Anda di halaman 1dari 20

Sinopsis Novel Melunas Rindu

Sinopsis Bab 1

Kelewatan Fuad yang baru pulang dari hutan mencari kayu api sehingga senja
merisaukan Mak Salmah dan Pak Ismail. Kerisauan Pak Mail menyebabkan beliau
hampir tidak pergi ke surau. Fuad telah bergegas bersiap untuk kesurau setelah sempat
solat maghrib dirumah. Kehadiran Fuad di surau telah mengejutkan Pak Mail yang
sedang khusyuk membaca surah Yasin. Sebelum menanti masuknya waktu isyak Fuad
seperti biasa akan diajar membaca al-Quran oleh Pak Ismail. Setelah masukknya waktu
isyak, fuad dengan segera menamatkan bacaan al-Quran dan bersedia ke mimbar untuk
melaungkan azan. Setelah selesai solat fuad mendapati Borhan tidak ke masjid dan
mendapati anaknya demam panas. Fuad menghantar Borhan, isteri serta anaknya yang
demam panas ke klinik Ihsan.Sementara menunggu anak Borhan di periksa oleh dokter,
fuad ke ATM terdekat untuk menyemak baki wang yang terdapat dalam akaunnya dan
dia mendapati bahawa terdapat Ringgit Malaysia dua ratus ribu yang dimasukkan ke
dalam akauanya. Dia yakin dan pasti bahawa yang memasukkan duit itu ke akauannya
ialah apaknya.

Sinopsis Bab 2

Pada waktu petang di bulan Disember, Fuad pergi ke persisiran Batu Buruk. Di tempat itu
sahajalah dia akan berasa tenang dan tempat untuknya mengamati keindahan alam yang
tidak ternilai. Fikirannya melayang jauh memikirkan takdir dirinya, semasa dia memeluk
Islam setelah berpuluh tahun lama ditinggalkannya, dan juga semasa kedatangannya ke
Danau Seberang yang kedengaran kata nista daripada penduduk kampung termasuk Mak
Salmah kerana Sofia, adik angkatnya meninggal dunia ketika bersama dan di bawah
jagaannya.
Semasa di Danau Seberang, Pak Ismail selalu membawanya ke surau setiap Subuh,
tengah hari, petang dan malam untuk menunaikan ibadat dan belajar mengaji al - Quran.
Puasa Ramadhan juga telah dilaluinya dengan sempurna dan menyambut gembira
kedatangan Aidilfitri. Ketika Aidilfitri, Fuad menziarahi penduduk kampung dan lama -
kelamaan kemarahan penduduk kampung surut sendiri. Tambahan pula, perkahwinan
antara Borhan dan Masnah dilangsungkan dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh
Fuad.
Melihat kesungguhan Fuad, akhirnya Mak Salmah memaafkannya. Mak Salmah dapat
menerima pemergian Sofia. Lamunannya terhenti kerana hari sudah gelap. Fuad
mengambil keputusan untuk meninggalkan pantai Batu Buruk dan pulang ke rumah
untuk menunaikan solat Maghrib. Setelah sampai ke rumah, Pak Mail menunggunya
untuk bersiap - siap pergi ke surau. Oleh kerana waktu Maghrib hampir tiba, Fuad hanya
mandi kambing sahaja. Setelah balik dari surau bersama Pak Mail, Mak Salmah
memberitahu bahawa ada orang mencarinya. Tetapi tidak diketahui namanya. Setelah
beberapa jam, Fuad bertanya mengenai tanah tepi jalan sebelah kebun emak Borhan. Pak
Ismail menjawab, tuan tanah itu bernama Awang Sajar, bapa Bidin. Dia memberitahu
hasratnya untuk membeli tanah itu untuk bercucuk tanam . Hasratnya itu dipersetujui
oleh Pak Mail.
LATAR MASA BAB 2
1 . Waktu petang musim tengkujuh bulan Disember
- Fuad bersiar - siar di pantai Batu Buruk.
2. Waktu menjelangnya Maghrib
- Fuad balik dari pantai Batu Buruk dan sampai ke rumah untuk bersiap - siap ke surau
menunaikan solat Maghrib.

3.Waktu selepas Maghrib dan Isyak (sekitar jam 9)


- Fuad dan Pak Ismail pulang dari surau
- Makan malam.

LATAR TEMPAT BAB 2


1. Persisiran pantai Batu Buruk
- Fuad bersiar - siar.

2. Rumah
- Fuad bersiap - siap pergi ke surau.
- Fuad makan malam bersama Pak Mail dan Mak Salmah.
- Fuad bertanya tentang tanah tepi jalan sebelah kebun emak Borhan.

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 2

1. Fuad : - berdedikasi, penyabar, rajin menunaikan solat dan rajin bekerja.


2. Pak Ismail : - pemaaf, redha dengan ketentuan Allah.
3. Mak Salmah : - Penyayang, mudah bersedih.

PENGAJARAN BAB 2
1. Kita mestilah memohon maaf jika melakukan kesalahan.
2. Kita mestilah menunaikan solat lima waktu.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.

MOHD ROFEEQ B. ADINATA (4 AMANAH )


MOHD ZULHILMI ZULFADHLI B. AZLAN (4 AMANAH)
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 3

Mak Mah, Pak Ismail dan Fuad sedang sibuk membersihkan tanah seluas setengah hektar
yang baru dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar dengan harga RM 10 000 dan dia
meletakkan tanah itu di atas nama Pak Ismail dan dirinya sendiri. Sedang Mak Mah letih
mencabut akar-akar kayu, jauh di sudut hatinya dia teringat telah memaafkan Fuad
kerana tindakannya membawa lari Sofia, anak anak angkatnya yang tersayang ke Kuala
Lumpur untuk dipulangkan kepada orang tua kandungnya. Khabar kematian Sofia juga
hanya dapat menyedihkan hati Mak Mah.
Tiba-tiba timbul khairanan dalam hati Mak Mah apabila melihat sebuah kereta
berhenti di sebelah kereta Fuad semasa mereka sedang berjalan untuk mencari
teduhan.Rupa-rupanya Cikgu Abas lah tuan empunya kereta tersebut.Cikgu Abas
merupakan seorang guru dar Sekolah Menengah Seri Setia yang pernah berkunjung ke
rumah Mak Mah untuk mencari Fuad. Sebenarnya dia ingin menawarkan Fuad untuk
menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sekolahnya. Fuad cuba untuk berbincang
dengan Mak Mah dan Pak Ismail.

Watak dan Perwatakan


o Fuad-Rajin, teguh pendirian, berfikiran panjang dan berilmu
o Mak Mah- Pemaaf, kuat berusaha,tidak dapat menerima takdir
o Pak Ismail- Rendah diri, mempunyai kebun seluas setengah herktar
o Abas- Berbudi bahasa, peramah, seorang guru, berpengetahuan luas
o Sofia- Telah meninggal dunia, anak angkat Mak Mah dan Pak Ismail
Latar
o Latar Masa- Pagi, Subuh, Siang hari
o Latar Tempat- Kebun seluas setenah hektar, Sekolah Menengah Seri Setia

Nilai
o Pemaaf
o Rajin Berusaha
o Berbudi bahasa
o Berfikiran luas

Pengajaran
o Kita mestilah mempunyai sifat pemaaf kepada orang lain
o Kita seharusnya berfikir semasaknya sebelum membuat keputusan
o Kita sewajarnya mempunyai budi bahasa yang tinggi dan percakapan yang sopan
o Kita sepatutnya memiliki sifat gigih berusaha untuk menampung keperluan hidup

Azlan dan Asyraaf


Tingkatan 4 Amanah
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 4

Fuad pergi ke FELDA Lembah Klau untuk mencari Pak Ngah Lias, yang merupakan 'tuk
ngah' kepada Fuad. Melalui perbualan Fuad dengan Pak Ngah Lias, dia akhirnya
mengetahui bahawa namanya sebenarnya ialah Abduk Halim setelah 27 tahun usianya.
Nama itu diberikan oleh datuknya, Seman. Fuad juga mendapat informasi bahawa
emaknya tidak meninggal di situ, tetapi di Kuala Lipis. Selepas Asar, Fuad, Pak Said dan
Pak Ngah Lias bertolak ke Kampung Sedili di Kuala Lipis. Malangnya, mereka mendapat
tahu bahawa Mariah yang merupakan kakak angkat kepada ibu Fuad telah lama
berpindah. Pak Ngah Lias akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah jiran
Mariah, iaitu Pak Samsudin. Pak Samsudin mengatakan keyakinannya bahawa ibu Fuad
sebenarnya tidak meninggal dunia, cuma ibu Fuad gila meroyan selepas bersalin.
Suaminya juga telah lari pada waktu itu. Fuad semakin yakin bahawa ibunya masih
hidup, dan khabar itu diberitahu kepada Peter Lim dan Swee Lan. Peter Lim
memberitahu ayah atau 'apaknya' Fuad, iaitu Robert Lim tentang berita itu dan Robert
Lim mengarahkan Fuad ke Kuala Lumpur untuk mengambil barang ibunya seperti cincin
dan gambar untuk memudahkan pencarian Fuad. Tidur Fuad di rumah Peter Lim
terganggu dengan mimpinya, dimana ibunya membelai lembut rambutnya. Fuad semakin
gelisah, merindui ibunya.

WATAK :

1 ) Fuad / Abdul Halim ( watak utama )

2 ) Pak Said

3 ) Pak Ngah Lias, yang merupakan 'tuk ngah' Fuad

4 ) Farhana, rakan Fuad yang dihubungi olehnya sebelum ke FELDA Lembah Klau.

5 ) Pak Samsudin, jiran terdekat Mariah, iaitu kakak angkat kepada Mariana, ibu kandung
Fuad.

6 ) Mariah, kakak angkat angkat Mariana.

7 ) Mariana, ibu kandung Fuad.

8 ) Peter Lim, ayah saudara Fuad.

9 ) Swee Lan, ibu saudara Fuad.

10 ) Robert Lim atau nama Islamnya, Roslan, bapa kandung Fuad.

11 ) Sofia, adik Fuad yang telah meninggal dunia.

LATAR MASA :

*Sebelum pukul 10 pagi


Fuad dan Pak Said bertolak ke FELDA Lembah Klau.

*Awal pagi, sebelum 9 pagi


Fuad telah menelefon Farhana.

*Petang sebelum Asar


Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias bertolak ke Kampung Sedili, Kuala Lipis.

*Peristiwa 13 Mei ( imbas kembali )


Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan bangsa Melayu dan Cina saling mencurigai,
menyukarkan Pak Ngah Lias untuk menjejak Fuad atau Abdul Halim.

*Waktu Isyak
Fuad ingin solat Isyak, namun niatnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana Peter Lim
ingin memberitahu pesanan ayah Fuad, iaitu Robert Lim yang bercakap di telefon
bersama Peter Lim.

*Malam
Sebelum tidur, Fuad membanding-bandingkan Sofia dengan Farhana. Fuad sedar bahawa
dia perlukan sedikit masa untuk mengasihi Farhana, tidak seperti Sofia dahulu. Fuad
tertidur, dan termimpi-mimpikan ibunya membelai lembut rambutnya. Semalaman Fuad
berkeluh-kesah, merindui ibunya.

LATAR TEMPAT :

FELDA Lembah Klau


Fuad dan Pak Said telah pergi ke sini untuk mencari 'tuk ngah' Fuad, Pak Ngah Lias. Di
sini, Fuad mendapat banyak informasi baru, seperti nama asalnya ialah Abdul Halim.

Kampung Sedili, Kuala Lipis


Kampung ini merupakan kampung ibu Fuad, Mariana. Pak Samsudin, jiran terdekat
Mariah memberitahu bahawa kubur ibunya tiada di sini.

PLOT…

PERMULAAN
Fuad berada di FELDA Lembah Klau mencari Pak Ngah Lias untuk mencari pusara
ibunya.

PERKEMBANGAN
Fuad mengetahui nama sebenarnya selepas 27 tahun usianya iaitu Abdul Halim.

KLIMAKS
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias ke Kampung Sedili, Kuala Lipis. Pak Samsudin, jiran
Mariah iaitu kakak angkat Mariana menyatakan keyakinannya bahawa Mariana masih
hidup. Pak Samsudin turut mengesahkan bahawa kubur ibu Fuad tiada di Kampung
Sedili.

PELERAIAN
Robert Lim, ayah kandung Fuad mengarahkan Fuad Ke Kuala Lumpur untuk mengambil
barang-barang emaknya seperti gambar dan cincin untuk dijadikan petunjuk kepada
Fuad. Tidur Fuad pada malam itu terganggu dengan kehadiran ibunya dalam mimpi.
Nilai…
Berusaha bersungguh-sungguh
Fuad mengorbankan banyak masa dan tenaga dengan sungguh-sungguh ingin mencari
pusara ibunya.

Kasih Sayang
Kasih sayang Fuad kepada ibunya tidak pernah luntur walaupun tidak pernah melihat
wajah ibunya.

Kesabaran
Fuad sabar menempuh banyak dugaan semata-mata untuk sekurang-kurangnya
menemukan pusara ibunya.

PENGAJARAN

*Kita sewajarnya berusaha mencari susur-galur keturunan kita, terutamanya ibu bapa
kita.

*Kita seharusnya mementingkan agama dan kewajipan


- Walaupun Fuad seorang mualaf, namun dia amat menjaga solat 5 waktunya.

Nur Arniea Arman Syah


Syahmin Syahfinie Saparudin
Tingkatan 4 Amanah
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 5

Sewaktu rehat,Farhana bergerak ke bilik guru.Farhana terlihat kelibat Fuad yang sedang
menapak ke bilik guru.Fuad menyedari yang Fuad lebih tinggi daripada pelajar-pelajar
lelaki yang lain.Sejurus selepas kelibat Fuad hilang dari pandangannya,dia pun
menumpukan perhatiannya semula kepada senarai program dan memikirkan apa aktiviti
yang boleh dibuat oleh panitia di bawah pimpinannya.Semasa mengerling jam di
tangannya Farhana terasa seperti ada orang yang sedang menghampirinya.Dilihatnya
Fuad sedang menghampirinya sambil mengepit sebuah buku.Fuad ingin memulangkan
buku yang dipinjamnya dari Farhana untuk mengambil nama penulis.Farhana meminta
pertolongan Fuad untuk menyenaraikan beberapa program.Fuad member cadangan untuk
membuat program seperti mentor-mentee.Fuad memberi nama English Personal
Guildance kepada program yang dicadangkan.Selepas Farhana selesai menyalin program
tersebut ke kertas baru,Fuad memberitahu Farhana yang dia ada membawa jagung di
bonet keretanya dia juga memberitahu Farhana dia ada menanam jagung.Pada awalnya
Farhana tidak percaya.Tapi Farhana terpaksa percaya kepada Fuad selepas
diyakinkan.Fuad akan memberi sedikit jagung kepada Farhana sekiranya dia
mahu.Selepas diasak oleh pelbagai komen semasa bermesyuarat Farhana ingin pulang
dan dia hamper-hampir terlupa tentang jagung yang dijanjikan oleh Fuad sehinggalah dia
terlihat kereta Fuad dikelilingi oleh orang.Cikgu Wan Hasni memberitahu Farhana,Fuad
menyimpan jagung untuknya di tempat duduk belakang kereta.Selepas menyedari
kedatangan Farhana,Fuad cepat-cepat menghulurkan tiga ikat jagung dengan setiap
ikatan berjumlah kira-kira sepuluh tongkol.Percakapan Fuad terhenti apabila azan zuhur
berkumandang.Farhana terkesan bahawa Fuad sebenarnya masih ingin menyambung
kata,tetapi dibatalkan sebaik-baik sahaja mendengar laungan azan.Fuad membekukan
mulutnya sehinggalah selesai azan,dia juga sempat menadah tangan untuk membaca
doa.Sekurang-kurangnya,ada seperkara lagi yang dapat Farhana pelajari tentang anak
muda itu hari ini.Kekagumannya menimbun,perasaannya ikut tersentuh.

WATAK DAN PERWATAKAN

FARHANA
a) Penuh dengan keyakinan
b) Periang
c) Cergas
d) Bersemangat

FUAD
a) Bersikap sederhana
b) Bersopan santun
c) Suka membuat jenaka

LATAR

LATAR TEMPAT

a) Dibilik guru
b) Di tempat letak kereta

LATAR MASA

a) Waktu rehat
b) Selepas mesyuarat

LATAR MASYARAKAT

a) Guru
b) Pelajar

NILAI

a) Saling tolong-menolong
b) Pendidikan dapat mempengaruhi corak pergaulan
PENGAJARAN

a) Kita haruslah melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati.


b) Kita tidak akan berjaya tanpa nasihat dan teguran daripada orang lain.

MOHD.FAEIZMAN.BIN.HAJI GURAHMAN
MUHD.SHAFIQ.BIN.RAMLIE
Tingkatan 4 Cemerlang
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 6

Hari rabu merupakan antara hari persekolahan yang padat dengan sesi
Pengajaran dan pembelajaran.Fuad bergegas untuk ke kantin setelah berasa
Dahaga mengajar para pelajarnya tanpa henti.Setelah ditegur oleh Cikgu
Zamani, Fuad bercadang untuk berbual panjang dengan lelaki itu walaupun
Kadang kala timbul juga rasa segan disebabkan Cikgu Zamani yang serba arif
Dalam bidang keagamaan, sedangkan dia masih tercari-cari sinar Islam yang
Sebenar.Setelah ligat bercerita tentang persekolahan, Fuad mengambil
keputusan untuk pulang ke bilik guru.

Setelah menyedari bahawa ada sekeping kertas kuning yang memberi


maklumat bahawa ada seseorang yang sedang menantinya,dia terus menuju ke
pagar sekolah untuk bertemu dangan orang tersebut yang merupakan rakan
lamanya,Chin.Chin menyampaikan pesanan ayahnya,Robert Lim.Perniagaan
saham ayah Fuad mengalami kegawatan dan dia memerlukan Fuad untuk
menstabilkannya semula.Namun,Chin sedar bahawa Fuad amat bahagia tinggal
bersama keluarga angkatnya di Danau Seberang.Chin meminta Fuad
memikirkan undangan menjenguk ayahnya di Kuala Lumpur.Setelah itu,Fuad
memeluk Chin seerat-eratnya sebelum melepaskannya.Kemudian,Fuad kembali
semula ke bilik guru.Dia sedar bahawa pertemuannya dengan Chin menjadi
tumpuan seisi ruangan itu.Sebaik sahaja menyedarinya,Fuad hanya bersikap
acuh tidak acuh.Pada saat itulah timbul perasaan rindu terhadap ibu kandungnya
yang telah tiada.

Tiba waktu pulang,dia yakin melalui pertanyaan Pak Mail menunjukkan Chin
telah ke rumah keluarga angkatnya.Dia meminta pendapat Pak Mail mengenai
ajakan Chin bertemu ayahnya.Akhirnya dia berhasrat untuk mencari kubur ibu
kandungnya di Sungai Ruan.

Watak Utama
Fuad

Penyayang/Taat masih menyayangi ibu kandungnya walaupun telah lama tidak bertemu
dan masih ingin mencari kubur ibu kandungnya.
Pelawak dan Peramahsenantiasa menceriakan suasana dan menemani Farhana dengan
gelak
ketawa.

Warak/Tanggungjawab senantiasa melakukan kewajiban sebagai seorang muslim.

Watak Sampingan
Farhana

Bertanggungjawab~melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua Panitia Bahasa


Inggeris dengan dibantu oleh Fuad.

Tabah~sabar dan tidak peduli dengan perlian dan kutukan orang lain mengenai dirinya
kerana baginya mereka adalah pendengki

Periang~selalu senyum dan bergurau senda bersama guru-guru disekeliling

LATAR

Latar Tempat

1~>Pintu pagar sekolah - latar tempat di mana Chin telah menunggu Fuad
sambil berdiri.

2~>Kantin Sekolah - Chin dan Fuad membincangkan hal peribadi.


Chin menyampaikan pesanan ayah Fuad, Robert Lim.

3~>Di dalam Rumah Keluarga Angkat - Fuad dan Pak Mail berbincang mengenai
tawaran Chin untuk menjenguk ayahnya di Kuala Lumpur.

Latar Masa

1~>Waktu pagi,pukul 10.55 - Fuad melihat sebuah nota yang tertulis di atas
sekeping kertas yang menyatakan bahawa seseorang telah menunggunya di pintu pagar
sekolah

Latar Masyarakat

1~>Masyarakat yang melaksanakan tanggungjawab


-Fuad dan Farhana melaksanakan tugas sebagai guru subjek Bahasa Inggeris

2~>Masyarakat yang berbincang dan meminta pendapat orang lain sebelum membuat
sesuatu keputusan muktamad-Fuad meminta pandangan Pak Mail mengenai cadangan
Chin untuk menjenguk ayahnya
3~>Masyarakat golongan pelajar-Para pelajar yang diajar oleh Fuad kerap mengajukan
pertanyaan tentang subjek Bahasa Inggeris.Hal ini menunjukkan kesungguhan pelajarnya
untuk belajar bahasa antarabangsa ini.

NILAI

1~>Bertanggungjawab
2~>Rajin dan tekun
3~>Mengenang sahabat
4~>Baik hati
5~>Bantu-membantu

PENGAJARAN
1~>Sebagai seorang guru yang berdedikasi hendaklah tekun dan bersungguh-sungguh
memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka faham dengan setiap topik pengajaran
yang disampaikan.

2~>Walaupun telah lama terpisah dengan rakan lama tidak sewajarnya kita bersikap
"seperti kacang melupakan kulit" ketika bertemu mereka.

3~>Kita perlu bijak dalam mengambil sesuatu keputusan kerana kerana itulah yang bakal
mengubah hidup kita pada masa hadapan.

Sinopsis Bab 7

Fuad dalam perjalanan ke Raub untuk pulang ke rumah nya . Fuad telah terjumpa dengan
FArhana di stesen bas . Dia telah mempelawa Farhana untuk mengikut keretanya yang
kosong . Semasa dalam perjalanan ke Kuantan , mereka saling bertukar cerita mengenai
latar belakang masing-masing untuk mengelakkan keadaan kekok . Farhana terkejut
kerana dapat mengetahui latar beakang Fuad yang selama ini menjadi rahsiah . Farhana
mempelawa Fuad untuk singgah di rumahnya untuk menunggu waktu asar tiba sebelum
kembali menyambung perjalanannya . Setelah selesai menunaikan solat asar , Fuad
meneruskan perjalanannya ke destinasi yang ingin di tuju.

Watak dan perwatakan.


Fuad
- watak utama
- mualaf
- taat pada agama
- baik hati dan suka menolong orang lain
- jujur

Farhana
- menghormati orag tua
- mempunyai kesedaran yang tinggi
- peramah
ibu Farhana
- uzur ( tua )
- mesra
- rajin

Mohd.Fikri
- peramah
- menghormati orang lain

Latar masa
- tengah hari
- petang

Latar tempat
- stesen bas
- restoran
- masjid
- rumah Farhana

Sinopsis Bab 8

Swee Lan putus asa memujuk suaminya yang sedang sakit, Peter Lim untuk makan. Dia
berasa risau dengan keadaan keluarga mereka yang daif sejak suaminya sakit setelah
Joshua pergi. Kepulangan Joshua atau Fuad memeranjatkan mereka sekeluarga. Joshua
berjanji untuk membiayai pendidikan Mei Lin, Ah Soh, dan Guan. Swee Lan telah
bercerita serba sedikit tentang kisah silam Joshua dan ibunya Mariana. Tapi malangnya,
dia serta suaminya Peter Lim tidak tahu keberadaan kubur Mariana. Lalu Joshua bertekad
untuk mencari kubur emaknya dan dia telah berjumpa Pak Said yang telah menawarkan
diri untuk menemani Joshua pergi ke Lembah Klau tempat adik arwah ibu Joshua, iaitu
Maria.

LATAR TEMPAT, MASYARAKAT & MASA :

# Masyarakat kampung
# Rumah Swee Lan
#Waktu malam

WATAK & PERWATAKAN:

Swee Lan: Seorang isteri yang penyabar.


: Tidak mudah berubah hati
: Seorang ibu dan isteri yang amat menyayangi keluarganya.
: Seorang yang sangat suka berahsia

Peter Lim: Tidak dapat berjalan.


: Amat menyayangi anak saudaranya.

Joshua / Fuad: Anak saudara kepada Swee Lan dan Peter Lim.
: Cikgu yang mengajar di tingkatan 5.
: Mengambil berat akan keluarganya.
: Seorang yang berbangsa Cina tetapi telah memeluk agama
Islam.

Sinopsis Bab 9

Pada waktu petang, Farhana dudk di ruang tamu sambil memikirkan Fuad yang hari tadi
tidak menelefon seperti yang dijanjinya. Tiba-tiba ibunya datang menyapanya dengan
membawa sepinggan karipap. Kemudian, adiknya mengejek Farhana yang merugut
kerana sudah bosan makan karipap dan berkata bahawa dia tidak pandai memasak.
Seterusnya, Farhana terfikir tentang kehidupannya di kota London. Dia terpaksa
memasak untuk menyara hidupnya yang mengalami krisis kewangan pada waktu itu.
Fikirannya teralih kepada Fuad kembali apabila Fuad mula-mula sekali datang ke sekolah
di mana mengajar. Kedatangan Fuad telah membangkitkan semangat Farhana untuk
mengajar Bahasa Inggeris kepada muridnya yang semangatnya yang telah luntur selama
ini. Setelah ibunya datang menegurnya kembali, lantus dai tersedar dari lamunannya dan
ibunya memberi pendapat tentang diri Fuad dan sekali gus ibunya teringat tentang arwah
suaminya. Sewaktu suaminya nazak, mata suaminya melicir mencari Farhana yang kini
berada di perantauan. Apabila Farhana pulang dari kota London, ketika berada di
lapangan terbang ibunya mengkhabarkan bahawa ayanya telah meningal dunia. Setelah
tersedar daripada lamunan dia terus menegur Farhana untuk pergi solat. Pada sebelah
malam, Farhana ingin berkunjung ke rumah Yati dan Farhana telah mendapat tahu
bahawa Yati akan bertunang dengan seorang pemain bola sepak Pahang yang terkenal.

Latar Tempat
-Ruang Tamu
Farhana termenung dan melayan perasaannya yang bingung mengapa Fuad tidak
menelefonnya sebagaimana janji Fuad pagi tadi. [m/s95]
-Sekolah
Farhana terkenag bahawa dia tidak pernah memberi nombor telefon rumahnya kepada
sesiapa cikgu kecuali Fuad. [m/s96]
-Kota London
Farhana teringat waktu dia belajar di sana dengan biasiswa yang tidak cukup dan
kehidupan yang amat susah. [m/s97]
Latar Masa
-Petang
Farhana telah menungu telefon Fuad yang selama sepetang di ruang tamunya. [m/s95]
-Malam
Mak Farhana menegur Farhana yang bertudung dan hendakkeluar pada waktu yang
semalam ini. [m/s 101]

1. Lau Kang Ning


2. Ruslan Bin Tupo
3. Ricky Sieyung
4 Amanah
SMK Tawau Sabah

Sinopsis Bab 10

Fuad dan Pak Said pergi ke lembah klau untuk bertemu dengan Pak Ngah

Lias seorang lelaki yang sudah uzur.Mereka ke sana untuk mencari makam dan

maklumat mengenai ibukandung Fuad yang telah lama terpisah dengannya sejak

dari bayi lagi.Setelah mendengar cerita dari Pak Said,bahawa Fuad adalah anak

kepada Roslan dan Mariana.Ketika berada di rumah Pak Ngah Lias,beliau

menceritakan kepada Fuad tentang sejarah kehidupan ibu bapanya dan dia

terkejut apabila mendapati nama islamnya ialah Abdul Halim.Selapas sahaja

menunaikna solat asar,Pak Ngah Lias membawa Fuad dan Pak Said pergi ke Kg

Sedili,di kuala Lipis untuk mencari makam ibu Fuad.Mereka telah bertemu dengan

jiran Mariah iaitu Pak Samsudin.Mariah adalah kakak angkat Mariana ibu kepada

Fuad.Pak Samsudin memberitahu kepada mereka bahawa Mariah sudah lama

berpindah dan kubur Mariana tidak ada di kampung ini dan dia memberi

kepercayaan kepada Fuad bahawa Mariana belum meninggal lagi.Fuad bergerak

ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambar dan cincin Mariana dari apaknya iaitu

Peter Lim.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

(1)-Fuad / Abdul Halim


Tinggi.segak dan berwajah melayu
Anak kepada Roslan/Robert Lim dan Mariana
Taat kepada perintah agama
Gigih
Gemar menjaga hati orang lain
Tabah

Watak Sampingan

(2)-Pak Said
Seorang lelaki yang berumur
Membantu Fuad mencari kubur ibu kandungnya

(3)-Pak Ngah Lias


Warga emas yang sudah agak bongkok tiga
Tidak suka menerima tetamu asing
Membantu Fuad mencari kubur ibunya

(4)-Pak Samsudin
Jiran Mariah memberi maklumat kepada Fuad
Suka memberi harapan kepada Fuad

Latar

Latar masa

Pagi.petang(selepas asar),malam

Latar tempat

Lembah Klau,beranda rumah Pak ngah,kampung

Latar masyarakat

Masyarakat kampung

Nilai dan Pengajaran

Pengajaran

Sentiasa mengerjakan suruhan Tuhan

Kita hendaklah bersedia memberi bantuan

Nilai

Tolong menolong.gigih.tabah.dan bersyukur


Sinopsis Bab 11

Kemarahan Cikgu Abas membuak-buak apabila ternampak pelajar-pelajarnya membuat


bising kerana ketiadaan Cikgu Zamani.Cikgu Abas amat kesal terhadap sikap Cikgu
Zamani yang seperti menconteng arang keatas nama baik sekolah. Perasaan marah Cikgu
Abas memuncak apabila ternampak Cikgu Zamani keluar dari bilik Gikgu Nur Alia.
Kemarahannya surut apabila beliau melihat Fuad yang tekun mengajar anak-anak
muridnya. Tengahari esoknya, Cikgu Abas memuntahkan kemarahan di bilik mesyuarat,
tetapi beliau tidak menyebut nama-nama guru yang selalu membuat hal kerana ingin
menjaga reputasi guru tersebut. Fuad kebingungan melihat Cikgu Abas yang begitu
garang semasa di bilik mesyuarat sehingga terbawa-bawa ke rumah.

Watak dan Perwatakan

Cikgu Abas

- Sangat tegas
- Mementingkan sahsiah diri pelajarnya
- Guru hal ehwal kurikulum
- Bertolak ansur
- Tidak suka mengaibkan orang lain

Cikgu Zamani

- Selalu ponteng mengajar


- Pemalas
- Suka bersembang di kantin
- Arif tentang ilmu islam
- Suka bertemu dengan isterinya di bilik guru

Fuad

- Rajin, tekun, jujur, terlalu polos, bersungguh-sungguh


- Guru sementara
- Akrab dengan Cikgu Farhana
- Sanggup pulang lewat demi mengajar anak-anak muridnya
- Amanah dengan kerjanya

Tuan Haji Samad

- Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia


- Bersifat kebapaan
- Dihormat oleh seluruh warga Seri Setia
- Berpendirian teguh
- Berbudi bahasa
Latar

Masa

- Tengahari

Tempat

- Bilik guru
- Blok ( Bangunan SMK Seri Setia )
- Kantin
- Bilik mesyuarat guru
- Koredor hadapan pejabat

Masyarakat

- Masyarakat guru
- Masyarakat murid

Nilai

- Rajin
- Berbudi bahasa
- Bertanggungjawab

Pengajaran

- Sebagai guru kita haruslah berkomitmen dalam menajar murid-murid


- Jangan selalu ponteng mengajar murid-murid kerana itu akan merugikan
murid-murid
- Kita haruslah menutup keaiban seseorang seperti yangdituntut oleh islam
- Kita haruslah berbicara dengan orang-orang yang ada disekeliling kita
dengan budi bicara yang sopan dan bertatatertib.

Nur Amirah
Fazilah
4 Cemerlang
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 12

Sempena hari ulang tahun Farhana yang ke dua puluh empat, Fuad telah memberikan kad
berwarna merah jambu bersertakan bersertakan ucapan di dalamnya. Lantaran itu, Fuad
telah mencadangkan untuk mengajak Farhana berjalan - jalan pada petang itu sempena
meraikan ulang tahun-nya. Mereka singgah di sebuah restoran yang di beri nama
Restoran Terapung. Mereka berdua kelihatan begitu akrab di samping berbual mesra dan
berjenaka. Tiba - tiba fuad berasa terkilan pabila Farhana mengusiknya dengan
menanyakan tentang sofia. Selepas mereka makan, Fuad telah membawanya pergi ke
rumah ayah dan ibu angkatnya untuk di perkenalkan kepada mereka berdua. Pak ismail
dan Mak Salmah menerima kedatangan Farhana dengan baik. Mak Salmah sedikit
kecewa dengan sikap Fuad yang tidak memberitahunya bahawa ada tetamu yang akan
datang ke rumah. Hari pun hampir larut, Fuad pun terus menghantar Farhana dengan
sedikit perasaan yang terkilan kerana dengan tetiba dia terkenangkan akan ibundanya.
Sebelum Fuad berlalu ke rumah Cikgu Zamani, Farhana sempat mengusiknya dan di
hatinya, dia tertanya - tanya akan perasaan fuad terhadap dirinya.

Watak & Perwatakan

Fuad

o Seorang yang kelakar


o Merupakan anak yang patuh
o Sentiasa mengingati hari - hari yag istimewa

Farhana

o Merupakan guru bahasa Inggeris


o Seorang yang baik hati, cantik & ramah

Pak Ismail & Mak Salmah

o Baik hati & sikap yang terbuka dengan orang lain


o Merupakan ibubapa angkat Fuad

Nilai & Pengajaran

o Persahabatan perlu ada di dalam diri setiap individu bagi menjaga hati dan
perasaan orang lain.
o Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain, tidak kira muda ataupun tua

Latar tenpat, Masyarakat & Masa

o Tempat - Restoran Terapung


- Sekolah
- Rumah ibubapa angkat Fuad
- Dalam kereta

o Masyarakat - masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan kampong


- berkerjaya sebagai seorang petani, guru & lain-lain
- saling menghormati antara satu sama lain
o Masa - pagi, petang & malam(isyak)

NUR HAJMA BTE. ISMAIL


NURUL EZZAH BTE. MOHD. ROZI
4 Cemerlang
SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 13

Fuad menjadi agak segan apabila mendengar bunyi hingar di rumah Cikgu Zamani
kerana dia tiba agak lewat selepas mengantar Farhana pulang ke rumahnya. Dia juga
segan sekiranya majlis telahpun bermula dan ketika itu dia juga mendengar orang tengah
membaca tahlil. Dia turut berkira-kira untuk masuk sekiranya majlis telah tamat dan
orang mula menghidangkan hidangan. Dia terkejut apabila mendapati majlis tersebut
hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Menengah Seri Setia iaitu Cikgu Armin,
Cikgu Azli dan Cikgu Rosli. Pada majlis itu juga Cikgu zamani menasihati Fuad agar
memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Fuad akhirnya dapat mengagak
tujuan utama Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah, iaitu menertai parti politik. Dalam
perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana
lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.

Sinopsis Bab 14

Perwatakan Robert Lim berubah daripada seorang yang berwibawa kepada seorang yang
perengus. Perwatakannya berubah kerana masalah perniagaannya yang menemui jalan
buntu dan menjadi kesepian sejak ditinggalkan oleh Susan. Persoalan ditimbulkan oleh
Peter Lim tentang Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan mereka berkahwin atas
desakan ibunya. Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan
Mariah kepada Fuad. Fuad tidak berada di rumah ketika Robert Lim tiba kerana
menziarahi ibu Farhana yang sakit secara tiba-tiba. Robert Lim menyatakan
kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan Fuad
mencari ibunya. Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu
dengan Fuad.

Sinopsis Bab 15

Fuad resah kerana Farhana kerap kali bertengakar dengan Cikgu Zamani yang berpunca
daripada sikap Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas. Fuad menelefon
Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana
memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di
hospital. Fuad telah mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.

Sinopsis Bab 16
Fuad tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Farhana membawa Fuad melawat ibunya
yang dirawat di tingkat empat. Fuaf terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad
rawatan ibu Farhana. Farhana juga amat terkejut apabila mendapati nama ibu mereka
sama, iaitu Mariana binti Osman. Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu
akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu
mereka berdua adalah adik beradik.

Sinopsis Bab 17

Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dulu rahsia daripada ibu mereka yang
masih uzur. Fuad bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang.
Fuad dan Farhana telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan iaitu Cikgu
Zamani akan ditukarkan di sekolah lain.

Sinopsis Bab 18

Menceritakan bagaimana Mariana terpisah dengan anaknya iaitu Abdul Halim setelah
setelah sepuluh hari melahirkannya akibat dilarikan orang. Mariana yang sebelum ini
terkena sakit gila meroyan dipisahkan dengan anaknya kerana mahu membunuh anaknya
disebabkan marah kepada Roslan. Mariah kakak angkat Mariana mengambil keputusan
berpindah dan membawa Mariah ke Bentong. Di situlah akhirnya Mariana bertemu
dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai Polis dan membuat keputusan untuk berkahwin
beberapa bulan kemudian. Setelah berkahwin mereka berpindah ke pekan kerana tugas
Fakhrudin. Fakhrudin juga memohon untuk berpindah ke Temerloh tetapi ditempatkan di
Kuantan. Walaupun setelah itu mereka sering berpindah randah namun akhirnya rezeki
mereka tetap di Kuantan sehingga Fakhrudin sempat membelikan Mariana dan anak-
anaknya sebuah rumah kos rendah sebelum meninggal dunia.

Sinopsis Bab 19

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi oleh orang ramai untuk
menghantar keluarga dan sahabat handai yang ingin bertolak untuk menunaikan umrah di
tanah suci Makkah.

Farhana lelah akan sikap adik-adiknya, iaitu Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri
yang tidak betah duduk diam. Fuad telah menyewa sebuah van milik Pak Cik Omar untuk
pergi balik ke Terengganu.

Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail menunaikan umrah pada cuti
panjang persekolahannya, walaupun ibunya pada masa itu sedang sakit.

Sepulangnya Fuad dari Makkah nanti, dia hanya mempunyai 5 hari untuk bersiap-siap
mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala
Lumpur selama setahun.
Mariana, ibu kepada Farhana terus mengingatkan Farhana untuk menjaga kedua orang
adiknya dengan baik. Sementara menunggu pengumuman jadual penerbangan Fuad dan
Farhana sempat berbual-bual dan bergurau.

Sebelum berangkat, Robet Lim tiba untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka.
Pada sangkaan Fuad, ayahnya itu datang untuk menemui Mariana, tetapi rupa-rupanya
Robert ingin menemuinya. Robert memeluk Fuad sambil menahan sebak didada.

LATAR TEMPAT: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

NOVEL : Melunas Rindu


KUMPULAN : Nurul Shahirah. Shuhaidi & Rahimah. Mok (4A)

WATAK - PERWATAKAN

Farhana
Seorang yang ceria, riang dan suka bergurau
Seorang guru Panitia Bahasa Inggeris

Fuad
Seorang yang tinggi, segak dan berwajah Melayu
Nama lain ialah Abdul Halim dan Joshua
Guru sandaran Bahasa Inggeris
Seorang yang prihatin dan baik-hati

Pak Ismail
Bapa angkat kepada Fuad

Mak Salmah
Ibu angkat kepada Fuad
Rajin beribadah dan prihatin

Mariana
Ibu kandung Fuad dan Farhana
Sering menasihati anak-anaknya

Robert Lim
Bapa kandung Fuad yang berbangsa Cina

Anda mungkin juga menyukai