Anda di halaman 1dari 23

SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd.

Haikal Aminuddin)

A MAKSUD

RANGKAP 1

Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-
ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang
khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam
mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat
akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.

RANGKAP 2

Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia
mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang
Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan
terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis
berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada
waktu yang ditetapkan oleh-Nya.

RANGKAP 3

Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata


keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian
dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa insaf dan
taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam
sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak
atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah
dilakukannya sebelum ini.

RANGKAP 4

Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh
perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu,
dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama
digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada
Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan
sisa-sisa hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.

RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia
yang taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan
mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar
dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk
sementara waktu sahaja.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal
ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan
diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap
agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

Persoalan

(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.

(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.

(c) Kepentingan didikan agama

(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.

(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

C GAYA BAHASA

(a) Metafora

Buktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa Arab


Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kata

Buktinya, di sejadah rindu


di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh

(d) Sinkope
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon

(e) Responsi

Buktinya, izinkan aku menjadi manusia


agar aku tidak lupa

D NILAI MURNI

(a) Keinsafan

(b) Kepercayaan kepada Tuhan

(c) Rasional

(d) Kesyukuran

(e) Ketaatan

(f) Hemah tinggi

(g) Keikhlasan

(h) Kejujuran

(i) Keberanian

E PENGAJARAN

(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang
sebenar.

(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa
Tuhan yang Maha Esa.

(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan


terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang
hidup yang dikurniakan kepada kita.

(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama
dengan penuh ketakwaan.

(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan
daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.

(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa
agar hidup menjadi lebih tenang.

(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak
menyesal kemudian hari.

(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi
ketenangan hidup pada usia tua
 SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

RANGKAP SAJAK MAKSUD

Rangkap 1 Kuhantar  kau mengecapi Penyajak menghantar


angin baru anaknya menghirup udara
udara lain dari kampung kehidupan yang baharu di
bendang kuningmu Bandar kerana anaknya
bumantara asing dari yang akan melanjutkan
sering kaumesrai pelajaran di sana.  Oleh
yang sama sekali berbeza sebab suasana dan
dengan suasana suntimu persekitaran Bandar dan
kau nikmatilah angin dan kampung jauh berbeza,
udara ilmu itu penyajak berharap agar
memesrai azimat dan tangkal anaknya dapat
dari tangga gading. menyesuaikan diri di
bandar.  Beliau juga mahu
anaknya menimba
pengalaman baharu di
universiti yang bakal
mengubah kehidupan
anaknya sebagai
mahasiswa di universiti

Rangkap 2 Kulepaskan kau menjadi Penyajak sanggup


burung putih membenarkan anaknya
dengan sayap berkembang hidup di bandar untuk
menongkah awan perak dan meluaskan pengalaman
kabut dingin kehidupannya.  Hal ini
mengenal kalimat hujan dan demikian kerana penyajak
bilah petir mahu melatih anaknya
menyelit antara sembilu agar tabah menghadapi
nasib cabaran dalam kehidupan
dan waras akal. agar dapat mematangkan
diri.  Dengan berbuat
demikian, pemikiran
anaknya menjadi lebih
matang dan bijaksana
menghadapi segala
cabaran dalam
kehidupannya sebagai
seorang mahasiswa agar
dapat berjasa kepada
keluarga, bangsa dan
negara pada  masa 
hadapan.

Rangkap 3 Di awan kampus yang sarat Penyajak beranggapan


ilmu bahawa universiti ialah
hadir sihir angin bernafas api tempat yang kaya dengan
di pohon kampus yang tegar ilmu pengetahuan untuk
status ditimba oleh anak
berceracak selumbar noda gadisnya.Walau
mengabur fikir bagaimanapun, penyajak
di padang kampus yang hijau beranggapan bahawa
pertimbangan banyak pengaruh negatif 
tumbuh gunung ego juga tersebar luas di sana. 
menghalau pekerti. Oleh hal yang demikian,
penyajak berharap agar
anaknya dapat membuat
pertimbangan dan
keputusan yang terbaik
buat dirinya agar dapat
mengelakkan sikap negatif
seperti sombong.

Rangkap 4 Pandai-pandailah kau terbang  Penulis berhadap agar


menongkah awan mulus dan anak perempuannya yang
kabus dingin belajar di universiti bijak
jangan kau pulang menyesuaikan diri dan
dengan percikan duka dan belajar dengan
balutan luka bersungguh-sungguh di
di sayapmu yang patah bandar terutamanya dia
yang terpaksa berjauhan
daripada keluarga. Dengan
kejayaan yang dikecap
oleh anaknya, dia dapat
mengembangkan sayapnya
demi masa depannya yang
lebih cerah. Sebaliknya,
penulis berharap agar
anaknya tidak mudah
berputus asa lalu pulang ke
pangkuannya. Hal ini
dikatakan demikian kerana
penulis mahu anaknya
menjadi seorang perantau
yang tabah menghadapi
segala cabaran dalam
kehidupan harian.

