 JAM 30 MINIT

Nama : Kelas:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan pilih salah satu soalan di
Bahagian C.
Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa :

Bahagian Soalan Markah Markah

Penuh Diperoleh
A 1-20 20
1a 3
1b 2
B
2 10
3 10
C 1 15
(Pilih satu) 2 15
Jumlah 60

Disediakan oleh Disemak oleh, Disahkan oleh ,

.......................... ............................. ..............................

Cik Noor Haryani Bt Mohd Suhaini Pn. Rashidah Bt Din En. Zainal Abidin Bin Ismail
Guru Mata Pelajaran KP Bahasa Melayu GK Bahasa

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

1 SULIT
SULIT
Arahan: Jawab semua soalan Bahagian A.

BAHAGIAN A
[ 25 markah ]

Soalan 1
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Peniaga itu ________________________ sawi yang ingin dibeli oleh Puan Suraya.
A menimbang C mengangkat
B mengambil D membungkus

2 Kesopanan dan ____________ menjadi teras keutuhan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum.
A Hubungan C Keseronokan
B Kesusilaan D Kecerdikan

3 Azie meniup _____________________ sempena hari jadinya yang ke-15 tahun.

A lampu C damar
B pelita D lilin

Soalan 4 hingga Soalan 7

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan. Tandakan D jika tiada kesalahan.

4 Rakyat di negeri itu sedang berkabung atas kematian raja mereka yang sangat
A B
disayangi. Tiada kesalahan.
C D

5 Kedua-dua orang kawan saya yang menyertai ekspedisi itu telah berjaya mendaki Gunung
A B
Kinabalu pada petang semalam. Tiada kesalahan.
C D

2 SULIT
SULIT

6 Pak Jidin menyuruh anak-anaknya saling tolong-menolong mengumpulkan kayu-

A B
kayan yang ingin dijadikan bahan pembakar di belakang gudangnya. Tiada kesalahan.
C D

7 Prestasi pemain import itu semakin merosot daripada sehari ke sehari.

A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 8 hingga soalan 9

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8 I Kasut sukan Imran terlucut ketika menjalani latihan sukan kerana ikatan tali kasutnya
longgar.
II Blaus yang baru dibeli oleh ibu untuk kakak agak longgar.
III Persahabatan antara Firdaus dengan Adnan mulai longgar setelah mereka bertukar
sekolah.
IV Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan penonton
kebosanan.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

9 I Usahlah kamu tersinggung akan kata-katanya terhadap kamu.

II Pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa selama sebulan.
III Saya cemburu akan keupayaan Kamil dalam bidang pelajaran.
IV Pengetua sekolah itu akan memaklumkan tentang tarikh peperiksaan akhir tahun baru-
baru ini.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

3 SULIT
SULIT
Soalan 10 hingga soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan

10 Telah Alia disapa kami semasa di kompleks beli-belah itu.

A Telah Alia kami sapa

B Alia telah kami sapa
C Alia telah disapa oleh kami
D Telah Alia disapa kami

11 Kawasan peranginan itu menjadi tumpuan para pelancong kerana pemandangannya yang
sungguh terindah sekali.

A sungguh indah
B amat terindah sekali
C paling terindah sekali
D sungguh terindah sekali

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang bercetak tebal

12 Murid-murid digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak bersempena dengan

Bulan Bahasa peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

A Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan deklamasikan sajak

bersempena dengan Bulan Bahasa peringkat kebangsaan untuk murid-murid.

B Bersempena dengan Bahasa Bahasa peringkat kebangsaan, murid-murid boleh menyertai

pertandingan deklamasi sajak di Dewan Bahasa dan Pustaka.

C Bulan Bahasa peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu
akan disertai oleh murid-murid yang menyertai pertandingan deklamasi sajak.

D Pertandingan deklamasi sajak bersempena dengan Bulan Bahasa peringkat kebangsaan

yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu patut disertai oleh murid-murid.

4 SULIT
SULIT
Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang betul.
13 I Perkhidmatan feri di pulau itu beroperasi selama 12 jam seperti yang kami sangkakan.
II Manakala dia bersama-sama dengan rakan-rakannya.
III Saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh selagi saya bekerja dengan
syarikat itu.
IV Dia berasa amat sedih sebab gagal dalam ujian percubaan itu.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 17 berdasarkan petikan umum di bawah

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Maka berkatalah anak yatim itu kepada penduduk kayangan itu, “Jikalau tuan tidak
keberatan, perkenankanlah saya mengambilnya barang sedikit.Saya hendak menanamnya
pula di bawah sana di bumi tempat asal saya.”

Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “Nyahlah kamu dari sini! Kami sekali-
kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. Kamu hanya
boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak memakannya di sini, maka
kami tidak keberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak membawanya ke bumi tempat asal
kamu, maka kami tidak akan memperkenankannya.”

