Anda di halaman 1dari 13

PT3 2017

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih,
13600 Perai, Pulau Pinang

UJIAN BERTULIS 2 JAM

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


02

ARAHAN :

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.


2. Tulis nama dan angka giliran pada ruangan yang telah disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruangan jawapan yang disediakan
dalam kertas soalan ini.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada guru yang mengawasi
peperiksaan pada akhir peperiksaan tersebut.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA


NAMA PEMERIKSA:
SOALAN MARKAH MARKAH
PENUH DIPEROLEH
1 8
2 3
3 10
4 4
lay
Me
ha
sa

5 10
u

6 10
7 10
8 15
9 30
JUMLAH 100

NAMA :................................................................................................

TINGKATAN : ................................................................................
RS/ Halaman 6

Disediakan oleh: Disemak oleh :

......................................... ...........................................

SMKTI/PT3/PPT/2018
Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A , Bahagian B, Bahagian C dan satu
soalan daripada Bahagian D.

BAHAGIAN A ( 25 markah)

1. Dalam petikan di bawah terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat


kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Puan Maria telah membayar wang permulaan untuk membeli sebuah banglo mewah di
pinggir ibu kota. Beliau amat berminat dengan keadaan persekitaran yang tenang dan
mendamaikan itu. Anak-anaknya pula tertarik oleh rekabentuk banglo tersebut yang
moden dan sesuai untuk generasi Y seperti mereka. Selain itu juga pihak pemaju telah
berjanji akan menyediakan kemudahan wi-fi secara percuma kepada semua penghuni di
kawasan tersebut.
I) __________________________________
II) __________________________________
III) __________________________________
IV) __________________________________
[8 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut . Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik mengharapkan supaya kami
sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.

________________________________________

(ii) Ajensi kerajaan dan swasta digesa agar membuka peluang kepada golongan kurang
upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.

________________________________________

(iii) Kemunculan pelbagai kumpulan nasyid popular pada akhir tahun 1990an telah
diterima bukan sahaja oleh mereka yang berlatarbelakangkan agama, malah turut diminati
oleh masyarakat umum yang mempunyai pelbagai aliran pemikiran dan cita rasa.

________________________________________

[3 markah]
RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
3. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

(i) Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
baharunya.

_______________________________________________________________________

(ii) Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai.

_______________________________________________________________________

(iii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

_______________________________________________________________________

(iv) Kalian perlu menyiapkan tugasan itu sebelum matahari terbenam di ufuk barat.

_______________________________________________________________________

(v) Kita akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen Kanun Jenayah Berat.

_______________________________________________________________________

[10 markah]

4. Jelaskan maksud peribahasa yang diberikan.


(i). Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(ii). Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[4 markah]
RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

5. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sayup mata memandang. Tenang hati Alif ketika menyeluruhi peta kemas di
hadapannya. Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah terasa-
rasa mesra di penjuru mata. Ya, abah tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya
berbisik.

Kesyukuran terjarum menusuk hati. Ini ganjaran daripada sebuah kesabaran. Ini
imbuhan daripada sebuah keredaan. Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga.
Terima kasih yang tidak terkimah, emak, selalu mendidik anakmu ini makna syukur,
sabar dan reda.

Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah
motosikal hamper melanggarnya. Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman
apabila bersabung pandang dengan sipenunggang motosikal.
(Dipetik daripada Menuai Emas, antologi “Baik Budi Indah Bahasa”,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn Bhd)

(i) Nilai-nilai murni sangat penting pada seseorang insan. Berikan nilai yang boleh
dicontohi berdasarkan petikan cerpen tersebut.
[3 markah]

(ii) Berdasarkan cerpen Menuai Emas, nyatakan dua perwatakan Alif.


[3 Markah]
RS/ Halaman 6

(iii) Setiap murid disarankan agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk


menggapai impian.

SMKTI/PT3/PPT/2018
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif jika kita Berjaya menggapai impian
tersebut?
[4 markah]

6. Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BURUNG NURI

1 Bermula warkah surat rencana, 5 Sudahlah nasib untung yang malang,


Ikatan fakir yang sangat hina, Mengambah lautan berulang-ulang,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Daripada pendapat kurang sempurna Senantiasa di dalam nasib dan
walang.

2 Gerangan sungguh amatlah leta, 6 Hanyutlah badan ke sana ke mari,


Perinya akal gelap-gelita, Segenap pesisir desa negeri
Hemat pun rendah daif berserta, Bertambahlah pula sopan dan
Tambahan badan miskin dan nista. negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

3 Beribu ampun kiranya tuan, 7 Bangun terjunun badan suatu,


Atasnya hulu fakir nistawan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Daripada masyghul gundah merawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Terperilah madah patik nin tuan. Remuk dan redam hancur di situ.

4 Dituliskan sahifah supaya nyata, 8 Remuk dan redam rasanya hati,


Barang yang ghairah di dalam cinta, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Terfikir-fikir bukan menderita, Jikalau kiranya hamba turuti,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd Yusof Md Nor dan


Dr.Abd. Rahmad Kaeh (Penyelenggara)
RS/ Halaman 6

Puisi Melayu Tradisi, 1996


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Berdasarkan rangkap pertama dalam Syair Burung Nuri, nyatakan ciri-ciri rendah diri yang
ada pada diri penyair. (3 markah)

SMKTI/PT3/PPT/2018
(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap kelima Syair Burung Nuri. (3
markah)

(iii) Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada dilanda cabaran pada zaman yang
moden dan maju ini.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut? (4
markah)

RS/ Halaman 6

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 2.

NOVEL TINGKATAN 2

SMKTI/PT3/PPT/2018 JALAN KE PUNCAK


Karya Juri Durabi
Berdasarkan novel yang anda kaji semasa di Tingkatan 2, huraikan tiga latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.

BAHAGIAN C
( 15 Markah)

8. Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut,
RS/ Halaman 6

tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

SMKTI/PT3/PPT/2018
[15 markah]

BAHAGIAN D

[30 markah]
RS/ Halaman 6

Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan
yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.

SMKTI/PT3/PPT/2018
(i) Anda telah mengunjungi sebuah carnival kebudayaan yang diadakan di kawasan
tempat tinggal anda.

Ceritakan pengalaman anda semasa mengunjungi carnival tersebut.

(ii) Malaysia ialah sebuah negara yang unik dari segi budaya kerana rakyatnya yang
berbilang kaum.

Jelaskan keunikan-keunikan budaya rakyat Malaysia.

(iii) Sebagai setiausaha sebuah Kelab Seni Budaya sekolah , anda diminta untuk
menyediakan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Tulis laporan anda selengkapnya.


RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018
##############################################################################

KERTAS SOALAN TAMAT

RS/ Halaman 6

SMKTI/PT3/PPT/2018

Anda mungkin juga menyukai