Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

Jawab semua soalan dan hitamkan jawapan anda di atas kertas objektif yang telah disediakan.

Soalan 1 hingga soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Mereka yang terlibat dalam lumba lari 100 meter sudah bersedia di garisan permulaan. A upacara C aktiviti B istiadat D acara 2. Kilang barang-barang kitar semula itu telah beroperasi lebih daripada lima tahun. A mengolah C menyelidik B memproses D membuat 3. Nasihat ibu masih di telinga Aminah walaupun ibunya sudah lama meninggal dunia. A bermain-main B terngiang-ngiang C terdengar-dengar D terbayang-bayang 4. Gambar yang tersangkut dinding itu terjatuh kerana pakunya tertanggal. A kepada C pada B dengan D atas 5. Beberapa tembakan dilepaskan oleh pihak polis ke arah kumpulan perompak itu. A das C buah B biji D ketul

Soalan 6 hingga soalan 7 berdasarkan gambar yang diberikan.

6. Beberapa orang peserta yang menyertai ekspedisi hutan itu telah tersesat. A menggempur C merempuh B meredah D meneroka

7. Jamal mencari rumah pak ciknya alamat yang diberikan oleh ayahnya. A berasaskan C berpandukan B berdasarkan D berlandaskan

Soalan 8 hingga 14 Ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Fareez akan menghadapi peperiksaan A Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini. Dia berharap dapat menjawab B dengan lancar setelah mereka berusaha dan C bertawakal. Tiada kesalahan. D 9. Dahan-dahan pokok itu dicantas oleh A Pihak berkuasa tempatan kerana ia B menghalang pemandangan pemandu. C Tiada kesalahan. D 10. Para petani-petani di jawa Tengah A terpaksa berhijrah ke Bandar kerana B musim kemarau berpanjangan yang melanda tempat mereka. Tiada kesalahan. C D 11. Mereka-mereka saling bertukar pendapat A pada pertemuan yang tidak dirancang itu. B C Tiada kesalahan. D

12. Para remaja di negara ini diingatkan agar A melakukan kegiatan-kegiatan yang B berfaedah sementara menunggu keputusan peperiksaan. Tiada kesalahan C D 13. Siapa-siapa yang belum mengisi borang A dikehendaki berbuat demikian sekarang juga. B C Tiada kesalahan D 14. Fong Ling dan Ling Wah ke dapur serta A B C makan nasi. Tiada kesalahan D Soalan 15 hingga soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Baju itu agak besar untuk badannya yang agak kurus. II Ruang tamu rumahnya sungguh besar. III Ibu Syamim berperut besar sekarang. IV Badan adik lebih besar berbanding badan abangnya. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV 16. I Jalan di hadapan sekolah itu sentiasa sibuk. II Saya hanya jalan kaki ke sekolah. III Perniagaannya tidak jalan kerana tiada pembeli. IV Azman mencari jalan untuk menolong Azri.
2

A B C D

I dan II II dan III I dan IV III dan IV

20.

17. I Tulisan Anim sangat serong. II Jangan memandang serong terhadapnya. III Budin mempunyai niat serong terhadap Khairul. IV Potong serong cili merah ini. A IV sahaja B II dan III C I, II dan III D I, II, III dan IV

Sebelum pulang ke rumah, Encik Fitri membeli goreng pisang di gerai itu. A terbeli goreng pisang B membelikan pisang goreng C membeli pisang goreng D membeli goreng pisang Encik Amer menjemput sesiapa-siapa jua yang lalu di hadapan rumahnya singgah ke rumahnya kerana beliau membuat rumah terbuka. A sesiapa jua yang lalu B siapa-siapa jua yang lalu-lalang C apa-apa jua terlalu D sesiapa-siapa juga yang lalu

21.

Soalan 18 hingga soalan 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Pesilat itu melompat sambil memusingkan badan mereka untuk mengelak tikaman lawan. A memusingkan badan saya B memusingkan badannya C memusingkan badan dia D memusingkan badan mereka 19. Menggeletar dan gugup saya sebenarnya ketika pertama kali berucap di hadapan orang ramai. A Gugup dan menggeletar saya sebenarnya B Saya sebenarnya tergugup lalu menggeletar C Sebenarnya saya gugup dan menggeletar D Menggeletar dan gugup saya sebenarnya

Soalan 22 hingga soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan guru-guru bagi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. A Pelajaran anak-anak haruslah diambil berat oleh guru-guru di sekolah. B Ibu bapa haruslah menggembleng tenaga dengan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak mereka. C Guru-guru mempunyai kuasa sepenuhnya dalam memastikan kejayaan para murid. D Ibu bapa dan anak-anak harus memberikan kerjasama dengan guruguru untuk mendapat kejayaan. Orang ramai digalakkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam keadaan ekonomi meleset ini. A Sikap berjimat cermat amat perlu bagi orang ramai apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi.

