Anda di halaman 1dari 9

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 5. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ibu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang.

A. menyaji B. memberi C. mengagih D. menghidang

2. Dia akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa
_____________________ dengan buku.

A. bersamaan B. berdekatan C. bergandingan D. berdampingan

3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.

A. menutupi B. mengaburi C. melingkari D. menyelubungi

4. Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan ____________ pengganas.

A. sekawan B. sepasukan C. seangkatan D. segerombolan

5. Jambatan yang roboh itu telah dibaiki oleh penduduk kampung secara _____________

A. gotong-royong B. berganding bahu C. berhempas-pulas D. bantu-membantu

Soalan 6 hingga Soalan 10

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

6. Oleh kerana kerusi tidak mencukupi, para jemputan yang datang lewat terpaksa berdiri di luar
A B C
Dewan. Tiada kesalahan.
D

7. Hakim telah menjatuhi pesalah itu hukuman penjara seumur hidup. Tiada kesalahan

A B C D
1
8. Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum dihantar ke Zoo
A B C
Melaka. Tiada kesalahan
D

9. Setengah orang yang berkunjung ke pameran komputer ini akan diberi cenderamata.
A B. C
Tiada kesalahan.
D

10. Mereka sedang berbincang dari hati ke hati tentang cara-cara memajukan perniagaan
A B
Mereka. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 11 hingga Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

11. I "Mengapa agaknya berlainan sekali perasaan ibumu pada hari ini," luah ayah.

II Hubungan mereka tetap mesra walaupun berlainan bangsa dan agama.

Ill Mukanya kelihatan berlainan apabila disebut tentang bekas isterinya.

IV Anda berdua tidak dapat sampai ke pulau itu berlainan sekiranya menaiki bot.

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja

12. I Haji Safuan berpegang teguh pada adat dan agama.

II Dua sahabat baik itu berjalan berpegang tangan ketika melintas jalan.

Ill Nelayan yang hanyut itu berpegang pada sekeping papan.

IV Mereka berdua berpegang pada janji untuk bertemu di perpustakaan awam pada petang nanti.

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, III, dan IV

13. I Dia harus dihukum kerana mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri.

II Raju mengkhianati majikannya apabila dia tidur pada waktu pejabat.

Ill Harun tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya sebab itulah dia dianggap anak yang mengkhianati orang
tuanya.

IV Pengurus syarikat itu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan menggelapkan
wang syarikat.

2
A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, II, dan IV sahaja

Soalan 14 hingga Soalan 17

Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian
yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan
jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

14. Sebelum meninggalkaan kilang itu, setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain batik sebagai cenderamata.

A setiap orang pelawat dihadiahkan sehelai kain

B setiap pelawat dihadiahi sehelai kain

C sehelai kain batik dihadiahi setiap pelawat

D setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain

15. Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa menggunakan mesin kira.

A Semua calun peperiksaan dikehendaki

B Semua orang calon peperiksaan dikehendaki

C Peperiksaan menghendaki semua calon

D Semua calon peperiksaan dikehendaki

16. Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan.

A Kita wajib menegakkan kebenaran

B Kita harus tegak kebenaran

C Kebenaran wajib tegak

D Kita wajib tegakkan kebenaran

17. Kata orang-orang tua, anak dara tidak elok duduk di muka pintu.

A Perkataan orang tua

B Kata orang tua-tua

C Berkata orang-orang tua

D Kata orang-orang tua

3
Soalan 18 hingga Soalan 20

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

18. Malaysia lebih berminat jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan berbanding memberi

bantuan kewangan tetapi pada masa yang sama mensyaratkan negara supaya mengikut telunjuk

mereka.

A. Adalah lebih jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan daripada memberi bantuan dalam bentuk

wang ringgit sambil mensyaratkan negara supaya mengikut kehendak mereka.

B. Berbanding bantuan kewangan, teknologi pemeliharaan hutan yang disalurkan dari Barat lebih banyak

mendatangkan faedah kepada negara.

C. Malaysia mengalu-alukan teknologi pemeliharaan hutan dan bantuan kewangan yang disalurkan dari

Barat dengan syarat kita tidak perlu mengikut segala kehendak mereka.

D. Negara lebih cenderung menerima teknologi pemeliharaan hutan dari Barat daripada menerima bantuan

berbentuk kewangan yang mensyaratkan negara mengikut arahan mereka.

19. Bayi mungkin berisiko tinggi dijangkiti AIDS daripada ibu yang menjadi pembawa kuman HIV

menerusi proses penyusuan ibu.

A. Proses penyusuan bayi biasanya tidak begitu terdedah dengan kuman HIV sekiranya ibu tersebut tidak

menjadi pembawa kuman AIDS.

B. Ibu yang dijangkiti kuman HIV berkemungkinan besar mempunyai anakyang menghidap penyakit AIDS

jika anak itu menyusu badan.

C. Kuman HIV boleh merebak melalui penyusuan ibu jika tidak dielak dan dicegah secepat mungkin.

D. Ramai kanak-anak menjadi pembawa kuman HIV lantaran ibu mereka menghidap HIV.

20. Para lepasan sekolah tidak perlu berasa kecewa sekiranya mereka tidak berpeluangmelanjutkan

pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.

A. Pusat-pusat pengajian tempatan banyak menyediakan peluang belajar kepada pelajar lepasan sekolah.

B. Rasa kecewa tidak perlu wujud di dalam hati lepasan sekolah jika mereka tidak ditawarkan melanjutkan

pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

C. Kekecewaan selalu melanda diri para pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan seterusnya gagal dalam

hidup.

D. Lepasan sekolah biasanya berusaha untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.

4
BAHAGIAN B

[15 markah]

1. Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke mari menghalau burung-burung
yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang dijemur.
Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju
ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang
diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya kembali dari menghalau burung-burung itu maka
didapatinya bekas tangan anak yatim itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti
bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya
itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi
dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh yang empunya padi tadi. Ketika yang empunya padi
mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi.
Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut
anak yatim piatu itu. Dipaksanya anak yatim piatu itu untuk mengembalikan padi yang dicurinya, sebutir pun tidak
boleh ada yang ketinggalan. Ia sama sekali tidak mahu memperkenankan padinya, biar sebutir pun, dicuri dan
dibawa ke bumi.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”,

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan prosa tradisional ini, apakah tindakan empunya padi setelah mendapati padinya
dicuri oleh anak yatim piatu itu?
__________________________________________________________________________________

[3 markah]
(ii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan prosa tradisional ini?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

[2 markah]

5
2. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

PANTUN DUA KERAT (Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sifat,

Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,

Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

(i) Nyatakan tiga Buah

nasihatsintang buah senikul,
yang disampaikan berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Satu memegang satu memikul.
__________________________________________________________________________________
[3 markah]

(ii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun ini?

__________________________________________________________________________________
Mohd Yusof Md
__________________________________________________________________________________
Nor dan
__________________________________________________________________________________
[3 markah]
Abd Rahman Kaeh

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita harus mengelakkan sikap malas?
__________________________________________________________________________________
(Dipetik daripada antologi
__________________________________________________________________________________
Kuingin Berterima Kasih,
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) [4 markah]

6
BAHAGIAN C
[15 markah]

8 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

_________________________________________________________________________________________

7
_____________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_Soalan Tamat_
8
9

Anda mungkin juga menyukai