Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa

1. Air susu dibalas dengan air tuba

Maksudnya : Kebaikan dibalas dengan kejahatan

Contoh ayat : “Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangan, saya memberinya wang itu
secara ikhlas. Sekarang dia mendakwa saya merasuahnya untuk
mendapatka undinya. Tak sangka air susu dibalas dengan air tuba,” kata
pengerusi persatuan itu.

2. Anak baik menantu molek

Maksudnya : Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda.

Contoh ayat : Prestasi syarikat itu bagai anak baik menantu molek kerana barang-barang
keluarannya sangat laris di pasaran tempatan dan pasaran luar negara.

3. Anjing galak, babi berani

Makksudnya : Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat

Contoh ayat : Para penonton tidak dapat mengangak pasukan mana yang akan memenangi
perlawanan bola sepak itu kerana kedua-dua buah pasukan itu seperti
anjing galak, babi berani.

4. Baung di bawah bangkar

Maksudnya : Suka merungut kerana berasa tidak puas hati

Contoh ayat : Mereka menganggap Samad bagai baung di bawah bangkar kerana dalam apa-
apa yang dibuatnya, dia pasti merungut.

5. Bertanam tebu di bibir

Maksudnya : Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji

Contoh ayat : Aini berjaya meminjam telefon bimbit daripada Wendy kerana dia memang pandai
bertanam tebu di bibir.

6. Bunga disunting, perdu ditendang

Maksudnya : Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci


mentuanya.

Contoh ayat : Yati berasa sedih kerana suaminya yang bersikap bunga disunting, perdu
ditendang itu tidak pernah menghormati ibu bapanya.

7. Cacing menelan naga

Maksudnya : Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan
anak gadis orang bangsawan.

Contoh ayat : Memang bertuah Abang Bakar dapat berkahwin dengan puteri raja itu.
Perkahwinan itu umpama cacing menelan naga.
8. Cakap sejengkal dibawa sehasta

Maksudnya : Perkara yang kecil dibesar-besarkan

Contoh ayat : “Sebenarnya, masalah yang dihadapi oleh syarikat remeh sahaja. Oleh itu,
janganlah cakap sejengkal dibawa sehasta,” kata pengurus syarikat kepada
pekerja-pekerjanya.

9. Cari umbut kena buku

Maksudnya : Mencari yang baik, mendapat yang buruk

Contoh ayat : Hasrat Pak Hassan untuk mendapatkan madu lebah pada dahan pohon jelutung itu
tidak kesampaian apabila dia disengat oleh berpuluh-puluh ekor lebah.
Nasibnya seperti cari umbut kena buku.

10. Cencaru makan petang

Maksudnya : Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan
lumayan

Contoh ayat : Mak Jarah begitu berhati-hati menganyam tikar kerana dia mahu menghasilkan
anyaman yang cantik dan kemas. Cara mak Jarah bekerja itu umpama
cencaru makan petang.

11. Dalam kilat ada kilau

Maksudnya : Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang
tersembunyi

Contoh ayat : Sungguhpun ucapan Penghulu Kidam dalam majlis itu Nampak seperti biasa sahaja
tetapi mengandungi maksud yang tersirat umpama dalam kilat ada
kilau.

12. Datang seperti ribut, pergi seperti semut

Maksudnya : Sesuatu penyakit itu cepet merebak tetapi lambat pulih


Contoh ayat : Wabak taun yang menyerang penduduk di kampung itu datang seperti ribut,
pergi seperti semut. Walaupun telah sebulan wabak itu menyerang,
penduduk kampung itu masih diletakkan di bawah pengawasan pihak Jabatan
Kesihatan Daerah.

Anda mungkin juga menyukai