23.

B Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang ramai harus sedar akan tanggungjawab untuk berjimat cermat. C Untuk memastikan ekonomi negara kembali teguh, orang ramai haruslah berjimat cermat.. D Dalam keadaan ekonomi yang meleset, orang ramai dipaksa mengamalkan sikap berjimat cermat. 24. Penuntut Malaysia di luar negara sering mendapat sanjungan kerana mempunyai disiplin yang baik. A Pelajar-pelajar Malaysia mendapat keutamaan di luar negara kerana disiplin mereka yang tinggi. B Disiplin yang baik dalam kalangan penuntut Malaysia di luar negara menyebabkan mereka disanjung. C Disiplin yang tinggi dalam kalangan penuntut Malaysia di negara asing menyebabkan mereka diberi pujian. D Mendisiplinkan pelajar-pelajar kita di luar negara sangat penting bagi menaikkan nama Malaysia.

A B C D

I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

26. I Pengeboman oleh tentera penceroboh di Iraq menyebabkan beratus-ratus penduduk terbunuh. II Hazim terhutang budi kepada Haji Latif kerana telah menolongnya dalam kemalangan tempoh hari. III Buku itu diletakkan oleh saya di atas meja di bilik guru. IV Banyak remaja terlibat dalam penagihan najis dadah termasuklah remaja perempuan. A B C D I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

Soalan 25 hingga soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25. I Nora Asyikin dan Aida Syakila ialah guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana Indah. II Pramugari itu sungguh cantik lalu sopan santun. III Penempatan setinggan di bandar-bandar besar semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. IV Kawasan pedalaman Pahang dinaiki air setelah hujan lebat selama tiga hari berturut-turut.
4

27. I Kejadian rusuhan penonton bola sepak sukar ditangani kerana kekurangan anggota polis. II Pengerusi majlis telah mempersilakan penceramah untuk menyampaikan ceramahnya. III Penceramah itu telah memberi ulasan selari siaran langsung bola sepak Piala Malaysia. IV Pemukul golf itu telah melakukan lambungan yang menarik dalam pertandingan Golf Master 2005. A B C D I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28. Ah Seng memang tidak suka membuat sebarang kerja yang diberikan oleh guru atau ibu bapanya. Setiap kali disuruh barulah dia membuatnya. Sikapnya ini dikatakan A seperti pahat dengan penukul B hanya jauhari yang mengenal manikam C cubit paha kiri, paha kanan akan terasa D seperti anjing dengan kucing 29. Rosdi bukanlah seorang pelajar yang pintar tetapi dengan kerajinan dan ketekunannya, dia telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang lalu. Kecemerlangan ini menggambarkan bahawa A berat mata memandang berat lagi bahu memikul. B belakang parang kalau diasah lagikan tajam C sehari selembar benang lama-lama menjadi kain D alah biasa tegal biasa 30. Rizal berniaga secara kecil-kecilan sementara menunggu keputusan STPM yang didudukinya. Hal ini diibaratkan A kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya B berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak C berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing D alah membeli menang memakai

Soalan 31 hingga 35. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cikgu Harun bukannya garang sangat. Akan tetapi kerenah Ahmad sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang senang dalam jiwa mudanya. Dan rasa kurang senang itu sering dilepaskan kepada Ahmad setiap pagi sehingga membuatkan budak hingusan itu termangu-mangu dan tersipu-sipu. Malu barangkali. Cikgu Harun bertanyakan soalan yang sama setiap pagi juga ada tujuannya. Sekurang-kurangnya Ahmad akan mendesak ibu bapanya untuk membeli sepasang kasut untuk ke sekolah. Dia tahu jika dia tidak ambil kisah, perkara itu akan berlarutan. Malahan, anak-anak yang lain pula akan ambil kesempatan. Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu. Mereka sudah mangli dengan keadaan sedemikian. Kasut bukanlah satu barang penting dalam hidup mereka. Lepas ini kita akan ke padang untuk bersenam, ujar Cikgu Harun selepas merungut-rungut tentang Ahmad yang tidak berkasut. Murid-murid segera menukar pakaian. Cuma Ahmad sahaja yang tidak berbuat demikian. Di padang, murid-murid darjah tiga bermain riang. Semuanya memakai pakaian sukan yang lengkap. Mata Cikgu Harun sekali lagi tertumpu kepada Ahmad. Dia masih lagi memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar. Kemarahan Cikgu Harun tiba-tiba datang semula. Ahmad, mari sini! panggil Cikgu Harun segera. Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduktunduk seperti ayam kalah menyabung. Kenapa tak tukar pakaian? Cikgu Harun terus bertanya. Ahmad tidak menjawab. Dia ketakutan. Pasti. (Dipetik daripada cerpen Kasut Kelopak Jantung, antologi Kasut kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 31. Apakah masalah utama Cikgu Harun apabila dia memikirkan anak muridnya, Ahmad? A Ahmad tidak mempunyai pakaian yang cantik seperti murid-murid lain. B Ahmad tidak boleh menyesuaikan diri dengan murid-murid lain. C Ahmad tidak mahu bersenam seperti murid-murid lain. D Ahmad tidak memakai kasut ke sekolah. 32. Apakah bukti yang menunjukkan Ahmad seorang murid yang miskin? A Dia tidak memakai kasut manakala pakaiannya sudah kusuh.
6

