Anda di halaman 1dari 2

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH

NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)

Bedasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 5 pengajaran.

[15 Markah]

1. Fakta: Kita mestilah rajin dan ikhlas mengerjakan suruhan Tuhan.

Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam musafir dan rajin membaca Al-
Quran. Fuad juga rajin solat berjemaah. Fuad juga tidak lupa melaksanakan ibadat walaupun
berada di rumah bapa saudaranya yang berbangsa Cina.

Huraian: “Oh ya, petang ini saya nak ke surau, selepas isyak baru saya balik. Mama jangan
gaduh-gaduhlah,” pesannya sementara teringat. (Halaman 94)

2. Fakta: Kita mestilah menghormati orang yang membesarkan kita.

Contoh: Fuad menghormati Peter Lim yang telah membesarkannya dengan menjaganya dengan
baik sewaktu Peter Lim sakit dan menghormati Swee Lan yang dianggap seperti ibunya sendiri.
Fuad menyesal kerana tidak meninggalkan alamatnya semasa dia tinggal di Danau Seberang dan
tidak mengetahui Peter Lim sakit kerana terlalu merinduinya.

Huraian: Sebentar tadi hampir benar dia bertanya, mengapa tidak diberitahu keadaan apaknya
itu kepadanya. Mujurlah sempat dia kawal kerana pertanyaan itu akan memerangkapnya. Di
mana mereka boleh menghubungi, sedangkan alamat tempat tinggalnya tidak pernah
dikirimnya? “Apak…” Fuad mula diserbu emosi. Keuzuran apaknya benar-benar di luar
sangkaannya. Dia dihimpit perasaan bersalah. (Halaman 86)

3. Fakta: Kita hendaklah mengamalkan semngat kerjasama dalam pasukan.

Contoh: Farhana dan Fuad berusaha keras dalam Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan
pelajar berjaya dalam subjek yang agak sukar itu. Mereka sering berbincang untuk
meningkatkan prestasi pelajar.

Huraian: “ Ini ha… Saya ada mesyuarat tengah hari ni dan kena bentangkan berberapa program
sebagai lanjutan daripada program yang sedia ada. Saya dah siap sebahagian. Itulah nak tanya
awak, mana tahu awak ada idea nak tambah.” Jelasnya sambil menghulurkan kertas yang penuh
dengan tulisan tangannya, berbelang hitam dan merah.

4. Fakta: Kita mestilah menerima takdir yang telah ditentukan.


Contoh: Fuad dan Farhana mula dapat menerima bahawa mereka adalah adik-beradik dalam
tempoh yang agak singkat. Fuad redha kerana akhirnya dia dapat pengganti Sofia yang telah
meninggal dunia dan ibu yang dirindui selama ini telah ditemui. Farhana pula atas dorongan dan
sokongan Fuad akhirnya reda bahawa mereka bersaudara.

Hurai

Anda mungkin juga menyukai