B TEMA DAN PERSOALAN

Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang
bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis
berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang
berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar
anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar
mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai
cabaran dalam kehidupan.

Persoalan

(a) Kepentingan pendidikan demi masa depan

(b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.

(c) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.

(d) Cabaran hidup di bandar

(e) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa

(f) Nasihat ibu bapa kepada anak

C GAYA BAHASA

(a) Sinkope

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru


udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
Kulepaskan kau menjadi burung putih
Pandai-pandailah kau terbang
jangan kau pulang
(b) Responsi

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru


kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan

(c) Anafora

Buktinya, Di awan kampus yang sarat ilmu


di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan

(d) Metafora

Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir


menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

(e) Perlambangan

 kebebasanà- Buktinya, burung 

kesedihan yang disebabkan oleh cabaranàsembilu 

universititangga gading 

(f) Imejan atau imej alam

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih


menongkah awan perak dan kabut dingin

mengenal kalimat hujan dan bilah petir

menyelit antara sembilu nasib

Di awan kampus yang sarat ilmu

hadir sihir angin bernafas api

di padang kampus yang hijau pertimbangan

tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

menongkah awan mulus dan kabus dingin

D NILAI MURNI

(a) Kasih sayang

(b) Kesungguhan

(c) Kegigihan

(d) Ketabahan

(e) Ketaatan

(f) Hemah tinggi

(g) Berdikari

(h) Kesabaran

(i) Kebijaksanaan

PENGAJARAN

(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita
sukai.

(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada
masa depan.

(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi


mematangkan diri.

(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah ke bandar.

(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia
di mana-mana sahaja kita berada.

(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya
tidak terlalu bergantung pada orang lain.

(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita
agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat
menghadapi cabaran dalam kehidupan

RANGKAP PERSOALAN NILAI PENGAJARAN

Rangkap 1 Perbezaan Berdikari Kita mestilah memberikan


kehidupan di kebebasan kepada anak-
antara anak kita agar mereka
kampung mampu untuk berdikari
dengan
kehidupan di
menara gading

Rangkap 2 Keberanian Keberania Kita mestilah


seorang bapa n membenarkan anak-anak
yang kita melanjutkan pelajaran
melepaskan di tempat lain agar mereka
anak gadis dapat menambahkan
suntinya untuk pengalaman dalam hidup
menuntut ilmu
di menara
gading

Rangkap 3 Kehidupan di Kecekalan Kita mestilah cekal


kampus yang  menghadapi dugaan hidup
banyak
cabaran

Rangkap 4 Kemampu Kerajinan Kita mestilah rajin belajar


mengharungi
kehidupan
yang  sukar.

Harapan ibu
bapa untuk
melihat
kejayaan anak
dalam
pelajaran
SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  (Teo Wei Sing)

RANGKAP MAKSUD
Aku selalu didatangi Penulis berkata bahawa setiap malam yang
malam sepi dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang
bagai kalung
tidak pernah membawa apa-apa perubahan
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri
siapa yang akan dayang sendiri sama ada anaknya akan datang
menjengukku menjenguknya. Oleh hal yang demikian,
keluhan seorang tua sunyi. penulis yang mengeluh telah meluahkan
kesunyiannya pada usia tua dengan harapan
hari-hari tuanya akan menjadi lebih
bermakna.

Keheningan tasik   Penulis hanya dapat membayangkan


kehijauan rumput ketenangan hidup dan kesegaran usia
hanya menjadi bayangan
mudanya yang pernah dilaluinya pada usia
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai muda. Pada usia tua yang semakin terbatas
dari sulung ditendang ke bongsu ini, penulis meluahkan perasaan kecewanya
dari angah ditendang ke sulung terhadap anak-anak yang kian melupakan
balik ibu yang pernah mengandungkannya. Hal ini
kucari erti hidup dikatakan demikian kerana anak-anaknya
menderita mengerang sakit
tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu
berdiri tanpa ruang.
yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari
rumah seorang anak ke rumah seorang anak
yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
Hal ini menyebabkan penulis berfikir tentang
erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar
kerana dia tidak mempunyai tempat untuk
mengadu sakit waima meneruskan
hidupnya.

Aku bagi mereka   Penulis berkata bahawa dirinya sebagai


tiada makna seorang ibu seolah-olah tidak bermakna
anakku bakaku kepada anak-anak kandungnya. Penulis juga
baik setia mahupun derhaka berharap agar anak-anaknya insaf akan
semoga disirami benih keinsafan kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar
tidak terus menjadi anak yang derhaka.
menjadi penawar dalam hati
Penulis ingin menegaskan bahawa setiap
embun cinta atasi angin dingin manusia akan melalui kehidupan, ketuaan,
jangan terpegun dan kematian. Oleh hal yang demikian,
ada yang mati penulis berharap agar kesedihan dan
ada yang hidup kepiluan rasanya dapat diubati dengan kasih
tiada yang kekal kecuali Tuhan. sayang dan keprihatinan daripada anak-
anaknya.
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

TEMA- Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh


golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam hidupnya
kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya. 
Penyair berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan
keinsafan lalu  datang melawatnya dan memberi kasih sayang
seperti dia menyayangi anak-anak semasa mereka masih kecil.

Persoalan

(a) Kesunyian hidup pada usia tua.

(b) Kasih sayang ibu kepada anak.

(c) Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.

(d) Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak

(e) Harapan ibu bapa kepada anak.

(f) Kesepian hidup sendirian pada usia tua.

(g) Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.

(h) Hidup dan mati ketentuan Tuhan

C GAYA BAHASA

(a) Personifikasi

Buktinya, malam sepi


semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati

(b) Simile

Buktinya, bagai kalung


(c) Sinkope

Buktinya, yang melingkari leherku


siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku

(d) Anafora

Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu


dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup

(e) Responsi

Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu


dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(f) Metafora

Buktinya, Keheningan tasik


kehijauan rumput
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin

(g) Imejan atau imej alam

Buktinya, Keheningan tasik


kehijauan rumput

D NILAI MURNI

(a) Kasih sayang

(b) Ketabahan

(c) Ketaatan
(d) Berdikari

(e) Kesabaran

(f) Bertanggungjawab

E PENGAJARAN

(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa


mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga
hari tua mereka.

(b) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi


mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.

(c) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka
selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk
mereka.

(d) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri


supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu
tua.

(e) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa


kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

(f) Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan


menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta
membahagiakan mereka

BENTUK SAJAK
.
1.          Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2.          Bilangan baris dalam setiap rangkap  tidak sama.   Rangkap


pertama mengandungitujuh baris, rangkap kedua
mengandungi sepuluh baris,  dan rangkap ketiga
mengandungi sebelas baris.

3.          Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak  tidak sama,  iaitu
antara  dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4.          Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat
hingga tiga belas suku kata.

5.          Rima akhir sajak ini ialah rangkap


pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap
ketiga: aabacdefdgc

6.          Sajak ini berbentuk  bebas atau tidak terikat

LATIHAN PENCERNAAN UNSUR KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP


BERERTI  :
UNSUR KOMSAS HURAIAN /
CONTOH
1.     Nilai keinsafan.  Kita hendaklah berasa insaf penyajak sedar dan
dan sedar insaf bahawa yang
bahawa kehidupan di kekal hanyalah Tuhan.
dunia hanya
sementara danTuhan
sahaja yang kekal.

2.     Nilai kasih sayang.  Ibu bapa mestilah bersikap  kasih sayang


penyayang terhadap penyajak yang makin
anak-anak supaya berusia terhadap
kehidupan anak-anak itu anak-anaknya tetap
mendapat berkat. utuh walaupun
mereka
menderhakainya.

3.     Nilai ketabahan.  Kita haruslah tabah Penyajak tetap tabah


menghadapi dugaan dalam mengharungi
hidupagar tidak dirundung kehidupan seorang
rasa putus asa diri dan kesunyian
walaupun tidak
dihiraukan oleh anak-
anaknya

4.     Nilai bertanggungjawab.  Ibu bapa hendaklah Penyajak seorang


sentiasabertanggungjawab yang
terhadap anak- bertanggungjawab
anak supaya mereka kerana mendoakan
memperoleh keredaan ibu anak-anaknya
bapa menerusi doa dan dikurniakan keinsafan
restu.

5.     BERJASA anak-anak tidak boleh Penyajak berasa


mengabaikan ibu yang
kecewa kerana
melahirkan dan
membesarkan mereka jasanya yang
membesarkan anak-
anaknya tidak
dihargai
6.     keikhlasan Ibu bapa hendaklah sentiasa Penyajak mendoakan
mendoakan kesejahteraan
kesejahteraan hidup
dan kebahagian anak-anak
agar mereka sedar bahawa anak-anaknya
kasih saying ibu bapa tetap walaupun mereka
ikhlas tidak mengenang
jasanya yang
melahirkan mereka
SAJAK KUDUP PERANG 
(TUAH SAUJANA)

Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

RANGKAP SAJAK MAKSUD


Rangkap 1 Sementara dia bergelar Penyajak mengatakan
panglima bahawa pemimpin perang
laskar perang; yang terus- yang sedang berkuasa
menerus akan sentiasa membuat
membajakan kezaliman – kezaliman dan menyimpan
sering perasaan dendam. Walau
mengudupkan putik dendam bagaimanapun, penyajak
kita masih perlu berterima masih bersyukur kerana
kasih berpeluang menikmati
kepada jari-jemari takdir kehidupan sambil mencari-
kerana membenarkan cari pahlawan sejati.
sepasang mata
untuk berlari dengan tangan
bergari
sempat juga menadah
sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil
bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Rangkap 2 Memang kita tidak sempat Penyajak sedar bahawa
menjenguk kita yang hidup pada
ke luar jendela; sewaktu fajar zaman ini tidak berpeluang
menghembus menjadi saksi
ringkik kuda, gemerincing pertelingkahan antara
pedang pusaka mereka. Perlbagai
dan darah yang tiba-tiba kekeliruan tentang
membuak kepahlawanan sebenar
di daerah angkara – perciknya menyebabkan manusia
menumbuhkan kelopak rahsia tertanta-tanya tentang
dalam keliru, tertanya-tanya pemimpin sebenar yang
kita benar-benar
tangan mana yang berkewibawaan mencipta
memenggal sejarah.
leher sang pendusta?
Rangkap 3 Andai namamu Tuah, kita Penyajak tidak mahu
masih menyanjung tuah sebagai
tidak mahu pendekar paling gagah
menyanjungnya pendekar kerana kesetiaan tuah
paling gagah yang tidak berbelah bahagi
kerana takhta setia terbina terhadap istana. Oleh itu,
di istana wangsa Tuah tidak akan bersikap
bukanlah penjamin kukuhnya saksama walaupun adanya
pasak saksama pendustaan sehingga
sesekali turut direntakan daki sanggup membiarkan
pendusta kesengsaraan berlaku di
melekatlah selumbar sengsara kota.
di tiang maruah kota
Rangkap 4 Andai namamu Jebat, kita Penyajak juga tidak
masih tidak menganggap Jebat sebagai
menggelarnya sebagai sebagai pengkhianat
pengkhianat kerana dia masih
kerana kita masih menangisi mengingati perjuangan
peta keadilan yang tersirat – Jebat mempertahankan
nun, karam keadilan. Namun, pengikut
di lautan kesumat Jebat telah beranggapan 
sedang warga memanggilnya bahawa Jebatlah pemimpin
keramat yang sebenar.
Rangkap 5 Perang pun melecurkan lidah Penyajak menginsafi
muslihat bahawa peperangan penuh
bercabang lalu bertemu bayu dengan muslihat dan
palsu; berita palsu yang
bertiup dan memindahkan menghapuskan kebenaran
kebenaran pada tempatnya dan membenarkan yang
mewarnakan keindahan pada salah. Perang juga
hodohnya membangkitkan
menjungkitkan amarah pada keganasan dalam
damainya kehidupan yang damai.
teramat lara kita menjahit Oleh itu, usaha untuk
semula membangunkan negara
perca-perca bahagia – seperti amatlah sukar.
perawan
yang dibungkamkan cinta
pertama.
Rangkap 6 Sehingga senja tiba, Penyajak sedar bahawa
kita masih bertengkar sehingga kini masyarakat
tentang siapa masih bertengkar untuk
pahlawan sebenarnya. menentukan atau
pemimpin  sebenar yang
benar-benar memiliki
ketokohan untuk
menerajui sesebuah
organisasi

Tema dan Persoalan

Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan


seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani
memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga
kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa
manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin
mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.

Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin

(b) Ketokohan pejuang bangsa

(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan

(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin

(e) Masalah peperangan yang masih berlaku

(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

GAYA BAHASA

(a) Personifikasi

Buktinya, membajakan kezaliman – sering


mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula

(b) Metafora

Buktinya:
mengudupkan putik dendam
kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan

(c) Anafora

Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari


untuk sehari lagi; sambil bertanya:

(d) Responsi

Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya


menjungkitkan amarah pada damainya

(e) Sinkope

Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih


Andai namamu Jebat, kita masih tidak

(f) Imejan atau imej alam


Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;sehingga senja tiba,

(g) Similie
Buktinya
perca-perca ahagia - seperti perawan

(h)  Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah
tua

NILAI MURNI

(a) Keberanian

(b) Kebijaksanaan

(c) Hemah tinggi

(d) Bertanggungjawab

(e) Amanah

(f) Keadilan

PENGAJARAN

(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang


sesuatu perkara yang benar.

(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar


berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi
memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita
pimpin,  sesebuah organisasi waima negara.

(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan


demi menjaga maruah diri dan keluarga.

(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan


yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.

(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab


sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.

Anda mungkin juga menyukai