B Dia tidak pernah menukar pakaian sekolahnya. C Kasut bukanlah satu barang yang penting baginya. D Dia tidak membawa wang ke sekolah. 33. Cikgu Harun bukannya garang sangat.

Ayat di atas menunjukkan perwatakan Cikgu Harun yang A sangat garang B selalunya garang C hanya garang pada waktu-waktu tertentu D tidak pernah bersikap garang terhadap anak muridnya.

34.

Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.

Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan dalam petikan cerpen di atas? A Perlambangan B Metafora C Simile D Personafikasi

35. Berdasarkan cerpen ini, peristiwa manakah yang berlaku pada awal cerita? A Cikgu Harun menerima ucapan selamat pagi daripada murid-muridnya. B Cikgu Harun teringat akan anak muridnya yang bernama Ahmad. C Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan hadiah. D Cikgu Harun memarahi Ahmad di dalam kelas.

Soalan 36 hingga 40. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak bercakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. 36. (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 37. Antara berikut, baris manakah yang memperlihatkan kesan baik daripada sikap manusia? A Hati terang senang B Malas bergerak tidak berasa C Busuk nama menipu mencuri D Banyak bercakap banyak bohong Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian tolong kemas. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam.

Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang.

Rangkap pantun di atas menekankan sikap seseorang itu mestilah A berani B berusaha C penyayang D merendah diri
7

38. Apakah jenis gaya bahasa yang digunakan dalam rangkap kedua puisi ini? A Metafora B Inversi C Simile D Pengulangan 39. Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat dalam puisi ini kecuali A kita mestilah rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu B kita tidak boleh melibatkan diri dengan gejala negatif C kita perlu mengelakkan diri daripada banyak berkata-kata D kita perlu meminta bantuan sekiranya berada dalam kesusahan

40. Antara berikut, yang manakah bukan ciri puisi ini? A Rima bagi semua rangkap ialah aa B Tidak mempunyai pembayang maksud C Semua rangkap mempunyai dua baris sahaja D Jumlah perkataan dalam baris antara empat hingga enam patah perkataan

BAHAGIAN B Bahagian B (i) Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk memastikan program kitar semula berjaya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Setiap hari, rakyat Malaysia membuang kira-kira 15 ribu tan sampah. Kian hari, kita kian kesempitan ruang untuk menampung tempat pelupusan sampah ini. Sampah dapat menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar. Sampah yang terbiar dan bersepah-sepah menjadi tumpuan haiwan pembawa pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui program kitar semula, sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya dapat mengawal penyakit daripada merebak. Negara kita sedang berhadapan dengan masalah pembuangan sisa pepejal yang serius kerana tempat pelupusan sampah yang ada begitu terhad dan tidak mampu menampung jumlah sampah yang banyak. Kerajaan terpaksa membelanjakan beratus-ratus juta ringgit setahun untuk menampung masalah ini. Beberapa langkah dapat diambil bagi memastikan program kitar semula berjaya. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula perlulah dipupuk dari awal lagi. Ibu bapa dan guru perlu melatih pelajar mengamalkan cara yang betul untuk membuang sampah. Polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semulajuga perlu digubal oleh kerajaan. Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar. Peranan media massa juga penting dalam memastikan program kitar semula ini mencapai matlamatnya. Iklan tentang kitar semula haruslah disiarkan dari semasa ke semasa bagi memberikan impak positif kepada masyarakat terhadap kempen ini. Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula perlu memperbanyak tong sampah dan pusat kitar semula bagi memudahkan masyarakat mengumpulkan barang buangan. Badan bukan kerajaan pula perlu menubuhkan persatuan atau badan tertentu untuk menjayakan projek kitar semula. Hal ini demikian kerana kitar semula dapat menjimatkan sumber. Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan pembuangan sampah sehari-hari. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berkesankah Kitar Semula?, oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa, Jun 2008) [10 markah]

[10 markah]
10

Pemahaman Berdasarkan petikan bahagian A(i) jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud menjimatkan sumber berdasarkan petikan.

[2 markah] 2. Berdasarkan petikan, berikan dua peranan pihak swasta demi memastikan program kitar semula berjaya.

[4 markah] 3. Pada pandangan anda, apakah kebaikan kitar semula kepada masyarakat?

[4 markah]

11

12

Anda mungkin juga menyukai