Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN TATABAHASA : Kata Adjektif (KESALAHAN ISTILAH)

Gariskan kesalahan istilah yang digunakan dan tuliskan jawapan yang betul.

1. Kaki Pak Senin digigit pacat, darah pekat meleleh di kakinya.

2. Semua seluarnya sudah menjadi singkat kerana badannya sudah berisi.

3. Buah-buahan tempatan sungguh manis dan berpatutan pula harganya.

4. Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah kesat.

5. Air sungai itu hitam kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

6. Pengawas lelaki itu sering membawa buku panjang di dalam poket bajunya.

7. Cuaca malam ini damai kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

8. Udara di Motel Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh indah.

9. Sayup sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

10. Pelajar Tahun Enam Waja sangat malu dan hormat kepada guru-guru mereka.

11. Marsya berasa cemas semasa meraikan hari jadinya.

12. Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang tinggi.

13. Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau hapak ikan air tawar.

14. Penyanyi yang mempunyai suara nyaring itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

15. Roziah yang ringan mulut itu sungguh senang dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

16. Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam kemalapan pagi tanpa berputus asa.

17. Dahi adik kelihatan bengkok kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

18. Jalan di Kuala Lumpur menjadi senyap apabila menjelang musim perayaan.

19. Mata Aminah lebam kerana terkena air sabun.

20. Jambatan yang sendat itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk kampung.

21. Tapak tangan Pak Abu menggelupas selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

22. Nana berasa geram apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

23. Itik itu mempunyai bulu yang telus air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

24. Pak Tamin begitu murung memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.

25. Keadaan menjadi semakin runsing kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .

Anda mungkin juga menyukai