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak
yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa lazatnya
dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah anak yatim piatu
itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan yang aneh itu. Ia ingin
memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam tanaman yang ajaib itu di bumi.
Akan tetapi ia yakin bahawa yang empunya pasti tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab itu,
jikalau ia hendak membawa tanaman ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia
dapat menyembunyikan tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh
yang empunya. Akan tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman yang ajaib
itu tanpa diketahui oleh sesiapa pun juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia
mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

5 SULIT
SULIT
14. Frasa mencari akal bermaksud

A. mendapat bantuan
B. mencari pembantu
C. mencari ikhtiar
D. mencari rakan

15. Apakah tujuan anak yatim piatu itu meminta sedikit padi daripada empunya padi itu?

A. Dia hendak menunjukkan padi itu kepada penduduk di bumi

B. Dia hendak menyimpannya di bumi sebagai kenangan
C. Dia hendak menjualnya kepada penduduk di bumi
D. Dia hendak menanamnya di bumi

16. Bagaimanakah anak yatim piatu itu mengetahui kelazatan makanan yang disangkanya emas
itu?

A. Dia merasa sendiri makanan tersebut

B. Dia diberitahu oleh penduduk di kayangan
C. Dia mendengar cerita daripada pemilik padi
D. Dia mencuri makanan itu daripada pemilik padi

17. Sikap empunya padi yang agak ketara dalam petikan ini ialah

A. seorang yang berpendirian tegas.

B. seorang yang penyayang.
C. seorang yang cepat marah.
D. seorang yang bersifat gelojoh.

6 SULIT
SULIT
Soalan 18 hingga 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah

Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu
keretanya di jalan taman perumahannya, tiba- tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu.
Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia
hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah keretanya. Namun,
hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing
yang tidak bernyawa itu. “Mungkin ibunya, “ detik hatinya.

Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang
paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya itu
mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya “Apakah namanya?”. Dengan spontan dia
menjawab, “Oren”. Nama itu diberikan kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren.

Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing.
Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana telah beberapa
kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut tetapi dia
tidak membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah dia menceritakan perkara yang
terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu. Isterinya mengerti dan memberikan kasih
sayang kepada Oren sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Dipetik daripada cerpen Oren,

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian, Pendidikan Malaysia.

18. Mengapakah ‘dia’ memberhentikan keretanya?

A. Ingin melihat kucing mati di bawah keretanya

B. Dia terlihat seekor anak kucing terngiau-ngiau
C. Kerana dia berasa seperti telah melanggar sesuatu
D. Masalah enjin kereta yang berhenti secara tiba-tiba

19. Berdasarkan petikan, apakah perkataan yang bersinonim bagi meninjau?

A. Mengintai
B. Mengawasi
C. Mengintip
D. Memerhati

20. Pada pendapat anda, mengapakah penulis membawa anak kucing itu pulang ke rumah?

A. Kerana rasa bersalah yang begitu mendalam

B. Untuk dihantar ke kawasan pasar yang lebih selamat
C. Untuk memberi makan kerana anak kucing itu kelihatan kelaparan
D. Untuk memberikan kucing itu kepada anaknya yang sangat menyayangi haiwan

7 SULIT
SULIT
BAHAGIAN B
[25 markah]
Soalan 1 (a)

Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

KARNIVAL KEUSAHAWANAN
UNIVERSITI DURIAN DAUN, MELAKA 2019
“Keusahawanan Kejaya Pilihan”
Diskaon
Tarikh: 22 - 24 Ogos 2019 Jualan buku
Masa: 8:00 pagi – 10:00 malam
Tempat : Kolej Tun Fatimah,UDD

Aktiviti menarik: Motivasi Keusahawanan, Ceramah Tata Cara Pendaftaran perniagaan,

Cabutan Bertuah, Pameran, Kempen Derma Darah, Gerai Jualan dan banyak lagi
Semua dijemput hadir

(i) ________________________________
(ii) ________________________________
(iii) ________________________________
[ 3 markah]

Soalan 1 (b)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ayat yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

(i) Abu Hurairah suka benar bermain badminton tetapi Khairul terlalu suka sekali bermain
muzik.
________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Salah satu punca penipisan lapisan ozon ialah penggunaan aerosol dan juga udara
penyaman secara berterusan.
________________________________________________________________________

[1 markah]

