Anda di halaman 1dari 2

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam dua buah novel yang

anda pelajari.
Dua buah novel yang saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah dan Novel Kabus di Perbukitan Karya Mohamad Kholid Hamzah.
Dalam novel Melunas Rindu terdapat banyak pengajaran. Antaranya ialah Kita
perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti
kepada masyarakat. Fuad belajar di luar negara dan sebelum mendapat pekerjaan
tetap dia bekerja sebagai Guru Sementara di SMK Seri Setia dan menabur bakti sebagai
seorang guru bahasa Inggeris di sana. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau
kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, Fuad
menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupannya tetapi ditempuhi dengan tenang
dan akhirnya berkat kesusahan itu dia berjaya menemukan ibunya Mariana. Kita
mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati. Setelah
diketahui bahawa Farhana adalah adik kandungnya, Fuad reda dengan ketentuan Illahi
bahawa dia harus menerima hakikat bahawa dia tidak harus bercinta dengan
Farhana. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar
sesuatu kerja menjadi mudah. Fuad sering membantu Borhan sejak awal perkenalan
lagi. Majlis perkahwinan Borhan juga ditaja oleh Fuad selain membayarkan kos
perubatan anak Borhan yang sakit. Kita mestilah saling menyayangi antara satu
sama lain demi mewujudkan keharmonian dalam keluarga. Fuad menyayangi
Mak Salmah dan Pak Ismail dan menganggap kedua-duanya seperti orang tuanya
sendiri. Akhirnya, kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat. Fuad kembali kepada kehidupan seorang Muslim dan
akhirnya mendapati hidupnya lebih lengkap dan tenang.
Manakala dalalm Novel Kabus di Perbukitan, pengajaran yang diperoleh ialah Kita
perlulah mempunyai jati diri yang teguh. Contohnya, walaupun Faridah sudah 25
tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya,
Malaysia. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak
semaiannya hingga berjaya. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga
anak-anak mereka. Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung
kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin
meninggalkan mereka. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah
mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang
di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan. Kita perlu
mengamalkan budaya bangsa kita. Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung
dan berselendang semenjak balik ke tanah air. Sebagai seorang siswazah,
janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja. Contoh,
Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh
bapanya.

Anda mungkin juga menyukai