Anda di halaman 1dari 2

Huraikan Teknik Plot daripada dua buah novel yang anda pelajari.

Novel yang dipelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan
Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Dalam Novel Melunas
Rindu terdapat banyak Teknik Plot. Antaranya ialah Teknik Pemerian. Contoh :
Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar
sanak saudara atau handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak
berlari ke sana ke mari. Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat
untuk disorong ke ruang bagasi.
Teknik
Dialog juga
didapati
dalam
novel
Melunas
Rindu.
Contohnya perbualan antara Fuad dengan Cikgu Zamani ketika dipujuk untuk
menghadiri majlis ilmu dan dtolak dengan baik oleh Fuad. Majlis tersebut
tampaknya kurang sesuai sebagai penjawat awam.
Teknik Imbas Kembali juga ada dalam novel ini. Contohnya Mak Salmah
sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia. Fuad masih teringat suatu
masa dulu Mak Salmah pernah membencinya kerana kehilangan Sofia. Manakala
Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang Fuad dilarikan orang semasa
kecil. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad
semasa hayatnya.
Teknik Imbas Muka juga ada diyatakan dalam Novel ini. Contohnya Fuad
berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk
meneruskan pengajian.
Teknik Plot yang seterusnya ialah Teknik Suspens. Dala novel Melunas
Rindu Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya juga.
Teknik Monolog dalaman jelas dalam novel Melunas Rindu ini. Monolog
dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan.
Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya. Contoh : Terima
kasihlah apak bisik hati kecilnya sambil menarik selimut.

Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah,


terdapat
pelbagai
teknik
plot.
Antaranya
ialah Teknik
Pemerian. Contohnya Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati
sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di
hadapan mereka.

Teknik Dialog juga dipaparkan dalam Novel Kabus di Perbukitan ini.


Contohnya, Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya.
Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program
Kempen Save Our River.
Teknik yang seterusnya ialah Teknik Imbas kembali. Contohnya,
penceritaan tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa
dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh
pengurus-pengurus ladang.
Seterusnya Teknik Imbas Muka .Contohnya, Buyong membuat andaian
bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.
Teknik Suspens juga jelas dalam novel Kabus di Perbukitan. Contoh, pihakpihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke
manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa. Malah kehilangan Benny
menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.
Teknik Monolog
ini. Contohnya, Tidak
kecilBuyung.

Dalaman juga
mungkin boleh

turut
dipaparkan
dalam
novel
bertahan hingga pagi, desis hati

Akhirnya, Teknik Kejutan dipaparkan dalam Novel Kabus di Perbukitan


ini. Contohnya, Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.

Anda mungkin juga menyukai