8 SULIT
SULIT
2 Baca bahan-bahan diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 BAHAN 2

“Cikgu, nak hadiah apa pada Hari Guru

nanti? Tanya Azizah pada suatu hari di
bilik guru.
Hari Guru yang disambut setiap tahun
“Cikgu tak nak hadiah apa-apa pada 16 Mei merupakan satu hari yang
daripada kamu. Cukuplah dengan kejayaan sangat bermakna buat guru-guru kerana
kamu yang cemerlang dalam UPSR sumbangan mereka dalam pendidikan
nanti,”kata Cikgu Zaleha dengan lembut
dihargai oleh pelajar. Para pelajar akan
dan tenang.
“Saya tetap akan memberi cikgu memberikan ucapan dan hadiah sebagai
satu hadiah yang cukup istimewa,”janji tanda terima kasih kerana mendidik
Azizah pagi itu. mereka sehingga menjadi manusia
“Tak payahlah, Zizah, berjaya. Mereka sanggup menyimpan
menyusahkan kamu sahaja.” wang perbelanjaan untuk membeli hadiah
“Tak apa, akan saya belikan juga untuk guru kesayangan masing-masing.
hadiah yang menarik.” Namun, sampai
kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang Para guru pula tidak
boleh dibelinya. Fikirannya buntu. mengharapkan pemberian hadiah kerana
Perasaannya menjadi hiba apabila bagi mereka kejayaan pelajar merupakan
memikirkan rakan-rakanya yang telah siap hadiah paling bermakna. Hal ini
dengan hadiah masing-masing. Mahal- bertentangan dengan para pelajar kerana
mahal belaka. Yang menambahkan mereka akan berusaha untuk memberikan
kerisauannya lagi ialah sambutan Hari
hadiah kepada para guru yang telah
Guru semakin hampir.
menabur jasa yang sangat besar kepada
masyarakat, bangsa dan negara. Tanpa
(Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, guru, pembangunan negara akan terbantut
antologi Kuingin Berterima Kasih,Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
dan proses memajukan negara akan
terhalang.

9 SULIT
SULIT
(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 tersebut, nyatakan persediaan pelajar sebelum tiba
sambutan Hari Guru.
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan sikap guru.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah guru-guru diberikan hadiah oleh pelajar sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka. Kemukan dua alasan anda.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[4 markah]

10 SULIT
SULIT
Soalan 3 : Novel
(10 markah)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yag telah anda kaji di Tingkatan 1
(i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman

Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan satu latar tempat yang dapat dikaitkan dengan
watak sampingan yang telah ditetapkan.
Bagi setiap latar tempat tersebut, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

Sejambak Bakti Destinasi Impian

Watak sampingan: Watak sampingan:
 Swee Lan  Moksin
 Cikgu Zulkifli Latar Tempat  Kasman

Pelari Muda Formula

Watak sampingan: Termodinamik
 Cikgu Zainal Watak sampingan:
 Aswan
 De Wega
 Majibon

_________________________________________________________________________________________

11 SULIT
SULIT
BAHAGIAN C

[ 15 Markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 Minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.
Pilih sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

Soalan 1

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

KESAN BULI TERHADAP MANGSA

Tertekan dan

berasa cemas
Mengalami sakit
kepala dan kurang
selera makan

Prestasi pelajaran

merosot

TAHUN JUMLAH KES BULI

2015 3,011
2016 3,488
2017 2,795
SEHINGGA JUN 1,054
2018

Sumber : Berita Harian 30 Jun 2018.

12 SULIT

13 SULIT
SULIT
BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara membudayakan amalan berbasikal dalam kalangan masyarakat. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud petikan.

Masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia yang kian meningkat sejak akhir-akhir
ini membuktikan betapa masyarakat Malaysia semakin kurang bersenam. Salah satu cara yang
paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk amalan berbasikal
dalam kalangan rakyat.

Lazimnya, rakyat Malaysia mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di

pusat-pusat senaman ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan aktiviti berbasikal.
Aktiviti berbasikal bukan sahaja dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, malahan
aktiviti ini juga menyumbang ke arah tahap kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan
kolektif. Melalui penubuhan Kelab Penunggang Basikal di desa atau di kawasan perumahan,
hubungan mesra antara penduduk dapat dieratkan sekaligus sebarang bentuk kerjasama dalam
masyarakat dapat dizahirkan melalui aktiviti berbasikal yang dijalankan oleh kelab ini.
Aktiviti berbasikal dapat digunakan oleh skuad rondaan Kelab Rukun Tetangga untuk
menjalankan operasi pada waktu malam di kawasan desa atau di taman perumahan penduduk
juga.

Negara-negara lain seperti Sweden, Jepun, dan China telah pun menggunakan basikal
sebagai salah satu pengangkutan awam yang utama. Basikal juga boleh dijadikan
pengangkutan ke tempat kerja sekiranya jarak tidak terlalu jauh. Pada peringkat institusi
pendidikan pula, para pelajar yang tinggal di asrama tempat pengajian digalakkan
menggunakan basikal untuk perjalanan ke fakulti mereka. Di samping itu, pertandingan
berbasikal boleh juga diperkenalkan dalam kalangan warga kampus sebagai acara sukan di
institusi pengajian tinggi berkenaan.

Sudah tiba masanya pihak kerajaan perlu bertindak secara serius untuk menjalankan
kempen berbasikal di seluruh pelosok negara. Kempen tersebut pula sewajarnya dijalankan
secara berterusan. Sememangnya, aktiviti berbasikal dapat melahirkan warga yang sihat di
negara kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Tabiat Berbasikal Pupuk

Gaya Hidup Masyarakat Sihat”, Berita Harian)

_________________________________________________________________________________________
14 SULIT
_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai