Anda di halaman 1dari 4

Watak Utama Fuad (Joshua atau Abdul Halim) Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak

muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu. Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa. Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas. Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya. Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

Watak Sampingan Farhana Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun. Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah. Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri. Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital sematamata untuk menjaga ibunya yang sakit itu. Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah. Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya. Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA

i.

Watak utama seorang yang gigih Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad telah ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia. Watak utama seorang yang tabah Fuad tabah menerima hakikat bahawa gadis yang dicintai, Farhana merupakan adik kandungnya. Oleh itu, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk memperisterikan Farhana. Watak utama seorang yang bertanggungjawab Fuad merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program mentor-mentee dan English Personal Guidance untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Watak utama sebagai seorang yang mengenang jasa Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya sebagai membalas jasa Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan memelihara setelah dia memeluk agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin sebagai membalas jasa apak dan mama yang telah memeliharanya selama ini. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama Sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji al-Quran dengan pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung. Watak utama sebagai seorang yang suka membantu Fuad membantu Farhana merancang Program Mentor-mentee dan English Personal Guidance untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad turut membantu menghantar anak Borhan yang mengalami deman panas dengan ikhlas walaupaun pada waktu malam.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

Watak utama sebagai seorang yang mengambil berat Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad bergegas ke Kuantan apabila mengetahui Farhana dalam kesusuhan kerana ibunya sakit.

Cabaran watak utama:

i.

Cabaran sebagai saudara baru Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan. Cabaran mencari ibu kandungnya Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

ii.

iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.


Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayang


Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya. v. Cabaran dalam kerjaya Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program mentor-mentee dan English Personal Guidance untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai